Wednesday, November 28, 2007

Action Cliche !

Ada satu interesting poll dlm IMDB hari ni, pasal action cliché atau scene2 yg dah biasa sgt ada dlm filem2 action. Sini aku translatekan dlm B.M. dan ada yg aku tokok tambah sikit.

Here goes….scene2 common dlm action movie not in particular order…jeng…jeng…jeng :

1) Penjahat2 yg tak pandai menembak.
Penjahat2 semua dilengkapi dgn senjata2 yg canggih, tapi sayang…bila time nak tembak hero je mesti tak kena. Lebih baik tak payah pakai pistol atau senapang. Tapi scene2 mcm ni biasanya kita tgk pada filem2 80an dulu waktu zaman2 kegemilangan Arnold atau Stallone.

2) Tebusan biasanya adalah kaum wanita.
Ini logik gak sebab perempuan adalah kaum yg lemah. So, hero biasanya lelaki yg simpati terhadap perempuan tu, atau mungkin jugak makwenya atau bininya. Kalau lelaki jadi hostage, hero takkan simpati sgt…he, he…



3) Fikir wayar mana nak potong utk mematikan bom.
Ini biasanya pada scene akhir, di mana hero fikir wayar mana nak potong utk matikan bom. E.g. wayar kuning ke…wayar hijau ke… Hero punyalah panic, berpeluh2…! Kemudian bom tu akhirnya berjaya dimatikan disaat2 akhir time bom tu nak meletup…atau kata lain “dan…dan…aje….”.


4) Org2 yg boleh dipercayai oleh hero akhirnya belot.
Biasanya org2 begini adalah org2 politic/ kerajaan dll. Maksudnya org ni kita tak terfikirlah akan jadi duri dlm daging. Pasal tu hero terpedaya.

5) Senang dpt password utk apa2 security system
Hero atau org jahat ke, nak menceroboh la ke dlm security system. Mula2 tu ada 2, 3 kali try password, tapi salah. Masuk kali ke 4, tiba2 terfikirlah huruf2 atau nombor2 penting, dan senang2 aje dpt passwordnya.

6) Org jahat yg susah sgt nak bunuh hero.
Kenapa takde villain yg kalau dah berdepan dgn hero, terus tembak dia…? Biasanya kalau villain dah berdepan dgn hero dan nak menembaknya, mesti dia start buat speech dulu. Maksudnya villian tu membuang masa yg bnyk sebelum nak bunuh hero, dan hasilnya, hero senang2 dpt melepaskan diri.

7) Kereta senang start
Bila hero takde transport dan dia terjumpa mana2 kereta, senang betul dia nak startkan kereta tu. Tak kiralah guna sambungan wayar ke atau tiba2 kereta tu dah siap ada kunci, hasilnya hero berjaya kejar villain dgn kereta. Ini berbeza dgn filem2 hantu, di mana punyalah susah nak startkan kereta waktu kena kejar hantu.

8) Habis bullet
Waktu penjahat nak tembak hero aje, mesti habis peluru. Mmg hero2 selalunya org yg bernasib baiklah….atau miracle always happen.

9) Pakar2 komputer
Biasanya pakar2 komputer especially di pihak yg jahat, selalunya ‘nerd’2. Mereka ni nampak aje nerd, tapi sebenarnya kaya sebab dibayar gaji yg tinggi oleh ketua penjahat.

10) Org ketiga yg tembak penjahat.
Diwaktu penjahat nak ditembak oleh hero. Alih2 ada org ketiga yg menembak penjahat tersebut. Biasanya org yg menembaknya adalah org yg penjahat tu kenal, dan dlm diam2 menyimpan dendam terhadap penjahat tersebut. Ini nak memberi gambaran yg kononnya hero ada record bersih la dlm bab bunuh membunuh org ni.

Sapa2 nak tambah lagi boleh la…jgn malu2 yea….

Monday, November 26, 2007

Blast From The Past : Game Dulu2

ATARI

Sebelum kita ada Playstation, X-Box, Game Boy dan bermacam2 lagi game yg canggih skrg ni, kita ada ATARI…! Well Syarikat ATARI ni dah wujud pada tahun 1972 dulu. Mereka ni lah pioneer utk permainan arcade dan permainan video game rumah, sama lah macam playstation skrg. Komputer juga ada keluarannya di sini, tapi taklah meluas sgt mcm permainan video game nya.

ATARI 2600 bersama joysticknya yg glamer!

Aku sendiri punyalah gembira tak terkata waktu arwah bapak aku hadiahkan player ATARI 2600 waktu birthday aku. Tahunnya aku tak ingat sgt tapi ianya awal 80an la. Game2 ATARI kalau nak bandingkan dgn game sekarang tentulah jauh panggang dari api. Memang gonjeng giler…! Tapi waktu tu kira paling dahsyat la…. Antara nama2 game yg aku pernah ada adalah seperti Pong, Space Invaders etc. Gamenya adalah dlm bentuk cartridge dan korang just slotkan pada playernya. Harga satu player around RM150 – RM200 aje masa tu. Saiz playernya besar dan tebal sikit berbanding player PS2.

Favourite game aku : Space Invaders…yearrgghhh…!! (pics below)


Walaupun nama ATARI dah tak seglamer dulu, tapi aku difahamkan yg ianya masih wujud sebagai publisher dan pengedar permainan2 video games di Amerika.


GAME & WATCH

Game & Watch adalah keluaran Nintendo, sebuah syarikat yg masih aktif keluarkan permainan video game. Bentuknya kecik aje…lebih kecik drp tapak tgn org dewasa. Permainan2nya best2 jugak…Octopus, Popeye, Donkey Kong dan macam2 lagilah. Ianya popular juga sekitar tahun 80an. LCDnya. Lain2 featurenya selain game ialah mempunyai jam dan alarm sekali. Ada option Game A atau Game B button. Biasanya Game B lebih susah dan laju berbanding Game A.


Lepas tu keluarlah berbagai2 version game oleh Nintendo dan yg paling glamer ialah GameBoy. Bezanya GameBoy lebih besar saiznya dan boleh main bermacam2 permainan pada satu cartridge. Game & Watch hanya boleh main satu game saja utk satu item. Harga masa tu kalau tak silap aku murah je…ada la dlm RM20 lebih je. Mana nak dpt game yg harga mcm tu sekarang nih…!

Oh ya…selain Game & Watch ada jugak keluar version flip. Maknanya ada 2 screen tapi masih permainan yg sama. Harganya agak mahal sikit berbanding yg single screen.

Favourite game aku : Of course Donkey Kong !!! (pics below)

Thursday, November 22, 2007

Songs About Girls - Will.I.Am (2007)

Songs About Girls adalah album solo Will.I.Am, frontman utk kumpulan Black Eyed Peas (BEP). Mungkin ramai yg tak tau yg ini adalah albumnya yg ke 3, sebab album2 terdahulunya takde la glamer sgt di sini. Those yg mendengar lagu singlenya yg pertama “I Got It From My Mama”, tentu sangka yg album ni mengikut acuan Black Eyed Peas, iaitu hip hop. Well, actually not…album ni lebih ke arah pop, soul, techno, dance dan sikit2 R&B. Seperti title album ini “Songs About Girls”, liriknya berkisar tentang perempuan, perhubungan dan mencari cinta, berdasarkan pengalaman Will.I.Am sendiri.

Album ni start dgn lagu “Over”. Aku terkejut sikit dgn lagu ni kerana menyangkakan yg album ni akan start dgn lagu2 rancak. “Over” adalah lagu yg seksi, rileks dan gaya nyanyian Will mcm org malas. Lagu kedua “HeartBreaker” juga bunyinya seksi…dan nampak mcm akan menjadi single jugak bila2 masa. Tapi lagu ni takde apa2 yg istimewa walaupun gaya nyanyiannya catchy “I’m So…So…So…Sorryyy…” berulang2 pada chorusnya. Masuk lagu ke empat, “She’s A Star” selepas lagu “I Got It From My Mama” aku merasakan yg lagunya semua stereotype dan sama aje…. Nasib baik album ni diselamatkan oleh lagu “The Donque Song” kolaborasi Will dgn Snoop Dogg. Lagu ni berentak techno dan boleh buat korang groove. Selepas lagu ke enam ni, bolehlah nampak the rest of the album berentak pelbagai sikit. Lagu “Impatient” dan “Get Your Money” adalah lagu techno yg kalau korang dgr, mesti korang ingat lagu ni lagu Jamiroquai. One More Chance juga sebuah lagu yg akan menjadi single dlm album ni. Ianya mirip2 lagu BEP. Lagu terakhirnya “S.O.S – Mother Nature” adalah bersifat mesra alam sikit ala2 Zainal Abidin tapi dlm rentak yg sgt soul.

Overall, kesemua lagu2 dlm album ni mmg boleh tahan. However, ianya takde apa2 yg istimewa kerana semuanya adalah pop dan soul yg biasa aje. Fans of Black Eyed Peas mungkin akan berasa hampa dgn album ni. So, aku suggest jgn bandingkan album ni dgn album BEP, yg lebih pelbagai atau berwarna warni. Still percubaan yg baik oleh Will.I.Am.

Lagu2 best : Over, One More Chance, The Donque Song, Invisible, HeartBreaker


Wednesday, November 21, 2007

Upcoming Movie : Diary of the Dead

Selepas Land of the Dead, nampaknya George A Romero tak serik2 lagi mengeluarkan zombi2 nya ke layar perak lagi. Filem zombi yg akan dtg ni dan yy ke 5 dlm franchise zombi adalah Diary of the Dead. Filem ni akan dikeluarkan oleh company Romero sendiri iaitu Romero-Grunwald Production. Terdahulu, Land of the Dead dikeluarkan oleh sykt Universal Studio. So kita nampak filem ni lebih independent make berbanding sebelumnya.

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan art student yg nak buat projek independent horror movie di sebuah tempat dan mendapati yg mereka telah terperangkap oleh sekumpulan zombi di kawasan itu. Budak2 tu akhirnya decide yg mereka nak buat sebuah dokumentari mengenai pengalaman mereka dgn zombi2 berkenaan.

Walaupun filem ni belum release, spekulasi mengatakan yg Diary of the Dead 2 akan menyusul yg menceritakan tentang student2 yg survive pada part yg pertama. Walaubagaimanapun, Romero menafikan yg mmg takde apa2 plan utk sequel lagi. Filem Diary of the Dead ni semestinya ‘a must’ utk peminat2 filem2 zombi. Akan menemui penonton pada February 2008 nanti.

George A Romero

Tuesday, November 20, 2007

Babes of the Week : Katherine Heigl

Another babes yg aku discover bila aku tgk filem Knocked Up, iaitu Katherine Heigl. Memegang lead role sebagai perempuan cantik yg one night stand dgn geek waktu dia tgh mabuk dan seterusnya accidentally mengandung. Aku taknak citer pasal filem ni walaupun it’s a damn good movie, tapi nak citer pasal Heigl itself. Dia lebih dikenali untuk peranannya dlm siri televisyen iaitu Grey’s Anatomy di mana dia memegang watak sebagai Dr Isobel “Izzie”. Dia telah memenangi beberapa anugerah utk lakonannya dlm Grey’s Anatomy. However, aku ni kureng sikit bila bab siri2 televisyen ni, pasal tu la aku mula mengenalinya menerusi filem Knocked Up.

A brief history about her :

Nama Penuh : Katherine Marie Heigl
Tarikh Lahir : 24th November 1978 (Lagi 4 hari beb…happy birthday to u…!)
Tempat Lahir : Washington DC

Mula2 menceburi bidang modeling sewaktu kanak2 lagi. Seterusnya berlakon dlm beberapa iklan televisyen. Karier lakonannya bermula pada tahun 1992, menerusi filem That Night. Kemudiannya berlakon dlm Steven Soderbergh “King of the Hill”. Dia mendapat lead role nya yg pertama pada tahun 1994 dlm filem My Father The Hero. Filem2 glamernya yg pernah dia berlakon adalah seperti Under Siege 2, Bride of Chucky, Valentine dan Knocked Up. Siri2 televisyen selain drp Grey’s Anatomy adalah seperti Roswell dan Ground Zero.

Dgn rupa paras yg cantik dan body yg sexy, dia telah mendapat bnyk tempat dlm top ten majalah2. Pernah muncul dlm calender Maxim 100 Sexiest Women in the World, mendapat tmepat ke 12 dlm Maxim’s annual Hot 100 women dan tempat ke 19 dlm FHM’s Sexiest Women in the World.

Dan yg terbaru mengenainya ialah dia akan muncul dlm sebuah filem romantic comedy, “27 Dresses” yg akan menemui penonton pada 2008 nanti…
Dlm Knocked Up

Poster "The Eye" - US Version


Aku suka betul mengkaji poster2 nih.... yg terbaru aku nak citer pasal poster "The Eye" ni. Sebuah filem re-make drp filem Hong Kong 2002 yg lepas. Filem yg akan menemui penonton ni akan dibintangi oleh superbabes Jessica Alba. Poster berbentuk mata ni dah berlambak sgt...last posting, aku ada mention pasal The Skeleton Key dan The Return yg ada persamaan. Kalau nak compare kedua2 ni, aku rasa poster The Eye ni lebih creepier atau menyeramkan. Tambahan pulak Jessica Alba ada dlm filem tu pulak...


Monday, November 19, 2007

Vacancy (2007)

Cast :
Kate Beckinsale as Amy Fox
Luke Wilson as David Fox
Frank Whaley as Mason

Director :
Nimrod Antal

Perrghh...dah lama betul tak review filem. So, now aku start balik la kerja2 me'review' aku ni yg tak seberapa. Dah berlambak2 dah filem2 horror yg aku tgk tapi yg paling latest adalah DVD filem Vacancy.
Mengisahkan sepasang suami isteri David dan Amy Fox mengalami nasib malang waktu mereka on the way ke tempat percutian mereka. Kereta mereka rosak dan terpaksalah mereka bermalam di motel yg dimiliki oleh seorg freak bernama Mason. Bilik yg mereka sewa tu walaupun lengkap, tapi agak kotor. Terdapat jugak video player, siap dgn video tape misteri lagi. Bila David cuba play video tape berkenaan, mereka mendapati yg ianya bukanlah sebuah filem tapi merupakan rakaman snuff film yg di’shoot’ dlm bilik sewa mereka sendiri…! Kepada sapa2 yg tak tau….snuff filem adalah filem yg di’shoot’ berdasarkan pembunuhan yg sebenar (biasanya ganas) dan diedarkan utk tujuan hiburan utk sesiapa2 yg otak tak betul dan yg enjoy tgk hiburan sebegini. So, berbalik pada pasangan tersebut, kedua2 mereka dah start gelabah dan assume yg merekalah yg akan jadi mangsa seterusnya. Org2 Mason (owner hotel tu) dah start kepong bilik mereka dan bermacam2 caralah yg dibuat oleh David dan Amy utk melepaskan diri dari cengkaman org2 gila tersebut,

Plot yg sangat simple actually. Permulaan cerita ni lembab sikit, tapi tak lama lepas tu, ianya suspense all the way. Aku enjoy filem ni kerana ianya bnyk mengikut acuan filem suspense dulu2. Korang takkan jumpa any slash, hack atau dlm bahasa Melayu….adegan potong memotong anggota badan, seperti kebanyakan filem2 horror US skrg nih…! Kalau ada pun adegan yg ganas, ianya dipamerkan melalui tayangan video yg David pasang dlm bilik sewa mereka aje. Opening theme utk filem ni betul2 mengingatkan aku pada opening utk filem Psycho; lagu, graphicnya semua ada similariti dgn filem Psycho…old school and I like it ! Tambah pulak filem ni juga mengisahkan seorang pemilik motel yg gila…! Mmg sengaja agaknya director mengikut pendekatan mcm filem Psycho. Ending filem ni agak mendatar dan agak hindustan sikit, tapi seperti yg aku mention, kekuatan filem ni adalah pada elemen2 suspense dan actionnya.

Tak bnyk yg aku tau pasal director Nimrod Antal melainkan dia pernah direct satu filem Hungary. Tapi yg aku tau, dia ni dah tau citarasa2 peminat2 filem horror/suspense dan mungkin dah masak sgt dgn filem2 bergenre sebegini. Kate Beckinsale dan Luke Wilson adalah pelakon utama filem ni. Dua2 mereka ni taklah diberi peluang menunjukkan keupayaan lakonan mereka sebaliknya semuanya nampak real dan kita terbawa2 dgn ketakutan dan kecemasan mereka. BTW, Kate Beckinsale mmg termasuk dlm senarai top ten aku sebagai celeberity luar yg paling ‘cun’…he, he…Selain tu watak Mason lakonan Frank Whaley juga berkesan sebagai seorang psycho yg sgt freaky. Filem ni antara filem horror yg paling sikit pelakonnya yg pernah aku tonton.

Sesiapa yg dah bosan dgn filem slasher, dan ingin menonton sebuah filem jenis old school b-movie yg best, aku suggest tgklah filem ni. Aku bagi :

*** ½ / *****

Thursday, November 15, 2007

Saudara Ajami KeUdara...

Guys….don’t forget to turn on ur radio tomorrow 17/11/07 at station Radio 24 Frequency 93.9 Mhz. Topik dibincangkan adalah “Penulis Blog dan Implikasinya” dan tetamu nya adalah ….jeng, jeng, jeng…Saudara Ajami kita…yg aktif dgn blog Bicara Skrip, Horrorisma dan beberapa blog2 lain lagik….
Selain tu saudara Sultan Muzaffar yg mmg dah terkenal pun turut menjadi tetamu. Well, aku pun sebelum ni tak pernah tune in this radio station, tapi nak dgr jugaklah since aku rasa inilah pertama kali saudara Ajami ni keudara di radio…!

Some Pics of Upcoming Joker in The Dark Knight

Ini ada beberapa few shots of Joker yg akan appear dlm The Dark Knights...sequel pada Batman Begins yg akan menemui penonton pada 2008 nanti. Kalau tengok pada gambar ni, nampak Joker lebih selekeh, dark dan seram appearancenya.


Aku masih percaya yg Heath Ledger lebih sesuai melakonkan watak ni berbanding Jack Nicholson, yg potrays sebagai Joker gemuk dlm Tim Burton's Batman yg lepas. Banding2 kan lah...

jeng...jeng...jeng.... blast from the past: Jack Nicholson's Joker