Tuesday, October 07, 2008

Sistem Tergendala

Suddenly network system di ofis aku tergendala dan inilah masanya utk aku merapu. Well…I cannot use internet so aku tak bolehlah cerita pasal filem that much. Yg aku boleh citer adalah apa yg terlintas di kepala otak aku ni.

A Month’s review of Ramadhan
Ramadhan aku sambut dgn sederhana. Xde berbelanja besar di pasar juadah…mostly bini aku masak utk berbuka…Thank you darling ! 1st day aku tak puasa sbb demam + muntah2…mungkin stress kerja kot, entahlah. Paling sakit hati time bulan puasa ni ialah suddenly HR di ofis aku declare balik pukul 5.00 walhal selama 8 thn aku kerja kat sini, Ramadhan biasanya kitaorg balik 4.30 pm…! Even difference just ½ hour tp impaknya besar ya amat. Korang yg dok KL pun tentu tau kalau masuk pukul 5.00 pm pd bulan Ramadhan jalan tentu dah sesak gila. Kalau pukul 4.30 tu masih ada ampun. So terima kasih bebanyaklah pada management ofis aku kerana menggalakkan amalan berbuka puasa dlm kereta ditgh kesesakan jln raya.

A Week’s Review of Syawal
Fuh…penat tul…! Walaupun aku ni takde kampong….hmmm…bukan takde kampong actually, tapi kampong aku dekat ! Tapi seminggu Raya ni aku habiskan dgn melawat nenek dan sedara mara non-stop. Kawasan2 lawatan yg paling jauh from my area KL ialah Kuang, Kelana Jaya, Klang, Puchong dll…fuh…jauh sungguh…ha ha…! Aku juga receive unexpected tetamu di rumah aku. Aku & family baru berpindah, rumah takdelah complete sgt, so kitaorg takdelah menjemput tetamu2 dtg…tapi tau2lah sedara mara, diaorg tak kira rumah siapa ke tak…mesti nak tgk & survey punya. I don’t mind but tau2 ajelah kalau rumah aku ni tak cukup kerusi…but seems thay don’t mind duduk atas lantai. Tak taulah pulak apa mereka kata belakang. Last Saturday, badan aku dah tak boleh terima segala penat lelah Raya ni. Aku togok bnyk ais pada Raya pertama & kedua dan hasilnya, ptg tu aku sibuk carik klinik 24 jam (bnyk normal klinik tutup lg) kerana sesak nafas, sakit tekak, lender, kahak & mcm2 lagilah. Another thing is I miss my favourite food; roti canai dan burger ! On Ramadhan aku tak sentuh langsung mkn2 ni…ye lah…mana ada masa sgt. After berbuka with nasi/lauk, badan penat & takdelah masa aku nak pekena semua tu ! So this Syawal almost every day aku dan sedara mara yg satu kepala, spend a little time almost everyday kat kedai mamak pekena roti canai & the tarik…ketagih siot…!

Lagipun, kedai mamak ajelah yg open pada Syawal ni. Nak harapkan gerai2 melayu nasi campur, aku rasa dah masuk minggu kedua ni pun masih bnyk lagi yg tutup. Aku ada subscribe channel Syawal di Astro. Bukannya aku minat sgt nak tonton…aku cuma berminat tgk Anak Halal, Sundel Bolong dan Teater P Ramlee. The rest aku tak minat sgt especially Evolusi KL Drift dgn heronya yg control hensem tu. Waktu bergaduh pun rambut tak berserabut pun dan lagak masih macho. Actually channel ni murah RM7, so worth jugak la utk tetamu2 yg dtg hari raya ni. Tapi sometimes nampak sgt Astro nak carik untung. Sebabnya, semua movie2 Melayu di channel Astro Ria (channel free dlm package) adalah filem2 yg dah lama ditayang sebelum puasa pun. Maknanya takde filem Melayu baru di Astro Ria. Yg aku perasan cuma Kala Mlm Bulan Mengambang je yg baru ditayang di Astro Kirana. Anyway, as I say tak luak pun RM7 yg aku spent tu…(berlagaknya!).

Maddox back ?
Kawan aku kembali dgn blog barunya…? Yes…tapi it’s totally different concept. Aku rasakan blog barunya is more personal this time dan so far aku xde tgk anything tentang filem or music. Tapi korang bolehlah tgk transformasi Maddox ni dari seorg gergasi kepada seorg anak gergasi…he he….joking je Maddox ! Baca pada blognya, dptlah kita iktibar…where there’s a will, there is a way….! Welcome back bro !!

Kerja Ofis
Nampak gaya aku bakal dijadikan lauk utk division aku diofis ni. Seorg colleague aku resign kerana dpt kerja di Etiqa Insurance. Best gila…mmg idaman aku dpt kerja disebuah syarikat insurans terkemuka (under Maybank). Now this colleague, atas arahan boss aku telah handover semua kerja2nya kepada aku…! Now I’m shorthanded dan buat dua org punya kerja ! What can I do…? Well…my boss ada jugak la pujuk2 yg dia akan tlg dan seorg lagi clerical staff pun blh tolong, tapi believe me…semua takkan nak bekerjasama dan ended up semua kerja pile up pada aku nanti ! But I have to think positive, aku anggap semua ni sbg peluang aku utk menimba ilmu & belajar something yg baru. Bila rasa2 dah mahir dlm semuanya, aku sure akan cabut, if I feel that I have no future here.

Movies…DVD…
Aku sgt slow watch DVD bulan pose ni. Tak silap aku sempat tgk 3 filem je iaitu Drillbit Taylor, Rendition dan kali kedua tonton Iron Man. Rendition is good. Drillbit sucks. Iron Man masih hebat walaupun tgk kali kedua. Well, I cannot wait for Quantum of Solace pada awal November ni. Mmg sure aku akan paksa bini aku (yg tak minat James Bond langsung!) tgk wayang. Tapi 24hb Oct ni aku terpaksalah menemankan anak aku tonton filem High School Musical 3….ha ha….jgn tertidur dlm panggung sudahlah…!


Music
Takde apa sgt lagu yg aku layan. Tapi aku tertarik dgn lagu gabungan Malique dan M.Nasir. Yes, aku cukup bias terhadap M.Nasir. Mula2 aku dgr muziknya sebijik mcm gabungan Malique & Yasin dulu…tp lama kelamaan aku rasa lagu ni ada istimewanya yg tersendiri. Liriknya x payah cakaplah…sungguh berfalsafah dan pelbagai phrase yg korang takkan faham. Yg aku mention istimewa ialah cara nyanyian M’Nasir yg sungguh ‘folkish’. Tak pernah aku dgr M’Nasir se’folkish’ ini. Lagu ni aku describe as hip hop meets folk/fusion. Brilliant ! Ada member aku cakap M’Nasir has wimped out coz bergabung dgn budak hip hop….well…this is ain’t a hip hop song only… huh… susah kalau org yg tak faham ‘seni’ ni….

Okay…now pass ½ hari system ofis aku masih offline ! Shit… I should take MC or emergency, bosan tahap cipan nih…!!! Blogging aje lah caranya utk aku look busy kat ofis time ni…!
Update : Tepat 2.30 pm sistem online kembali dan aku start postingkan entri ni. Chow !

1 comment:

Anonymous said...

sabar... its nothing personal.. its just business...

just watched Mamma Mia & Painted Skin

My rate

Mamma Mia = ***** / *****

Painted Skin = *** / *****

tunggu review aku!