Sunday, June 01, 2008

Apa Kata Hati (2008)


Cast :
Raja Farah as Elly
Farid Kamil as Aidil
Awal Shaari as Riezman
Dynas as Linda
Awie as Soffi

Director :
Saw Teong Hin

Walaupun aku more into horror genre of film, tapi to be honest aku mmg minat filem2 romantic comedy. Walaupun most of the film yg aku minat bukannya local made, seperti 10 Things I Hate About You, She’s All That (both my all time fave) atau filem2 lama lakonan Meg Ryan or Resse Witherspoon, kebelakangan ni M’sian film industry dah mula menghasilkan filem2 bergenre sebegini. Temanya yg ringan dan simple, menggunakan dialog2 harian kita & tak berkias2 dan lakonan2 yg bersahaja, tak seperti filem2 komedi arahan Prof Razak Mohaidden yg terlalu kalut dgn watak2 yg over acting (mostly org Penang), lebih mementingkan komedi slapstik berbanding kekuatan skrip.

Apa Kata Hati merupakan sebuah filem yg diarahkan oleh Saw Teong Hin yg juga adalah filem komedi pertama arahannya. Skripnya ditulis oleh Meor Shariman. Teong Hin dlm special preview Rabu lepas mengatakan yg filem ni merupakan ‘homage’ pada filem2 romantik komedi yg ada. Filem ni juga menunjukkan keindahan2 bandar Kuala Lumpur dan KLCC merupakan satu lambang yg menguatkan ikatan cinta dlm filem ni. Kalau sebelum ni filem Tayangan Unggul iaitu Anak Halal memaparkan the dark side of Kuala Lumpur, filem ni memaparkan sebaliknya.

Tema filem ni adalah anugerah atau sumpahan. Cerita pasal sumpahan ni, dah bnyk juga tema sebegini dlm filem2 komedi luar negara. Pada mulanya dianggap anugerah, lama kelamaan menjadi sumpahan. Cth filem; Freaky Friday, Just My Luck, Hot Chick sekadar menyebut beberapa nama. Apa Kata Hati pulak mengisahkan Elly lakonan Raja Farah telah secara tak sengaja dianugerahi kebolehan utk mendengar kata hati lelaki. Yes, siapa2 saja lelaki termasuklah bapanya, bayi lelaki atau pakwenya sendiri iaitu Aidil (lakonan Farid Kamil). Elly dan Aidil ni actually dah lama berkasih. Dlm setiap pertemuan mereka Elly menanti2kan lamaran Aidil, tapi si Aidil ni buat ‘derk’ aje. Elly di’batu api’ kan oleh kawannya Linda tentang sifat pakwenya yg romeo tu, tambahan pulak si Aidil ni pernah ‘kantoi’ mkn dgn perempuan lain. So si Elly dan Linda ni pun berjumpalah seorang bomoh atau mengikut kata mereka “kounselor tradisional”, utk menilik nasibnya yg tak bertemu jodoh lg. Dari sinilah secara tak sengaja Elly terkena sumpahan oleh bomoh ni.

Adakah dgn anugerah atau sumpahan ni, Elly akan berpuas hati tentang kesetiaan pakwenya ? Dan apakah yg terjadi dgn perhubungan dia dan Aidil seterusnya ? Well, korang tgklah sendiri filem ni.


Hmm…terus terang aku katakan yg aku kurang enjoy dgn filem ni. Bukannya pasal genre filem ni, believe me I seen tons of romantic comedy sebelum ni. Tapi masalah utama aku tentang filem ni ialah lack of unsur2 komedi dan romantiknya. Filem2 sebegini tak memerlukan pelawak yg slapstik mcm Apek, dan mmg betul filem ni takde pelawak2 seperti itu. Tapi kekuatan sesebuah filem genre begini adalah pada dialog2nya yg mencuit hati dan menyentuh perasaan. Malangnya aku tak jumpa itu semua dlm filem ni. Contohnya aku tak tau kenapa the first ½ hour filem ni bnyk sgt mention ‘ubah topik’ dlm conversation antara watak2 dan bila dia di repeat beberapa kali, I wonder…is this suppose to be lawak ? Thank god ianya tak berlarutan selepas itu.

Selain tu bnyk lagi yg aku samar2 tentang filem ni. Sepatutnya mereka boleh mainkan anugerah yg Elly dpt ni untuk lebih ‘havoc’ dan komedikan filem ni. Cthnya seperti Elly try desperately to buangkan this sumpahan dlm dirinya sehingga bnyk adegan2 atau aksi2 lawak yg boleh diselitkan utk climax filem ni. Selain tu, setiap kali scene Elly membaca kata hati lelaki, wataknya malah org disekelilingnya all of a sudden kaku je, so tak nampak naturalnya. Seolah2 lelaki2 yg ada around her pun tau yg si Elly ni boleh membaca kata hati diaorg. Dlm filem ni juga sumpahan tu tak diterangkan wether hilang terus ke atau masih ada dlm diri Elly sehingga penghujung cerita. So, ianya mcm tergantung sikit.

Watak Awie sebagai supervisor Elly yg lembut pun tak bnyk membantu, seems like over do sikit. Aku prefer kalau mereka ambik org yg betul2 ‘nyah’ tentu lebih kelakar dan natural mcm telemovie yg aku tgk kat Astro Ria empat hari lepas iaitu “Mak Andam Terlampau”. Nampak seperti kemunculan Awie sebagai pondan ni sekadar nak memancing penonton actually.


Kemunculan Ogy ada membangkitkan nostalgia2 kita pada filem lama. There’s one scene antara Ogy dan suaminya, Harun Salim Bachik menyanyikan lagu Sandarkan Pada Harapan, iaitu lagu Ogy & Jamal Abdillah waktu dlm filem Azura, Cuma this time ianya dlm versi lawak. There’s also one scene reminds us of Pretty Woman waktu Elly dan bosnya Riezman (lakonan Awal) having dinner kat restoran mahal dan suddenly makanan yg Elly makan terpelanting ke atas rambut one of the diner (Vanida Imran).

I think to myself, apa yg specialnya tentang filem ni. Well, maybe the director’s potrayal of Kuala Lumpur agak menarik perhatian aku kerana aku sendiri adalah org jati KL. However I do feel like bnyk lg tempat2 yg romantic yg boleh dipaparkan lagi. Secondly, believe it or, aku suka lakonan Raja Farah. Ha…ha…I know Nazim going to slam me over this one. Bukanlah nak kata lakonannya outstanding, tapi I think her potrayal of cute girl, dreamy dan naive tu suits her well. BTW *and I don’t distracted by her dagu also!!! *. I think she should given another chance into this genre dan mana tau boleh dpt jolokan ‘Lindsay Lohan’ M’sia !

Selain tu bnyk cameo dlm filem ni dan mungkin inilah satu2nya filem Melayu yg bnyk cameo. Ada yg ok dan ada yg tak ok. Aku suka kemunculan Adlin Aman Ramli dlm kempen iklan ‘Budi Bahasa’nya. Tapi scene yg paling lawak pada aku ialah bomoh yg gila babi punya pelik yg dilakonkan oleh AC Mizal dan dibantu oleh empat isterinya yg aduh mak, punyalah sihatnya!!!. Itulah satu2 nya scene yg buat aku ketawa dlm panggung tu.


Oh ya…lagu2 dlm filem ni juga cool2 belaka. Ada satu lagu yg sgt best waktu closing credit tapi aku tak tau band mana nyanyi kerana tak pay attention sgt pada waktu tu. Sapa2 yg tau feels free to give the title and name of the band or apa2 cara utk aku download lagu ni. Anyway lagu2 lain pun semuanya best2 dan buat korang terhibur.

Overall aku takde masalah dgn pelakon2nya (kecuali Awie) tapi masalah utama filem ni ialah plot dan skripnya yg kurang menyengat. I’m sure kalau diasah lg dgn unsur2 komedi dan sentuhan sparkle nya, I’m sure filem ni akan jadi filem yg bagus. Anyway, siapa2 yg sedang bercinta bolehlah tonton filem ni waktu keluar dating nanti.
P/S : Again thanks to sifu Ajami for the invitation !!!

5 comments:

Nazim Masnawi said...

Aku rasa kesilapan paling besar filem ni adalah poster dia. I mean, whatta fuck?!?? Aku tak kisah kalau diorang nak influence mana-mana but kamonlah, She the Man?!?? Pilihlah filem yang dah obscure sikit. The film still main kat Astro* for God's sakes!

*Which aku managed to tengok every damn time.

Lord Vorphalack said...

cakap pasal poster ni, aku rasa nak buat posting pasal poster2 yg similar concept dgn filem ni...
sure barlambak2 punya...!

Ajami Hashim said...

nazim >> kannn!

ib >> kannn! erK1 byk sama kah? huhu!

Anonymous said...

hey!!! Adil kan tidak mengajak aku sekali! Ajami. i demand a rerun.. and ajak aku sekali pls....

Lord Vorphalack said...

Maddox : masalahnya kau sunyi sepi sgt...
wei...bagi address blog baru kau...!