Showing posts with label Various. Show all posts
Showing posts with label Various. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Aku, Movie dan Muzik


Aku masih tak dpt clearkan kepala otak aku yg berserabut ni berikutan bonus ofis aku yg seciput pada akhir bulan lepas. So most of the time dlm minggu lepas dan minggu ni korang akan nampak aku mcm blur jer. It’s time to take action, tak boleh fikirkan comfort zone aje, have to move on ! Mengenai blog, mmg dah bersawang giler ! Aku ni pulak mmg cepat boring, dgn adanya Facebook, most of my internet time is there. Blog ditinggalkan. Tp I have to admit yg blog lebih personal to me. So this time aku nak cuba ubah concept dgn menulis apa yg terlintas aje. Sebelum ni kehabisan idea dan tertekan utk me’review’ filem2. Bukanlah nak kata kali ni takde review filem, tapi aku campurkan kembali mengenai personal life aku dan movies/music secara brief.

Hari raya tahun ni yg paling suram bg aku, kerana as I say, this bonus things. Lagipun kita semua dah adult la, really Raya is for kids ! I prefer Ramadhan yg penuh dgn kesederhanaan dan keinsafan. Ha, last week ada sorang tetamu yg dtg beraya rumah. Member la…we always welcome sapa2 yg dtg ke rumah. Tapi kalau dah sampai dekat pukul 12.00 tak balik2 kitaorg lemas jugak. Rupa2nya the reason dia tak balik coz jam dinding kat rumah kitaorg dah mati jam pukul 8.00 mlm ! All these while dia syok tgk TV rumah kitaorg dan assume baru pukul 8.00. Ini leka punya psl, citer TV pun best ! Masing2 still in the raya mood, so this weekend pun masih bnyk open hse. Aku pergi yg mana boleh aje, tak semua.

Last great movie I saw was District 9. Rata diaorg kata filem ni best, and yes, it is quite good in my opinion. Menggunakan pendekatan dokumentari, psl tu filem ni ada sikit special. Filem yg sama pendekatannya dgn District 9 adalah Cloverfield. However, Cloverfield tentang monster dan District tentang alien. Walaupun alien designnya nampak bodoh dan hodoh, tapi visually mmg real. Effectnya mmg cantik dan real. Kekuatan filem ni juga adalah pada pelakon utamanya. Memegang watak sebagai Wikus, ketua yg ditugaskan utk memindahkan alien2 yg dah mendarat di bumi ke satu kawasan/district yg lain. Wikus telah terkena badi alien dan perlahan2 dia bertukar menjadi alien bermula dgn tangannya. Emosi yg dipersembahkan oleh actor Sharlto Copley yg memegang watak Wikus, mmg membuatkan kita sendiri cemas dan simpati terhadap apa yg berlaku pada dirinya. Dgn pertolongan sorang lagi alien, Christopher, mereka mencari penawar utk jangkitan tersebut, sambil mereka juga menerima ancaman dr manusia yg ingin menangkap beliau. Alien2 yg digambarkan kat cerita ni bukanlah ganas dan jahat walaupun muka mereka hodoh. Rumusannya, perangainya sama mcm manusia aje. Ada yg jahat dan ada yg baik. Overall aku bagi filem ni *** ½ bintang.

Music – Blast from the Past
Minggu ni adalah musim aku carik lagu2 retro dance music…yeah… Bermula dgn mendownload lagu Dr Alban dgn No Coke nya ! Selain tu kumpulan Snap, masih ingat tak kumpulan ni dgn laungan “I Got the Power !” nya…? After this aku nak download C&C Music factory plak. Pelik2 je la selera muzik aku yg berubah2 ni ! Oh ya, hari tu Suara Kekasih lakonan Azmil & Ogy disiarkan di TV. Lagu retro jiwang Ogy dlm filem tu pun berhantu beb ! Mcm Bila Bunga2 Berguguran, Kisah Cinta dan Rela Menanti. Melilau carik dlm web utk lagu ni.

Tak tau lah blog ni akan di update weekly or monthly or langsung lepas ni berkubur lagik, anyway sapa2 yg masih mengikuti...terima kasih !

Monday, November 03, 2008

Wish Me Luck...!

Esok aku akan ambik MC dan akan menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat insurans takaful di K.L.

Wish me luck...!

Wednesday, December 12, 2007

Annual Dinner Menjelang Kembali

Sabtu mlm ni (15hb Dec) adalah malam annual dinner utk insurance company aku. Seperti thn2 yg lepas, ianya masih dibuat di hotel area PJ / Subang Holiday Villa. Reasonnya mungkin sbb head office kami pun di PJ. Tapi sekali sekala aku teringin gak ia dibuat di KL. Maklumlah aku pun dok kat KL. Lgpun aku feel that kalau dibuat di KL lebih grand & happening. Anyway, terima ajelah, lagipun makan free.

Tema utk annual dinner thn ni ialah Bollywood / Hollywood Night. Bosan… aku mmg benci tema2 ni. Inilah masanya utk staff2 yg gila glamer perasan nak menjadi artis mlm tu. Kalau muka yg lawa tu takpe la… ini ada yg seksa mata kita melihatnya ! Itu yg tak tahan tu.

Kalau tema Bollywood, pakaian utk lelaki tentu baju ‘kurta’ yg selalu hero2 dlm filem hindustan pakai time menari tu. Atau kalau korang ada tgk Sehati Berdansa minggu lepas mesti perasan baju2 oleh peserta2 lelaki. Cthnya :

Kalau korang pilih tema Hollywood…ha….ini mcm2 korang boleh pakai atau sewa baju. Ianya depend jugak pada ketebalan muka korang. Paling aku suka utk pakai pada mlm tu ialah as a …jeng jeng jeng….



Captain Jack Sparrow !!

Ataupun,



Utk costume Darth Vader ni, aku rasa dlm sejam aje aku dlm costume tu, aku dah pengsan pitam dah. Unless kat dlm tu ada systematic breathing system, so takdelah aku tercungap2 mcm real Darth Vader dlm filem tu !

Lepas dinner esoknya aku tgk wayang Anak Halal. Tak taulah jadi ke tak….hopefully jadilah dan tunggulah review nya.

Thursday, May 03, 2007

I'm Bored...!

Kalau nak ikutkan, aku pun mcm Maddox jugak. Nak tutup blog. Takde masa dan takde idea. Tapi drp aku tutup blog, baik aku biarkan aje blog ni tersadai…at least bolehlah tgk posting2 lama sbg kenangan. Lagipun blogging bukannya ada deadline, so aku akan posting bila aku rasa nak post aje. Selasa lepas (Wesak Day & Hari Pekerja) aku buat makan2 kecil2an utk birthday anak aku Alisha. Takde apa2 yg fancy dan aku jemput a few of my friends aje. Actually birthday Lisha pada awal April yg lepas tapi aku tangguhkan sbb tak cukup budget. Utk Lisha aku hadiahkan sebuah buaian sebab dia mmg pantang nampak buaian kat playground. So dah beli satu ni tak lekanglah bontot dia kat buaian tu, sampai boring kitaorg nak menjaganya. So semalam (Rabu) adalah hari lepak2 kat rumah aje sebab penat. Sempat jugak tgk dua title DVD iaitu Hannibal Rising (so-so aje) dan The Pursuit of Happiness (sedih filem ni siot…!). Tgklah bila aku senang aku review lah dua filem ni.

Happy 2nd Birthday sayangku...!

Tapi yg penting aku nak review Spider-Man 3…! Belum tgk lagi tapi aku cuti Isnin 7hb ni semata2 nak tgk filem ni !! So…tunggu…!!!

Coming soon !

Monday, April 23, 2007

Saham...oh, Saham...!

Saham oh saham…. Apa dah jadi…? AB Funds la….SwissCash la…mcm2 ada. Ever since fenomena (boleh ke aku panggil ‘fenomena’…?) diperkenalkan, punyalah ramai org approach aku suruh masuk. Ada yg suruh masuk paling minima RM76 dan ada yg suruh masuk paling maksima RM300 lebih. Dlm 100 hari korang akan dpt duit berganda2 dari pelaburan asal kau tu! Department aku yg ada 30 org tu, hampir 80% semuanya masuk.
Kenapa aku tak masuk…? Dlm hal ni aku kena tetapkan pendirian aku. Ada yg sampai dah bab merayu suruh aku masuk ! Sorry beb, no thanks. Semua saham2 ni actually sama aje dgn skim2 g dulu. Kalau tgk sekitar era 90an dulu, bnyk skim2 diperkenalkan, cth paling ketara Skim Pak Man Telo. Cuma sekarang ni diaorg guna nama yg lebih canggih la…nama Mat Saleh sikit, baru nampak class. Aku pernah kena dulu, desperate sgt takde duit nak kahwin, aku pun masuk la. Beratus2 jugak habis, hari2 call head aku (head tukang karut), tanya bila dpt duit balik. Hasilnya… hampeh…! Kali ni tukang2 karut ni buat lain macam sikit, siap bukak website dan ada password lagi. So korang boleh tgk duit korang masuk pakai password ni. Masalahnya, senang sgt korang nak percaya password tu. Mmg sahih ke duit yg korang tgk dlm internet tu duit korang ? Duit tu cuma duit dlm alam cyber aje. Tgk aje kat PC, nak keluar jgn harap. Kalau betul pun korang boleh keluarkan, cuma amount modal yg korang invest aje. Tak wujud cth masuk RM300 dapat sampai RM10,000. Itu semua bullshit !
Sekarang dah heboh satu M’sia, kerajaan dah haramkan kegiatan ni dan keluar fatwa benda ni haram. I don’t want to sentuh bab fatwa ni dan aku ada pulak receive email kata fatwa haram tentang pelaburan internet ni tipu pulak ! Tapi aku dah learn a lesson waktu aku terkena pada thn 1998 dulu… moral yg aku dapat ‘takkan ada org yg senang2 nak bagi kita duit’ ataupun ‘takde usaha, takde duit !’ …senang aje. Dan kalau korang pegang pada prinsip ni, korang takkan senang2 tertipu. Kesian kat member2 ofis aku. Yg invest tak sampai RM100 takpe la…kira sedekah. Tapi ada yg sampai beribu2 ringgit. Hari ni aje punya ramai yg ambik MC dan aku dgr sebab dah melabur bnyk sgt dlm pelaburan internet ni, ini kes pening kepala la ni. Sabar ajelah ! Dlm hal ni, aku bangga kat diri sendiri….bangga sebab tak terpengaruh !