Sunday, December 21, 2008

Hellboy II : The Golden Army (2008)

Cast :
Ron Perlman as Hellboy
Selma Blair as Liz
Doug Jones as Abe Sapien
Luke Goss as Prince Nuada
Anna Walton as Princess Nuala

Director :
Guillermo Del Toro

Walaupun nama Guillermo Del Toro bagitu gah dgn filem Pan’s Labyrinth nya, namun aku tak begitu teruja dgn Hellboy. Tak kiralah Hellboy pertama yg dikeluarkan pada 2004, maupun follow up nya iaitu The Golden Army.

Pada sesiapa yg tak pernah menonton Hellboy dan tak tau wujudnya komik Hellboy, ianya mengisahkan tentang makhluk merah yg bekerja di jabatan rahsia kerajaan menyelidik benda2 paranormal yg ada di atas muka bumi ni. Bersama2 dia adalah seorang perempuan jelita iaitu Liz Sherman (lakonan Selma Blair) yg hampir2 mirip ‘Human Torch’ cuma tak boleh terbang dan Abe Sapien (lakonan Doug Jones) menyerupai makhluk amfibia. Dlm The Golden Army, hubungan Hellboy dan Liz Sherman bertambah rapat sehingga Liz mengandung anak Hellboy. Dlm waktu yg sama, Prince Nuada (lakonan Luke Goss) seorang putera elf telah belot dan menentang Raja yg juga ayahnya. Beliau ingin memulakan perang antara makhluk dgn manusia. Prince Nuada mempunyai kembar perempuannya iaitu Princess Nuala, yg lebih lembut dan menentang tindak tanduk kembarnya. Berang dgn tindakan kembarnya, Princess Nuala melarikan diri dan it’s up to Hellboy dan kawan2nya utk menyelamatkan Nuala dan mematahkan niat jahat Prince Nuada berserta Golden Army nya.


Dari segi plot, ianya amat lemah berbanding Hellboy yg pertama. First of all, aku rasa Hellboy takde match sgt dgn villainnya kali ni. Prince Nuada physically nampak gerun dgn mukanya yg ala2 black metaller, skillnya yg ala2 kungfu dan cekap bermain pedang. Tapi connection Prince Nuada dgn kembarnya Princess Nuala ada sikit2 membuatkan yg villainnya kali ni agak mellow, berbahagi antara niat jahatnya dan kasih saying pada kembarnya. So it makes Prince Nuada bukanlah lawan sebenar utk Hellboy. Even pergelutan Hellboy dgn kuncu2 Nuada juga taklah dahsyat sgt termasuklah angkatan Golden Army yg appear pada babak akhir filem ni. Dan utk memeriahkan lagi filem ni diselitkan sub plot Liz mengandung dan kawan Hellboy iaitu Abe Sapien yg jatuh hati pada Princess Nuala. Selain drp tu takde apa nak diperkatakan utk filem ni.


Of course visual effectnya tentulah stunning, tapi kita telah dihidangkan dgn previous Hellboy dan diikuti oleh Pans Labyrinth, so apalah sgt filem ni dgn plotnya yg ala kadar nak dibandingkan dgn kehebatan filem Pan yg lebih dari segala segi berbanding Hellboy kedua ni. Project seterusnya oleh Del Toro adalah The Hobbit adaptation from J.R.R Tolkien yg tak asing lagi dgn Lord of the Ring nya. At least upcoming projectnya mempunyai plot yg kuat so secara amnya nampak akan jadi big hit tak lama lagi.

Overall, filem ni taklah 'dark' seperti Hellboy yg pertama. Director memasukkan eleman cinta dlm filem ni membabitkan semua watak2 utama dlm filem; Hellboy, Prince Nuada, Liz, Abe Sapien dan Nuala. Mungkin director mahukan filem ni lebih berjiwa, tapi as for me Hellboy is Hellboy dan susah aku nak terima makhluk ni menyerupai sangat physically atau mentally seperti manusia.

P/S : Teringat nama bodoh wayang Hellboy versi Malaysia pada 2006 lepas iaitu “Super Sapien”.

No comments: