Friday, July 14, 2006

Upcoming Comic Adaptation Movie

Lepas tgk Superman Returns yg lepas asyik2 nak cerita pasal superhero aje. This is because aku pun masa kecik2 dulu adalah pengumpul komik2 dari X-Men hinggalah ke Spawn. For me, komik keluaran Marvel lah yg paling cool. DC ni bnyk watak yg old-fashioned sikit. Komik baru spt Image (skrg dah tukar brand kot) juga mempunyai watak2 yg cool especially perempuan2nya yg dilukis seksi!

Anyway, here's some news about filem2 superhero/komik yg akan direlease atau yg sedang ura2 nak dibikin (entah keluar entah tak) :

Ghost Rider (Marvel Comic)

Filem ni bukan rumours lagi. Mmg confirm akan keluar tak lama lagi. Entahlah, tengkorak kepala berapi naik motor...??? Kita tgk ajelah nanti. Nicholas Cage will be Ghost Rider alongside Eva Mendes (super hot babes!). Director dia pun aku tak confident sgt sebab dia jugak yg direct film Daredevil.

Spider-Man 3 (Marvel)

Tak payah cerita bnyk la. Semua org tertunggu2 filem ni. Villain kali ni khabarnya adalah Venom, Sandman dan Green Goblin. Venom adalah yg menyerupai Spider-Man tp dgn custome hitam. Schedule to release in 2007.

Transformers

Director : Michael Bay, director yg hot dgn film2 action-packed yg action je memanjang dr mula ke habis. Ini lg satu project yg dah confirm dan akan release on July 2007. Dulu pernah keluar Tranformers the Movie somewhere in the 80's. Version tersebut pun aku dah kira hebat dan menarik. So for this 2007 version, I expect something yg lebih dahsyat!

Alien Vs Predator 2

Walaupun filem AVP yg pertama kira biasa dan average aje, kutipan yg diaorg dpt mmg menguntungkan. Inilah yg membuatkan mereka come up with the 2nd installment. Scheduled to release on Aug 2007 and still in production.

Wonder Woman (DC)

DC selalu melahirkan watak2 comic yg patriotik sikit. Superman bajunya warna bendera America. Samalah dgn Wonder Woman, warna tema pun merah dan biru. Dah lama jugak kita tak tgk "female" superhero comic adaptation. Last yg aku tau adalah the 'crap' Catwoman lakonan Halle Berry. Previous Wonder Woman adalah lakonan Lynda Carter. Rumours said that Kate Beckinsale adalah actress yg sesuai utk watak ni. In my personal honest opinion... Kate is the best choice...! It is still in production, so takde apa2 berita sgt kecuali Joss Whedon (Serenity) is currently writing the script.

Iron-Man (Marvel)

Release Date : 2008Director : Jon Favreau (Zathura)The film is about the story of billionaire weapons industrialist ‘Tony Stark’ who is transformed by a super-powered suit to become a crime-fighter. Rumours said that Tom Cruise is interested to play the role. In my opinion, Tom Cruise tak sesuai...! Pertama sbb dia pendek, ke dua, muka dia tak sesuai berjambang (Tony Stark in comic berjambang!). Tp...Hollywood can do anything la... Subject to change because it is still under production.

Incredible Hulk (Marvel)

Lagi satu ke...? Apa motif dia buat filem ni. Adakah kerana Ang Lee's version tak begitu berjaya...? Writer Zak Penn (of X2 and X-Men 3) is currently doing the writing.

Thor (Marvel)

Writer : Mark Protosevich (Poseidon). Tak tau bnyk tentang project ni, dan pun lambat keluar. Tapi Thor merupakan superhero comic favourite aku. Watak Thor ni adalah based on Nordic myth. Sekali dia hentak weapon tukul dia tu...bergegar2 bumi! Scheduled to release on 2009.

Fantastic Four & The Silver Surfer/Fantastic Four 2 (Marvel)

Director : Tim Story, the man who brings the 1st installment of Fantastic Four. Silver Surfer dlm comic adalah villain. Ada rupa mcm Ice-Man (X-Men) sikit but with surf board. So aku tak tau la mcm mana dia blend with Dr Doom yg juga akan appear utk 2nd part ni. Release somewhere in 2007.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Ha, ha...utk kanak2 ribena. Nantikanlah kemunculan filem ni. Dulu pun pernah keluar filem ni in the 80's. Walaupun target utk kanak2,tp i have to admit mmg menghiburkan! March 2007 kemungkinan keluar.

Wolverine (Prequel) (Marvel)

Aku difahamkan filem ni lebih bertumpu pada mcm mana Logan menjadi Wolverine. Dlm X-Men pun watak ni ajelah yg paling glamour menenggelamkan watak2 lain. So tak heranlah Wolverine akan keluar film solo nya. Even dlm comic book pun there's a seperate comic for him. Actor yg terlibat, tak lain dan tak bukan adalah Hugh Jackman. Writer : David Benioff, yg ada involve dlm filem Troy.

Batman Begin Sequel (DC)

Cast masih sama iaitu Christian Bale & Michael Caine, Director also sama iaitu Christopher Nolan (why change, Nolan is a great director!). We will see comeback of the Joker in this sequel.

Sin City 2 (Dark Horse)

Directed again by Frank Miller & Robert Rodriguez. Tak bnyk yg aku tau pasal yg ke 2 ni.

Captain America (Marvel)

Lambat lagi keluar, maybe around 2009. itu pun kalau jadi.Writer yg involve at the moment adalah David Self (of Road to Perdition, Thirteen Days and the Haunting).

Wednesday, July 12, 2006

Forgotten Hero - Chuck Norris


Timbul idea nak tulis pasal hero fave aku zaman 80 an dulu iaitu Chuck Norris, waktu aku tgk Nazim Masnawi ada post gambar ni kat profile dia. Siapa tak kenal dia ni, yg berbadan sasa, tapi a bit pendek, dgn badannya yg berbulu2 lebat tu. Dia ni terrer betul kung fu. Mana ramai mat saleh yg pandai kung fu? Mostly chinese aje majoriti. Dah tua ni, yg latest aku tau mengenai dia ialah, dia berlakon siri Walker Texas Ranger aje...kita tgk filem2 dia yg lepas2 dan yg menjadi favourite aku waktu dulu2... :
The Way of the Dragon a.k.a Return of the Dragon (1973)
The first appearance of Chuck Norris yg aku tengok. Ini actually adalah filem Bruce Lee. Norris ni adalah sbg hitman pada seorg ketua mafia. He is very stylo dlm filem ni dgn fesyen 70's dia tu, muka muda dan hensem lagi. Babak terakhir pertarungan antara Norris dan Bruce Lee, mmg tak dpt dilupakan. Classic...best gile...!
Delta Force Series
It is something like a disaster movie la, whereby satu jet kena hijacked, dan penumpang2 semua jadi tebusan.There's a secret commando team called The Delta Force dipanggil utk menyelamatkan keadaan dan Chuck Norris adalah salah sorang ahlinya. Ada keluar part 2 in 1990, tp aku tak tgk.
Missing in Action Series
Aku tak suka Norris lakon dlm filem perang. Missing in Action ni is some sort of Rambo la. Zaman2 80s ni, pop-corn-film pasal perang di Vietnam memang popular. Commander Braddock dan pasukannya mempunyai mission utk menyelamatkan kawan2nya yg dijadikan tebusan di Vietnam. Series Missing in Action ni ada sampai part yg ke 3. A very the "american" movie!
An Eye for An Eye (1981)
Filem2 polis sebeginilah yg aku suka Chuck Norris berlakon. Filem ni kisahnya tentang Chuck Norris yg menuntut bela atas kematian cop partnernya. Kepala villain dlm filem ni ialah Christopher Lee. Mcm biasa,action scene kung fu style nya mmg excellent.
Forced Vengeance (1982)
Filem ni adalah 2nd top list of favourite Norris film. Chuck Norris adalah hitman/spy yg bekerja utk sorang casino owner dan mebenteras gangster2 yg ada di casino tu. Filem ni mostly shot at Hong Kong. So feel dia lebih kepada filem kung fu Hong Kong style. Babak best : Masa kawan rumahnya mati kena bunuh gangster dan Chuck Norris terlampau geram dan tuntut bela.
Lone Wolf McQuade (1983)
Ha...inilah filem yg paling top favourite aku! Siri TV Walker Texas Ranger juga diilhamkan dari filem ni. Norris adalah sbg McQuade, a Texas Ranger, yg menjaga keamanan kawasan daerahnya. Lekeh betul dia dlm filem ni! Yg buat aku suka filem ni juga ialah because of David Carradine as the villain. Remember him ? He's Bill in the Quentin Tarantino's Kill Bill ! Very cool villain. Last fight scene pun is a masterpiece, pertemuan antara 2 'otai' Kung Fu Mat Saleh!

Invasion U.S.A (1985)
Masa ni dah nampak filem2 actionnya hilang bisa sikit. Tp Invasion U.S.A ni masih jugak fave aku, kerana bnyk unsur2 ganas. Chuck Norris lakon as a retired CIA agent yg tinggal di Florida Everglades. Suddenly puak2 extremist melancarkan perang besar2an ke atas Miami, dan its up to Chuck Norris ni lah utk saves the day!
Code of Silence (1985)
Huaaarrrggghhh...aku dah start boring dgn filem aksi polis karate dia tu. Filem ni involve drug, tembak, kung fu dan gangster.
Firewalker (1986)
Aku rasa dia pun dah start tau org dah boring dgn karate dia tu. Dia try to be Indiana Jones here! Tapi dia ada partner negro bersama dia lakonan Louis Gossett Jr. Zaman ni pun menyaksikan filem2 advanture ni glamer sikit, dari Indiana Jones, Romancing The Stone, Jewel of the Nile etc... Tp aku rasa filem ni 'weak' sgt nak bandingkan dgn Indiana Jones!
Sidekicks (1993)
Dia dah start berlakon dgn kanak2. Walaupun dia dah tak se brutal mcm dulu, tapi rasa sesuailah dgn usia dia. Takkan nak ber karate sampai tua. Filem ni dpt sambutan jugak despite usia Norris yg dah tua. Kisah nya something about seorg budak yg lembik dan selalu dibuli. Tension dgn keadaannya, budak ni ambik kelas karate dan akhirnya take revenge kat semua yg membulinya.
Skrg ni hero yg ada 'karate' style cannot sell la. Cerita skrg dah lebih complicated dan takde straightforward mcm dulu. Actor2 action mcm Steven Seagal, Jean Claude Van Damme or yg tua sikit iaitu Sylvester Stallone dan Arnold semuanya menuju zaman senja diaorg. Anyway, 80's action film akan sentiasa terpahat dlm memori kita.

Sunday, July 09, 2006

Blast From The Past : 80's Glam & Hair Rock Band

Ha, ha... mmg zaman2 era 80 an dulu, band2 glam ni mmg bnyk membanjiri scene rock ni. Tp kalau fikir2 balik, kelakar betul tgk mamat2 rock ni, dgn gincu la...eye shadow pun adajugak...! Rambut tak payah cerita la...'set' rambu ramba baik punya! Try la tgk filem "Rock" arahan Mamat Khalid tu kalau nak get a better picture. Tp aku rasa band2 Malay ni, kira tak melampau sgt berbanding band2 luar.
Aku grew up dgn band2 glam jugak, di samping band2 yg lebih heavy mcm Iron Maiden, atau yg lebih 'otai' mcm Led Zepellin or Deep Purple. Poster2 band2 mcm Bon Jovi, Motley Crue, Kiss, Twisted Sister, Loudness or Whitesnake pernah jugaklah memenuhi dinding2 bilik aku satu masa dulu.
Bila dah masuk 90's, kita lihat masih ada band2 glam ni cth mcm Gun N Roses or Skid Row. Tapi dlm 90an inilah yg nampak kejatuhan era glam rock ni. Ada setengah band2 ni yg masih survive, cthnya ialah Bon Jovi, tp dah tukar imej kpd lebih adult, rambut pendek, sesuai dgn umur diaorg. Ada a few gambar yg aku upload, so korang bolehlah banding2kan make-up and hairstyle mana yg lebih 'ayu' dan 'meletup'...
Motley Crue

Aku minat band ni. Pakaian sekor2 mcm pondan tapi pada mula2nya diaorg ni nyanyi lagu yg berlirikkan setan jugak. Tp makin lama makin 'mellow' dan start nyanyi pasal babes2 dan lagu cintan. Tommy Lee, bekas laki Pam Anderson punya band. Dia sbg bassist utk kumpulan ni.

Whitesnake

Some of u might still remember lagu "Here I Go Again" nyanyian Whitesnake ni. Suara David Coverdale yg macho tu, memang meremang bulu roma bila mendengarnya. Aku ingat si David ni dpt bini model yg 'cun' ada ada appear a few times dlm video clip kumpulan ni.

W.A.S.P.

Band ni kurang glamer barbanding band2 yg ada aku mention kat post ni. Tp aku mmg suka giler kat band ni. Dah lupa nama vokalis kumpulan ni, tp mereka dari dulu lagi nyanyi lagu yg bertemakan kematian. Imej mereka walaupun ber make-up, lebih cenderung kpd leather hitam, chain dan spike tajam. Kira lebih brutal dr lain2 band glam. Satu aku tak gemar, vokalis dia tu selalu pakai outfit buruk mcm dlm gambar atas tu. (2 dari kiri)

Poison

Band berimej paling pondan sekali. Sebab apa...muka vokalis dia tu punyalah 'jambu' mcm pompuan. Antara semua band, aku rasa band ni lah yg paling bnyk penggunaan lipstik digunakan. Lagu2 mereka pun semua citer pasal awek & cinta. Bkn band fave aku sgt.

Twisted Sister

He, he...aku suka band ni. Sapa2 yg grew up dgn rock 80an ni pasti tau lagu "We're Not Gonna Take It". It is so catchy and rocking. Tak sesuai betul dgn penampilan mereka, especially vokalis mereka yg hodoh dan ganas tu (2 dari kiri). Aku describe vokalis Dee yg hodoh ni, mcm Marilyn Manson zaman sekarang la.

Kiss

Band yg paling glam antara semua. U know why ? Mereka ni lah yg paling bnyk guna make-up dan dressing yg paling gila babi. Tak cukup dgn tu, dgn leather outfit, spike, chain, agaknya mangga kunci rumah pun masuk sekali! Tp bila dgr lagu diaorg....alamak...cintannya. Konsert diaorg pun dahsyat gak, siap ada blow api in the air lagi! Paling kiri tu Gene Simmons, org yg mempunyai lidah antara yg terpanjang di dunia!!

Other worth mentioning :

Ratt, Warrant, Cinderella, White Lion, Loudness, Quiet Riot etc...etc....

Congrats Italy !


Italy menang ke atas France pada Fifa World Cup 2006, 1 - 1, membawak ke penalti 5 - 3.
Ingat nak set kan alarm aku pukul 2.00 pagi tadi, tp haram tak dgr langsung. Nampak sangat tak minat bola. However, aku prefer Italy rather than France yg glamour lebih.
Anyway, tahniah kepada pasukan Italy!

Thursday, July 06, 2006

Upcoming Movie : Saw III

Yes, Saw III akan keluar this Halloween, maknanya the end of October la tu.Tak sangka one of my fave horror movie ni akan muncul so soon. Saw III kali ni masih dpt sentuhan director yg sama dgn Saw II iaitu Darren Bousman.
Seperti yg kita tgk dlm Saw II, Jigsaw kali ni dah ada apperentice, tak sangka betul.Aku terasa mcm Obi-Wan dan Anakin pulak ! (jgn sampai apperentice lawan tauke sudah lah!). Mereka berdua ni dah kena tangkap, tp berjaya melarikan diri from prison dan start kerja 'fear factor' ke atas mangsa diaorg tu baliklah.
Utk siapa yg tak pernah tgk filem ni, Jigsaw tak pernah membunuh org. Dia bolehlah dikatakan seorg yg genius, merancang satu senario utk mangsanya, dan mangsa kena fikir cara terbaik utk melepaskan diri or otherwise...mati...! Mati in the context adalah salah mangsa sendiri. Tapi Jigsaw tak ambik mangsa sesuka hati je. Dia ambik mangsa yg dia fikirkan "better off dead" aje, mcm org hisap dadah/ganja ke...org yg ada scandal ke....maknanya org tu bermasalah lah.
In part II, kita dah tau bahawa apperenticenya adalah Amanda (lakonan Shawnee Smith), dan dia juga adalah mangsa pertama Jigsaw, tapi dia survive. Survival inilah yg membuatkan Jigsaw tertarik dgn Amanda, brain wash dia, dan menjadikan Amanda apperentice. So, kita tunggu ajelah whether yg ke 3 ni lebih hebat dr previous or not. Sepatutnya jadi lebih hebat la coz mereka dah berdua skrg.
Tapi for me, a serial killer should do jobs...alone. Ah...nevermindlah!

Superman Returns (2006)


Director :
Bryan Singer
Cast :
Brandon Routh
Kate Bosworth
Kevin Spacey
James Marsden
Aku patut tgk filem ni last weekend, tapi anak aku demam dan terpaksalah tunda. Memandangkan keinginan aku nak tgk filem ni membuak2, aku lg sekali ambik leave 1/2 day semata2 nak tgk filem ni. Last installment of Superman adalah "Superman Part IV - Quest for Peace". However, kita lupakanlah Superman Part 3 dan part 4 kerana ianya 'crap'! Tak relevan sgt.
Sesuai dgn tajuknya, 'Superman Returns', basically it is about kembalinya Superman ke dunia setelah 5 tahun menghilang. Filem Superman kali ni bkn sekadar filem aksi superhero, ttp Bryan Singer cuba utk menimbulkan isu ke'relevenan' Superman di dunia yg semakin modern ini, dan perasaan Superman setelah mengetahui makwe nya jatuh di tgn org sewaktu peniggalannya.
Filem ni start mengikut mood yg sama dgn filem2 Superman sebelum ni. Lagu pembukaan dan credit name semuanya tak berubah cuma ditambah dgn effect CGI je. Aku suka pembukaan filem ni yg sgt 'cool' tentang bagaimana Lex, yg keluar dr penjara, menjadi millionaire balik hasil tipu muslihatnya dgn seorg perempuan tua millionaire. Lex dipenjara 5 thn aje, nak tau kenapa ? Sbb tak cukup bukti & Superman sendiri tak hadir membantu perbicaraan waktu dia dituduh dulu. Dari sini dah nampak yg Kevin Spacey berjaya membawa watak Lex Luther yg seorg pembelit tapi sgt 'cool', plus elemen2 lebih serius drp Gene Hackman yg dulu.
Superman kembali ke Smallville dan bertemu kembali dgn ibu angkatnya dan start kerja balik dgn Daily Planet. Tujuannya kembali juga utk mencarik Lois balik, dan dia mendapati Lois dah jadi seorg wartawan yg berjaya dan nak dicalonkan utk anugerah Pulitzer lg. Anugerah yg dia dpt ni atas artikelnya yg bertajuk "Why the World Doesn't Need Superman" (sounds something like that la!). Lebih memeranjatkan bila mendpt tau yg Lois dah berkahwin. Yes, lepas peninggalan Superman tanpa berita, dia sgt2 kecewa dan tertekan hingga menyebabkan dia ambik keputusan utk kahwin dan dah beranak satu.
Kali ni Lex ada geng ramai tp yg paling utamanya ialah makwenya yg asyik kena buli iaitu Kitty. Mereka bersekumpulan menyingkap rahsia kryptonite, meteor, kristal kat tempat asal Superman dan plan utk memusnahkan bumi once again. Superman actually ke bumi bknlah utk menjadi hero (nak retire actually), tp lepas kapal terbang yg Lois naik nak terhempas, memaksa dia men'transform' dirinya kembali jadi Superman dan menyelamatkan Lois dan penumpang2 lain dlm kapal tersebut dari terhempas kat stadium. Babak ni adalah babak yg action yg paling menarik pada pendapat aku. Hasilnya, the public rejoice atas kembalinya Superman.
Laki Lois ada sikit suspicious terhadap isterinya Lois, atas kehadiran Superman kembali, namun takdelah sampai rumahtangga bergoncang. Lex dan kuncu2nya plan menceroboh ke muzium meteor utk mencuri kembali Kryptonite yg diketahui akan melemahkan Superman. Plan kedua adalah dgn menculik Lois dan anaknya supaya Superman dtg menyelamatkan Lois. Seterusnya menemui kembali rival tradisinya iaitu Superman.
First of all, aku bangga sbb Superman telah kembali ke layar perak setelah lama menghilang. Aku respect kat Bryan Singer kerana berani membawa Superman kembali. Pendekatan Bryan lebih kepada 'play safe', kerana takde apa2 perubahan ketara pada Superman, even Brandon Routh pun reminds us of Christopher Reeves masa muda2. Brandon pada pendapat aku, mmg sebijik sgt dgn Christopher termasuklah suaranya. Dia juga berjaya membawa watak Clark dgn bagus. Disamping tu, Director Bryan memang selalu guna pendekatan serius, so Superman Returns kali ni lebih serius jalan ceritanya or should I say, is very romantic.
Ramai tak begitu senang dgn watak Lois Lane yg dilakonkan oleh Kate Bolsworth. Tak tau la kenapa, mungkin mukanya tak sama dgn Margot Kidder ke...? Atau pun dia kurang cun ke...? But, lakon watak Lois kena muka 'cun' ke...? For me, Kate berjaya bawa watak Lois dgn baik. Kalau bandingkan antara Brandon dan Kate, aku rasa lebih baik lakonan drp Kate.Tapi mcm mana pun, Kevin Spacey steals the show. Wataknya sbg Lex lebih bagus drp previously dilakonkan oleh Gene Hackman. Bryan Singer seblm ni bekerjasama dgn Kevin dlm filemnya The Usual Suspect. Sayang sekali watak Lex kali ni aku rasa tak begitu menyerlah. Lakonan hebat Kevin ni sepatutnya mendpt bnyk perhatian sikit dlm filem ni.

Aku actually a bit dissapointed dgn filem ni, kerana ia lebih bertumpu pada kisah hubungan antara Superman dan Lois, dan dilema yg dihadapi oleh Superman. Hasilnya takde bnyk action sequence yg memberangsangkan walaupun bnyk teknik CGI dlm filem ni. Ending filem ni membuat aku terkilan sikit, dlm hati aku..."eh, dah habis ke...?". Despite segala kezaliman yg Lex buat terhadap Superman, cth: dibelasah, terajang,ditikam dgn kryptonite dan sebagainya, takde unsur2 balas dendam oleh Superman. Rancangan Lex cuma gagal aje, dia masih survive dgn awek Kitty nya, menampakkan yg sequel to be followed soon. (it better be damn better than this one!).

Oh ya, James Marsden juga ada dlm filem ni. Dialah yg melakonkan watak Cyclops dlm Bryan Singer's X-Men. Wataknya kali ni sbg suami kepada Lois. Mamat ni lakon sbg suami yg confuse tentang masa silam isterinya dgn Superman, tp masih maintain cool sbg seorg adult. Dia juga sporting sbb bergabung dgn bininya utk menyelamatkanSuperman. Wataknya ni teringat aku kpd watak Cyclops, yg ada curiga sikit dgn Jean Grey, kerana rasa ada scandal dgn Wolverine... Agaknya dia ni sesuai melakonkan watak yg awek/bininya ada scandal kot....he, he...!

Oh ya, you'll be surprised tgk anak Lois ni... and i really2 like it. Looks like there are 2 Superman in this movie...!

My expectation is too high on this movie. Maklumlah, it is a 2006 version of Superman and also Bryan Singer's touch in it. The cast semuanya done a good job, but as I say, jalan ceritanya ada 'kureng' sikit. Overall, sorry to say la, I give :

*** / *****

Ulasan2 lain :

Dunia Vovin

Roman Kodian

Maddox

Fadz



Friday, June 30, 2006

Mawi Mungkir Janji...?

PUTUSKAN PERTUNANGAN DENGAN INA MELALUI TELEFON

Harian Metro 01/07/2006

KUALA LUMPUR: “Kalau aku pilih kau sebagai isteri, bermakna aku akan dibuang keluarga,” demikian kata juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kepada tunangnya, Nordiana Mohd Naim, menerusi telefon, malam tadi, sekali gus membayangkan hubungan mereka sudah berakhir.
Editors : Nampak gayanya, betullah andaian sesetengah pihak bahawa mmg tali pertunangan Mawi dan Diana bergoyang. Aku sendiri tak terkejut dgn berita ni. Walau selurus mana, sealim mana budak Mawi tu, kalau dah masuk show biz mesti lupa diri punya. Aku tak percaya,
kenyataan bahawa keluarganya yg menyuruh dia memutuskan pertunangan. Biasa la, ada2 aje alasannya. Pokok pangkalnya terletak pada tgn Mawi sendiri.
Ha, Harian Metro hari ni 03/07/2006, pun dah confirm yg keluarga mereka menafikan yg mereka terlibat dgn keputusan putus tunang tu. (posting yg earlier di atas tu aku buat pada 02/07/2006) Sejak Mawi keluar drp AF dan menjadi artis yg top, aku tak nampak sikit pun yg
Mawi suka dgn status 'tunang' nya. Malah, Mawi ada beberapa kali jugak buat statement yg menyinggung perasaan tunangnya. Namun, tabah jugaklah hati Diana ni, dan dia pulak buat statement yg dia faham status Mawi sbg superstar skrg. Lagi buat aku meluat bila dgr yg lafaz putus tunang Mawi ni dibuat waktu Diana berada di KL! Yes, Mawi taknak langsung jumpa tunangnya di sini, instead dia call aje dan terus buat keputusan putus tunang.
Aku tgk skrg peminat2 Mawi terbahagi kpd 2 :
- Peminat yg meluat tgk perangai Mawi yg lupa diri dan sombong. (Peminat berpaling tadah la tu...!)
- Peminat yg masih mempertahankan Mawi.
Ayat2 yg biasa digunakan oleh peminat2 ni ialah :
"ala...Mawi ada reasonnya yg tersendiri pasal putus tunang tu, kita semua tak tau. Dia & tunangnya aje yg tau" (ala2 lagu "Biarlah Rahsia" la tu)
or
"Sukati dialah nak pilih pasangan hidupnya!"
dan bnyk lagilah hujah2 mereka.
Oh ya, Harian Metro hari ni jugak ada mengatakan yg keluarga Mawi akan membetulkan keadaan dan ingin mengembalikan hubungan Mawi & Diana. Hello...! Semlm punya paper
kan dah kata bapak Diana takkan menerima Mawi kembali. Kan ke Mawi sekeluarga tak setaraf dgn Diana sekeluarga. ! Aku rasa kalau bapak Diana terima Mawi kembali, terus terang aku kata dia adalah bapak yg takde maruah langsung!
Lepas ni jgn terkejut pulak bila mendengar Mawi mengikat tali pertunangan dgn Diana Rafar or
Marsha pulak...he, he...
Utk info yg lebih lanjut, boleh bukak channel 15 SMS tu...!
P/S : Anyway, takziah aku tujukan kepada Mawi sekeluarga atas pemergian Pak Atan ke Rahmatullah berikutan serangan sakit jantungnya and other complications. Marilah
sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham Pak Atan. Sayang, Mawi tak berada di sisi arwah, disaat dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Babes of the Week : Camilla Belle


Baru aje tgk filem "When A Stranger Calls". Memang tak seram langsung sampai aku rasa not worth it kalau aku review filem ni. Aku bagi * 1/2 / *****. Satu setengah bintang yg aku bg ni pun adalah because of main actress utk filem ni iaitu Camilla Belle. She is so gorgeous and cute. Her face reminds me of penyanyi and pelakon remaja Jojo, tapi muka Camilla ni lebih matured sikit. Camilla ni is one of the teen star yg patut diberi perhatian.
Dia dilahirkan pada 10hb February 1986. Maknanya skrg baru masuk 20 thn. Belum cukup setahun lahir, dia dah appear dlm TV tapi utk iklan kat US. Bnyk jugak iklan2 dan filem2 yg dia lakon in the 90's tapi memandangkan dia kanak2 lagi, so takdelah menyerlah sgt.
Paling menyerlah pencapaiannya adalah melalui filem Steven Seagal's The Patriot, sbg anak Steven, pada tahun 1999. Pada thn 2005, dia ada memainkan peranan yg penting dlm filem "The Ballad of Jack and Rose" bersama dgn Daniel Day-Lewis. Sejurus lepas tu, dia dpt tawaran berlakon utk remake 1979 filem iaitu "When A Stranger Calls".
Selepas ni beliau akan berlakon dlm filem epic "10,000 BC" yg diarahkan oleh Roland Emmerich. Pengarah yg pernah mengarah filem2 seperti "The Day After Tomorrow" dan "Godzilla".

Tuesday, June 27, 2006

Lucky Number Slevin (2006)


Director :
Paul McGuigan
Cast :
Josh Hartnett as Slevin
Bruce Willis as Goodkat
Lucy Liu as Lindsey
Morgan Freeman as The Boss
Ben Kingsley as The Rabbi
Stanley Tucci as Brikowski
Filem ni start with Mr Goodkat, lakonan Bruce Willis, seorg pembunuh upahan yg bercerita mengenai pembunuhan sebuah keluarga kpd seorg mamat sebelum membunuhnya.
Kemudian membawa kita ke senario lain di mana Slevin, lakonan Josh Hartnett, yg dtg ke apartment membernya, Nick Fisher, tapi mendapati Nick tiada di rumah. Jirannya, Lindsey (lakonan Lucy Liu) pun tak tau mana Nick pegi. Anyway, it seems like Nick ni "hal" sikit dgn dua sindiket yg berlainan, satu diketuai oleh The Rabbi (lakonan Ben Kingsley) dan satu lagi The Boss (lakonan Morgan Freeman). Dua2 mafia ni mmg berperang antara satu sama lain. Sebab utama, anak The Boss ni dibunuh oleh group2 The Rabbi. Memandangkan Slevin ada di apartment Nick, kuncu2 mafia ni telah menangkap Slevin kerana menyangka Slevin adalah Nick.
Slevin dipaksa juga menjelaskan hutang 33 ribu dgn sindiket The Boss, walaupun itu bkn kesalahannya. Setelah berunding, The Boss setuju hutang Nick akan langsai dgn syarat, Slevin terpaksa membunuh Isaac, iaitu anak The Rabbi, dgn tujuan nak balas dendam kematian anak The Boss. Tingkah laku Slevin telah menimbulkan syak wasangka Detective Brikowsky, yg dah lama mengintip gerak geri The Rabbi dan The Boss ni. Dlm pada itu juga, Mr Goodkat selalu muncul secara misteri sepanjang kecemasan Slevin menjalankan misinya.
Filem ni ada "twist". Cukuplah aku katakan perception korang pada sejam pertama cerita ni berlainan lepas lebih sejam korang menonton filem ni. Cukuplah aku katakan bahawa Slevin taklah se'innocent' yg korang sangka. The Boss and The Rabbi dlm cerita ni, taklah secerdik yg korang sangka. Dan, Mr Goodkat seorg pembunuh upahan yg 'otai' dlm filem ni, taklah sezalim yg korang sangka. Apa2 pun korang kena tgk cerita ni dan concentrate.
Be prepare coz mula2 aku ingat permulaan yg Mr Goodkat cerita tu, tak relevant sgt sepanjang filem ni. Tetapi sangkaan aku meleset. Filem ni mmg bnyk ber'influence' kan Quentin Tarantino style, samalah mcm Running Scared yg aku review hari tu. Walaupun filem ni bergerak quite laju dan cemas all the way, violence scene tak bnyk. Tapi sekali sekala bila ada scene ganas, kita pasti terkejut kerana muncul secara tiba2. Filem ni bnyk bertumpu pada jalan cerita walaupun ada masanya plot berlubang here and there. Kesimpulannya ialah filem ni it's all about balas dendam dan duit.
Yg membuat aku teruja nak tgk filem ni adalah kerana it's an all-star cast. Nama spt Bruce Willis, Morgan Freeman, Ben Kingsley, even Stanley Tucci adalah nama2 'otai' dlm bidang perfileman ni. Di samping itu, nama2 bintang yg muda sikit spt Josh Hartnett dan Lucy Liu menambahkan lg minat aku. Bruce Willis dlm filem ni wataknya lebih similar kpd Detective Hartigan dlm filem Sin City. Dgn baju kot panjangnya dan sepucuk pistol, tp bezanya ialah kali ni dia adalah pembunuh upahan instead of polis.
Josh Hartnett...?? Well lakonannya biasa aje. Mamat ni nampaknya serasi dgn director Paul ni. Sebelum ni beliau ada muncul dlm filem arahan Paul jugak iaitu Wicker Park. Lakonan yg memberansangkan dari Lucy Liu, sbg seorg jiran yg jatuh cinta dgn Slevin. Lucy Liu ni kerja sbg seorg coroner di hospital dlm filem ni. Lakonan yg sama kualitinya drp Morgan Freeman dan Ben Kingsley kerana dua2 adalah ketua utk group gangster mereka.
Babak ngeri : The Boss dan The Rabbi strangled to death in a plastik bag. Babak ni sgt slow menunjukkan perlahan2 kedua ketua gangster ni mati due to suffocation. Aku enjoy filem ni, an old-style crime/gangster thriller with a twist.
***1/2 / *****

Ada Apa Dgn Sg Wang's DVD Shop...?

Masuk akhir bulan ni rasanya dah genap 2 bulan kedai DVD pirate di Sg Wang tak beroperasi actively. Nampak gayanya kali ni operasi lebih besar2an dan lebih serius. Sepanjang 2 bulan ni ada few times jugak aku pegi ke Sg wang dan cuma sekali aje aku berpeluang tgk kedai DVD bukak. Itupun tauke tu kata, bukak sekejap aje, mungkin dlm sejam or less. Ada satu kedai tu pulak aku tgk always bukak, tapi jual DVD 9 aje, itupun tak display cuma sorok2 tunjuk folder. What's the point of selling DVD 9 aje...? I mean korang tak boleh ke jual DVD 5 & put it in the folder mcm korang buat utk DVD 9 tu...? Lagipun DVD 9 ni quite expensive la, RM12 and kalau beli bnyk pun dpt la RM11 or RM10. DVD 5 yg biasa aku beli di Sg Wang tu cuma RM20 for 3 titles.
Lagi satu aku tgk tauke2 DVD di Sg Wang dah start to jual benda2 lain di kedai mereka, especially baju t'shirt yg tak menarik langsung. Tak tau kenapa t'shirt2 yg mereka jual tu semua sama aje. Maksud aku, kau pergi kedai DVD sebelah pun sama aje t'shirtnya dgn kedai yg sebelah lagi. Agaknya nak mengabui mata inspektor yg raid nanti kot, as i say, mereka buka jika ada peluang aje. Mcm biskut, kejap ada kejap takde. Depends on nasib.
Desperately aku try to search for other shop, and surprisingly, kedai2 lain di area KL or PJ semuanya beroperasi spt biasa. Diskriminasi betul...! Aku baru aje beli a few titles, di tempat lama aku kembali iaitu sekitar Pandan Perdana. Walaupun mahal sikit, tapi bolehlah men'satisfy' my bloodlust over DVD.
Bak kata Maya Karin, "Kembalikan Kedai DVD Sg wang Aku...!!!"

Monday, June 26, 2006

The Producers (2005)


Cast :
Nathan Lane
Matthew Broderick
Uma Thurman
Will Ferrell
Gary Beach

Director :
Susan Stroman

Ini adalah remake utk 1968 filem arahan Mel Brooks. Version 2005 ni adalah arahan Susan Stroman, namun Mel ada involve sbg producer filem ni. Well, this filem adalah musical broadway style. Aku mmg kurang tgk filem2 berbentuk musical ni, namun memandangkan filem ni adalah light comedy, so aku rasa aku boleh masuk sikitlah.

Max Bialystock adalah seorg producer broadway terkenal yg semakin dilupakan. Risau tentang keadaan financial nya, dia telah bertemu dgn seorg accountant, Leo Bloom. Beliau mencadangkan satu komplot utk meng'organize'kan satu broadway teater yg 'gagal', cari sponsor bnyk2, buat semua penonton bencikan teater berkenaan dan kutip hasilnya lebihan dr jualan tiket2nya. Actually aku pun tak tau mcm mana jalannya yg sebenar, but ideanya lebih kurang mcm tu lah.

Max and Leo approach Liebkind (lakonan Will Ferrell) seorg yg kepala gila dan Nazi supporter utk mengambil idea teaternya kerana percaya it will become a 'flop'. Then, mereka approach Roger, seorg tranny, sbg pengarah teater berkenaan. Pementasan mereka bertajuk "Springtime for Hitler". Di tgh2 kesibukan mereka, sempat jugaklah hire seorg admin assistant, bernama Ulla (lakonan Uma Thurman) di ofis mereka.

Bila tiba hari yg dinantikan iaitu opening night, mula2nya semua penonton menyampah tgk persembahan ni, until suddenly Roger (pengarah) yg memegang watak sbg Hitler muncul. Roger potrays Hitler sbg seorg gay, dan semua penonton terhibur dgnnya. Both producers menggelabah sbb semua audience loves their show, dan dari sinilah rancangan mereka gagal. Polis dpt mengesan rancangan mereka dan menangkap Max. Leo dpt melarikan diri dgn Ulla ke Rio (mereka actually falls in love), namun akhirnya menyerah diri. Spoilers!!! : Kesemua mereka lepas akhirnya!

As I said, musical filem is not my taste, namun aku enjoy ceritanya yg simple. Semua jalan ceritanya, diceritakan dlm bentuk nyanyian dan senang memahaminya. Lakonan baik dari Matthew Brod. dan Nathan Lane, memandangkan mereka berlakon sambil menyanyi aku rasa mereka did well. Uma Thurman juga menyinar dlm filem ni, sbg perempuan Sweden yg desperate nak carik kerja. Tergedik2 tgk lakonannya and very seksi. Aku rasa wataknya dlm filem ni tak lebih sekadar nak menyerikan filem ni saja. Paling aku suka adalah lakonan Gary Beach sbg pengarah/pelakon Roger. Mmg kelakar gila tgk watak gay nya bersama2 dgn assistantnya. In fact, semua crew2 nya kebanyakan adalah gay. Sometimes 'geli' pun ada tgk gelagat mereka. Will Ferrell mcm biasalah dgn watak spastiknya, aku tak meluat sgt tgk dia kali ni.

Aku dgr filem ni tak dpt menandingi the 1968 version punya, but sapa2 yg minat filem mesti taulah yg mmg remake takkan dpt menandingi original version. Aku rasa personally filem ni menghiburkan, tapi taklah outstanding pun. Aku bagi :

*** / *****

Thursday, June 22, 2006

Jalan2 Cari Makan...

Once a month or twice a month (bila kaya sikit) aku akan bawak family aku makan2 kat tempat yg best2 sikit. Here's my favourite place to makan in KL. (in no particular order) :
Cozy Corner
Quite some time jugak ada di KL. Paling lama adalah di Ampang Park. Although I feel that this shopping is only for gals, but I will come here just to dine at Cozy Corner. Makanan semua ada dari Thai food membawak kpd Western Food. Semuanya sedap2 belaka. Then diaorg ada buka cawangan kat Ampang City, but lepas Ampang City pun mcm nak bankrap, diaorg pindah ke Great Eastern Mall. Now aku selalu hangout kat Great Eastern coz di sana lebih dekat dgn rumah aku dan lebih besar. Fave food there, Chicken Chop Gravy. Makan kat sini actually dah jadi tradisi kami sekeluarga coz dari aku sekolah rendah lagi bapak aku introduce restoran ni.
Naili's Place
Located nearby Ampang Point. Aku tau mengenai restoran ni lepas tgk Jalan2 Cari Makan dulu. So aku pun cubalah, and mmg masakan dia best2. Aku rekomen kalau pergi kat sana korang cuba masakan goreng2nya or lauk2nya. Kalau korang order masakan western, aku rasa it is a bit expensive and rasanya biasa aje. Paling menarik mengenai restoran ni ialah design nya ygber suasana beach dgn pokok kelapanya. Korang boleh pilih nak makan along the sidewalk, atau di dalam (tkt bawah & atas). Ada jugak tempat kalau korang nak makan bersila aje, dgn mejanya yg rendah sikit.
Tupai Tupai Restorant & Cafe
Mmg aku teruja kat restoran2 yg mempunyai design2 atau suasana2 yg relaxing. Aku pernah makan sekali jekat sini iaitu last month, tp mungkin akan pergi lagi dpt gaji hujung bulan ni. Located kat belakang DewanBahasa & Pustaka. Aku pun tak sangka kat belakang Dewan Bahasa ni ada restoran tu coz tempat tu sunyi sikit.Tempatnya sgt cantik & luas, kalau bawak anak2, boleh diaorg main2 kat kawasan sekitar tu. Hari tu makan nasi goreng cina plus lauk2 mcm tauhu, ayam, daging plus sayur2. Makan kat sini rasa mcm makan kat kampung sesuai dgn tag nya iaitu "Suasana di Rimba Kuala Lumpur".
Chili's Grill & Bar
Aku suka betul beef steak dia. Make sure korang betul2 kosongkan perut sebelum nak makan beef steak ni. Tempat yg selalu aku hangout ialah di KLCC coz again, dekat dgn rumah aku. Ada dua section, satu area merokok dan satu tak merokok. Sesuai jugak kalau korang lepas tgk wayang atau sebelum tgk wayang coz kat sebelahnya ada TGV. Aku pun pernah sekali makan dgn si Maddox ni lepas tgk Star Wars 3 dulu. Hari2 lain biasanya aku pergi sekeluarga.Tapi in the weekend biasanya very the penuh, and have to beratur tunggu turn to get in.


Manhattan Fish Market
Asyik2 kedai western aje mesti makan daging or ayam. Sekarang aku nak makan ikan pulak. Mcm2 jenis ikan ada dlm restoran ni. Kerapu, Salmon etc. Branch2 yg selalu aku kunjung adalah di Ampang Park & KLCC. Biasanya tempat ni takdelah penuh sgt, coz takde choice melainkan fish2 belaka aje. Namun aku suka suasananya mcm makan kat kapal tangkap ikan...he, he...Aku suka makan dishes kerapu fillet kat sana. Ada jugak kids meal dan harganya takdelah mcm Happy Meals McDonalds tu!


Strawberry
Kalau kat ofis, rasa2 nak makan waktu lunch yg best2 dan mahal2 sikit, kitaorg akan pergi kat Strawberry Cafe yg located kat PJ State. Menghidangkan makanan goreng2, lauk2 dan juga western. Aku rasa makanan western di sana biasa aje, tapi masakan goreng and Thai nya mmg best! Have to rush a bit bila makan di sini coz waktu lunch sejam aje. Namun, tempatnya mcm cafe biasa aje.

Secret Recipe Cakes & Cafe
Secret Recipe sekarang makin berkembang maju. Aku tgk bnyk cawangan2 baru dibuka. Well, aku dah lama jugak jadi pengunjung tetap restoran ni, samada di Alpha Angle, Ampang Point atau Berjaya Times Square. Terkenal dgn cakenya yg sedap2 belaka, I just love their cheese cake! Di samping tu ada variety of western food yg also sedap. Biasanya aku mkn chicken chop dgn nasinya. Di Alpha Angle bila weekend mesti penuh, so aku akan beralih pulak ke Berjaya Times Square coz it is located kat tempat yg terpencil sikit.


Victoria Station
Walaupun aku rasa steak Victoria taklah sehebat di Chili's, namun dia patut masuk dlm senarai jugaklah. Concept restoran ni canggih jugak, menggunakan keretapi sbg trademarknya. Kalau masuk dlm restoran ni, ada 2 pilihan, samada korang nak makan kat area biasa atau ada satu area dlm keretapi. Bezanya, keretapi tu tak bergerak la. Yg aku tau dia ada 3 cawangan, satu kat Jln Ampang, satu kat PJ dan satu lagi kat area Damansara.


Sri Thai Restaurant
Restoran makanan Thai yg paling best di PJ. Tomyamnya...perrggghhh, pekat dan ingredientnya best2 beb!Ada di location ofis aku jugak tp taklah boleh makan regularly mcm aku makan di Strawberry coz harganya mahal2 and ala carte aje. Biasanya kitaorg makan bila ada boss2 nak belanja or member2 belanja for special occassion. Hai...bilalah boss2 aku nak belanja lagi!

Hartz Chicken
All u can eat chicken buffet restaurant! Makanlah sepuasnya and make sure perut kosong jugak...this is buffet beb! Macam2 jenis masakan yg bertemakan ayam. Plus ada jugak side dishes mcm potato, salad, soup etc. Air minuman korang refill lah seberapa bnyk yg kau suka. Actually masakannya aku rasa biasa aje, tapi harganya sgt berpatutan around RM16 something aje. Biasa aku lepak di Sunway Pyramid atau Berjaya Times. Di Sunway boleh tgk pemandangan Sunway Lagoon sekali. Mmg kena tunggu turn yg lama utk dine in especially on weekend.

I can go on and on on this list but cukuplah 10 aje. Restoran2 mcm Pizza Hut, Coffee Bean Cafe, Starbuck etc tu tak payahlah aku cerita coz rasanya semua org mesti pergi tempat mcm tu. Lepas update blog ni rasa mcm lapar pulak!.





World Cup Update !

To be honest...aku mmg tak minat bola sepak. World Cup ke...English League ke...anything la...
Yeah...yeah, u all may call me a freak, I don't care.

But I do like some of their supporters like this one :

Ha, ha... I am a really2 freak...!

Wednesday, June 21, 2006

Upcoming Movie : Perempuan di Dalam Air

A very2 dreamy poster. Filem ni pun actually is about dream atau lebih tepat lagi about fairy tales. Ini adalah filem M.Night Shyamalan yg ke 7. Filem terakhirnya iaitu The Village adalah, in my opinion, antara filemnya yg paling mengecewakan. Aku started to know M.Night after filemnya yg sensasi iaitu The Sixth Sense. Filem tersebut merupakan antara filem horror facourite aku, jalan ceritanya very slow but scary and twisted ending. After that, dia mengarah filem Unbreakable, yg aku rasa boleh tahan, tp tak boleh beat The Sixth Sense. The follow-up like Signs & The Village betul2 menegcewakan, namun aku tau yg Signs dpt kutipan yg memberangsangkan jugak.
M.Night ni bnyk terpengaruh dgn filem2 Hitchcock, dan filem2nya juga ada elemen2 Hitchcock sometimes. Yg penting trademark filemnya adalah its twisted ending. Walaupun, kalau nak ikut statistik aku, M.Night ni makin lama buat filem yg makin bosan, namun aku tunggu jugak filem Lady in The Water ni, coz aku berharap sentuhannya kali ni ada elemen2 kejutan mcm dlm filem The Sixth Sense or Unbreakable.
A simple sinopsis :
The Lady in the Water according to M.Night, adalah berdasarkan bedtime story untuk anaknya. Dia mengisahkan seorg attendance pool yg merupakan penyewa juga pada sebuah apartment yg menyelamatkan seorg perempuan drp lemas di swimming pool tu. Tak tau mcm mana, suddenly perempuan tu bknlah seorg manusia, tetapi seorg "narf", watak di dalam fairy tales. This lady agaknya tersesatlah kat alam nyata ni dan nak mencari jalan masuk ke alam fantasynya balik.
Yg aku tau jugak, attendance ni (lakonan Paul Giamatti - my fave actor also) dah jatuh cinta dan cuba nak menyelamatkan perempuan ni drp some sort of makhluk/creature yg wujud dlm alam fairy tales tu. "The Lady" dlm filem ni adalah lakonan Bryce Dallas Howard, actress utama dlm filem The Village. Agaknya M.Night senang berkerja dgn actress ni kot. Paul Giamatti tak payahlah dipertikaikan lakonannya. Dia memberikan lakonan yg outstanding dlm filem Cinderella Man sehingga dicalonkan utk Best Supporting Actor Oscar yg lepas. Also I like filem Sideways lakonannya.
It's look like kali ni M.Night cuba utk buat filem fantasy pulak. Aku pun tak tau whether ada unsur2 horror or kejutan dlm filem ni. So, kita tunggu ajelah kemunculan filem ni di pawagam or DVD.

Tuesday, June 20, 2006

LRT OH LRT...!


Siapa2 yg guna LRT everyday, mesti tau yg sometimes naik fed-up using this service. For me, aku naik Putra LRT everyday to work. That means, 5 times a day. Itu takpelah jugak, hari2 terpaksa melalui 15 station (per trip) sblm sampai ke tempat kerja. Tiba2 timbul idea nak komen pasal LRT ni bila last week aku suddenly hampir pitam on the way nak balik, di sebabkan LRT yg takde air-cond. The following perkara2 common yg berlaku dlm LRT :

1) No 1 definitely be air-cond breakdown! Aku rasa kebarangkalian kau mendapat train yg takde air-cond adalah lebih dr mendapat air-cond yg function well.Last week, train packed with passengers, no air-cond at all. Dari Tmn Jaya sampai KL Sentral aku dah tak thn and terus turun rileks dulu. Hampir pitam siol...Buatnya aku masa tgh tension after Test utk paper insurance aku pulak!

2) Ini takde kena mengena dgn train but dgn penumpangnya. Korang pernah jumpa tak mamat negro yg gunakan LRT ni.I dont know about u all la, tp they smell stinks...!!! Pakai mmg hensem (kononnya la), tapi aku tak tau bau busuk tu dtg dari mana. Even if they wear perfume pun, it will worsen the things up....! Aku kalau dekat dgn diaorg ni seboleh2nya beralih ke tempat lain la...

3) Aku tak beli pass LRT coz sometimes aku bawak kereta jugak. So tak worth it. So aku pakai tiket yg beli kat kaunter. Tapi there's a few times suddenly kaunter takde org jaga. Lama pulak tu menghilang! So aku takde choice lain, kenalah beli pakai mesin. Korang tau tak mesin tu cuma boleh terima sekali aje notes kertas. Cth, kalau korang nak beli tiket harga RM2.40. Korang masukkan notes RM1 ke mesin, that's it! Korang tak boleh masukkan notes yg ke dua. So u all kena tukar duit syiling pulak. Aku tak pernah jumpa la mesin mcm ni, kat shopping complex mesin semua ok aje.

4) Train yg tak berhenti. Aku notice this happen especially kat Damai station. Org semua dah siap2 nak turun, tapi suddenly tak berhenti langsung. Muka sorang2 tension aje. Terpaksa berhenti the next station, then tukar train patah balik!

5) Pintu tak bukak! Cth, kau dah siap2 nak keluar ke station KLCC. Suddenly pintu belah kau, tak bukak pulak! Takde warning kata pintu rosak (maknanya baru rosaklah tu!). Tp ada jugak yg dah awal2 bg notis pintu rosak.

6) Once in a while, ada testing train. Maknanya dgn passenger2 sekali kena testing. Korang tau apa dia buat...? Diaorg buat brek emergency. Kalau org2 muda ok la...mcm mana kalau org2 tua yg tgh berdiri...? Tak ke tegolek jatuh? Takde warning pulak tu, nak buat brek emergency. Aku rasa mcm naik train kat fun fair aje.

7) Again, pasal sikap passenger. Bila aku nak naik train, dia terconggok kat depan pintu, padahal kat belakang dia bnyk lagi tempat kosong. Muka buat bodoh aje... Tapi kalau aku in the opposite side, aku juga tak suka passenger yg nak naik LRT, tolak2 passenger yg kat dlm semata2 nak masuk! He, he...

8) Train jem. Breakdown. Ini adalah masalah yg paling terawal sekali discovered. Actually taklah burden sgt coz aku dah lali sgt dgn masalah ni. Nak buat mcm mana, terpaksalah call boss kata lambat masuk sbb train jem.Lagipun most of my colleague pun semuanya guna LRT, so boss kena faham la keadaan.

9) Passenger yg buat2 tidur. Ala...mcm dlm iklan yg Adlin lakon tu! Org tua or pregnant lady kat depan pun tak ambik pedulik. Tapi aku tgk skrg ni masalah ni kurang sikit. Mungkin diaorg dah sedar lepas iklan tu ditayangkan kot. Anyway, aku mmg takkan duduk dlm LRT coz takut terlajak tertidur!

10) Lastly ini ajelah tak buat aku tension. Tgh berhimpit2 sesak tu, suddenly ada pulak awek yg cun dan seksi berhimpit2 dgn aku. Tak kiralah tang mana dia berhimpit...he, he... Rasa taknak turun or change position pulak. He, he...Oh ya, utk perempuan, kes raba ada jugak berlaku. Aku ada tgk 2 times sepanjang aku naik train. Kalau perempuanb tu jenis garang, mmg padan muka peraba tu kena tampar or maki! Kasi ajar sikit!

Sunday, June 18, 2006

Running Scared (2006)


Cast :
Paul Walker as Joey
Cameron Bright as Oleg
Vera Farmiga as Teresa
Karel Roden as Anzor
Director :
Wayne Kramer
Minggu lepas sempatlah aku menghabiskan 2 title of my DVD, this week mungkin aku takkan tgk apa2 DVD lagi coz nak concentrate for my final exam. Kalau Sabtu lepas aku tgk Munich, thriller yg slow ceritanya, kali ni Running Scared thriller yg laju gila babi punya cerita!
Cerita ni start with seorg budak bleeding dan Paul Walker yg dlm keadaan sgt cemas. Then terus membawa kita ke scene di mana sekumpulan mob dan sekumpulan corrupted killer bertelagah dan tembak menembak antara satu sama lain. Joey, lakonan Paul Walker, is one of the mob dan dia actually patut memusnahkan pistol yg digunakan utk membunuh polis tersebut. Instead, dia sorokkan pistol tu dirumahnya. Joey mempunyai isteri (yg seksi gila pakai g-string!) dan seorg anak lelaki Nicky. Nicky pulak baik dgn sorang anak jirannya Oleg. Things started messy bila mereka dua sekawan ni terjumpalah Joey ni sorokkan pistol tu kat basement rumah dia. Oleg ambik pistol tu.
Si Oleg ni pulak mempunyai bapak tiri yg tak betul sikit. Mmg psycho dan suka dera Oleg. Bapak dia ni gila babi minat John Wayne and satu hari tu, Oleg ni insult dia dgn mengatakan "John Wayne is a faggot!". Apa lagi, meroyanlah bapak tiri dia tu dan start histeria. Oleg bengang dan menembak bapak tirinya di bahu. Oleg lari selepas tu, dan Joey mengetahui tentang kehilangan pistol tu. Joey cemas dan dari sinilah bnyk adegan2 yg cemas seperti adegan mencari Oleg, adegan konflik dgn dirty cops, adegan konflik dgn mobs nya sendiri dan bnyk lagilah.
Aduh...huru hara aku tgk filem ni! Bnyk sgt nak diterangkan dlm filem semata2 kerana sepucuk pistol dan Oleg. Bapak tiri Oleg tu sebenarnya sepupu pada Russian Mob dan ada connected dgn kumpulan Joey. Dan salah sorang corrupted cops yg survive pembunuhan diawal filem tu pun mencari Joey utk pistol tu. Jalan cerita yg kelam kabut dan berbelit2 ni seolah2 cuma skrip writer dan pengarahnya aje yg tau. Diaorg tak ambik tau whether penonton faham ke tak, cuma harapkan penonton enjoy the high tension and action/violence scene dlm filem ni je.
Oleg dlm cerita ni pun melarikan diri ajelah kerjanya. Mula2 jumpa pelacur dan berlindung with her sehingga dia carik pasal dgn bapak ayam. Lepas tu dia diculik oleh pasangan laki bini yg psycho. Gila... pasangan ni sekali imbas nampak mcm happy family but rupa2nya bunuh budak. 2 org yg aku sangka anak yg bersama dgn mereka pun sebenarnya mangsa culik. Nasib baik bini Joey (man...i cannot forget her ass!), dtg menyelamatkan Oleg tu.
Honestly, I never like Paul Walker. Entahlah, expression muka dia aku tak suka, nampak mcm kaku aje, tak kiralah filem Into The Blue ke...Fast and the Furious ke.... Tapi dlm filem ni aku rasa dia ok jugak compare to his previous filem. But aku a bit think dia ada over sikit la dlm setengah2 scene especially tension scene. I mean tak payahlah terlalu kecoh dan gabra gila babi semata2 pasal pistol tu hilang!
Cameron Bright semakin laku sbg pelakon kanak2 sekarang ni. Mukanya yg stiff dan sugul, mmg sesuai dgn watak dlm filem ni sbg kanak2 yg didera. Susah betul nak tgk dia ni senyum kecuali pada ending cerita aje. Rasanya kalau dia ni lakon dlm remake terbaru The Omen pun ok gak!
There's a little bit of a twist pada ending cerita ni. Anyway, pada siapa yg suka non-stop action & violence, aku recommend tgk la cerita ni. But siapa2 yg nak balance antara action dan storyline (macam aku), ini bukanlah cerita yg sesuai.
*** / *****
Cameron Bright as Oleg

Saturday, June 17, 2006

Munich (2005)


Director :
Steven Spielberg
Cast :
Eric Bana as Avner
Daniel Craig as Steve
Ciaran Hinds as Carl
Mathieu Kassovitz as Robert
Hanns Zischler as Hans
Aku cuba utk open minded bila menonton filem ni kerana aku tau yg Steven Spielberg ni memang pro-yahudi. Namun, tak dinafikan filem2 Steven mmg sentiasa mempunyai keistimewaannya yg tersendiri. Setelah muncul dgn filem2 low profilenya spt The Terminal or Catch Me If You Can, atau filemnya yg tak begitu berjaya War of the World, dia kembali dgn filem yg lebih serius & bertema berat iaitu Munich.
Filem ni berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan beramai2 atlet2 Israel yg dilakukan oleh Palestin terrorist during Munich Olympic games thn 1972. Peristiwa ni dikenali sbg Black September. Terdapat pakatan sulit utk mewujudkan satu team pro yahudi, yg mempunyai mission utk membunuh kesebelasan terrorist ni dgn tujuan membalas dendam. Team ni dikenali sbg Mossad dan diketuai oleh Avner (lakonan Eric Bana) dan 4 lagi team membernya. Motif perlantikan Avner sbg ketua kumpulan ada kena mengena dgn bapanya yg juga merupakan aktivis politik. Avner terpaksa meninggalkan isterinya yg sarat mengandung utk memenuhi misi dan kesetiaannya pada bangsa yahudi.
Filem ni cukup slow jalannya dan mungkin korang tertidur di tgh2 filem ni. Namun korang taulah mcm mana filem based on true story diolah, semua details mengenai fakta2 ni dimasukkan dlm filem ni. Terlalu bnyk political issue, dan rasanya tak perlulah aku describe dlm review ini. Perkara yg paling aku suka tentang filem ni adalah background thn 1972 yg digambarkan. Dari segi warnanya yg suram, pakaian2 dan style2 rambut, budaya etc., membuatkan kita rasa mmg kita sedang tgk filem yg diarah pada tahun 70an.
Lakonan Eric Bana juga quite impressive, dari seorg yg serba salah tentang perlantikannya utk misi tersebut, hingga menjadi begitu bersemangat utk menjadikan misinya berjaya. Dia dan teamnya a bit shaky utk membunuh terrorist tersebut ttp semakin lama semakin expert dan membunuh the rest of the terrorist. Walaupun misinya sebenar tak berjaya (spoiler!!!), namun dia dan teamnya berjaya membunuh beberapa terrorist sehinggalah akhirnya keadaan dan ada beberapa pihak yg menyekat kegiatannya. Dia juga berjaya membawa watak sbg bapa yg dlm keadaan cemas setelah ada pihak2 yg mengecam isteri dan anaknya disebabkan pembabitannya dlm kumpulan Mossad.
Seorg lagi team membernya yg quite menyinar ialah Daniel Craig, yg juga soon to come James Bond. Di sini dia seolah2 berlakon spt James Bond jugak, dimana wataknya yg cool dan very stylish dgn fesyen 70annya. Akhirnya Avner dan Steve (Daniel Craig) ni lah yg tinggal dlm kumpulannya (spoiler again!).
Personally, aku rasa ini bukanlah filem Spielberg yg terbaik and definitely bukan menjadi favourite filem aku namun bolehlah dikatakan antara filem thriller yg baik utk thn 2005 ni. Filem ni perlu dilihat sehingga akhir kerana apa yg anda tonton sepanjang filem ni mungkin tak sama dgn fakta2 sebenar yg dimention pada akhir filem ni.

Wednesday, June 14, 2006

Jom jumpa...!

Pernah tak terjadi kat korang, bila member lama (sekolah menengah contohnya), yg korang memang tak rapat pun, suddenly call kau ajak jumpa ? Tak pun suddenly kata nak buat makan2 kat rumah dan ajak kita anak beranak dtg rumah ?? Yg peliknya, mana diaorg dpt no. hphone kita...? Kalau member kamcing kita buat mcm tu, of course kita tak rasa peliklah, tapi ini member yg masa sekolah dulupun tak pernah berborak hari2...kalau pass by pun cuma angguk kepala or senyum je. Mesti ada something kan...? Yes, org2 mcm ni semua nak buat direct selling atau ada jual apa2 product kat kita, so beware guys! Actually, tak salah buat benda ni kat kita, coz setengah product2 diaorg ni mmg bermutu and effective kat kita. Tapi yg aku tak boleh terima ialah harganya yg extra super duper mahal...!!! Aku ni bknnya millionaire pun nak beli benda2 mahal.

Aku tak tau kenapa pada bulan lepas adalah paling bnyk org approach aku utk jual benda2 ni. First senario, member sekolah menengah aku yg suddenly buat makan2 kat rumah dia. Actually, aku dah tau dah something fishy about the invitation. Tapi aku degil jugak nak pergi. Agaknya dah lama org tak approach aku ajak makan kot. Sampai rumah dia, tu dia.... laki bini brainwash aku masuk jadi member product dia. Yg paling aku tension, mknan kat rumah dia tu cuma kek dan air oren aje...!!! Kek...??? Kek butter tu aje! Takpelah, aku cakap kat dia, aku think about it dan adalah beli product dia sikit2 aje. Nak masuk member...? Takde masa lah aku.

2nd senario. Kali ni bkn member aku tp sepupu aku yg setahun sekali aje aku bercakap dgn dia (itupun Hari Raya). Siap tunggu depan rumah aku, waktu aku balik kerja. Lepas parking, tiba2 je dtg kat aku nak check air kat rumah. Lepas tension kat senario pertama dulu, aku kali ni strict sikit buat decision. Aku tau la, kalau nak check air kat rumah tu mesti nak jual filter air la tu! Mula2 check air, lepas tu kata air kita kotor, lepas tu kata benda2 yg kita mkn semuanya beracun. Harga filter tu kau tau berapa...? RM3,000 lebih....! Kali ni aku langsung tak bg dia masuk, aku kata aku penat balik kerja, dtg lain kali. He, he...zalim betul dgn sepupu pun buat mcm tu. Tapi sepupu aku tu jauh lg muda dr aku la, pasal tu aku takde respek sikit dgn dia. Lagipun I'm damn tired la after balik kerja, malam pulak tu !

3rd senario, member lama sekolah menengah jugak tanya kat aku, "Aku nak bagi kau free 3 hari 2 malam kat hotel2 sekian2.... tapi kau kena dtg kat Hotel ... Dgr penerangan dia dulu dlm 1 jam". Aiseh...ini pun aku tau la.... nak jual vacation club. Mmg la dia bg free hotel, tapi kau kena dgr penerangan hotel tu mengenai vacation club tu dlm 2 atau 3 jam sebenarnya, lepas tu paksa2 kita masuk club tu. Hotel free tu pulak cuma boleh pakai waktu weekdays aje bkn weekends. Susah utk kita nak menolak sebenarnya, sebab cara mereka convince tu beria2 benar! Aku tau benda ni pasal isteri aku pernah involve dlm vacation club ni. Aku cakap kat member aku tu aku takde masa nak pegi...sekian terima kasih.

Aku rasa skrg ni dah takde contact mengontact ikhlas2 nak bertanya khabar or berborak2 pasal kisah2 lama. Semuanya ada maksud yg tersirat. Aku pun skrg ni rasa2 mcm phobia bila dpt call2 dari member2 lama yg nak ajak jumpa ni, kecuali member2 yg betul2 aku rapat aje.



Yo...wassup bro...!

Monday, June 12, 2006

Prelude to Superman Returns

Superman Returns memang filem yg dinanti2kan untuk tahun 2006 ni. Rasanya, nak mendapatkan mood utk tgk filem Superman Returns ni, kenalah buat marathon Part 1 & 2 of this film. Part 3 & 4 kita bolehlah lupakan, sebab mmg 'crap'!

Tapi sebelum apa2, jom kita tgk sejarah bagaimana idea utk "Superman Returns" ni timbul.
(sumber2 dari First Magazine)
1992
Jon Peters (producer film Batman dan Batman Returns) mengambil tugas utk project Superman.
1994
Lemkin menulis script utk "Superman Reborn", cerita berkisar mengenai Superman mati dibunuh Doomsday dan rohnya masuk ke badan Lois Lane. Lois beranak dan anaknya reborn as a Superman dan membunuh Doomsday. Sayangnya, idea Lemkin ditolak.
1996
Greg menulis kembali skrip utk filem ni, berkisar something about roh Superman yg meneroka ke alam barzakh dan kembali ke alam nyata. Penulis skrip indie, Kevin Smith juga interested utk menulis skrip utk Superman. 3 syarat dikenakan oleh Peter dlm menghasilkan Superman :
1) Costume Superman diubah!
2) Superman tak boleh terbang!
3) Kena bertarung dgn Labah2 Gergasi utk babak ketiga! (apa maksudnya aku pun tak faham!)
1997
Kevin Smith berjaya menyiapkan skrip bertajuk "Superman Lives". Ia tersebar in the internet dan menarik beberapa pihak. Tim Burton ditugaskan utk mengarah filem ni dan Nicolas Cage sbg superhero (tgk gambar di bawah – actually it’s a fake picture!). Tim Burton nampak gayanya mula mengarut dgn stylenya yg tersendiri, dgn mengambil Chris Rock sbg Jimmy Olsen dan Sandra Bullock sbg Lois Lane. Terus menendang keluar penulis skrip Kevin, dan replaced by Wesley Strick (member Tim). Bengang dgn Burton, Kevin Smith komen : "Burton nak buat Superman version tangan ada gunting! (Edward Scissorhand!)"
Nasib baik tak jadi Superman!

1998
Mula menunjukkan kelam kabut dlm pembikinan. Bertukar2 penulis skrip, antaranya Alex Ford yg memberi tajuk Superman movienya “Man of Steel”. Warner Bros. impressed by it tapi producer, Jon Peters pulak menolaknya, dgn alasan takde character2 yg dia kenal. Pada waktu ni, Tim Burton pun dah boring dan tarik diri.

2000
William Wisher submit skripnya utk filem ni yg betul2 ciplak idea The Matrix. Oliver Stone pun ada interested utk direct this movie.

2001
Paul Attanasio pulak ditugaskan utk tulis skrip berjudul "Superman: Destruction", tapi direject. Nicolas Cage pun dah boring dan tinggalkan project ni!

Warner Bros mula plan project lain spt "Batman Vs Superman" (akan diarah oleh Wolfgang Peterson) dan “Superman” (akan diarah oleh McG dan ditulis oleh JJ Abrams). 2nd project ni agak menarik sikit sbb ada a few actor tertarik utk berlakon spt Josh Hartnett (which I think very suitable for the character), Ashton Kutcher (???) dan Tom Welling. Watak Lois pulak menarik minat Kate Hudson, Liv Tyler dan Boyence Knowles (???).

2002
Warner Bros nak “Superman” di’shoot’ di Australia coz nak jimat cost. Disebabkan McG takut naik kapal terbang, dia tarik diri dan terus direct sequel utk Charlie’s Angels. Brett Ratner (X-Men 3) ambik alih tugas dan terus ambik Anthony Hopkins utk watak Jor-Ep (bapak Superman).

2003
Skrip utk film ni tersebar di internet dan peminat2 hampa dan marah kerana betul2 lari dari tema Superman. Ratner dan Hopkins dipecat!

2004
Takde apa yg menarik kecuali McG nak arah balik filem ni tp tak berjaya.

2005
Finally, Bryan Singer signs utk project ni dan tulis skripnya sendiri. Setelah 17 thn Superman menghilang, akhirnya dia kembali dan filem ni simply titled “Superman Returns”.

3 directors involved, 9 screenwriters dan around 50 juta US pre-production costs utk produksi film “Superman Returns”! Kita tunggu kemunculannya!!!

Sunday, June 11, 2006

Underworld : Evolution (2006)

Cast :
Kate Beckinsale as Selene
Scott Speedman as Michael
Tony Curran as Marcus
Director :
Len Wiseman

Bnyk betul DVD yg aku blm tgk. Belinya dah, cuma tgk aje belum. Aadalah dlm 20 titles. Mana taknya, bila nak start je tgk, suddenly kena prepare utk testlah, examlah, project paperlah…menyusahkan betul! Anyway, aku cuba jugak curik masa nonton filem yg dah agak ‘lapuk’ ni.

Underworld:Evolution bertitik tolak drp 1st installment of this movie. Terus terang aku katakan bahawa aku tak berapa ingat part 1 of this film. Ke”dahsyat”an action scene and CGI wonders dlm part 1, membuatkan aku lupa secara details cerita sebenar dlm Part 1. Yg aku ingat ialah peperangan antara puak vampire and lycans. Filem Underworld bnyk bertumpu pada puak Vampire dan pergolakan yg berlaku dlm tribes diaorg.

Part 2 menggunakan same formula mcm Part 1. Kalau dulu villain utamanya ialah Viktor (yg dah dibunuh oleh Selene), kali ni villainnya lebih ganas dan brutal iaitu Marcus. Appearance nya lebih mengerikan, dgn sayapnya, muka yg hodoh dan ‘claw’ di bahunya. Marcus ni mempunyai misi utk release dia punya brothers iaitu William, a Lycans I suppose, from a long imprisonment. At the same time nak menghapuskan semua vampire2 dan Lycans2 yg ada. It’s up to Selene and Michael utk menyelamatkan keadaan dan seterusnya membongkar rahsia di sebalik asal usul mereka.

Selene is beautiful as ever. Masih ber tag team dgn Michael. There’s even a sex scene between Selene and Michael. Walau Kate Beckinsale ni nampak so kurus in her baju getah ketat tu, tapi bila nude, nampak so perfect…he, he…. Oh ya, director filem ni iaitu Len Wiseman adalah husband kepada Kate ni. During interview, Len ni tak kisah isterinya melakukan adegan sex dgn Scott Speedman. It’s just for the movie…wow…this Mat Saleh is very open-minded. Anyway, I find this scene mcm tak perlu dan takde chemistry sgt antara mereka.


I think action sequence kali ni lebih thrilling, more blood, chop sana dan chop sini. Storynya lebih “darker” drp yg lepas instead of focusing on the action scene aje. Filem ni takde ‘twist’ sebagaimana Part 1, yg mana Viktor yg Selene percaya selama ni, adalah seorg traitor dlm puaknya, manakala utk 2nd part ni, mmg dah diketahui bahawa Marcus lah villain sepanjang cerita ni. Filem ni juga kurang appearance from the Lycans side.

Suey betul DVD copy aku ni gambar aje clear, tapi sound sucks…!

*** / *****

Tony Curran as Marcus

Thursday, June 08, 2006

Lepas Geram Utk Hari Ini...

Hari ni aku dan Maddox sedang mendgr dan menghayati lagu dr album baru M.Nasir Sang Pencinta melalui PC Maddox kat ofis. Suddenly one of our colleague (pompuan) pandang dan buat muka pelik. “Awak dgr M.Nasir ke…?”. Then we both jawab, “Ye la…kenapa…?”.

“Entahlah… M.Nasir..??” (dgn muka jeleknya)
“What’s wrong with that…?” we asked.

Dari raut mukanya, nampaknya mcm dia nak bgtau yg lagu2 M’Nasir tu tak cool la, and M.Nasir pun kira dah tua. Is this mean lagu M.Nasir tu utk org tua aje…? Is this mean hilang cool kitaorg kalau dgr lagu M.Nasir…? I admit, from what I see “pompuan” mmg kurang dgr lagu M.Nasir. Nak tau mereka dgr lagu apa…ha…lagu2 yg tangkap leleh, tangkap jiwang ala2 Eddie Hamid itulah menjadi pujaan hati mereka. Or, lagu2 rap or hip hop yg mereka rasa very2 cool tu yg mereka puja. I mean kalau itulah taste mereka, that’s fine, I don’t mind. Tapi jgnlah menghina lagu or artis yg org lain minat.

Then dia tanya “Selama ni tak dgr pun korang dgr lagu M.Nasir satu album…?”
Ish..ish…susah betul la makcik ni.
Then aku jawab, “Iyelah…dah berapa lama dia tak keluar full album baru. Itu pasallah engkau tak nampak kitaorg dgr lagu2 M.Nasir!”. Last album 2001, mmg aku pun tak wujud lg dlm company aku kerja nih.

Next question is, “Aku ingat kau minat lagu2 Band Indo aje…?”
Aku jawab tp dlm hati aje la sbb meluat nak jawab lagi “I only listen to whatever the hell I want to listen. Not all Indon band I like, the same goes to Malay singer or band. All I can say, is I like something different, so don’t look to me like some kind of freak because I don’t go with the flow!”

Furthermore, dia seolah2 nak bgtau yg lagu M.Nasir ni dah takde org minat. Alooo….itu yg menang Juara Lagu dgn lagu Tanya Sama Itu Hud2 or Andalusia, atau menang album terbaik AIM 2001 tu hapa…? Mmg la aku admit, M.Nasir lebih kepada juri professional yg minat and kalau bertanding utk Juara SMS, sure takkan menang. Yg menang korang taulah siapa kan.

The same goes to Ramli Sarip. Bila sebut je nama dia, org akan berkata “org tua lekeh tu ke…?”. Ish..ish…cubalah judge seseorg artis tu dr segi bakat dan kredibilitinya, bkn dr segi appearance dia. Mereka tak tau ke yg nama2 yg korang kata artis lekeh, tak cool tulah yg bnyk memberi sumbangan besar kpd industri muzik M’sia. Segak sgt ke artis2 yg dgn pakaian jacket saiz besar bigfoot dgn seluar besar sapu lantai, tambah dgn rantai sebesar mangga kunci gate tu…? Itu takpelah jugak, lagu2 semuanya ambik lagu2 lama ciptaan komposer lama, dia remix or di remakekan supaya berentak moden. Itukah yg dibanggakan…?

Aku rasa artis2 mcm tu lebih tak dpt penghormatan drp aku langsung. Dah la lirik takde makna, pasal enjoy la, pasal awek la etc. Tak meningkatkan minda langsung. Itu dia…aku yg nasihat jgn kutuk artis2, suddenly aku pulak yg kutuk. Aku kutuk ni pun sbb ada org mula kutuk fave singer aku!

OK lah…itu ajelah ruangan lepas geram aku utk hari ni. Muahahaha….!

Wednesday, June 07, 2006

Blast From The Past : The A-Team



Remember nama team ni tak…? It is a popular TV series way back in 1983. Masa to TV3 pun start launch and one of their attraction was this series. Aku pun dah lupa hari apa ditayangkan, but only remember ianya 8.30 mlm lepas berita utama.

Sinopsis TV series ni :

Di Vietnam, Col. John ‘Hannibal’ Smith dan teamnya telah disabotaj atas rompakan Bank of Hanoi. Mereka telah dihantar dan dipenjarakan di US Military Prison. Mereka berjaya melepaskan diri ditolong oleh Col. Lynch dan Col. Decker. Dgn skill2 yg ada pada diri masing2, mereka menjadi hero upahan utk membenteras segala kegiatan2 jahat yg berlaku.

The main man for this TV series are :

George Peppard as Col. John ‘Hannibal’ Smith


Org lama dlm industri perfileman. Setelah berpuluh2 filem dia lakon, in 80’s dia sekali lg success dlm televisyen series pulak iaitu The A-Team. Wataknya seorg leader yg cool, asyik2 hisap curut aje dan sengih memanjang. Have to manage semua kepala2 gila dlm teamnya. Pakar dlm bab menyamar2 nih…lebih kurang mcm Ethan Hunt dlm M:I la…tp dia ni dah tua! George Peppard dah meniggal dunia pada 1994 because of lung kanser. He’s a heavy smoker & drinker…!

Mr T as B.A. Baracus


B.A. originally stands for “Bad Attitute”! Dia started as a professional wrestler, sama zaman dgn Hulk Hogan. Dlm series ni dia agak stubborn dan keras kepala. Seorg mechanic dan juga main peranan sbg ‘taiko’ dan kaki pukul dlm teamnya. Selalu bergaduh dgn Murdock ; B.A. serius while Murdock gila…so kena sgtlah tu! Trademarknya, rambut mohawk, dan bnyk gold accessories; rantai, gelang etc.

Dirk Benedict as Lt Templeton “Faceman” Peck #2


Paling hensem dlm team ni tapi kepala gila jugak. Actually dia ni quite popular dlm siri2 televisyen 80an. Selain A-Team, dia juga berlakon dlm Battlestar Galactica. Actually Dirk ni bknlah pilihan utama utk casting A-Team ni, Kalau tgk episod pilot siri ni ada sorang actor nama Tim Dunigan, tp tak tau kenapa replaced by Dirk ni. Watak “Face” adalah seorg yg charming dan kaki perempuan. Dia juga adalah ‘con artist’ utk team nih.

Dwight Schultz as Capt H.M. “Howling Mad” Murdock


This guy is the most lunatic of them all! Selalu carik pasal dgn B.A. but akhirnya berbaik2 jugak. Dia ni expert bab2 transportation, dlm keadaan apa sekalipun, dia mesti jadi driver atau pilot utk team ni. Tak kiralah kapal terbang ke…helicopter ke…kereta ke…atau kereta kebal. Sesekali dia ditangkap jugak masuk mental hospital tetapi berjaya jugak lepas bila ada apa2 mission!

Ada ura2 jugak nak keluarkan film utk siri TV ni, tp takde apa2 perkembangan. Khabar angin kata pelakon2 yg sesuai utk filem A-Team tu ialah Mel Gibson sbg Hannibal, Ving Rhames sbg B.A, and Jim Carrey sbg Murdock (sesuai sgt tu!). So hope this cult TV series will make it to the big screen.

Tuesday, June 06, 2006

Rombongan Cik Kiah ke Kamunting...!

Sabtu lepas rombongan ke rumah pengantin lelaki pulak kat Kamunting, Perak. Sesuai sgt la, coz hari tu hari jadi Agung, so mmg public holiday. Excited jugaklah aku nak pegi ke sana sbb aku ni bknnya ada kampung. Semua datuk, nenek, uncle, untie, sanak saudara etc semuanya dok area KL, PJ, Klang jer.

Kenduri mcm biasalah antara 12.00 – 4.00. So kitaorg mmg kena gerak awal gila. Around 8.00 o clock, anak bini semua dah siap. Aku bertolak drp rumah mertua aku, and semua sedara2 menunggu kat R&R Sg Buloh. Kat R&R tu aku sorang je yg mkn breakfast nasi lemak, tak sangka yg lain tu semua kosongkan perut sbb nak mkn kenduri! Lantaklah, so diaorg terpaksalah tunggu aku…he, he…

Sepanjang highway tu bolehlah dikatakan clear, takde traffic jam yg teruk. Ada la berhenti separuh jalan, kat mana ntah aku un lupa, nak isi minyak je. Sampai di Kamunting around 1.00 o’clock. It was a bit delay coz tunggu Pak Long aku kat tol Taiping/Kamunting yg bawak keter slow gila.

Ish..ish…ish…nak ke aku kutuk kenduri diaorg tu kat blog aku nih…? Actually mcm2 nak ngumpat ni, tp rasanya baik aku ngumpat dgn bini aku aje la… (jgn ingat lelaki tak reti ngumpat tau!). Yg aku nak bgtau, kenduri tu takde pasang lagu2, takde kompang, semuanya takde, cuma mkn aje. Pengantin pun dtg rileks jer…takde org nak arak2. Boring gak la, sampai around 3.00 kat kenduri tu aku tertidur kat meja makan diaorg!

Sebenarnya, tujuan aku ke sana bknlah sibuk2 nak ke kenduri tu sebenarnya, tapi sbb nak bermalam kat Bukit Merah Lake Town Resort.! Yea…yea…seronoknya, habis credit card aku tonyoh utk bayar sewa bilik…! Takkan la nak balik hari kot, sure penat punya. Lepas Check in aku merebahkan badan aku yg sasa (cewah!) ni ke katil & take a nap kejap, while bini aku bawak anak2 pergi swimming kat pool. Oh ya, mertua aku & Pak Ngah pun ada sama. Semua sekali sewa 3 bilik la. Bilik boleh tahan jugak lawa, but sewanya pun lawa gak!

Then, jalan2 kat Theme Park diaorg tu, tapi cuma kat bhgn depan je. Theme Park tak masuk sbb lari budget ooo… Actually kat luar pun bnyk permainan gak, lepas makan kat food court (sucks, bnyk lalat tak tau mana dtg, mknan pun tak sedap!), aku bawak anak aku main go kart dan lain2 permainan kat situ. Suka la si Mira tu, nasib baik adiknya tak reti apa2 lagi, kalau dah reti nanti, mcm2 lg la dia nak main.

Litar F1 Bukit Merah

Mlm tu actually ada Paper Doll show. Masuk RM3 aje, aku dah sound bini aku ajak tgk & anak tinggal jap kat mertua, tapi dia malu pulak. Apa la bini aku ni, bknnya buat maksiat pun, Cuma tgk pondan2 tu peragakan fesyen aje. Lagipun bknnya show tu dibuat di Golok/Phuket ke…itu barulah lucah. Ini semua penonton adalah laki bini aje. Nak pergi sorang tak best pulak, nanti heboh pulak kat sedara mara aku tgk show pondan sorang2! He, he…so terpaksalah batalkan niat aku tu. Dlm pukul 10.30 pulak, pengantin dtg melawat (hoi! Tak projek ke…?), borak2 and jalan2 adalah sampai pukul 12.30 pg dah. Very tired, tidur mati!

Pagi tu ada sediakan breakfast (semua hotel mesti ada punya, kalau takde aku mintak refund balik sewa resort yg mahal nak mampos tu!). OK gak mknannya, habis semua aku tala. Lagi sekali aktiviti mandi kat swimming pool dgn anak2 dan bini. Habis je tu, kena kemas2 nak checkout lebih kurang pukul 12.00 tgh hari. Ish…checkout punyalah ramai org, beratur panjang betul. Itu takpe la jugak, ini sorang customer nak checkout ambik masa lebih 5 minit!! Adoi, aku rasa adalah nak dekat 45 minit aku beratur semata2 nak checkout! Aku tau la musim cuti but diaorg kena think of something to solve this problem.
Lisha dgn aksi kuak santai atas pelampung

On the way balik, quite mengantuk dan penat jugaklah. Nasib baik bini aku mulut pok pek pok pek, so hilanglah ngantuk tu. Kitaorg singgah kat R&R Sg hapa ntah (kat area Kuala Kangsar) utk makan dan beli2 apa2 yg patut. Suey betul la kamera aku rosak. Tak tau apa problemnya, baru sethn beli dah tak boleh on. Nak pulangkan balik coz still under warranty. So semua gambar2 kat sini adalah dari handphone aku je. OK lah guys, kalau ada cuti2 Malaysia algi, aku akan update korang yek!

Monday, June 05, 2006

Fun With Dick and Jane (2005)


Cast :
Jim Carrey as Dick
Tea Leoni as Jane
Alec Baldwin as Jack

Director :
Dean Parisot

Pasangan suami isteri Dick and Jane live a normal life, spt pasangan2 lain di kawasan mereka. Mereka mempunyai seorg anak lelaki yg kebanyakannya menghabiskan masa dgn org gaji berbanding dgn ibubapanya.

Rezeki mereka nampak gayanya bertambah apabila Dick dinaikkan pangkat sbg vice president of communication utk Sykt Enron tempat dia bekerja. Kedua2 pasangan ni very excited sampai isterinya Jane, berhenti kerja semata2 fikir bahawa Jack boleh support semua family/household expenses. Suddenly Dick ditugaskan utk appear dlm siaran business talk show sbg jurucakap syarikatnya. Dlm rancangan inilah dia dianiaya dan dpt tau bahawa company dia bankrap dan tujuan dia dilantik adalah sbg “scapegoat” oleh CEOnya Jack.

Dick jatuh bankrap, saving habis, bekalan air/elektrik dipotong, segala household semua kena angkut termasuklah LCD TV mereka. Dick & Jane become desperate. Mereka start to rompak kedai dan ATM machine. Lama2 dah jadi expert pulak dan mula menjalankan rompakan yg lebih besar termasuklah bank. Setelah jack dpt tau yg dia also dituduh di mahkamah, dia dan isterinya nekad utk mengenakan balik bekas bosnya, Jack, seterusnya mendapatkan kembali harta2nya.

Filem ni adalah remake of 1977 comedy of the same title. Filem ni mmg kelakar, babak2 seperti mandi sekeluarga guna mesin pembasah rumput org lain sbb takde bekalan air, rompakan pertama yg kelam kabut sbb pistol susah nak keluar drp poket atau adegan berduyun2 pekerja Enron berebut2 nak masuk interview utk satu job vacancy kat company lain, membuat anda tak kering gusi punya. Tapi kalau dikira, lawak Jim Carrey semuanya sama aje dan yg ni pun takde apa2 perbezaan. It’s a typical Jim Carrey movies.

Ada satu adegan sinis, conversation anaknya di rumah semuanya menggunakan bahasa Latin, kerana org gajinya adalah Latin & bnyk habiskan masa dgn anaknya. Sama aje berlaku di M’sia, kalau main Indon & Philipine ke…anak mesti sikit2 tau bahasa diaorg gak! Ada satu scene dimana Dick, kena tangkap sbb suspect Latin gangster, then dia suruh polis call rumah dia dan cakap dgn anaknya. Suddenly anak dia answer phone aje dah start cakap Latin! Terus confirm kena tangkap! So, moralnya…jgnlah kerja berat2 sgt sampai lupa anak kat rumah!

Lakonan Tea Leoni, as usual. Dia juga dah sinonim dlm watak2 komedi dan ada involve dlm few sitcom di TV. Overall, sebuah komedi yg biasa dan akan dilupakan.

** ½ / *****

See Dick Run

Sunday, June 04, 2006

IMF Agent : Zhen



Cun tak pompuan ni...? Aku masih tak boleh lupakan watak Zhen lakonan Maggie Q dlm M:I III yg aku tgk lepas. Selain Luther (lakonan Ving Rhames), dia juga salah sorang anggota M:I III yg paling cool dlm fielm ni. Cuma bezanya, Zhen ni “cun” la…while Luther…hmmm…..

Aku cerita sikit latar belakang pelakon jelita ni ok :

Date of Birth : 22 May 1979 (muda lagi ni, sesuai sgt dgn aku. Baru masuk 27 tahun)
Place of Birth : Honolulu, Hawaii (muka iras2 Hawaii + Cina)
Kacukan : Bapak – Polish/Irish, Mak – Vietnamese

Mula2 menceburi bidang modelling & televisyen.
Menjadi duta utk Shiseido cosmetics.
Mencaburi nasib di Hong Kong dlm industri perfileman dan already superstar di sana.
Perhaps filemnya yg glamour sebelum ni ialah Naked Weapon (2002). Tak pernah lagi tgk filem ni, tapi ada dijual DVD nya di kedai2.

Filem2 lainnya semua supprting roles aje :

Rush Hour 2 (2001)
Around the World in 80 Days (2004)
Manhattan Midnight (2001)
– got topless appearance of her

Upcoming movies :

Balls of Fury (2007), an action/comedy/thriller
The Counting House (2006), a horror film, usahasama Hong Kong & Italy

Hope to see her in a lead role for the big/blockbuster movies soon !

Dlm Mission:Impossible III