Director : Osman Ali
Cast : Farid Kamil as Inderaputera, Maya Karin as Johanna, Fasha Sandha as Atikah, Ady Putra as Erzan, Zul Huzaimy as Tajul, Bront as Danny, Remy Ishak as Shah, Rosyam Nor as Hisham
First of all, aku nak bgtau yg aku tak kurang tonton filem Melayu dan kurang ambik port tentangnya. Aku juga kurang kenal siapa Osman Ali, yg aku tau cuma dia pernah mengarah filem Puaka Tebing Biru sebelum ni (belum sempat tgk filem ni). So, jika ada nampak kelemahan aku dlm review filem Melayu ni, aku mintak maaf aje la… lagipun ini cuma blog jer…
Filem ni start macam sebuah filem total action yg menunjukkan Hisham lakonan Rosyam Nor & bayinya didlm ketakutan dikejar polis kerana dadah. Dlm keadaan terdesak tu, beliau telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, pompuan yg hidup melarat di kawasan Hisham tinggal. Dari sini kita nampak yg filem ni bkn filem action semata2, ianya drama bagaimana susah payahnya Mariam membesarkan anak angkatnya Putra dgn penuh kesabaran. Putra baik dgn Johanna, lakonan Maya Karin yg merupakan jirannya. Apabila Mariam ditangkap oleh polis kerana menyangkakannya gila, tingallah Putra meneruskan hidupnya bersama dgn Bu Leha, iaitu mak kepada Jo sehingga dewasa. Jo ni walaupun bersifat ‘tomboy’ masih ada menaruh perasaan pada Putra ni.
Mereka seterusnya membawa diri ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. After all, bukan ke KL merupakan sebuah kota yg menjanjikan kemewahan, tak kiralah halal atau haram kemewahan itu. Putra dan Johanna membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta. Manakala, Johanna dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. After work, Putra dan Jo sure akan lepak bersama kawan2nya menikmati suasana malam di KL.
Kehidupan Putra berubah dan hubungannya dgn Jo berubah sikit bila dia berkenalan dgn seorg anak org kaya, Atikah. Atikah seorg gadis yg bermasalah dan kurang mendapat kasih syg drp parentnya. Beliau tinggal dgn bapanya seorg duda yg berpangkat tinggi yg sibuk dgn kerjaya dan statusnya. Utk melepaskan diri Atikah berkawan dgn Putra, Jo dan geng2 lain utk mengisi masa bosannya di rumah. Atikah jatuh cinta dgn Putra pandang pertama, dan timbul rasa cemburu Jo terhadap hubungan Putra dan Atikah. Dipendekkan cerita Erzan (Adi Putra), kawan Putra yg berniaga burger dan Atikah terjebak dalam penggunaan najis dadah. Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Putera naik berang pada ketua pengedar dan kuncu-kuncu yang telah merosakkan kehidupan orang-orang yang disayanginya sehingga menemui ajal mereka. Now it’s up to Putra dan geng2 lepaknya untuk menuntut bela atas kematian kawan2nya. Berjayakah Putera membalas dendam terhadap si pengedar dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putera dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya atau dgn bapa kandungnya sendiri ?
Anak Halal juga bnyk menonjolkan the dark side of KL. Kadang2 ada babak2 di tepi2 rumah flat atau di lorong2 kecil yg membuatkan kita tertanya2… wujud lagi ke tempat mcm ni di KL…??? Mungkin aku silap, tp aku rasa most of the scene here diambik di sekitar Chow Kit dan Flat San Peng…am I right…? Di tgh2 pembangunan pesat KL, dgn berlambak2 bangunan pencakar langit ada jugak those yg hidup di tempat2 sebegitu. Mereka ni mungkin kita nampak susah dr segi harta, tapi senang dari segi jiwa mereka. Hidup simple, cari rezeki halal dan yg penting jgn tersilap langkah. Harta jugak tak menjanjikan kebahagiaan seperti yg berlaku pada Atikah dlm filem ni. Ada simbolik scene yg menunjukkan bendera Malaysia jatuh dr tingkat atas flat… menimbulkan persoalan tentang masa depan remaja Malaysia kita utk masa hadapan.
There’s quite a number of sub-plot dlm filem ni. Ada nampak juga kadang2 kita lose concentration pada filem ni, tapi ianya tak lari jauh la. Watak Hisyam lakonan Rosyam Nor juga buat aku confuse sikit. Filem ni tak tunjuk sgt apa yg berlaku pada dia selepas dia meninggalkan anaknya pada Mariam. Kemunculannya pada pertengahan cerita bertemu dgn Putra aku menyangkakan yg dia telah insaf, tapi yg berlaku diakhir cerita adalah sebaliknya…? Mungkin yg belum tgk tak faham tapi eloklah korang sendiri menontonnya. Pergaulan yg agak mesra antara Putra dan Jo, juga menimbulkan persoalan. Waktu mereka lepak mesra atas bumbung flat, tidakkah ada jiran2 flat yg mempersoalkannya. Mmg la Putra dan Jo dah mcm adik beradik, tapi hakikatnya mereka bukan ? Mungkin juga nak tunjukkan yg penduduk bandar dah totally tak ambik tau antara satu sama lain dah ?
Garapan Osman Ali kali ni patut diberi pujian. Walaupun filem Puaka Tebing Biru mendapat sedikit kritikan, dia kembali lagi kepada genre masalah sosial sama seperti filem Bukak Api nya. Walau aku tak pernah tgk filem2 cereka pendeknya, tapi berdasarkan pencapaiannya di Cannes, Rotterdam dan di M’sian Video Award sendiri, aku pasti kapabiliti beliau tak perlu dipertikaikan lagi. Aku rekemen korang tgklah filem ni kerana ianya menjanjikan kelainan. Mcm2 ada; drama, action, revenge, sedih, tragis semuanya combine dlm satu filem. Aku rasa tak sesuai sgt ditonton oleh kanak2 sebab segalanya ada 18SG, 18SX, tapi terpulanglah mcm mana korang menerimanya.
Terima kasih bebanyak utk Ajami yg sudi jemput para2 blogger menonton filem ni. You rulezzzz…..!!!!
4 comments:
wahhh comment tak nak kalah tu...
http://wenkt.com/blog/?p=1879
Jeles jugak tgk Farid Kamil ni dikepit peluk oleh kadang2 Maya Karin dan kadang Fasha Sandha!
>> gampang sgt kan???.. larriikkk!!
>> p/s: wenk >> aku dah merayau kat suma geng blogger semlm, kau main copy+paste ajer komen yg sama kan? kan? kan?
budak2 tak boleh tgk filem ni.. ada ke patut letak U.. Ini filem 18 SG walaupun tak seganas Hollywood..
itu la pasal...
malas aku nak citer pasal bab2 klasifikasi nih. Dr dulu sampai skrg mmg hampeh !
aku sendiri takkan pasang filem ni depan anak2 aku
Post a Comment