Friday, November 26, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)



Cast :

Awie as Hussin

Johan Raja Lawak as Abi Hurairah

Ummi Nazeera as Che Nin

Shy8 as Usop

Avaa Vanjaa as Ayu

Delimawati as Kak Limah

Director :

Mamat Khalid

Aku tersangatlah busy utk mem’blog’ lagi tapi aku gagahkan untuk mengulas jugak kerana tak sanggup mematikan blog yg aku publish since 2006 ni. Hari Selasa lepas aku sempat pergi menonton preview filem terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem ni dilihat sebagai sambungan filem Zombi Kampung Pisang kerana ada beberapa watak yg masih maintain seperti Hussin (Awie), Usop (Shy8), Pak Abu (Zami Ismail) dan beberapa lagi.

Masih mengekalkan genre komedi seram, tetapi aku rasa filem Kak Limah ni lebih suram suasananya, berbanding Zombi Kampung Pisang yg lebih meriah dgn zombie yg pelbagai. Tapi ianya masih melucukan sama seperti Zombi. Tontonlah filem ni dgn fikiran yg terbuka. Pasa mula dulu ketika Zombi Kampung Pisang ditayangkan, ramai yg tak faham apa yg cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dan melabel filem tersebut sebagai hantu lawak bodoh, tapi lama kelamaan persepsi sesetengah mereka mula berubah kerana disebaliknya ada diselitkan juga mesej dan kritikan sosial terhadap beberapa isu. Selain tu aku rasa, kanak2 juga mendapati filem ni menghiburkan. Filem sebegini memang intentionally ‘bodoh’ dan sesiapa yg menontonnya janganlah menganggap serius penyampaiannya. Jika nak tgk filem serius, berlambak2 lagi ada dipasaran utk ditonton. Samalah dgn filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni.

Instead me’review’ filem secara menyeluruh, aku decide utk bagi point form aje apa yg positif & negative tentang filem ni.

  • Fake trailer. Trailer filem zombi yg lain. Adakah fake trailer ini akan menemui penonton tak lama lagi…? They did mention a few director yg mengarah seperti Aziz M Osman & Ahmad Idham (if I’m not mistaken). Teringat aku pada filem GrindHouse : Planet Terror yg ada menampilkan beberapa fake trailer dan hasilnya salah satunya Machete akhirnya menemui penonton. Tak lupa juga dgn filem Papadom arahan Afdlin yg ada diselitkan trailer filem zombi. Jadi tak heranlah kalau ada lagi filem2 zombi tempatan yg akan menemui penonton.
  • Intro filem yg sangat old school seperti filem2 horror luar negara zaman 60 – 70an. Maksud aku title theme terus aje muncul secara terkejut takde apa2 intro.
  • Masih lawak seperti filem terdahulu. Watak Usop yg lumpuh kali ni seperti biasa memang menghiburkan dgn wheel chairnya, yg aku sendiri pun tak sure samada dia ni lumpuh atau tak sebenarnya. Aku tak fikir dgn adanya Johan Raja Lawak filem ni menjadi bertambah lucu. Ini kerana supporting cast yg lain sudah cukup utk memeriahkan filem ni. Aku terasa kehilangan AC Mizal yg ada muncul dlm Zombi Kg Pisang yg lawaknya lebih selamba. Mungkin jika diambil Zizan Raja Lawak sebagai ganti, ianya pilihan yang lebih tepat.
  • Scene2 yg menyeramkan. Seperti yg aku sebutkan tadi filem ni lebih suram dan seram berbanding Zombi. Ini mungkin kerana hantunya hanya Kak Limah, yg penduduk Kg Pisang tercari2. Ini berbeza dgn Zombi yg mencari dan menyerang penduduk Kg Pisang. So elemen misteri lebih menyerlah dlm filem ni. Adegan seperti Kak Limah di atas bumbung rumah walaupun nampak ada cacatnya tapi masih terasa seramnya. Babak Kak Limah dgn rambut panjangnya berdiri senget walaupun hanya sekilas je tapi terasa berdiri bulu roma.
  • Elemen twist no 1 : Seperti yg kita tau ini adalah komedi seram. Sudah tentulah ada penonton yg dah biasa dgn genre sebegini. Maksud aku status sebenar Kak Limah kekadang memang dah dijangka. Maklumlah jika betul2 Kak Limah adalah hantu, tentu filem ni dah jadi hantu seram dan bukan komedi seram.
  • Elemen twist no 2. Terikut2 dgn kejutan yg pernah disampaikan oleh Shyamalan dlm Sixth Sense. Filem ni juga tak ketinggalan menampilkan watak Che Nin lakonan Ummi Nazeera bekas tunang Husin yg penuh misteri. Namun partly aku rasa kejutan ni berjaya la jugak kerana aku tidak sehingga pertengahan filem ni barulah aku tau status watak Che Nin ni.
  • Tak faham apa motif kemunculan satu lagi watak iaitu Ayu lakonan Avaa Vanjaa. Adakah akan ada sambungan tentang beliau pula…? Hanya Mamat Khalid yg tau.
  • Seperti Zombi Kg Pisang, ada salah satu watak penduduk kampung yg bangga dgn bekerja gomen. Attandant hospital yg berdedikasi merangkap pemandu ambulans yg asyik2 membebel dgn keadaan kampung tapi riaknya masih ada.
  • Homage terhadap filem2 Indonesia seram dan alam kedukunan. Kemunculan watak Wak Joko lakonan Shoffi Jikan tak lah membuat kita ketawa terbahak2 tetapi tersenyum jugak especially sesiapa yg ada layan filem2 Indonesia sekitar 80an.
  • Oh ya….Awie’s rendition of Cinta Kristal yg pernah dinyanyikan oleh Rahim Maarof juga agak menarik.

Anak aku ketawa terbahak2 tgk filem ni sama seperti reaksinya pada filem Zombi Kg Pisang. Jom gamatkan panggung pada 9 Disember ni. Bawak budak ramai2, lagipun diaorg pun cuti sekolah kan

Tuesday, October 13, 2009

Upcoming Movie : Independence Day 2 ...???

Belum di sahkan, tetapi memang masing2 berminat utk keluarkan filem ni daripada pengeluar filem ni Fox, hinggalah kepada directornya, Ronald Emmerich. Tetapi buat masa ni, Ronald sangat sibuk dgn beberapa projek besarnya antaranya ialah upcoming, “2012”.
According to Ronald, memang lah dia berminat dan mempunyai idea tentang sequel tersebut, tetapi idea mereka masih di pertimbangkan oleh Fox terutama mengenai casting utamanya iaitu Will Smith. Syarat2 yg dikenakan oleh Will Smith, mungkin menjadi punca projek ni masih di jalan buntu. However, Ronald menekankan bahawa jika tiada Will Smith, sequel ni tak mungkin keluar memandangkan Will adalah tunjang utama pada filem yg pertama.

Filem ni pada aku walaupun ‘cheesy’ tp mmg menghiburkan. Mula2 aku tgk filem ni di wayang, mmg gerund dgn space shipnya yg besar gedabak. Yg bestnya, alien2 dlm filem ni hanya dipaparkan sekali je sepanjang filem ni, itu pun seekor aje. Filem ni lebih bertumpu pada tindakbalas dan perasaan manusia terhadap serangan makhluk asing sambil diselitkan unsur2 patriotisme. Takde leak any plot utk filem yg kedua ni tapi bila difikirkan masih relevan utk sequel kerana makhluk asing boleh strikes back bila mereka nak dan mencari Will Smith balik…hehe. Anyway, kita tunggu ajelah jika sequel ni menjadi kenyataan.

Aku, Movie dan Muzik


Aku masih tak dpt clearkan kepala otak aku yg berserabut ni berikutan bonus ofis aku yg seciput pada akhir bulan lepas. So most of the time dlm minggu lepas dan minggu ni korang akan nampak aku mcm blur jer. It’s time to take action, tak boleh fikirkan comfort zone aje, have to move on ! Mengenai blog, mmg dah bersawang giler ! Aku ni pulak mmg cepat boring, dgn adanya Facebook, most of my internet time is there. Blog ditinggalkan. Tp I have to admit yg blog lebih personal to me. So this time aku nak cuba ubah concept dgn menulis apa yg terlintas aje. Sebelum ni kehabisan idea dan tertekan utk me’review’ filem2. Bukanlah nak kata kali ni takde review filem, tapi aku campurkan kembali mengenai personal life aku dan movies/music secara brief.

Hari raya tahun ni yg paling suram bg aku, kerana as I say, this bonus things. Lagipun kita semua dah adult la, really Raya is for kids ! I prefer Ramadhan yg penuh dgn kesederhanaan dan keinsafan. Ha, last week ada sorang tetamu yg dtg beraya rumah. Member la…we always welcome sapa2 yg dtg ke rumah. Tapi kalau dah sampai dekat pukul 12.00 tak balik2 kitaorg lemas jugak. Rupa2nya the reason dia tak balik coz jam dinding kat rumah kitaorg dah mati jam pukul 8.00 mlm ! All these while dia syok tgk TV rumah kitaorg dan assume baru pukul 8.00. Ini leka punya psl, citer TV pun best ! Masing2 still in the raya mood, so this weekend pun masih bnyk open hse. Aku pergi yg mana boleh aje, tak semua.

Last great movie I saw was District 9. Rata diaorg kata filem ni best, and yes, it is quite good in my opinion. Menggunakan pendekatan dokumentari, psl tu filem ni ada sikit special. Filem yg sama pendekatannya dgn District 9 adalah Cloverfield. However, Cloverfield tentang monster dan District tentang alien. Walaupun alien designnya nampak bodoh dan hodoh, tapi visually mmg real. Effectnya mmg cantik dan real. Kekuatan filem ni juga adalah pada pelakon utamanya. Memegang watak sebagai Wikus, ketua yg ditugaskan utk memindahkan alien2 yg dah mendarat di bumi ke satu kawasan/district yg lain. Wikus telah terkena badi alien dan perlahan2 dia bertukar menjadi alien bermula dgn tangannya. Emosi yg dipersembahkan oleh actor Sharlto Copley yg memegang watak Wikus, mmg membuatkan kita sendiri cemas dan simpati terhadap apa yg berlaku pada dirinya. Dgn pertolongan sorang lagi alien, Christopher, mereka mencari penawar utk jangkitan tersebut, sambil mereka juga menerima ancaman dr manusia yg ingin menangkap beliau. Alien2 yg digambarkan kat cerita ni bukanlah ganas dan jahat walaupun muka mereka hodoh. Rumusannya, perangainya sama mcm manusia aje. Ada yg jahat dan ada yg baik. Overall aku bagi filem ni *** ½ bintang.

Music – Blast from the Past
Minggu ni adalah musim aku carik lagu2 retro dance music…yeah… Bermula dgn mendownload lagu Dr Alban dgn No Coke nya ! Selain tu kumpulan Snap, masih ingat tak kumpulan ni dgn laungan “I Got the Power !” nya…? After this aku nak download C&C Music factory plak. Pelik2 je la selera muzik aku yg berubah2 ni ! Oh ya, hari tu Suara Kekasih lakonan Azmil & Ogy disiarkan di TV. Lagu retro jiwang Ogy dlm filem tu pun berhantu beb ! Mcm Bila Bunga2 Berguguran, Kisah Cinta dan Rela Menanti. Melilau carik dlm web utk lagu ni.

Tak tau lah blog ni akan di update weekly or monthly or langsung lepas ni berkubur lagik, anyway sapa2 yg masih mengikuti...terima kasih !

Monday, October 12, 2009

Seeing Double Again...?

Tak tau la benda ni purposely atau coincidence, tapi aku baru je discover poster ni. Accidental Husband actually filem tahun 2008, dan aku pun tak pernah tonton filem ni. Just come across waktu tgk DVD review di web aje. Besides similar to Bridget Jones, pelakon utama lelakinya utk kedua2 filem ni adalah Colin Firth. Huh...dah takde idea ke...?

Thursday, July 23, 2009

New Babes on the Block - Goth Babes Ailyn


Babes kali ni mmg bukan calang2 babes, dan entri kali ni pun berbeza dgn entri2 babes aku yg lain. Kali ni beliau adalah dari genre music instead of movie. Dia adalah ‘rose among the thorns’ dlm sebuah band gothic metal dari Norway. Ailyn namanya dan beliau adalah vokalis kumpulan Sirenia, which is one of my favourite gothic metal band.

Ailyn dilahirkan pada 29 May 1982 di Esplugues de Llobregat, Spain. Nama penuhnya Pilar Gimenez Garcia. Pada mulanya dia dikenali sebagai An Ling kemudian barulah tukar kpd Ailyn. Minatnya terhadap muzik bermula waktu berumur 15 thn. Pada 2007 dia bertanding utk rancangan TV The X Factor, sebuah rancangan yg mencungkil bakat2 baru dlm bidang music, dan originally rancangan ni adalah dari UK. Pada April 2008, Ailyn dipilih drp 500 contestant yg di audition utk menganggotai band Sirenia. sebelum ni vokalis kumpulan Sirenia adalah Monica Pedersen, yg tak berapa cun dan tak berapa muda. However, aku salute kedua2 penyanyi
yg mempuyai suara lemak merdu ni.

Buah tangan Sirenia dgn vokalis baru ni adalah album The 13th Floor yg dikeluarkan pada January 2009. Album ni menampakkan peningkatan dr segi muzik, nyanyian Ailyn juga tak bnyk beza dgn former vokalis2 Sirenia yg mmg power. Single nya yg pertama adalah The Path to Decay, release pada Dec 2008 dan diikuti oleh The Mind Maelstorm.

Boleh download full albumnya dibawah ni. Pada sapa2 yg tak biasa dgn gothic metal, korang anggap je la band ni lebih kurang bunyi mcm Evanescence, but a bit heavier.

The Path to Decay - Sirenia


Tuesday, July 21, 2009

Apa la sangat dgn Setem yg satu ni...???

Filem :
Setem
Cast :
Afdlin Shauki as Joe
Rashidi Ishak as Sid
Que Haidar as Iskandar
Vanida Imran as Alliya
Sathiya as Vellu
Indi Nadarajah as Mani
Chew Kin Wah as Piranha Lim
- wuih…! Bnyk sgt pelakon aku nak mention…baca je review ni ok. -

Director :
Khabir Bhatia

Filem arahan Khabir Bhatia ni berkisar tentang sekeping setem yg berharga milik Charles Barring berharga RM4 juta yg menjadi rebutan untuk dicuri oleh beberapa kumpulan tertentu. Instead of full synopsis, lebih senang aku asingkan mereka dgn nama2 kumpulan seperti tag untuk movie ni;

Geng Anak Yatim
Terdiri dari Joe lakonan Afdlin Shauki, Sid lakonan Rashidi Ishak dan penampilan istimewa Datuk Aziz Sattar. Asalnya merekalah yg merancang untuk mecuri setem ni dengan tujuan untuk membeli rumah anak yatim. Niat memang murni tp caranya…hmmm. However mereka telah di black mail oleh Geng Piranha sebuah kumpulan gangster yg besar di KL.

Geng Bakso
Terdiri dari Aryanto (Isma Yusof) dan Marcello (Harun Salim Bachik). Aryanto masuk secara haram ke Malaysia dan mencari ketuanya di Msia iaitu Marcello. Mereka tak tau menahu pasal setem ni sehinggalah secara tak sengaja ianya terbang dan melekat di muka Aryanto. Setelah mendengar berita mengenai setem yg berharga itu, mereka pun terlibat sama mencuri setem untuk menjadi kaya.

Geng Teraniaya
Terdiri drp Alliya (Vanida Imran) dan Iskandar, si buta lakonan Que Haidar. Paling takde kena mengena dgn perebutan setem, cuma mereka ni is at the wrong place and at the wrong time. Sewaktu bergelut merebut setem oleh Geng Anak Yatim, Geng Piranha dan Geng Tosai, setem tersebut telah terbang dan masuk ke dalam beg Iskandar. Tambah haru lagi bila kakaknya, menggunakan setem tersebut untuk mengepos suratnya.

Geng Tosai
Terdiri drp Vellu (Sathiya) dan Mani (Indi Nadarajah) yg merupakan group yg kedua merancang utk mencuri Setem tersebut. Mani, an ex-con, mengetahui bahawa adiknya yg bekerja sebagai pengawal keselamatan akan mengiringi setem yg berharga itu utk dibawa ke Melaka. So, dia pun mengambil kesempatan ni utk meracun adiknya utk mencuri setem berharga tersebut.

Geng Piranha
Diketuai oleh mafia yg kelakar tp tersangatlah zalim at the same time, Piranha Lim namanya. Lim ni muka manis je…senyum memanjang, tp zalim ya amat ! Ada bela ikan piranha semata2 utk menghilangkan tangan org2 yg belot or tak menjalankan tugas dgn baik. Mendapat tau yg Geng Anak Yatim sedang memburu setem tersebut dan terus blackmail diaorg utk bekerja dgnnya. Sidekick nya ialah Lao (Corrie) dan Burn (Bront Palarae) yg sgt setia dgnnya. Burn ditugas untuk mengawasi Sid dan Joe ni.


Good Point :

* I’m sure everybody will have a good time dan terhibur. Mmg lawak gila dan selamba. For your information ini bukan filem lawak bodoh.

* Performance drp pelakon2nya hebat2 belaka. Beberapa nama kita dah tau kehebatannya seperti Afdlin Shauki dan Vanidah Imran tp kehebatan beberapa supporting castnya menguatkan lagi filem ni. My favourite is persembahan komikal drp Harun Salim Bachik sebagai Marcello, agent yg membawa masuk pendatang2 Indonesia.

Indi Nadarajah sbg Mani seorg bekas banduan bermuka serius bermisai lentik. Physically dan emotionally, dia mengingatkan kita pada gangster atau hero filem Tamil. Selain tu aku meminati lakonan Chew Kin Wah yg membawa watak ketua Piranha seorang gangster cina tp fasih berbahasa loghat utara. Aku sgt terhibur dgn ketiga2 karakter ni. By the way, the rest of the cast is actually good.

* Plot cerita yg agak polish dan dikembangkan secara menarik berbanding lain2 filem gangster atau heist tempatan yg kadang2 hilang focus dan membuat penonton keliru.

*Boleh disamakan dgn Baik Punya Cilok atau Los and Faun, tetapi lebih dark moodnya which I think is good. Ada balance antara lawak dan jalan ceritanya. Boleh jugak disamakan dgn filem2 Guy Ritchie yg mana satiranya dlm bentuk selamba.

* Cameo oleh beberapa nama seperti Azwan Ali, Diana Danielle, Aziz M Osman dan bnyk lagi. Azwan tak seperti ‘nyah’nya yg biasa kita lihat sebaliknya wataknya sebagai pengurus restoran lebih kepada lelaki normal dan ia mengingatkan kita pada zaman permulaannya sebagai hos atau pengacara.

* Moral filem : Biasa la…setiap perbuatan jahat ada balasannya dan begitulah sebaliknya. Wait for end of credit kerana ada dipaparkan apa yg terjadi kepada beberapa geng2 yg terbabit berahir dgn happy ending.


Bad Point : (tak bnyk pun)

* Again tindakan pihak polis nampak janggal dan ada masanya bodoh seperti dlm beberapa filem Melayu yg lain. Ini kita nampak dlm adegan tembak menembak antara mereka dgn Geng Anak Yatim. Sedang mereka tembak menembak di tempat yg sempit, takkanlah polis terlalu berani tampil keluar dari hiding place tanpa memikirkan yg penjahat sedang continuously menembak mereka ?

* Insurance Scam – aku tau org ramai tentu x ambik port tentang insurance scam ni tp aku sbg pekerja insurance (cewah!) fikir yg setem yg berharga takkan senang2 diambil risikonya oleh pihak insurance. Jika ada pun, tentu full assessment tentang setem ni perlu diambil dan pada waktu itu pihak insurans dah tau yg setem ini tipu. Well, tapi ini semua hiburan je cuma kerja sebagai underwriter di insurance company, membuat aku nak argue tentang kisah ni…hehe…

Scene Lawak / Best :

* It definitely has to be pakcik tua bawa beca yg membawa Sid dan Joe. Kesian pakcik tu, namun berjaya membawa watak org tua yg semput mengayuh beca yg diduduki oleh Afdlin !

* Babak pertama mcmana Sid dan Joe menipu pengurus restoran untuk mendapatkan wang. Scene ni adalah introduction utk audience apa yg akan kita expect utk the rest of this film. Kalau nak tau mcmana taktik mereka, korang kena tonton filem ni, tp jgn pulak korang praktik in your real life.

* Harun Salim Bachik dgn slang dan gaya indonnya. Although pelat Indonnya ada masa tak jadi dan berterabur, tp itu yg membuatkannya kelakar bangat ! Notable scene masa dia bercakap handphone bersama associatenya dan sewaktu mula2 mengetahui bahawa Aryanto memiliki setem tersebut.

Komen tambahan :

Tak tau mcmana response penonton terhadap filem ni kerana last filem yg mungkin similar dgn filem ni ialah Los & Faun. I don’t think response utk filem berkenaan memberangsangkan. Aku fikir average penonton susah nak terima filem sebegini dan lebih senang dgn filem2 lawak bodoh maupun seram bodoh yg membanjiri market filem tempatan kita. Tapi peminat filem2 tempatan especially filem arahan Khabir Bhatia, aku rekomen tontonlah filem ni kerana ianya menghiburkan dan kelakar. Cuba kita lihat hasil tangan Khabir kali ni dlm genre komedi berbanding filem2nya yg lepas yg lebih melodrama. Personally walaupun ia berlainan genre, tp ada persamaannya dari segi penggabungan character yg berlainan dan pelbagai serta cinematography yg menarik untuk filem ni ! Antara filem melayu wajib tonton tahun ni ! Tunggu kemunculannya pada 30 Julai 2009.

Thursday, July 16, 2009

Blast From the Past : Horror cult yg akhirnya aku tonton baru2 nih !

Rosemary’s Baby
Mmg susah aku nak jumpa DVD utk filem ni. Lagu tema dia yg berhantu nyanyian pelakon utamanya sendiri iaitu Mia Farrow dah lama aku dgr. Akhirnya aku suruh member aku download filem ni, kerana aku sendiri xde computer dan connection di rumah aku. Mood filem slow and steady aje, tp kekuatan filem ni adalah performance drp Mia Farrow yg memegang watak sebagai Rosemary, yg mengandungkan anak syaitan ! See her transformation dr perempuan yg cantik sehingga seorg yg sgt tertekan, pucat dan kurus disbbkan oleh surroundingnya yg evil termasuklah suaminya sendiri!. Actually rumah baru yg idiami olehnya suami isteri adalah kawasan dimana penghuninya semua adalah pemuja syaitan. Mmg nampak diaorg ni normal jet p sebenarnya tak. Scene paling glamer adalah wakti Rosemary diberi minuman yg mengkhayalkan dan terus dirogol oleh syaitan tp dlm bentuk seperti mimpi. Babak ni kontroversi jugak diwaktu tu. Ending filem ni juga walau simple tp menggerunkan, walau baby yg keluar tak ditunjukkan muka, tp director Roman Polanski berjaya membuat audience menggambarkan anak Rosemary adalah menyeramkan. Antara horror/thriller terbaik sepanjang zaman.



Suspiria

Thanks again to Syam member aku sbb download filem ni jugak. First filem yg aku tgk arahan Dario Argento adalah Demons. Kita tak boleh bandingkan kedua2nya sgt kerana jarak tahun yg berbeza. Suspiria is way back compare to Demons. Actually ianya sebuah cerita yg gonjeng aje. Bnyk plot hole sana dan sini. Tetapi Dario Argento lebih terkenal dgn mood filemnya yg menyeramkan dan babak2 kematian yg mengerikan ! Suspiria antara filem yg paling seram of all time. Starting filem aje dah seram dgn berbackgroundkan lagu dan bunyi2an yg meremangkan bulu roma kita. Scene dimana seorang perempuan mati dibunuh melalui tingkap antara scene yg paling seram dan brutal zaman tu. Perhaps ini juga menjadi influence filem2 horror seterusnya yg menjadikan objek tingkap sebagai kawasan yg paling seram dlm filem horror. Moralnya jgn dok kat tingkap kalau rasa seram mlm2. Selain tu ada juga beberapa babak seram dan ngeri utk the rest of this film. Pernah dgr ura2 tentang remake filem ni however aku rasa tak relevan utk zaman skrg ni kalau ditiru bulat2.

Monday, July 13, 2009

Iron Man 2 Villain - Whiplash (Not to be confused with Metallica's song)

Previously aku update korang tentang remake siri TV, skrg aku update kana pa yg berlaku untuk sequel Iron Man. Utk bahagian kedua ni, penjahatnya adalah Whiplash, salah sorang villain dlm Marvel Comic Universe dan pernah muncul dlm beberapa comic termasuklah Iron Man.


Pelakon yg memegang watak ni ialah Mickey Rourke, antara pelakon yg aku baru discover kehebatannya selepas menonton Sin Ciy. Antara filem terbarunya ialah The Wrestker dan Killshot pada thn yg sama 2008 lepas. Ini adalah sneak peek salah satu adegan Iron Man 2. Tapi ia adalah rough version, dan jika di edit dgn teknik CGI sure akan nampak lebih menarik. Notice ada lampu pada badannya yg menyerupai Iron Man dan ber’background’ kan race track Nascar…??? Well, kita tunggu filem ni yg akan menemui penonton May 2010 !