Showing posts with label Upcoming. Show all posts
Showing posts with label Upcoming. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Upcoming Movie : Independence Day 2 ...???

Belum di sahkan, tetapi memang masing2 berminat utk keluarkan filem ni daripada pengeluar filem ni Fox, hinggalah kepada directornya, Ronald Emmerich. Tetapi buat masa ni, Ronald sangat sibuk dgn beberapa projek besarnya antaranya ialah upcoming, “2012”.
According to Ronald, memang lah dia berminat dan mempunyai idea tentang sequel tersebut, tetapi idea mereka masih di pertimbangkan oleh Fox terutama mengenai casting utamanya iaitu Will Smith. Syarat2 yg dikenakan oleh Will Smith, mungkin menjadi punca projek ni masih di jalan buntu. However, Ronald menekankan bahawa jika tiada Will Smith, sequel ni tak mungkin keluar memandangkan Will adalah tunjang utama pada filem yg pertama.

Filem ni pada aku walaupun ‘cheesy’ tp mmg menghiburkan. Mula2 aku tgk filem ni di wayang, mmg gerund dgn space shipnya yg besar gedabak. Yg bestnya, alien2 dlm filem ni hanya dipaparkan sekali je sepanjang filem ni, itu pun seekor aje. Filem ni lebih bertumpu pada tindakbalas dan perasaan manusia terhadap serangan makhluk asing sambil diselitkan unsur2 patriotisme. Takde leak any plot utk filem yg kedua ni tapi bila difikirkan masih relevan utk sequel kerana makhluk asing boleh strikes back bila mereka nak dan mencari Will Smith balik…hehe. Anyway, kita tunggu ajelah jika sequel ni menjadi kenyataan.

Monday, July 13, 2009

Iron Man 2 Villain - Whiplash (Not to be confused with Metallica's song)

Previously aku update korang tentang remake siri TV, skrg aku update kana pa yg berlaku untuk sequel Iron Man. Utk bahagian kedua ni, penjahatnya adalah Whiplash, salah sorang villain dlm Marvel Comic Universe dan pernah muncul dlm beberapa comic termasuklah Iron Man.


Pelakon yg memegang watak ni ialah Mickey Rourke, antara pelakon yg aku baru discover kehebatannya selepas menonton Sin Ciy. Antara filem terbarunya ialah The Wrestker dan Killshot pada thn yg sama 2008 lepas. Ini adalah sneak peek salah satu adegan Iron Man 2. Tapi ia adalah rough version, dan jika di edit dgn teknik CGI sure akan nampak lebih menarik. Notice ada lampu pada badannya yg menyerupai Iron Man dan ber’background’ kan race track Nascar…??? Well, kita tunggu filem ni yg akan menemui penonton May 2010 !

Friday, July 03, 2009

The A Team Cast - Blog Bersawang Kembali !

Berikut adalah pelakon2 yg dah confirm utk memegang watak dlm upcoming filem The A Team arahan mungkin menemui penonton on June 2010. Filem akan datang ni akan diarahkan oleh Joe Carnahan, pengarah filem independant yg terkenal dgn filem lepasnya Blood, Guts, Bullets and Octane, Narc dan Smokin' Aces. Filem ni di'produce' oleh Ridley dan Tony Scott.

* Confirmed *
Liam Neeson as John "Hannibal" Smith
Baru je announce. Hmm...bukan ke mendiang George Peppard yg memegang watak siri TV dulu lebih nampak muka nakal dan 'cool'. Aku tak nampak semua ciri2 ni dlm Liam Neeson. Somemore dia ni from U.K, bukan ke nanti pelat2 dan slang2 dia mencacatkan mood A Team ni...?


Bradley Cooper as Templeton "Face" Peck
Sebelum ni Dirk Benedict memegang watak ala2 romeo dan pandai menyamar ni. Aku rasa Bradley Cooper suits watak ni just fine. Dia ada charisma menggoda dan smart.


* Rumours *
Casting2 di bawah masih dlm consideration dan masih belum2 confirm lagi.
Woody Harrelson as Murdock (previously Dwight Schultz)
* an OK choice although aku rasa Woody dah agak tua skrg.


Ice Cube atau 50 Cents as B.A. Baracus (previously Mr T)


This is one of my fave TV series ever, and u just don't blow it Joe Carnahan !


Monday, May 04, 2009

Akan Menghantui Pawagam atau DVD2 cetak rompak !

Drag Me to Hell merupakan sebuah title yg sangat menarik utk horror filem. Tambahan pulak bila dpt tau yg mengarahnya adalah Sam Raimi yg terkenal dgn filem horror Evil Dead atau filem superhero Spider-Man. Utk pengetahuan korang dah 15 tahun Raimi tak mengarah apa2 filem horror ! Mengisahkan tentang Christine, yg telah disumpah oleh one of her client, semata2 kerana dia enggan melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan clientnya. Pelakon2 yg terlibat adalah Alison Lohman (Big Fish, Matchstick Men) as Christine, Justin Long as teman lelaki Christine dan Lorna Raver sebagai client hantu yg menyumpah Christine. Ellen Page (Hard Candy & X-Men : The Last Stand, Juno) pada mulanya disebut sebagai pendukung watak utama Christine tp ditolak kerana beberapa perbezaan pendapat. Tarikh release 29 Mei 2009.

Official Website : http://www.dragmetohell.net/


Final Destination : Death Trip 3D adalah sequel ke empat dlm Final Destination franchise. Filem ni diarahkan oleh David R Ellis yg pernah mengarah utk aequel kedua yg lepas. Ini merupakan sequel yg pertama diedarkan oleh Warner Bros. dan merupakan yg pertama menggunakan teknik 3D utk lebih kepuasan dalam adegan2 kematian dlm filem ni. Budgetnya juga besar around 43 juta semata2 kerana menggunakan teknik 3D nya. Idea utk memasukkan elemen 3D adalah sewaktu sequel ketiga filem ni tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab budget. Sinopsis filem ni sama je dgn yg lepas2 cuma permulaan filem ni bertumpu pada acara lumba kereta yg mengakibatkan beberapa kereta yg kemalangan. Nick hero utama filem ni (lakonan Bobby Campo), mempunyai ilusinasi terhadap kematian tersebut dan mcm biasa dia dgn kawannya try to cheat death. Anyway, filem ni akan menemui penonton pada 28 August 2009.


Yg buat aku tertarik about The Box ni adalah the casting of Cameron Diaz. Walaupun, not one of my fave actress, tapi jarang2 kita tgk dia berlakon dlm filem horror / thriller. The Box mengisahkan sepasang suami isteri yg bermasalah menerima sebungkah kotak daripada seorang lelaki yg tak dikenali. Jika menekan butang pada kotak itu, mereka akan menerima sejumlah wang yg besar. Tetapi mereka tak tau yg apabila menekan butang itu juga, satu nyawa akan mati. Di samping Cameron Diaz, James Marsden (Cyclops dlm X-Men) juga berlakon sebagai suami Norma (Cameron Diaz). Filem horror ni berdasarkan sebuah cereka pendek bertajuk “Button Button”. Filem yg diarahkan oleh Richard Kelly ni akan menemui penonton pada 30 October 2009.

Official Site : http://www.theboxthemovie.com/


The Wolfman ada remake drp filem tahun 1941 dgn title yg sama. Remake ni diarahkan oleh pengarah Joe Johnston (Hidalgo, Jumanji, Jurassic Park III etc) dan dibintangi oleh actor yg tak asing lagi Benicio Del Toro.

Masih mengekalkan plot yg sama tentang Talbot yg menjejaki pebunuh abangnya dan tak mengetahui bahawa pembunuh tersebut adalah werewolf, yg telah menyebabkan kematian penduduk2 di kampung. Nasib Talbot berubah sama sekali apabila dia telah terkena sumpahan werewolf. Selain tu pelakon jelita Emily Blunt juga akan membintangi filem ni sebagai love interest of Talbot. Filem ni akan menemui penonton pada 6 November 2009.


Sunday, October 19, 2008

Avengers Assemble...!!!

Pada ending filem Iron-Man dan Incredible Hulk ada teaser utk formation of Avengers. Pada sapa2 yg kurang tau pasal komik ni, aku akan ceritakan apa itu Avengers. Avengers adalah sebuah komik yg mula dikeluarkan pada thn 1963 oleh Marvel. Stan Lee (writer/editor) Marvel yg dah memperkenalkan berpuluh2 hero, juga bertanggungjawab menghasilkan Avengers ni. Ahli2 Avengers semuanya adalah dari formation hero2 yg mempunyai komiknya sendiri. Ahli2 Avengers adalah Captain America, Iron-Man, Hulks, Thor, Ant-Man. Wasp, Black Panther dan bermacam2 lagilah sampai aku pun tak ikut sgt, tapi cukuplah nama2 yg aku sebutkan di atas kerana itu ajelah yg glamer. Unlike X-Men, ahli2nya semua started as a team, while seperti yg aku katakan tadi, ahli2 Avengers semuanya dari komik single mereka. Pasal tu mereka tak ada costume yg seragam mcm X-Men. Kalau tgk gambar mereka bila berkumpulan, mak aih... berwarna warni dan meriah betul, tak caya cuba tgk gambar bawah ni…

One hell of an angry big happy family...!

Now kita pergi perihal progress movie mereka. Dalam Iron-Man (kepada sesiapa yg sanggup tunggu hingga habis kredit) ada teaser, Nick Fury berjumpa dgn Tony Stark mengenai penubuhan Avengers. Nick Fury ni actually bukanlah superhero tapi dia ni lebih kurang seorg spy yg ada teamnya sendiri iaitu S.H.I.E.L.D. Team ni ada kena mengena dgn beberapa character dlm Marvel Universe dan salah satunya ialah Avengers. Dgn kemunculan Fury (lakonan Samuel L Jackson) ni dlm filem Iron Man, kita telah di’hint’ kan utk upcoming Avengers movie. Lepas tu dlm filem Incredible Hulks, Tony Stark pula muncul seblm closing credit filem ni. Beliau telah bertemu General Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross di sebuah bar dan also mention about formation of Avengers.

Nah, skrg dah dua filem ada menunjukkan teaser tentang Avengers ni. Aku dgr pada 2010 akan muncul filem Thor dan pada 2011 Captain America. Finally menyusullah filem Avengers pada tahun 2011 juga. Aku juga excited nak menunggu filem2 ni especially Thor. Hero Nordic yg berbadan besar gila dgn tukul besi keramatnya tu aku rasa susah nak di’potray’ dlm filem. Aku selalu terbayang kalau Thor ni wujud dlm filem, ianya akan dilakonkan oleh Brad Pitt dan ada gak ura2 nak ambik dia sbg hero Avengers ni. Tgk wataknya dlm filem Troy mmg tersangat2 mengingatkan aku pada Thor.


So kita tunggu ajelah dulu kemunculan Thor dan Captain America dan seterusnya Avengers. Dan jgn lupa pada setiap closing creditnya pasti ada teaser utk Avengers !

Sunday, September 21, 2008

Lagu Tema Quantum of Solace

Bagi peminat2 filem2 James Bond, tentu tertunggu2 kemunculan Quantum of Solace yg akan memasuki pawagam 14 November ni. Sebelum tu korang boleh dgr/download lagu tema utk filem Bond akan dtg ni nyanyian Alicia Keys featuring Jack Black (from The White Stripes). Sebelum ni desas desus mengatakan lagu tema akan dinyanyikan oleh Amy Winehouse. Anyway, lagu tema ni mmg ala2 The White Stripes influence… I mean groovy, bluesy rock and roll….! Enjoy…!
Another Way To Die MP3

Wednesday, September 10, 2008

Upcoming Horror : Saw V

Saw IV merupakan filem yg paling complicated dan berbelit antara semua part2 yg sebelumnya. Seperti biasa, franchise Saw akan menemui penonton pada bulan October, dan utk Part ke 5 ni adalah pada 24 October 2008, menjelang Halloween. Hoffman, detective yg membuat kejutan pada episod ke 4 akan meneruskan legasi dan gaya pembunuhan Jigsaw. So permainan Hoffman bermula dlm episod ke lima ni. Tak mau ulas panjang mengenai filem yg akan datang ni, tp cuma nak paparkan dua poster yg aku rasa kurang creative berbanding artwork2 sebelumnya.

Tuesday, September 02, 2008

What to Expect after The Dark Knight ?

Belum pun reda demam The Dark Knight, dah tersebar khabar angin (atau mungkin betul ?) yg filem Batman yg ketiga (dlm franchise Christopher Nolan) akan menampilkan 3 villain; Penguin, The Riddler dan Catwoman. Ish…ish… pada pendapat aku, malah ramai lagi peminat2 filem superhero, tak perlulah terlalu rushing utk memasukkan bnyk sgt watak villain dlm satu filem. Kita pernah tgk apa yg terjadi pada Spider-Man 3 yg terlalu sarat dgn sub plot villainnya; Venom, Sandman dan Goblin. Skrg mungkin ke ini terjadi dgn Batman ? Cuma Christopher Nolan yg tau. Walaubagaimanapun nama Nolan taklah terikat utk sekuel seterusnya tp Gary Oldman confident yg Nolan akan kembali. Christian Bale pula setuju utk kembali utk sekuel seterusnya jika masih di arah oleh Nolan. Tentunya Nolan tgh tension nak cari casting utk villain seterusnya setelah outstanding performance oleh Heath Ledger sbg Joker. So ini dia nama2 aktor/actress yg disebut2 memegang watak ketiga2 villain yg aku sebutkan tadi :

The Riddler
Johnny Depp – Dia ni pelakon versatile dan sesiapa peminat filem pun tentu setuju yg dia boleh melakonkan watak ini dgn jayanya. Filem2 previousnya pun bnyk watak2 yg comical seperti Sweeney Todd, Pirates of the Carribbean atau Edward Scissorhand. Dia boleh menjadi wacky utk membawa watak Riddler seperti watak Jack Sparrownya. Gary Oldman pernah bgtau yg The Riddler is most likely akan muncul utk sekuel The Dark Knight berbanding 2 lagi villain yg aku listkan seterusnya ni.

Penguin
Aku pernah mention pada previous post aku yg nama Philips Seymour Hoffman disebut2 utk memegang watak Penguin. Sampai sekarang namanya disebut2, sesuai mmglah sesuai tapi Nolan pernah bgtau yg Penguin ni adalah satu character yg complicated dan susah nak potrays in film. So, mungkin nama Philips Seymour ni takkan menjadi kenyataan.

Catwoman
Angelina Jolie. Sexy, cun dan menggoda. Siapa lagi kita nak carik utk watak Catwoman selain dr Jolie ? Well, aku pernah bayangkan Jessica Alba, tp aku rasa dia terlalu soft utk watak tu (actually aku sentiasa terbayang Jessica Alba dlm apa situation pun…! He he…). Tapi bila fakir balik…bukan ke sebelum transformation menjadi Catwoman, the girl suppose to be some kind of ‘nerd’…? Then mcm mana kita nak bayangkan Jolie melakonkan watak ‘nerd’…? Jika ia menjadi kenyataan, kita boleh bayangkan Jolie’s Catwoman seperti Jolie dlm Girl Interrupted. Selain tu, Kate Beckinsale juga menunjukkan minat utk melakonkan Catwoman. Beckinsale sebelum ni pun mmg dah terkenal dgn latex suit hitamnya yg ketat gila dlm filem Underworld.
So, kita tunggu aje lah berita lanjut pasal upcoming Batman yg takde title lagi ni… Aku akan sentiasa keep u all update on it.

Tuesday, July 22, 2008

More Remakes...!

Forget about Asian horror remake, now let’s talk about US horror remake. Selepas remake Halloween, Texas Chainsaw Massacre dan beberapa cult movie lagi, ada dua cult horror movie yg akan di remake utk tahun 2009 nanti. It is not a sequel, tapi ia juga tak mengikuti bulat2 acuan original series according to sources la. Berikut adalah brief details about these 2 movies :

Friday The 13th

Director :
Marcus Nispel (yg pernah mengarah 2003’s remake Texas Chainsaw Massacre).

Producer :
Michael Bay
Andrew Form
Brad Fuller

Writer :
Damian Shannon (Freddy Vs Jason)
Mark Swift (Freddy Vs Jason)

Kemunculan Jason kali terakhir adalah dlm filem crossover Freddy Vs Jason iaitu gabungan villain dlm filem Nightmare On Elm Street & Friday the 13th. Menurut sumber, filem ni akan mengambil elemen2 dari filem yg pertama, kedua dan ketiga di samping menerangkan beberapa perkara seperti bagaimana asal usul topeng hoki yg dipakai oleh Jason, di mana Jason berasal dan apa hubung kait Jaosn dgn Crystal Lake. Watak Jason akan dilakonkan oleh Derek Mears (The Hills Have Eyes 2 dan beberapa siri TV) yg mmg teringin utk membawa watak tersebut di zaman kanak2nya. Filem ni dijadualkan akan menemui penonton pada 13 February 2009 dan diterbitkan oleh New Line Cinema.




Hellraiser

Berbeza dgn Friday the 13th, remake Hellraiser nampak mcm masih tak stabil. Ianya bermula bila Dimension Studio dipertanggungjawabkan utk membangunkan remake utk filem Hellraiser. Barker dah confirm yg dia akan menulis utk filem ni yg penuh dgn horror dan drama. Manakala Julien Maury dan Alexandre Bustillo, director utk filem seram France “Inside” dikatakan akan mengarah filem ni. Filem ni akan akan menampilkan ‘Pinhead’ dan cerita yg baru. Malangnya, skrip Barker telah di’reject’ oleh Dimension Film dan telah digantikan oleh penulis filem “Feast” dan “Saw IV”. Pengarah asal pula telah tarik diri. Selepas tu takde perkembangan apa2 dan Barker sendiri telah menyepikan diri. Mcm mana pun kita tunggu 9 Januari 2009, entah jadi atau tak.

Sunday, June 22, 2008

Angry Ben !

Hari tu aku & member browse poster2 terbaru and suddenly came across poster utk Tropic Thunder. Kitaorg pakat gelak ramai2 bila tgk Ben Stiller dgn uniform askar dia ! Ya, hero muka poyo tu yg terkenal dgn filem There’s Something About Mary, Zoolander dan yg terbaru Heartbreak Kid tu. Dlm poster filem terbarunya, muka serius giler…! Mcm gampang… Seblm ni aku cannot imagine dia berlakon filem perang. Tapi bila baca synopsis, baru aku tau filem ni masih berkonsepkan komedi. Sebenarnya Ben & his group of friends cuma pelakon filem perang, tp entah mcm mana suddenly lakonan mereka ni jadi perang betul2. Menarik gak bunyinya tu ! Filem ni akan release tak lama lagi around August 2008 dan diarahkan oleh Ben Stiller sendiri.

Saturday, May 10, 2008

Scarlett O Hara in Flesh

Hari tu baru lepas cerita pasal Rachel Nichols yg seksi tu & aku ada mention yg dia akan appear dlm filem akan datang iaitu G.I. Joe. So ini lah gambar dia yg memegang watak Scarlett...

For your info, filem ni diarahkan oleh Stephen Sommers yg popular dgn filem 'Mummy' nya dan akan menemui penonton August ni.

Saturday, April 26, 2008

Bad Karma of Quantum of Solace

Sebuah lg upcoming movie yg aku tunggu2. Baru2 ni dgr citer shooting filem ni dilanda bermacam2 bencana. Antaranya ; seorg pekerja di sykt kereta Aston Martin yg mengalami kemalangan kereta sewaktu menghantar kereta terbaru ni utk set filem Quantum of Solace. Kereta ni hancur terbabas dan masuk kedlm tasik.
Tragedi seterusnya melanda pada stuntmen2 utk filem ni. Sorang tu badly injured sewaktu adegan kejar mengejar dgn kereta (which is a typical scene for a Bond movie). Dan yg paling baru adalah adegan kejar mengejar antara lorry dan kereta. Sorang stuntman dlm keadaan kritikal di hospital Verona.
2 hari lepas filem ni terpaksa dihentikan shooting utk memberi laluan polis2 utk menyiasat kes kereta accident ni. Mungkin kah bad karma melanda filem terbaru Bond ? Cuma harap takdelah terjadi incident membabitkan hero filem ni iaitu Daniel Craig, sepertimana terjadi kat Brandon Lee dlm The Crow.
Guys...filem ni pulak menemui penonton 7hb November tahun ni...!!!

Dark Knight Countdown

Poster terbaru utk filem The Dark Knight yg aku rasa tersangat lah coolnya. Sebelum ni Batman Begins dan even some of The Dark Knight poster, semuanya gelap2 belaka dan at least kali ni kita nampaklah sikit badan Batman yg tough tu...

So kita sama2lah tunggu kemunculan filem ni 18 Julai nanti...!!!

Wednesday, November 21, 2007

Upcoming Movie : Diary of the Dead

Selepas Land of the Dead, nampaknya George A Romero tak serik2 lagi mengeluarkan zombi2 nya ke layar perak lagi. Filem zombi yg akan dtg ni dan yy ke 5 dlm franchise zombi adalah Diary of the Dead. Filem ni akan dikeluarkan oleh company Romero sendiri iaitu Romero-Grunwald Production. Terdahulu, Land of the Dead dikeluarkan oleh sykt Universal Studio. So kita nampak filem ni lebih independent make berbanding sebelumnya.

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan art student yg nak buat projek independent horror movie di sebuah tempat dan mendapati yg mereka telah terperangkap oleh sekumpulan zombi di kawasan itu. Budak2 tu akhirnya decide yg mereka nak buat sebuah dokumentari mengenai pengalaman mereka dgn zombi2 berkenaan.

Walaupun filem ni belum release, spekulasi mengatakan yg Diary of the Dead 2 akan menyusul yg menceritakan tentang student2 yg survive pada part yg pertama. Walaubagaimanapun, Romero menafikan yg mmg takde apa2 plan utk sequel lagi. Filem Diary of the Dead ni semestinya ‘a must’ utk peminat2 filem2 zombi. Akan menemui penonton pada February 2008 nanti.

George A Romero

Friday, May 18, 2007

Upcoming Movies : Anak Halal


Tayangan Unggul Sdn Bhd sedang mencari sesiapa yg berbakat utk merekacipta poster untuk filem terbaru mereka iaitu Anak Halal, Filem arahan Osman Ali ni akan ditayangkan tak lama lagi di pawagam. Ia dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Adi Putera and Rosyam Noor. Semua bintang2 yg sedang meningkat naik dan ternama. But one things for sure, utk guys...nama Fasha Sandha dan Maya Karin dah cukup utk membuatkan korang tgk filem ni !

Pemenang akan menerima :
1) Wang tunai sumbangan dari pihak TUSB.
2) Surat penghargaan dari pihak TUSB.
3) Hamper dan 2 jemputan esklusif ke MALAM GALA ‘ANAK HALAL’.
Jealous sungguh aku !

Untuk syarat2 pertandingan, korang bolehlah refer pada blog filem ni. So sapa2 yg ada hidden talents dan nak meng’expose’kan talent korang, sudi2 kanlah join peraduan ni. Cepat…sebelum penyertaan ditutup !

Monday, May 14, 2007

Upcoming Movie : Escape From New York

John Carpenter dan Kurt Russell dah beberapa kali juga berkerja bersama dlm satu filem pada masa yg lepas. Filem2 blockbuster mereka adalah The Thing, Big Trouble in Little China dan Escape from New York. Mungkin yg paling menyerlah lakonan Kurt Russell adalah dlm Escape from New York dimana dia memegang watak sebagai Snake Plissken. Guess what, filem sci-fic ni akan diremake kembali dan dgr khabar mereka sedang berunding utk mengambil Gerard Butler, yg popular baru2 ni dgn filemnya 300.

Remake ni bukanlah totally mcm filem yg lepas, tapi more into Snake’s origin dan latar belakangnya yg misteri. Really aku rasa the ‘origin’ things dah mula membosankan aku. Kebelakangan ni filem2 yg deals with origin cthnya Hannibal Rising atau Texas Chainsaw Massacre semuanya membosankan and not that successful ! Kurt Russell sendiri tak begitu gembira bila mendengar watak Snake ni di’recasting’kan dan totally tak sutuju utk appear sebagai cameo dlm filem remake ni ! So what makes this remake so special..? Entahlah….kita tunggu ajelah.

This upcoming film akan ditulis oleh Ken Nolan yg juga menulis utk Black Hawk Down. Producernya will be Neil Moritz yg terkenal dgn filem2 tembak meletupnya seperti xXx, Stealth dan The Fast and the Furious. Director utk filem ni masih belum ditentukan.

Friday, February 23, 2007

Upcoming Movies : More Horror on the Way !

Hostel II

After the success of Hostel, sequelnya akan menyusul on April 2007. Difahamkan dlm filem ni, selain Slovak, ada lagi activiti2 penyembelihan keji pelancong ni dijalankan di seluruh dunia ! Filem ni juga starts immediately after filem yg pertama iaitu hero berada dlm train. Jay Hernandez masih actor utk filem ni, tapi ianya lebih concentrate pada 3 org lagi kawan perempuannya (yg sememangnya mesti hot !, including Bijou Phillips yg pernah aku buat entri pasal dia!). Masih mendapat sentuhan Eli Roth who seems to be enjoying doing this kind of film! According to him, filem ni akan lebih ‘dark’ berbanding sebelumnya.


Halloween

Sekarang dah jadi trend, filem2 horror mesti buat prequel dan yg terbaru ialah filem Halloween. Filem sentuhan Rob Zombie (of The Devil’s Reject dan House of 1000 Corpses) berkisar sekitar tahun 1978 fokus kepada zaman kanak2 Michael Myers. According to directornya Rob, filem sentuhannya ni takkan di’influence’ oleh mana2 filem Halloween yg sebelum ni. Tapi topeng Mike Myers dan theme song yg ‘cult’ tu masih remain. Tajuk filem ni tak berapa sure sgt, tapi pernah ada plan nak namakan filem ni Halloween : Retribution, tapi tak jadi. Sapa2 peminat Jamie Lee Curtis…harap maaf dia takkan lakon dlm prequel ni ! Filem ni akan menemui penonton August 2007


Resident Evil : Extinction

The third installment of this horror sci fic flick ni akan menemuai penonton around September 2007. Kali ni mengisahkan seorg exec di Umbrella Corp. yg berusaha utk tracking down Alice ni. Ali Larter yg muncul dlm Resident Evil : Apocalypse juga akan muncul dlm episod ketiga ni. Alice kali ni muncul dgn lebih kuat dan improved, kira mcm superhero la. Most of this film berlokasi di Nevada Desert, Australia. Although sic fic horror bukan my cup of tea, tapi one reason utk aku tgk filem ni….Milla Jovovich…!


28 Weeks Later

Sayang filem ni takkan menampilkan Cillian Murphy seperti filem 28 Days Later. Director 28 Days Later juga takkan mengarah filem ni lagi sebaliknya akan bertindak sbg producer aje bersama2 dgn Andrew Macdonald. Pengarah baru nya ialah Juan Carlos Fresnadillo, a Spanish director. Utk pengetahuan korang, filem terbitan Fox Searchlight ni adalah sequel kepada 28 Days Later, bersambung 6 bulan lepas virus yg menyerang Britain berjaya dipatahkan oleh askar2 British. But guess what… virus tu tak hilang lagi dan it’s more dangerous than ever ! Menemui anda pada May 2007 !


The Hills Have Eyes 2

Filem ni akan menemui penonton next month. Filem remakenya yg pertama not bad la pada pendapat aku, tapi director remake yg pertama, Alexandre Aja menolak tawaran utk membuat remake kedua ni. Sbg ganti pengarah baru Martin Weisz akan mengarah filem ni. Kali ni mengisahkan sekumpulan kadet yg berhenti di kawasan padang pasir utk menghantar peralatan2 utk askar2 saintis dan mendapati semua askar2 saintis tu hilang. Dan sbg replacementnya, yg ada cuma org2 yg kena mutation nuclear mcm sequel yg pertama dulu.


1408


Filem ni adalah berdasarkan cerita pendek drp Stephen King. Mengisahkan penulis novel yg menetap di hotel berhantu, Dolphin Hotel Suite 1408 utk menyiapkan project terbarunya “Ten Nights in Haunted Hotel Rooms”. Macam filem2 Stephen King yg lain, pada mulanya Mike Enslin (penulis novel) tu tak percaya kewujudan hantu. Penulis skrip filem ni adalah Matt Greenberg, yg pernah menulis utk filem Halloween H2O. Pengarahnya adalah seorang pengarah Sweden Mikael Hafstrom. Beliau sebelum ni ada mengarah filem lakonan Clive Owen dan Jennifer Aniston Derailed. Filem ni dijadualkan menemui penonton on July 2007.


Dead Silence


Jamie Ashen telah dituduh bertanggungjawab terhadap kematian isterinya, walaupun realitinya dia tak bersalah. Ashen berhempas pulas mencari penyelesaian terhadap kematian isterinya dgn berjumpa dgn Mary Shaw, seorg pengukir patung yg Ashen syak bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Filem ni originally titled Silence. Walaupun filem ni adalah mengenai patung, is bukanlah filem killer-doll-type filem spt Chucky. Skripnya ditulis oleh James Wan dan Leigh Whannell yg juga menulis utk filem Saw. Menemui penonton pertengahan bulan depan.


Tuesday, February 20, 2007

7hb April 2007



Cuma nak remindkan korang, 7hb April 2007. Walaupun takkan release kat Malaysia, nantikan aje kemunculan GrindHouse... it gonna rocks...!!!