Sunday, July 20, 2008

One Missed Call (2008)


Cast :
Edward Burns as Jack Andrews
Shannyn Sossamon as Beth Raymond
Rhoda Griffis as Marie Layton

Director :
Eric Valette

Japanese version of One Missed Call bagi aku tak menarik dan aku tak tau kenapa la tergerak jugak hati aku nak menonton US version punya. Perhaps the real reason adalah kerana kurangnya filem2 horror yg ada di kedai2 DVD kebelakangan ni. Jadi nak taknak terpaksalah layan filem ni. Mengisahkan seorang teenager bernama Beth Raymond yg trauma selepas sorang demi sorang kawannya mati dlm keadaan yg pelik. Setelah menyiasat, dia mendapat tau yg mereka semua mendapat panggilan cellphone sebelum mati dan didalam panggilan tu adalah rakaman saat2 terakhir sebelum mereka mati. Beth ditolong oleh seorang detective Jack Andrews yg mempercayainya, kerana adiknya sendiri telah mati dlm kemalangan kereta setelah menerima panggilan misteri di cellphonenya. Siasat punya siasat akhirnya Beth juga menerima panggilan misteri melalui cellphonenya sendiri dan it’s up to mereka berdua ni lah utk membongkar dimana dan siapakah original caller of the call dan seterusnya utk mengelakkan Beth drp mati.

Well, to me aku describe filem ni mcm Final Destination “handphone” version. Cuma object kali ni menggunakan handphone sebagai medium semata2 nak create kelainan sikit. Selain drp tu semuanya adalah typical horror movie Japanese or Asian style. There’s one scene di mana kawan Beth iaitu Brian nak melintas jalan dgn kereta on the road yg laju2… we expect di akan mati kena langgar kereta but suddenly accident lain yg berlaku kepadanya. Scene tersebut mengingatkan aku sebijik mcm dlm filem Final Destination dimana kematian selalunya berlaku bukan pada insiden yg kita sangkakan.

Imej samar2 hantu dah selalu sgt dlm filem2 horror Asian dan aku rasa originally bermula drp filem The Ring. Filem ni juga tak ketinggalan menggunakan formula yg sama, however ada jugaklah sesetengah scene yg menakutkan dan bagi kita terkejut. I guess imej2 samar ni masih relevan dlm filem seram. Hantu2 dlm filem Asian juga selalu digambarkan sebagai baik dan mangsa teraniaya. Samalah jugak dgn filem ni. Marie Layton adalah hantu utama yg selalu muncul dlm hidup Beth dan in the end dialah yg menyelamatkan Beth drp terbunuh oleh hantu anaknya sendiri yg evil. Scene ni nampaklah sikit ke’hindustani’nya.

Performance drp pelakon2 tak memberangsangkan especially watak utama Beth yg dilakonkan Shannyn Sossamon. Kemunculan pelakon dan director yg terkemuka jugak iaitu Edward Burns sebagai polis juga tak membantu. Ini kerana wataknya terlalu cliché dan filem ni sendiri terlalu cliché utk ditonton. Bukanlah filem ni terlalu teruk…ada yg lebih teruk drp filem ni kerana at least filem ni ada juga moment seramnya. Tapi overall, filem ni is just simply too mediocre.

Aku bagi : ** 1/2 / *****


No comments: