Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, June 11, 2008

My New House

Sabtu lepas secara officially aku telah berpindah ke rumah baru. Sebelum ni aku tinggal di rumah family. Mmg aku sepatutnya berpindah kerana memandangkan dah ada anak dua dan masing2 nak bilik sendiri.

Rumah aku located kat Danau Kota. Siapa2 area KL especially Setapak/Gombak tentu familiar dgn kawasan ni sbb kat sinilah mlm2 ada pasar tgh mlm “downtown”. So mlm mmg ‘jam’ lah kat kawasan tu. Kat condo tempat aku tinggal tu bnyk student2 Kolej TAR menyewa di sana so kita bolehlah tgk ramai amoi2 yg seksi2 belaka. Kalau korang ke swimming pool lagilah…!

Anyway, semua anggota keluarga very happy dgn rumah baru, dan aku & isteri tak habis2 hobby mengemas rumah je… biasalah tu… dah lama nanti mesti jadi pemalas balik…! Dan anak2 aku plak tak habis2 nak turun ke bawah nak main playground or swimming...sigh...!

Ini je ruang yg sempat aku kemas... yg lain tu mak datuk...semak lagi...!


From the balkoni view...

bhgn dining yg takde meja makan, sedang menunggu sapa2 yg nak sponsor meja mkn

P/S- Ntah kenapa ntah susah tul aku nak upload gambar, sebenarnya ada bnyk lagi, nanti aku usahakan utk upload...

Tuesday, July 24, 2007

In Deep Meditation...

Aku betul2 takde mood nak menulis blog nowadays. Aku dah transfer to another department June lepas tapi masih stick to the same company. Mungkin sebab tu aku rasa angin dan idea nak menulis lembab sikit. I started to learn new things and I’m damn slow at the moment. Sebelum ni pun most of the idea dan masa dtg dari ofis berbanding di rumah. Sekarang I’ve quite no. of outstanding issue di dept aku, so aku terpaksa tinggalkan blog aku utk seketika.

Nak ikutkan mcm2 perkara berlaku semasa aku stop buat update. Memandangkan semuanya dah lepas, aku malas nak cerita. Cuma aku nak cerita last week aje iaitu Ahad lepas. Pagi tu…(bukan pagi actually, tapi subuh !), aku join MII Big Walk anjuran Malaysian Insurance Institute dan juga di sponsor oleh TV3 dan beberapa insurance company yg lain. Actually inilah first time aku masuk pertandingan lumba jalan kaki. I feel that aku mmg dah takde aktiviti2 yg memanaskan badan lagi so inilah peluang aku nak kembali exercise. Aku rasa penyertaan yg paling bnyk adalah dari sykt insurans aku berbanding dgn insurans yg lain. So kira kitaorg ni sporting lah dlm bab2 nih…! Isk isk…


Lumba jalan kaki tu bermula dari Dataran Merdeka dan sepanjang 7 KM. Adalah lalu Bank Negara, Bukit Tunku, Jalan Duta, Padang Merbok dan berakhir kat Dataran Merdeka balik. Aiseh…pagi tu kurang awek2 yg masuk la…kenapa la aku tgk semuanya yg kertu2 aje join…? Malas sgt ke awek2 nak bangun pagi di pagi Ahad…?? Takpe la…yg penting aku dpt mood balik nak exercise. Selain larian, adalah aktiviti2 utk kanak2 lepas larian; colouring contest, lucky draw, badut sarkas dan lain2. Isteri dan anak2 aku tak ikut coz pagi sgt… dan aku pun belah awal…pukul 10.30 dah cabut. Oh ya… aku tak menang apa2….dpt sijil aje…tapi estimate aku antara 100 yg terawal (out of 2000 participants)…cewah… next round aku nak target 50 terawal…he, he…
Mcm ni pun boleh ke...???


3 Album yg aku layan sekarang :
Smashing Pumpkin : Zeitgeist
Rihanna : Good Girl Gone Bad
Maroon 5 : It Won't Be Soon Before Long
Lagu yg aku layan sekarang :
Amy Winehouse : Rehab
Lovestoned : Justin Timberlake
Fergie : Big Girls Don't Cry



Tuesday, May 29, 2007

Tiara Beach Resorts

Sabtu lepas aku pergi bercuti ke Port Dickson dgn keluarga aku. Kami bermalam di apartment Tiara Beach milik sepupu aku untuk satu mlm je. Aku dgr tentang Tiara Beach ni pada thn lepas. Mereka kata kawasan tu ada theme parknya atau water world nya sendiri. So, mmg dah lama gak aku teringin nak pergi ke sana. So bila dgr sepupu aku ada beli apartment (2 bilik) dan sewakan utk public, aku pun menyewa la satu mlm kat situ.

Locationnya quite jauh ke dalam jugak. Nama areanya aku dah lupa tapi ke dalam lagi selepas blue lagoon. Ianya berhadapan dgn Palm Spring. Area sana takde pantai. So, korang mesti fikir, buat apa ke sana kalau takde pantai ? Tapi believe me, segala kemudahan dan aktiviti2 kat sana buat korang terlupa kat pantai. Firstly, kolam renangnya dibuat style pantai siap dgn pasir lagi…kira pantai buatan sendiri lah ni. Ada bnyk section kolam/pantainya, utk dewasa dan kanak2. Kalau korang pernah pergi Waterworld kat Sg Besi, water theme kat Tiara ni ada similarity dgn yg kat Sg Besi tu. Walaupun aku kat sana satu mlm je, tapi aku berkubang kat kolam renang tu sampai tiga kali; ptg Sabtu dan pagi/ptg Ahad. Mlm ada performance yg boleh thn menariknya, ada nyanyian, wayang dan akrobatik performance. Ada show lawak yg dipersembahkan oleh staff2 kat Tiara Beach ni. Mereka buat fesyen show pondan dan mmg kelakar giler lah ! Seolah2 mcm korang kat Thailand pulak tgk show pondan2 !

Utk kanak2 pulak, ada game room dan playground room. Mmg ada hotel yg provide this services tapi aku rasa kat sini ruangnya lebih besar. Selain tu ada body massage/spa dan gymnasium. Kalau nak pergi body massage tu make surelah bini korang tak tau ! Makanan kat sini bnyk choicenya, kalau tak silap aku ada enam restoran yg provide variety of dishes. Masakan ala Thai ada, masakan Western ada. But semuanya mahal2 belaka. Sebelum balik aje aku sempat ke Restoran Anna Thai utk lapik perut kat highway nanti.
Semua restoran2 kat sini quite mahal jugak, biasa la…area hotel kan. So kalau rasa tak boleh afford, bolehlah masak sendiri kat dapur kalau korang menyewa apartment yg ada dapur punya.


Pekerja2 kat sana pun quite friendly jugak, cuma aku rasa bilangan awek cun yg berkerja kurang sgt. He, he…In short, dtglah beramai2 ke sana sempena musim cuti sekolah ni !

Utk further details, visit : http://www.tbr.com.my/

Wednesday, April 04, 2007

Rombongan Cik Kiah ke Muar

31/03/2007

Lain kali kalau nak ke selatan, at the moment aku suggest kau ikutlah jalan lama. Highway jam ya amat ! Sepanjang perjalanan aku dari KL ke Muar, traffic slow aje. Sampai kat highway Negeri Sembilan, dah mcm tak bergerak. Fed up aku. Anyway, aku ke sana sebab sepupu aku kahwin. Excited la nak pergi sebab aku ni bukannya ada kampung, sedara mara semua kat KL ni aje. Tapi cuma belah mak ngah aku aje yg tersesat kat sana. Itupun sebab ikut husband dia yg kerja di sana. So yg kahwin ni anak mak ngah aku la ni….congrats to the newlywed ! Lepas keduri gedebuk gedebak aku menghala ke Ayer Keroh. Aku ada dpt free voucher utk bermlm disalah sebuah hotel kat sana. Jimat sikit belanja. Malam tu abang ipar aku belanja kitaorg makan ikan bakar kat Umbai…ceh…jimat belanja lagik ! Dah lama aku tak pekena ikan bakar kat sana. Bezanya ikan bakar / seafood kat sana berbanding kat sini adalah dr segi harganya. Murah gila… tapi oleh sebab abg ipar aku belanja hari tu, aku tak taulah pulak bilnya berapa. Almost 11.00pm, aku & family terus ke hotel sebab dah penat sgt.

01/04/2007

Lepas free breakfast (jimat lagik !) kat hotel, aku jalan2 kat Jusco Ayer Keroh. Beli la apa2 yg patut. Lepas tu bawak anak swimming kat hotel. Check out pukul 1.00pm, dan kami bersiar2 kat Banda Hilir. Aku baru notice, ejaan Banda tu bukannya Bandar…it’s Banda…kenapa ha…? Aku rasa adalah 10 thn aku tak ke Melaka. So kat situ, aku bawaklah anak2 aku naik beca…punyalah mahal nak sewa sampai RM15…itupun aku tawar…harga sebenar RM20. Selain Mahkota Parade, ada satu lagi tempat baru (bagi aku la…) utk membeli belah…it’s Dataran Pahlawan. Tak tau la berapa lama dia dah ada kat Melaka, but it’s a nice place kalau korang nak beli2 belacan, cencaluk…pendek kata apa2 brg yg menunjukkan kau pergi Melaka la…!

Dah penat sgt, kami terus balik KL…jalan jam as usual bcoz of kerja2 membaiki jalan…drp 3 lanes jadi 2 lanes. So tired…sepatutnya bermalam kat sana 2 mlm baru tak terasa penat sgt, tapi apa nak buat, budget tak mengizinkan.

Thursday, March 01, 2007

Nasihat2 atau my request utk Maddox24 kat tempat kerja baru hari ni...!

* Bagi email address ofis kau !

* Tolong update kat aku sana bnyk awek cun ke tak ? Tak kira la awek Melayu ke...amoi ke....

* Kalau dah dpt awek steady kat sana, jgn lupa mms aku muka awek ngkau !

* Buat posting about your new workplace secepat mungkin, coz aku tak sabar nak baca.

* Jgn lupa usha2 kerja2 kosong kat sana dan jgn lupa rekemen nama aku.

* Kerja baru tentu gaji besar. So kalau kau dah pakai kereta, jgn lupa ajak aku naik sekali !

* Dunno tempat baru kau ada internet connection ke tak. Kalau ada sure 24 jam mem'blog' and ber YM aje... kurang2 kan buang masa tu !

* Jgn lupa jemput aku kalau kau kahwin !

* Jgn lupa belanja aku Chili's bila dpt gaji yg pertama nanti...he, he....!

* Tak payahlah kau tertoleh2 ke belakang lagi masa kau buat entri di ofis, takut aku tgk lah tu...! Kita dah jauh berbatu dah !

Tuesday, February 27, 2007

Newsflash


Tahniah kepada adik ipar aku dan suaminya atas kelahiran anak pertama mereka namanya Izzmal Danish pada 24 February 2007. Walaupun terpaksa operation, anak lelaki yg lahir sihat betul around 4.1 kg. Lepas baby ni keluar, dah start la sedara mara tanya bila aku nak tambah anak lagi... sabar ye sedara2 sekalian !

Tuesday, February 20, 2007

Aku gila main layang2…(bukan main layang2 yg “tooot” tu ok!)

Sebenarnya idea main layang2 timbul dari anak aku. Kalau area Keramat ni, manalah nak jumpa lagi org jual layang2. Dulu masa aku kecik2 adalah jual, sekeping 50 sen aje kat kedai2 runcit. Aku buatkan sendiri utk Amira, tapi dia tak puas hati, lagipun tak boleh terbang sgt. Then one of my friend suggest aku pergi ke Taman Metropolitan di Kepong. Mula2 aku ingatkan org2 yg expert2 aje main layang2 kat sana. Malas pun ada nak ke sana, sebab aku tak familiar sgt jalan area Kepong. Tapi actually dekat aje tempat tu. Kau ikut aje highway dari MRR2 terus ikut Batu Caves terus aje sampai highway Kepong. Lalu aje kat situ korang akan nampak bnyk layang2 di udara belah kiri korang.

Semua kat situ amatur aje…kebanyakannya budak2 main sambil mak bapak diaorg pun tumpang sekaki. Tempat tu ada satu padang yg luas utk korang main. But I guess sekarang ni bukan musim angin sgt, so layang2 taklah terbang tinggi sgt dan quite few times jatuh balik. Harga layang2 jual kat sana duduk kat tepi tasik kalau korang nak bertenet, tapi aku tak galakkan sebab kalau kena tangkap around RM3 utk yg kecik dan RM5 utk yg sederhana besar. Beli yg RM5 pun dah puas hati dan boleh terbang tinggi. Mcm2 colour & design pun boleh pilih. Aku notice ada gambar Doraemon, Ultraman, Batman, Spider-Man, pelangi dan mcm2 lagilah. Syok memang syok la, tapi penat gila sebab terkejar2 nak naikkan layang2 tu ! Sambil tu utk bapak2…bolehlah cuci2 mata sekali sebab aku notice ada few hot mums kat situ…he, he… (matilah kalau bini aku baca!). Utk budak2 yg kecik lagi dan tak reti main layang2, bolehlah bawak diaorg pegi kat taman permainan dia tak jauh dari situ. Utk couple2 pun adalah tempat jgn salahkan aku! Kalau korang takde buat apa dan budget pun takde nak pergi bercuti jauh2…aku suggest pergilah ke sini at least boleh menenangkan fikiran korang.

Tuesday, February 13, 2007

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat bapa saudara En Maddox yg ke Rahmatullah pada hari ni, 13hb February 2007. Utk pengetahuan korang En Maddox kita akan bercuti quite some time jugak sebab dia terpaksa ke Terengganu utk menguruskan jenazah dan lain2 hal i.e kenduri arwah. So kita takdelah tgk posting barunya hingga semuanya selesai.

Thursday, February 08, 2007

1st Anniversary...!

Posting aku yg pertama adalah pada 7 Feb 2006, so pada hari ni genaplah setahun blog aku. Mcm2 perasaan selama aku tulis blog ni. Pada mulanya aku cuma nak review filem aje, maklumlah, aku bukannya professional reviewer dan tak layak review kat mana2 magazine or website. Tapi lama kelamaan dah melalut dan aku selitkan ntah hapa2 punya entri. My point is this blog is not to be taken seriously and it’s very personal for me. Ada masanya rasa macam nak resign drp blog ni, tapi ada rasanya rasa rajin pulak posting. Ada masanya mcm dah betul2 takde idea nak tulis apa2 ! Since ofis aku pun dah takde internet connection, entri aku taklah se’frequent’ mcm dulu. Tapi aku still survive, samalah mcm aku survive dlm hidup aku sendiri. To all yg baca my blog ni aku ucapkan… Cheers to all of u…! Thanks…!