Huh…kerja balik. Cuti 4 hari yg lepas kira relaks jugaklah dan bila start balik hari ni rasa bosan betul. Hari terakhir cuti panjang semalam aku sempatlah try makan di satu restoran baru kat Taman Melati. Restoran ni dan lama aku dgr tapi cuma semlm sempat pergi. Ianya berkonsepkan steamboat dan bbq grill. Adik ipar aku la yg merekomenkan. Kami pergi 2 keluarga. Okay gak harga dia coz dia charge ikut kepala dan makan buffet. So, sapa2 yg cadang nak pergi ke Restoran Sabak kat Tmn Melati ni, kosong2kanlah perut korang. Sebenarnya, steamboat aku tak heran sgt kerana bukan favourite aku. Tapi bila dia siap dgn BBQ grill…hmmm ‘tala’ non-stop la aku. Perut aku yg sememangnya kempis ni pun tiba2 jadi kembung. Harga sekepala utk adult adalah RM25 ++, manakala kanak2 umur 6-12 thn harganya RM15. Oh ya…bukan steamboat dan bbq aje yg ada, ada jugak hidangan sampingan seperti nasi goreng, kuay teow, rojak buah dan ais krim.Tapi honestly, hidangan sampingan ni tak sedap sangat. Baik korang concentrate mkn steamboat dan bbq. Takde buffet utk air minuman, that one korang kena order separately.
Sayang, adik ipar aku yg ikut bersama, tak dpt enjoy mkn sgt coz anak lelakinya mmg tersangatlah aktifnya. Mujur anak2 aku dah besar2 belaka. Actually, kat Taman Melati berhampiran PV6 condo ni bnyk shoplot2 yg di’occupied’ utk restoran2 so kalau korang teringin nak makan special sikit, bolehlah jenguk2 kat area ni. Ianya kat jalan highway MRR2 antara Gombak dan Wangsa Maju.
SABAK Steamboat & Berbeque
No 49-1G, 49G & LG
JALAN MELATI UTAMA 4
MELATI UTAMA
53100 KUALA LUMPUR.
No comments:
Post a Comment