Tuesday, February 24, 2009

Blast from the Past : Handphone Dulu2...

Heh…suddenly aku teringat kat handphone dulu2. Riwayat handphone aku pun boleh tahan mcm2 model jugak, however handphone yg aku listkan kat bawah ni adalah handphone yg tak boleh dilupakan dlm ingatan aku :

Motorola StarTac


Handphone ni aku letakkan kat tempat pertama coz masa zaman glamernya, semua menyebut2 tentang handset ni ! Semua org bercita2 nak memilikinya. Bentuknya sleek jugak untuk zaman tu la yg lebih mementingkan saiz kecil. Lagi kecil handset, lebih bangga korang memilikinya. Dia ada 2 version, first version mempunyai bateri yg agak besar manakala StarTac X lebih kecil dan cantik. Aku both memiliki kedua2 model ni tetapi the 1st version aku pakai sekejap je.

Ericsson T10


Sebelum Sony Ericsson…there’s simply “Ericsson”. Model ni paling bnyk bermain dgn colour dan semuanya striking2. Merah, biru, kuning semuanya aku dah try & tukar housingnya. Skrin LCD nya merupakan skrin paling kecik pernah aku jumpa ! Paling jenuh bila nak baca mesej, asyik2 nak scroll ke kanan ! Handphone dulu2 jugak terkenal dgn antennanya, siap ada jual accessories utk tukar antenna yg canggih2 sikit…cthnya antenna berkelip2. Handphone ni juga terkenal dgn pelbagai antenna nya.

Nokia “Pisang”…?

Ntah hapa nama model sebenarnya, tapi handphone ni lebih dikenali dgn Nokia Pisang sebab bentuknya yg melengkung mcm pisang! Ianya glamer zaman dulu dan sesiapa yg ada dah kira sofistikated giler la. Tambahan pulak ia pernah muncul dlm The Matrix lakonan Keanu Reeves dulu. So sesiapa yg pakai ada la perasan dia tu Neo atau rakan2 group Neo tu…! Aku tak pernah ada handphone ni, tapi ada a few member own this handphone.

Nokia 5110

Selain Ericsson T10, model Nokia 5110 ni pun boleh bertukar2 colour. Yang ni comes after zaman T10 dan lebih senang menukar housingnya. Mcm yg kita tau, sejak dulu lagi handphone Nokia ni lebih user friendly especially bila menaip sms dan skrin LCD nya juga besar. Antara model yg paling glamer dan mampu milik utk semua golongan. Selepas model ni keluarlah Nokia 3210 dan 3310 yg juga senang utk tukar housingnya.

Motorola Flare

Ini handphone pertama aku. Rasanya tak ramai yg pakai handphone ni sbb hodoh jugak kerana baterinya yg besar gedabak ! Ini arwah bapak aku yg beli…itu ajelah yg mampu masa tu…hu hu… Kalau letak belakang poket jeans, rasa mcm nak terkeluar2 & sakit bontot…ha ha… Sebenarnya ada 2 version bateri dan yg satu lagi lebih slim, tapi masih di’consider’ besar.

NEC Primero

Ini antara mobile phone yg terawal. Besar gedabak betul ! Lebar dan panjang. Tapi tahan lasak jugak. Arwah bapak aku ada own handphone ni. Skrg ni aku tak pernah dgr any handphone from NEC. Mungkin dah bungkus lingkup kot ! Lain2 nama yg aku rasa dah hilang adalah Siemen dan Alcatel.

Aku listkan semua handphone ni actually kerana aku miss those days where kita boleh tukar2 antenna, tukar housing colour2 dan mcm2 lagilah. Sayang h/phone lama2 tu semua aku trade-in utk beli handphone baru. Handphone lama ni tahan lama dan tahan lasak. Mungkin coz takde teknologi2 yg canggih2 dlmnya kot. Dulu x pernah ada 3G, x pernah ada memory card….cuma handphone dan sim card aje. Tapi aku tau satu telefon yg korang tak payah risau ke’lasak’annya dan tak perlu risau akan hilang….jeng…jeng…jeng… :

ATUR!!!



Mobile phone yg pertama sekali. Makes you wonder…kenapa tak bawa public phone aje sekali…??? Zaman skrg kalau pakai org akan ingat kau bawa bom jangka !!!

Thursday, February 19, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula (2009)



Cast :
Izwan as Badrul
Yong Pin as Lim
Balqis as Rose

Director :
Nizam Razak

“Betul..betul…betul…”. Mmg comel watak Upin dan Ipin yg disiarkan di TV9 pada bulan Ramadhan yg lepas. Aku rasa inilah satu2nya watak animasi Malaysia yg bnyk mempengaruhi penonton2 Malaysia terutamanya kanak2. Sebelum kita kita takde strong character atau character yg ada ‘aura’ utk memikat hati. Kenapa Upin & Ipin popular…? Simply “comel”…tak kiralah dari segi fizikal, muka maupun suara. Formula yg sama lah digunakan oleh Les Copaque, untuk menghasilkan “Geng – Pengembaraan Bermula”. Filem ni bukanlah filem mengenai Upin & Ipin, tetapi watak mereka berdua ni ada sbg supporting for winning formula utk filem ni.

Filem ni menggunakan plot yg simple aje, otherwise kanak2 tentulah pening kepala nak menerimanya ! Mengisahkan Badrul yg berhasrat melawat datuknya, Tok Dalang, di Kampung Durian Runtuh. Bertemankan kawannya Lim mereka menaiki bas ke sana. Kebetulan di Kampun Durian Runtuh tgh heboh mengenai “hantu durian” yg selalu memakan durian2 yg jatuh drp pokoknya. Bertambah misteri lagi apabila terdapat penemuan tapak kaki yg ganjil di dusun durian Tok Dalang. Apabila Badrul dan Lim tersesat di dalam hutan bersama rakan2 baru mereka; Rajoo, Ros serta adik-beradik kembarnya yg nakal Upin & Ipin, terbongkarlah rahsia dan misteri disebalik kewujudan “Hantu Durian” di kampong tersebut.

Filem ni penuh adventure dan mencemaskan. Komedi yg diselitkan bukan saja memikat golongan kanak2 malah dewasa sure turut ketawa. Lawak2 nya semuanya menjadi dan membuatkan korang ketawa terbahak2, tambahan pulak dgn characternya yg cute2 seperti Rajoo, Upin, Ipin dan sorang makhluk Oopet. Filem ni juga penuh dgn identity Malaysia difokuskan pada masyarakat kampong. Permulaan filem ni je sewaktu perjalanan Badrul dan Lim ke kampong menaiki bas, dah menampakkan ciri2 tersebut; mandi di sungai, lembu, monyet menaiki motor bersama tuannya (yg ni paling lawak korang patut sgt tgk!!), itik melintas jalan dan bnyk lagi sure akan mendorong korang utk balik kampong! Selain tu Lim yg sepanjang filem ni memakai cap “Cintailah Malaysia” mem’patriot’kan lagi filem ni.

Dari segi grafik dan animasi, aku rasa standing dgn filem2 animasi luar jugak. Malah usaha Les Copaque dan pengarahnya patut diberi pujian kerana menghasilkan filem animasi yg berbudget berpatutan berbanding filem2 animasi luar yg berjuta2 ringgit. Grafiknya yg berwarna warni juga menyerikan filem ni, bukan saja pada pemandangan kampong yg penuh menghijau dgn bukit bukau dan rumput2 disekeliling, malah dihutannya juga menarik dgn serangga2, binatang dan tumbuh2an yg ganjilnya. Sesekali adegan serangga mengingatkan aku pada filem Indiana Jones & the Temple of Doom. Pada pertengahan cerita, ada diselitkan video klip lagu Blues Gang dinyanyikan oleh org2 Kampung Durian Runtuh menunjukkan betapa harmoninya penduduk kampong di Malaysia ni.

Watak2 yg ada semuanya mengelikan hati. Upin & Ipin seperti biasa funny dan comel. Selain tu watak2 dlm siri Upin Ipin juga ada… Rajoo yg memiliki ability berkomunikasi dgn binatang (dan sentiasa malang dlm filem ni!), Tok Dalang, Opah dan Kak Ros (yg garang dan attractive walau hanya berbaju kurung!) ada memegang watak yg sama. Kiranya filem Geng adalah continuity utk siri Upin & Ipin la ni.

Watak Rajoo antara yg paling menyerlah dan kelakar

Bad point tak bnyk la tetapi aku agak pelik jugak mcmana si Badrul dan Lim apabila sampai je kat kampong terus naik motor main rempit. Aku tak begitu senang dgn scene tu sedangkan kita di sini cuba utk benteras kejadian rempit ni. Tambahan pulak kenapa rempit di kampong yg kita dah tau jalannya sempit ? Nasib baik Lim hampir melanggar lembu, kalau nasib tak baik ntah2 terlanggar Upin & Ipin…tak de chance kita nak tgk dia lagi kat TV…he he…! Selain tu ada diselitkan video klip lagu Blues Gang yg aku sebutkan tadi. Pada sesetengah mungkin menghiburkan tapi aku tidak kerana ianya quite panjang jugak. Mungkin director nak memasukkan unsur2 hindustan pada filem ni kot. Kemunculan monster juga bnyk dlm filem ni, kejap monster… kejap itu bukan monster, tambahan pulak terlalu bnyk adegan sebegini kadang2 menakut dan meletihkan kanak2 kecil melihatnya.

Well I guess moral utk filem ni adalah mengenai penjagaan alam sekitar kita. Filem ni mengangkat tema tentang haiwan2 yg hampir pupus menjadi mangsa sikap sesetengah manusia yang tamak haloba dan berselindung disebalik sikap ramah mesra mereka sebagai penduduk kampong. Les Copaque bukan saja membuka ruang untuk filem animasi 3D tempatan malah mempromosi dan menaikkan budaya Malaysia di mata penonton. Aku harap produk seperti ini dpt menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya membuka mata penonton2 luar negara pula.

Aku rekomen pergilah tgk filem animasi ni kerana ianya menghiburkan dan penuh gelak ketawa. Sesiapa yg telah menontonnya aku pasti tak merasa rugi dgn harga tiket yg korang beli. Sesuai utk semua peringkat umur, so bawaklah mak bapak, datuk nenek dan sedara mara, korang yg tua atau muda utk menonton filem ni ! Tajuk filem ni iaitu “Pengembaraan Bermula” diharap ini adalah permulaan sahaja utk Les Copaque dan aku menunggu utk filem2 animasi mereka seterusnya. Tahniah !

Official Website :
http://www.gengthemovie.com

Official Blog :
http://gengmovie.blogspot.com


Monday, February 16, 2009

The Story of Jason Voorhees



Theatrical release filem remake Friday the 13th arahan Marcus Nispel telah menemui penonton pada (guess when?), 13 February bersamaan hari (guess again?) Jumaat lepas. Sebelum ni Nispel ada mengarah remake utk Texas Chainsaw Massacre. Nampaknya beliau masih menggunakan sentuhan remakenya utk filem2 horrornya. Watak utama utk filem ni tentulah Jason Voorhees yg paling last appearancenya adalah dlm filem Freddy Vs Jason. However dlm filem berkenaan, Jason lebih lembut berbanding Freddy yg lebih evil. So, adakah dlm remake kali ni dia kembali ganas atau sebaliknya ? Sebelum tu kita imbas kembali kemunculan Jason dlm filem2 especially franchise Friday the 13th nya…. :

Friday the 13th (1980)


Filem yg pertama adalah pada tahun 1980. Gonjeng dan simple je ceritanya, mengisahkan sekumpulan remaja yg meneroka kembali lokasi perkhemahan yg dah setahun ditutup, selepas seorang budak lelaki mati lemas disitu. Seorang demi seorang kumpulan remaja ni mati dibunuh oleh pembunuh misteri. sewaktu perkhemahan ini. Filem ni berinspirasikan John Carpenter’s Halloween, however ianya mendpt bnyk bad review berbanding Halloween. Ia juga agak terkenal dgn scene nude nya, sentiasa focus kepada remaja2 yg liar dan party type. Pendek kata setiap kali sepasang remaja bercumbu atau mandi bogel di Camp Crystal Lake, sure mereka kena bunuh. Part 1 sebenarnya lebih bertumpu pada Mrs Voorhees iaitu mak kpd Jason yg menuntut bela atas kematian anaknya di Crystal Lake. Anaknya mati disebabkan kelalaian dua org kaunselor yg gagal menjaga anaknya sehingga menyebabkannya mati lemas. Dari segi sambutan , ianya agak menggalakkan drp peminat2 filem2 slasher dan seterusnya keluarlah seterusnya beberapa sequel termasuklah crossover filem ni. Filem pertama diarahkan oleh Sean Cunningham. Filem ini juga merupakan filem awal Kevin Bacon di zaman mudanya.

Friday the 13th Part 2 (1981)
Franchise kedua ni taklah sehebat sambutan terhadap filem pertama tapi masih mendapat tempat pertama waktu ia mula2 release pada 1981 dahulu. Ianya masih menggunakan counselor dan anak murid theme, yg bersama2 camping di Crystal Lake. Kali ni Jason membalas dendam terhadap pembunuh ibunya. Filem ni diarahkan oleh Steve Miner.


Kepala mak Jason, Pamela Voorhees

Friday the 13th Part 3 (1982)
Pertama kali Jason menggunakan hockey mask yg telah menjadi sinonim dgn character Jason dan ditayangkan di pawagam dlm 3-D. Filem ni masih mengekalkan pengarah yg sama dan sambutan terhadap filem ni lebih baik berbanding yg kedua. Seperti filemnya yg kedua, Jason supoosed to be dead pada akhir filem, tetapi akan reincarnate juga pada episode seterusnya.

Friday the 13th : The Final Chapter (1984)
Nama aje The Final Chapter, tapi berlambak2 lagi sequel seterusnya selepas ni. Jason who apparently mati pada episode sebelumnya, tiba2 bangkit dan bunuh coroner yg bedah siasat dia dan kembali pada Crystal Lake untuk mangsa seterusnya. Filem yg ke 4 ni diarahkan oleh Jospeh Zito.

Unmasked Jason

Friday the 13th : A New Beginning (1985)
Tak lama selepas what suppose to be the final chapter, muncul pulak A New Beginning. Filem ni ada sedikit twist yg mana the real killer adalah Roy, watak yg muncul dlm previous filem. Dia meniru character Jason, untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya. Ianya menghampakan peminat2 Friday the 13th franchise, kerana mereka rasa ditipu pada pengakhir cerita. Filem ni adalah filem yg kedua menunjukkan yg Jason bukanlah pembunuh sebenar. Yg pertama adalah Part1 yg mana ibu Jason adalah pembunuhnya. Filem ni diarahkan oleh Danny Steinmann.

Friday the 13th Part VI: Jason Lives (1986)
Dlm filem ni Camp Crystal Lake bertukar nama pada Camp Forest Green. Seperti titlenya, Jason kembali utk membunuh mangsa2nya. Filem ni mempunyai kutipan yg paling rendah berbanding filem2 sebelumnya. Ianya juga bersih drp nude scene mahupun penggunaan dadah. Jason akhirnya mati tenggelam dlm Camp Crystal Lake. Filem ni diarahkan oleh Tom McLoughlin.

Friday the 13th Part VII : The New Blood (1988)
Filem ketujuh ni di consider chapter yg paling ‘dark’. Mengisahkan Tina yg dianugerahkan dgn kuasa telekinetic, dgn tiba2nya telah menghidupkan kembali Jason yg tenggelam di Camp Crystal Lake. Dia terpaksa menggunakan telekinesisnya utk membunuh Jason kembali. Filem ni diarahkan oleh John Carl Buechler.

Friday the 13th Part VIII : Jason Takes Manhattan (1989)
Ye…kali ni Jason bukan lagi kat Camp Crystal Lake, sebaliknya mengikut student2 senior ke lawatan ke Manhattan. Jason dihidupkan kembali dlm filem ni melalui elektrik kabel bawahair. Filem ni juga antara paling buruk dgn kutipan yg kedua terendah dlm franchisenya dan list dalam IMDB 100 filem terburuk. Filem ni diarahkan oleh Rob Hedden.

Jason Goes to Hell : The Final Friday (1993)
Dah sampai ke part ke 9 ni aku rasa franchise Friday the 13th ni dah melampau2 sgt. Jason dlm episode ni hidup secara tiba2 tanpa explanation. FBI menjejaki beliau dan dia telah berjaya melepaskan diri dgn memindahkan jantungnya dari badan ke badan org yg lain. Apabila dia kembali ke badan asalnya, dia telah dibunuh oleh saudaranya sendiri dan membawanya ke neraka. Satu2nya filem yg mendedahkan tarikh dan tempat lahir Voorhees. Diarahkan oleh Adam Marcus.

Jason X (2002)
Sequel yg paling mengarut berbanding yg lepas2. Berlatarbelakangkan masa hadapan dan bercampur dgn elemen sci-fic. Jason lagi sekali dihidupkan kembali. Kemunculan Jason kali ni lebih techno sikit dgn cybernetic form nya. Kutipan utk filem ni merupakan kutipan yg terendah sekali sepanjang franchisenya. Filem ni diarahkan oleh James Isaac.

Freddy Vs Jason (2003)
Sequel yg seterusnya adalah crossover dengan franchise Nightmare on Elm Street. Ikon horror “Nightmare…” iaitu Freddy bertarung dgn Jason dlm alam reality dan mimpi. Filem ni mendapat kritikan yg boleh tahan (memandangkan ini adalah Part yg ke 11 utk “Friday…”!) dan sambutan yg baik oleh peminat2. Mendapat tempat yg pertama pada minggu pertama pembukaannya. Ianya diarahkan oleh Ronny Yu.


Friday the 13th (2009)
Franchise yg paling latest adalah remake arahan Marcus Nispel. Nispel dan mengambil elemen2 dari 3 siri “Friday…” yang terawal. Aku masih belum tgk filem ni dan tak mungkin ianya akan keluar di pawagam Malaysia. So, terpaksa la tunggu DVD release.

Other interesting facts yg aku dengar, terdapat jugak rumours tentang more crossover selepas Freddy Vs Jason ni. Antara character2 yg disebut adalah Pinhead drp Hellraiser, Michael Myers drp Halloween dan Ash drp Evil Dead series. Tak tau samada benar atau tak, tapi tak mustahil suatu hari menjadi kenyataan.

Thursday, February 12, 2009

City of Ember (2008)

Cast :
Bill Murray as Mayor Cole
Toby Jones as Barton Snode
Saoirse Ronan as Lina Mayfleet
Tim Robbins as Loris Harrow

Director :
Gil Kenan
City of Ember mungkin tak se gah lain2 filem dari Hollywood, tambahan pulak ianya mendapat sentuhan director yg masih baru, yg hanya direct satu animation film Monster’s House pada 2006 lepas. Ianya merupakan science fiction – fantasy film dengan watak kanak2 sebagai pendukung cerita. Ia juga berdasarkan sebuah novel dgn tajuk yg sama ditulis oleh Jeanne Duprau.

Ember merupakan sebuah bandar yg secara fizikalnya aman, dipenuhi dgn penduduk2 yg baik2 belaka dan setia kepada bandar mereka. Kanak2 diterapkan dgn nilai2 murni utk setia kepada bandar Ember. Pada usia muda selepas tamat pengajian, mereka akan dicalonkan utk pekerjaan2 buruh kasar dlm bidang masing2. Walaupun ianya akan membahayakan nyawa anak2 di Ember, namun penerapan nilai2 setia pada Bandar Ember membuatkan ibubapa hanya berdiam diri. Dua drp kanak2 di Ember, however, Doon dan Lina bukanlah kanak2 biasa. Apabila Bandar Ember dilanda masalah power generator, Doon dan Lina starts questioning tentang rahsia disebalik bandar tersebut especially di tangan pemerintahan Mayor Cole. Kewujudan kotak misteri yg dijumpai oleh Lina, juga memberi seribu jawapan yg mungkin dapat menyelamatkan Bandar Ember.

Secara general mungkin korang ingat ini adalah salah satu drp film fantasy kanak2 yg biasa, terutamanya setelah keluarnya filem2 seperti The Spiderwick Chronicles, Bridge to Terabithia atau Chronicles of Narnia. Perbezaan filem ni adalah dari segi special effectnya yg minimum. Korang takkan jumpa bnyk creature2 yg pelik2 memenuhi filem ni. Sebaliknya, plot filem ni mengenai pemerintah yg corrupt dan memanipulasi pemikiran rakyat2 terutama kanak2 menjadi kekuatan filem ni. Ya, kita pernah dgr filem2 seumpama ni. Salah satu filem dlm fikiran aku ialah Dark City, walaupun filem ni lebih dark dan more adults, temanya juga selari dimana fikiran rakyat dan sistem sebuah bandar telah dimanipulasi oleh ketua yg tak bertanggungjawab. Konsep yg diketengahkan utk filem ni juga membuatkan aku berkali2 teringat tentang situasi politik yg melanda negara kita sendiri. Walaupun mungkin ianya tak terang2 berlaku seperti filem ni, tapi mungkinkah ianya akan berlaku satu hari. Satu persoalan yg bermain difikiran, adalah apakah yg kita boleh buat sebagai rakyat utk berhadapan dgn masalah sebegini ?

Director Kenan telah berjaya membawa pengalamannya sebagai animator untuk menghasilkan sebuah filem yg padat, emotional. Ditambah pula dgn skripnya yg kuat oleh Caroline Thompson, yg pernah berkolaborasi dgn Tim Burton dlm Corpse Bride dan Nightmare Before Christmas. Pasal tulah sekali sekala korang akan rasa mood filem ni seperti filem2 Tim Burton cuma bezanya filem ni taklah segelap filem2 Burton.

Pelakon2 yg terlibat juga memberikan persembahan yg hebat. Disamping nama2 lama seperti Tim Robbins dan Bill Murray, dua pelakon kanak2 yg menjadi watak utama filem ni juga mempunyai bakat besar. City of Ember pada aku merupakan sebuah filem keluarga yg sangat baik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

P/S : Watak Mayor Cole lakonan Bill Murray mengingatkan aku pada Pak Lah.

Monday, February 02, 2009

Midnight Meat Train (2008)


Cast :
Bradley Cooper as Leon
Vinnie Jones as Mahogany
Leslie Bibb as Maya

Director :
Ryuhei Kitamura

Pada sesetengah, nama Midnight Meat Train mungkin sounds funny. Tp utk peminat2 filem gore dan slasher, sebut aje term “Meat”, korang mesti tau filem2 ni akan seangkatan dgn franchise Saw ataupun Hostel dan sebagainya. MMT (Midnight Meat Train) diilhamkan drp cerita pendek Clive Barker, yg pernah mengarah filem favourite aku Hellraiser. Tp kali ni ianya difilemkan arahan pengarah Jepun, Ryuhei Kitamura.

Ia mengisahkan tentang seorang photographer bernama Leon, yg mmg gila dgn camera. Setelah tercabar oleh seorang client, utk menghasilkan shot2 yg lain drp yg lain, Leon start la mencari lokasi2 yg best2…yg lebih kepada keadaan suram cthnya di stesen keretapi bawah tanah. Satu hari dia menjadi witness utk satu pembunuhan seorang perempuan muda yg menaiki train tersebut. Pembunuhnya berpakaian smart aje, rambut disisir rapi dan berbadan besar, Mahogany namanya. Selepas drp insiden tersebut, dan mengetahui muka serial killer tersebut, Leon start gelabah dan merepotkan hal ni kepada polis. Bila reportnya tak diendahkan, dia start to be a hero dan cuba utk menjejaki pembunuh tersebut dan membongkar apa sebenarnya berlaku pada train tersebut di waktu tgh malam. Perangainya berubah sehingga menimbulkan rasa curiga terhadap kekasihnya Maya, yg tinggal bersamanya disebuah apartment.

Tahun 2008 merupakan tahun dimana aku kurang sangat menonton filem seram, dan aku rasa juga tahun 2008 kurangnya filem2 seram yg best dikeluarkan. Apa yg bnyk aku tonton adalah remake of Asian horror yg tersangat2 boring. Thus bila menonton filem ni, although bnyk adegan tak logic dan timbul tanda tanya, aku merasakan ianya “not bad”. Peminat filem2 gore/slasher especially Clive Barker fan, tentu akan berpuas hati dengan filem ni kerana adanya bnyk adegan darah, ketuk mengetuk dan sembelih menyembelih. Beberapa adegan yg agak bodoh antaranya bila kekasih Leon ni dgn beraninya pergi ke rumah pembunuh gila tersebut bersama rakannya utk mengesahkan kebenaran kata2 boyfriendnya. Of course babak ni berakhir dgn pembunuhan. Selain tu, keretapi yg menjadi objek utama filem ni kelihatan tak logic bila dibhgn belakang gerabak disimpan dan digantung mayat2 yg telah disembelih oleh Mahogany. Ianya seakan2 bilik peti ais frozen meat pulak! Ada twist pada babak akhir filem ni, kerana tentunya korang terfikir takkanlah si Mahogany ni membunuh sorang2 je. Takkan driver train tak pernah perasan tentang pembunuhan2 tiap2 tgh malam dlm train yg dipandunya ?

Watak notable dlm filem ni ialah pembunuh Mahogany yg dilakonkan oleh Vinnie Jones. Mahogany seorang yg berusia separuh umur, berbadan besar dan berpakaian segak. Namun mukanya yg serius dan monster-like tu membuatkan sapa2 je yg betul2 terjumpa dia tgh mlm dlm train mesti cabut lari punya! Dia bekerja sebagai (guess what!), penyembelih daging. Apabila tiba di tempat kerja, dia menukar baju khas seperti penyembelih2 lain namun waktu tgh mlm lain pula halnya dibuat dlm train. Trademark villain ni adalah memegang tukul penyembelih (ala2 tukul besi superhero Thor!). Kira original jugaklah tu memandangkan sebelum ni bnyk pembunuh2 either pakai parang, pisau ataupun chainsaw utk membunuh. Dua watak utama iaitu Leon dan Maya memberikan performance standard grade B movie je. Selain tu ada cameo drp Brooke Shield sbg client Leon, yg dah lama aku tak tgk dia on screen.

Director Ryuhei Kitamura, pernah menghidangkan kita dgn filem “Versus”, sebuah filem action/adventure/fantasy Jepun yg terkenal. Luckily, dia tak teringin utk ‘remake’kan filem horror negeranya sendiri…coz I think aku dah terlalu full dgn Asian2 horror! Personally, MMT mmg not bad considering tahun 2008 adalah tahun suram filem2 genre horror.