Monday, November 03, 2008

The Happening (2008)

Cast :
Mark Wahlberg as Elliot Moore
Zooey Deschanel as Alma Moore
John Leguizamo as Julian
Spencer Breslin as Josh
Director :
M. Night Shyamalan

Yes, filem ni menerima kritikan antara yg paling teruk pernah diterima utk filem2 Night. However, aku rasakan yg ada filem2 Night yg lebih buruk drp ni. Tak perlu lah aku mention yg mana tapi ianya lebih drp satu. Mmg la filem ni nampak terlalu plain bored, tambahan pulak takde apa2 twist yg mengejutkan kita. Tapi pada aku, kekuatan filem ni adalah pada paparan Night tentang alam sekitar. Persepsi kita terhadap alam sekitar atau persepsi alam sekitar terhadap kita...?? Filem ni adalah tentang virus, yg merebak dgn cepat melalui udara/angin. Tapi dari mana dtgnya virus tersebut ? Aku teringat filem2 zombie yg bnyk disebabkan angkara virus oleh chemical…tapi dlm filem ni siapa sangka yg virusnya adalah alam persekitaran kita sendiri. Kadang2 mmg tak masuk akal, tapi ianya membuat kita terfikir juga segala aktiviti2 kita terhadap alam sekitar. Nah, skrg mereka membalas dendam terhadap kita pulak ! Perhaps di alam reality, apa yg Night maksudkan ialah global warming, tapi dlm filem ianya boleh dipersembahkan dlm pelbagai cara.

Selain tu filem ni juga sedikit menggerunkan dgn adegan bunuh diri oleh org2 yg terkena virus angin ini. Cth adegan yg paling di ingat adalah pekerja2 kontrak yg membunuh diri dgn terjun dr bangunan construction mereka. Ia seperti pesta bungee-jumping cuma bezanya tiada tali yg mengikat mereka ! Aku juga terkejut dgn adegan lelaki yg dgn rela hatinya menyerahkan tgnnya utk digigit oleh singa buas….ataupun sorang lelaki yg dgn relanya baring lentang dpn jentera pemotong rumput. Scene wanita tua yg menghentak kepala sampai berdarah ditingkap rumahnya juga agak menyeramkan.

Aku prefer filem ni berbanding filem2nya semenjak dua menjak ni, kerana ianya takdelah terlalu desperately nak memberi twist pada ending filem. Kerana bagi aku yg lebih teruk adalah memberi twist pada filem tapi penonton tak faham atau tak terkejut dgn twist tu…! There’s nothing to shout about dari segi lakonan, mmg la pelakon2 ramai tapi kebanyakannya extra saja. Mark Wahlberg sentiasa memberi persembahan yg baik sebagai cikgu high school, Elliot Moore. Pendekatan lecturenya berlainan dgn cikgu2 lain di sekolah nya. Tapi adegan lecturenya pada permulaan filem sometimes seolah2 gaya ‘rap’, atau mungkin aku ni tiba2 teringat zaman ‘rap’nya dulu sbg Marky Mark. Selain tu John Leguizamo sebagai kawan Moore, Julian, juga memberi persembahan terbaiknya sebagai bapa yg melarikan diri dgn anaknya, tapi meninggalkan bininya yg akan menyusul kemudian. Setelah gagal menghubungi isterinya, dia berada dlm dilemma dan terpaksa meninggalkan anaknya dgn Moore dan isterinya Alma utk mencari isterinya yg hilang.

Selepas disappointed dgn beberapa filem Night, aku tak expect terlalu tinggi pada filem ni (ada ke yg put a high hope for this film…?) especially bila tgk posternya yg tak memberangsangkan. Pasti ramai yg tertidur bila tgk filem ni dgn storyline yg simple dan mendatar je, isteri aku pun tak terkecuali sindrom tidur ni ! Tapi seperti yg aku katakan, ada lagi filem Night yg lebih buruk. Kekuatan filem ni adalah pada visualnya dan harap2 selepas ni filem2 Night akan perlahan2 menyengat kembali.


2 comments:

mahhass said...

Aku tak ada masalah dgn Happening. Serius, orang tak suka, aku suka!

Lord Vorphalack said...

ye mahhass, aku pun xde masalah dgn Happening. Aku rasa filem ni tak patut dpt review yg terlalu buruk. Ada lg filem Shyamalan yg lebih buruk drp ni.