Wednesday, August 27, 2008

Nak Menitis Air Mata...

Ha…horror, horrorlah jugak. Tapi ada jugak beberapa filem2 sedih yg aku minat atau yg aku teringat setengah2 babaknya. Mmg diakui, filem Melayu mg bnyk yg sedih dan dlm list ni aku sekadar beri beberapa nama dan campur jugak dgn filem2 luar. Here goes my list… :

Hapuslah Air Matamu (1976)
Waktu mak Sharifah Aini bawakkan karipap kegemaran anaknya, waktu persembahan anaknya di pub, kerana malu keadaan maknya yg daif, dia tak mengaku itu maknya dan baling kuih tu ke lantai. Babak hiba tu disebabkan Sharifah Aini tu dah jadi penyanyi terkenal so malu la mengaku Normadiah (mak) tu maknya. Ish2…masa aku kecik tgk filem ni sedih ooo… sensitive sungguh. Drama2 or cereka2 TV bnyk kebelakangan ni bnyk juga mengisahkan tentang anak derhaka kpd ibubapa seperti filem ni.

Home Alone (1990)
Ending filem ni waktu McAuley Culkin melihat diluar rumahnya waktu Krismas dan nampak anak pengemis kembali menemui org tuanya. Pengemis yg dimaksudkan telah diabaikan oleh anak2nya sebelum ni, dan McAuley telah ambik inisiatif untuk menemukan kembali pengemis ni dgn anak2nya da waktu yg sesuai adalah waktu mereka celebrate Krismas.

In Pursuit of Happiness (2006)
Aku sentiasa sensitive tentang apa2 filem tentang anak2 kecil. Aku bayangkan bagaimana kalau hidup aku jadi seperti Will Smith dlm filem ni. Ditinggalkan isteri, takde kerja, hidup melarat & yg paling sedih menjaga anak dlm keadaan yg serba daif. Tak kisahlah kita sendiri yg hidup melarat tp bila anak yg tak tau apa2 pun terpaksa menanggung derita kita. Sepanjang filem ni sedih je memanjang dan pelakon kanak2 yg menjadi anak Will Smith sgt cute & cool.

Star Wars Episode 3 or Episode 6 (2005 / 1983)
Utk episode 3 waktu Obi Wan terpaksa me’light saber’ kan Anakin Skywalker dan terhumban ke lurah lava berapi menjadikannya cacat. Segala janji Anakin terhadap Amidala berkecai disebabkan sifat tamaknya sendiri. Tambah pulak Amidala waktu tu nak deliver. Scene masa Amidala deliver baby sgt tragic dan bermulalah kehidupan Luke Skywalker & Princess Leia yg boleh kita tgk dlm Episode 4 yg klasik tu….Selain tu, bermulalah penguasaan Darth Vader dan tranformasinya pd ending episode 4 juga tragis.

Utk Episode 6, jga sedih pada endingnya di mana Luke Skywalker pula terpaksa me’light saber’kan bapanya Darth Vader. Dan Darth telah come into his senses bila tgk Luke telah azab didera oleh Palpatine dan seterusnya menghumban Palpatine sehingga mati.

Armageddon (1998)
Walaupun filem ni terlalu ‘cheesy’, tp ending filem ni iaitu Captain mereka Jack (Bruce Willis) yg ambik keputusan utk berkorban meletupkan detonator didlm kerak meteor tu agak mengharukan. Tambahan pulak sebelum saat kematiannya, dia ada berpesan pada anak perempuannya menerusi panggilan video supaya mengahwini Ben Affleck (salah sorang krew Bruce Willis yg dibenci) dlm filem tu. So walaupun nampak mcm Hindustan sikit tp mmg agak sedih gak kerana Bruce Willis ni bnyk berkorban utk krew2nya & menyelamatkan dunia dr rempuhan meteor.

Love Actually (2003)
Filem ni org samakan dgn filem Cinta arahan Khabir Bhatia kerana ada beberapa segmen yg berlainan dl satu filem. Aku suka segmen Colin Firth yg merupakan seorg duda yg serius dan pendiam dan mempunyai seorg maid. Dlm diam dia menyintai ‘maid’ tersebut tp tak pernah menunjuk atau meluahkan perasaannya. Maidnya juga walaupun pemalu, dr expressionnya nampak dia juga menaruh hati pd majikannya. Sounds simple je… tp chemistrynya sgt berkesan. Babak akhir dimana maid tersebut habis kontrak, kembali ke negara asalnya dan susah payah dijejaki oleh Colin Firth sgt romantic & funny at the same time. A charming movie.

Kami (1982)
Again...it's about kanak2 malang. Filem lakonan Allahyarham Sudirman masa zaman remajanya bersama sorang lagi pelakon kanak2 Din, benar2 menyentuh hati. Din tinggal dgn mak tirinya yg garang membuatkan dia fedup dan melarikan diri. Dia bertemu Tookoo (Sudirman) seorg remaja jalanan dan bermulalah kisah hidup mereka yg merempat dan takde tempat bergantung.

Braveheart / Gladiator (1995 / 2000)

Dua2 filem ni aku combinekan bersama sebab themenya lebih kurang. Scene sedih waktu bini masing2 William Wallace (Mel Gobsin) dan bini Maximus (Russel Crowe) mati… dan mcm mana si suami tabah menghadapi kenyataan yg isteri tersayang mereka meninggalkan mereka dan masih berjuang menegakkan keadilan at the same time. Isteri mereka juga mati dlm keadaan yg menyedihkan.

Edward Scissorhand (1990)
Filem ni mmg sedih especially apabila Edward ni dibuli disebabkan appearancenya yg bertangankan gunting… totally freak man…! Dan gaya filem ni diceritakan iaitu gaya Tim Burton membuatkan filem sedih ni lebih interesting.


Filem2 Sedih P.Ramlee (Anakku Sazali) (1956)
P.Ramlee kalau buat apa2 genre of filem pun, semuanya menyentuh hati kita. Tak kiralah komedinya ataupun filem sedihnya. Sebut pasal filem sedih ni, bnyk filem2 nya yg menyayat hati antara favourite aku ialah; Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat. Tp filem yg paling sedih hasil garapannya ialah Anakku Sazali. Bayangkan seorg bapa yg menatang dan menyayangi anaknya sepenuh hati, alih2 bila dewasa melawan dan memberontak bapanya. Tambahan pualak Sazali menyalahkan bapanya yg menjadikannya ‘spoil’ sebegitu. Babak paling sedih waktu endingnya yg Sazali ditangkap polis. Waktu tu Sazali balik ke rumah kena kejar polis dan meminta makanan drp bapaknya. Disebabkan penat dikejar polis, Sazali terlelap dan waktu terlelap tu bapaknya menelefon polis supaya anaknya ditangkap. Waktu tu tragis sungguh ber’background’kan hujan yg lebat dan lagu sedih (Anakku Sazali)…ish…!

Itu la 10 filem yg aku ingat menyentuh hati aku. Kalau korang tgk, aku kurang tersentuh tgk filem2 cinta especially cinta2 remaja ni. Aku nak gak tau apa filem2 yg menyentuh hati korang…so jgnlah segan2 comment pada aku ok…!

6 comments:

mahhass said...

Sweet....

Dude, dah tonton Cinema Paradiso? Musti kau akan menangis sepuas2nya ending partnya. Kalau kau tak sedih tak taulah aku haha

Lord Vorphalack said...

Belum lg...citer pasal apa....?
aku pernah dgr title tu & mmg title tu beberapa kali disebut oleh peminat2 filem dlm internet.
Boleh la aku survey DVD filem ni...

Anonymous said...

Kalau filem animasi boleh? Grave of the Fireflies, filem animasi Jepun sedih ya'amaatt! Brokeback Mountain pun sedih gak. Filem Perancis, Ponette pun sedih orang kata, tapi aku tak tengok lagi.

Lord Vorphalack said...

brokeback mountain tu sedih mmg sedih...tapi memikirkan kedua2 org tu gay buatkan aku lebih meluat drp sedih utk filem tu...!

Anonymous said...

yup, Grave of the Fireflies memang sedih.

also try tengok filem P.S. I Love You. then again, maybe girls je yang menangis tengok citer ni.

Lord Vorphalack said...

Aku cuba try carik DVD Grave of the Fireflies, btw aku almost beli PS I Love U DVD, tp terpaksa skip this title sbb terlalu bnyk title yg best2 time tu....