Monday, February 16, 2009

The Story of Jason Voorhees



Theatrical release filem remake Friday the 13th arahan Marcus Nispel telah menemui penonton pada (guess when?), 13 February bersamaan hari (guess again?) Jumaat lepas. Sebelum ni Nispel ada mengarah remake utk Texas Chainsaw Massacre. Nampaknya beliau masih menggunakan sentuhan remakenya utk filem2 horrornya. Watak utama utk filem ni tentulah Jason Voorhees yg paling last appearancenya adalah dlm filem Freddy Vs Jason. However dlm filem berkenaan, Jason lebih lembut berbanding Freddy yg lebih evil. So, adakah dlm remake kali ni dia kembali ganas atau sebaliknya ? Sebelum tu kita imbas kembali kemunculan Jason dlm filem2 especially franchise Friday the 13th nya…. :

Friday the 13th (1980)


Filem yg pertama adalah pada tahun 1980. Gonjeng dan simple je ceritanya, mengisahkan sekumpulan remaja yg meneroka kembali lokasi perkhemahan yg dah setahun ditutup, selepas seorang budak lelaki mati lemas disitu. Seorang demi seorang kumpulan remaja ni mati dibunuh oleh pembunuh misteri. sewaktu perkhemahan ini. Filem ni berinspirasikan John Carpenter’s Halloween, however ianya mendpt bnyk bad review berbanding Halloween. Ia juga agak terkenal dgn scene nude nya, sentiasa focus kepada remaja2 yg liar dan party type. Pendek kata setiap kali sepasang remaja bercumbu atau mandi bogel di Camp Crystal Lake, sure mereka kena bunuh. Part 1 sebenarnya lebih bertumpu pada Mrs Voorhees iaitu mak kpd Jason yg menuntut bela atas kematian anaknya di Crystal Lake. Anaknya mati disebabkan kelalaian dua org kaunselor yg gagal menjaga anaknya sehingga menyebabkannya mati lemas. Dari segi sambutan , ianya agak menggalakkan drp peminat2 filem2 slasher dan seterusnya keluarlah seterusnya beberapa sequel termasuklah crossover filem ni. Filem pertama diarahkan oleh Sean Cunningham. Filem ini juga merupakan filem awal Kevin Bacon di zaman mudanya.

Friday the 13th Part 2 (1981)
Franchise kedua ni taklah sehebat sambutan terhadap filem pertama tapi masih mendapat tempat pertama waktu ia mula2 release pada 1981 dahulu. Ianya masih menggunakan counselor dan anak murid theme, yg bersama2 camping di Crystal Lake. Kali ni Jason membalas dendam terhadap pembunuh ibunya. Filem ni diarahkan oleh Steve Miner.


Kepala mak Jason, Pamela Voorhees

Friday the 13th Part 3 (1982)
Pertama kali Jason menggunakan hockey mask yg telah menjadi sinonim dgn character Jason dan ditayangkan di pawagam dlm 3-D. Filem ni masih mengekalkan pengarah yg sama dan sambutan terhadap filem ni lebih baik berbanding yg kedua. Seperti filemnya yg kedua, Jason supoosed to be dead pada akhir filem, tetapi akan reincarnate juga pada episode seterusnya.

Friday the 13th : The Final Chapter (1984)
Nama aje The Final Chapter, tapi berlambak2 lagi sequel seterusnya selepas ni. Jason who apparently mati pada episode sebelumnya, tiba2 bangkit dan bunuh coroner yg bedah siasat dia dan kembali pada Crystal Lake untuk mangsa seterusnya. Filem yg ke 4 ni diarahkan oleh Jospeh Zito.

Unmasked Jason

Friday the 13th : A New Beginning (1985)
Tak lama selepas what suppose to be the final chapter, muncul pulak A New Beginning. Filem ni ada sedikit twist yg mana the real killer adalah Roy, watak yg muncul dlm previous filem. Dia meniru character Jason, untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya. Ianya menghampakan peminat2 Friday the 13th franchise, kerana mereka rasa ditipu pada pengakhir cerita. Filem ni adalah filem yg kedua menunjukkan yg Jason bukanlah pembunuh sebenar. Yg pertama adalah Part1 yg mana ibu Jason adalah pembunuhnya. Filem ni diarahkan oleh Danny Steinmann.

Friday the 13th Part VI: Jason Lives (1986)
Dlm filem ni Camp Crystal Lake bertukar nama pada Camp Forest Green. Seperti titlenya, Jason kembali utk membunuh mangsa2nya. Filem ni mempunyai kutipan yg paling rendah berbanding filem2 sebelumnya. Ianya juga bersih drp nude scene mahupun penggunaan dadah. Jason akhirnya mati tenggelam dlm Camp Crystal Lake. Filem ni diarahkan oleh Tom McLoughlin.

Friday the 13th Part VII : The New Blood (1988)
Filem ketujuh ni di consider chapter yg paling ‘dark’. Mengisahkan Tina yg dianugerahkan dgn kuasa telekinetic, dgn tiba2nya telah menghidupkan kembali Jason yg tenggelam di Camp Crystal Lake. Dia terpaksa menggunakan telekinesisnya utk membunuh Jason kembali. Filem ni diarahkan oleh John Carl Buechler.

Friday the 13th Part VIII : Jason Takes Manhattan (1989)
Ye…kali ni Jason bukan lagi kat Camp Crystal Lake, sebaliknya mengikut student2 senior ke lawatan ke Manhattan. Jason dihidupkan kembali dlm filem ni melalui elektrik kabel bawahair. Filem ni juga antara paling buruk dgn kutipan yg kedua terendah dlm franchisenya dan list dalam IMDB 100 filem terburuk. Filem ni diarahkan oleh Rob Hedden.

Jason Goes to Hell : The Final Friday (1993)
Dah sampai ke part ke 9 ni aku rasa franchise Friday the 13th ni dah melampau2 sgt. Jason dlm episode ni hidup secara tiba2 tanpa explanation. FBI menjejaki beliau dan dia telah berjaya melepaskan diri dgn memindahkan jantungnya dari badan ke badan org yg lain. Apabila dia kembali ke badan asalnya, dia telah dibunuh oleh saudaranya sendiri dan membawanya ke neraka. Satu2nya filem yg mendedahkan tarikh dan tempat lahir Voorhees. Diarahkan oleh Adam Marcus.

Jason X (2002)
Sequel yg paling mengarut berbanding yg lepas2. Berlatarbelakangkan masa hadapan dan bercampur dgn elemen sci-fic. Jason lagi sekali dihidupkan kembali. Kemunculan Jason kali ni lebih techno sikit dgn cybernetic form nya. Kutipan utk filem ni merupakan kutipan yg terendah sekali sepanjang franchisenya. Filem ni diarahkan oleh James Isaac.

Freddy Vs Jason (2003)
Sequel yg seterusnya adalah crossover dengan franchise Nightmare on Elm Street. Ikon horror “Nightmare…” iaitu Freddy bertarung dgn Jason dlm alam reality dan mimpi. Filem ni mendapat kritikan yg boleh tahan (memandangkan ini adalah Part yg ke 11 utk “Friday…”!) dan sambutan yg baik oleh peminat2. Mendapat tempat yg pertama pada minggu pertama pembukaannya. Ianya diarahkan oleh Ronny Yu.


Friday the 13th (2009)
Franchise yg paling latest adalah remake arahan Marcus Nispel. Nispel dan mengambil elemen2 dari 3 siri “Friday…” yang terawal. Aku masih belum tgk filem ni dan tak mungkin ianya akan keluar di pawagam Malaysia. So, terpaksa la tunggu DVD release.

Other interesting facts yg aku dengar, terdapat jugak rumours tentang more crossover selepas Freddy Vs Jason ni. Antara character2 yg disebut adalah Pinhead drp Hellraiser, Michael Myers drp Halloween dan Ash drp Evil Dead series. Tak tau samada benar atau tak, tapi tak mustahil suatu hari menjadi kenyataan.

4 comments:

mahhass said...

Wow, kelas!

Lord Vorphalack said...

sekadar nak refresh balik...

sesetengah part tu aku ada own VCDnya tapi sayang dah hilang...

yg tinggal dgn aku cuma Jason Goes to Hell je...

so kau dah tgk 2009 punya...?

Nazim Masnawi said...

Jason Lives is the best! Smart, funny, adventurous, dan self-aware. Too bad it's the kutipan plg rendah.

Lord Vorphalack said...

Jason Lives mmg glamer zaman VHS dulu. Aku pun start tonton Jason Lives dulu kemudian baru start carik filem2nya yg lepas.