Thursday, July 19, 2007

Rihanna - Good Girl Gone Bad

Tak lama selepas album A Girl Like Me, yg menampilkan lagu hit Unfaithful, Rihanna muncul kembali dgn album Good Girl Gone Bad. Masih mengekalkan konsep yg sama cuma kali ni penampilan Rihanna nampak lebih matang. Walau album ni baru aje keluar di pasaran, radio telah pun memutarkan single kedua drp album ni iaitu Shut Up and Drive. Single pertamanya iaitu Umbrella, dah bnyk menduduki carta pertama tak kiralah di luar negeri ataupun carta di M’sia ni. Mmg diakui yg lagu ciptaan dan featuring Jay-Z ni mmg hebat dan addictive. Temponya yg catchy dan rileks pasti memikat sesiapa yg mendengarnya. Phrasenya yg glamour tentulah “Umbrella…Ella…Ella…”, tapi takde kena mengena dgn penyanyi negara kita Ella. Track yg kedua dlm album ni iaitu Push Up On Me juga menarik. Sekali lagi ianya R&B music yg cool dan rileks temponya.

Sesiapa yg minat lots of variety dan muzik yg rancak2, korang bolehlah check lagu Breakin’ Dishes, Sell Me Candy dan Lemme Get That. Semuanya lagu yg lain drp yg lain dan berirama segar. Pendek kata lagu2 ni boleh membuka mata koranglah. Lagu Lemme Get That paling special sebab lagunya berentak march ala2 circus, samalah mcm lagu yg pernah aku dgr dlm album Gwen Stefani yg pernah aku review previously. Lagu Say It juga tak kurang hebatnya, mempunyai tempo dan mood lebih kurang mcm lagu Irreplaceable nyanyian Beyonce.

However, aku tak berapa minat lagu Don’t Stop the Music. Pada permulaan lagu ni dgrnya mcm sebuah lagu techno 80an. Chorusnya juga kedengaran mcm lagu pop/dance 80an cthnya seperti yg dinyanyikan oleh Gloria Estefan atau kadang2 dgr mcm lagu lama Jennifer Lopez. Gandingan Rihanna dan Ne-Yo juga seakan tak menjadi bila lagu Hate That I Love You kedengaran mcm lagu hit Ne-Yo tahun lepas iaitu So Sick.

Single kedua iaitu Shut Up and Drive, menonjolkan elemen2 rock dlm album ni. Pada pendapat aku lagu ni is too catchy dan no fresh idea. Lenggok nyanyian Rihanna dan susunan muzik reminds me of kumpulan Garbage. It’s a rock with a bit of techno touch. I prefer lagu Rehab utk menjadi single kedua. Rehab merupakan sebuah lagu yg slow dan berentak ala2 Justin Timberlake’s “What Goes Around…Comes Around”. Lagu ni juga ada kolaborasi dgn Justin Timberlake dan Timbaland. One of my personal favourite besides Umbrella. Tapi jgn samakan lagu ni dgn satu lagi lagu of the same title nyanyian Amy Winehouse pulak ! Sebuah lagi lagu yg lebih kurang sama rentaknya dgn Rehab ialah self titled song, Good Girl Gone Bad yg juga merupakan fave tunes aku dlm album ni. Sesiapa yg rindu lagu mcm Unfaithful, then korang boleh dgr lagu bonus track dlm album ni iaitu Cry. Personally lagu ni takde apa yg special sebab dia mengikut acuan lagu Unfaithful. However lagu ni mungkin appeal utk peminat2 lagu balada.

Overall, aku berpuas hati dgn album ni walaupun mula2nya susah gak nak masuk lagu R&B ni. Tapi lepas dgr berulang2 kali, ianya mmg enjoyable. Ini terbukti bila album ni mmg dpt bnyk pujian dan review2 yg bagus drp peminat2 muzik R&B. Vocally, Rihanna taklah sehebat Beyonce, tapi dia boleh di’polish’ lagi utk album2 akan datang, provided tenaga2 di belakang album ni seperti Jay-Z masih ada. Aku anggap Rihanna ni seperti Aaliyah, yg hebat suatu masa dahulu sebelum dia pergi meninggalkan dunia seni di usia yg masih muda. Antara album R&B terpenting tahun ini. Aku bagi :
**** / *****

3 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam bro..

tompang lalu.. aku terbaca kat majalah KLue psl website/contest nih!... dateline 24july!... cepattt!

http://www.apostrophegallery.com/

Anonymous said...

Ada pun. lama gilerrr senyap sunyi bersawang

Lord Vorphalack said...

itu la pasal...aku tgh ber'meditasi' & tak tau bila nak aktif balik....