Tuesday, February 24, 2009

Blast from the Past : Handphone Dulu2...

Heh…suddenly aku teringat kat handphone dulu2. Riwayat handphone aku pun boleh tahan mcm2 model jugak, however handphone yg aku listkan kat bawah ni adalah handphone yg tak boleh dilupakan dlm ingatan aku :

Motorola StarTac


Handphone ni aku letakkan kat tempat pertama coz masa zaman glamernya, semua menyebut2 tentang handset ni ! Semua org bercita2 nak memilikinya. Bentuknya sleek jugak untuk zaman tu la yg lebih mementingkan saiz kecil. Lagi kecil handset, lebih bangga korang memilikinya. Dia ada 2 version, first version mempunyai bateri yg agak besar manakala StarTac X lebih kecil dan cantik. Aku both memiliki kedua2 model ni tetapi the 1st version aku pakai sekejap je.

Ericsson T10


Sebelum Sony Ericsson…there’s simply “Ericsson”. Model ni paling bnyk bermain dgn colour dan semuanya striking2. Merah, biru, kuning semuanya aku dah try & tukar housingnya. Skrin LCD nya merupakan skrin paling kecik pernah aku jumpa ! Paling jenuh bila nak baca mesej, asyik2 nak scroll ke kanan ! Handphone dulu2 jugak terkenal dgn antennanya, siap ada jual accessories utk tukar antenna yg canggih2 sikit…cthnya antenna berkelip2. Handphone ni juga terkenal dgn pelbagai antenna nya.

Nokia “Pisang”…?

Ntah hapa nama model sebenarnya, tapi handphone ni lebih dikenali dgn Nokia Pisang sebab bentuknya yg melengkung mcm pisang! Ianya glamer zaman dulu dan sesiapa yg ada dah kira sofistikated giler la. Tambahan pulak ia pernah muncul dlm The Matrix lakonan Keanu Reeves dulu. So sesiapa yg pakai ada la perasan dia tu Neo atau rakan2 group Neo tu…! Aku tak pernah ada handphone ni, tapi ada a few member own this handphone.

Nokia 5110

Selain Ericsson T10, model Nokia 5110 ni pun boleh bertukar2 colour. Yang ni comes after zaman T10 dan lebih senang menukar housingnya. Mcm yg kita tau, sejak dulu lagi handphone Nokia ni lebih user friendly especially bila menaip sms dan skrin LCD nya juga besar. Antara model yg paling glamer dan mampu milik utk semua golongan. Selepas model ni keluarlah Nokia 3210 dan 3310 yg juga senang utk tukar housingnya.

Motorola Flare

Ini handphone pertama aku. Rasanya tak ramai yg pakai handphone ni sbb hodoh jugak kerana baterinya yg besar gedabak ! Ini arwah bapak aku yg beli…itu ajelah yg mampu masa tu…hu hu… Kalau letak belakang poket jeans, rasa mcm nak terkeluar2 & sakit bontot…ha ha… Sebenarnya ada 2 version bateri dan yg satu lagi lebih slim, tapi masih di’consider’ besar.

NEC Primero

Ini antara mobile phone yg terawal. Besar gedabak betul ! Lebar dan panjang. Tapi tahan lasak jugak. Arwah bapak aku ada own handphone ni. Skrg ni aku tak pernah dgr any handphone from NEC. Mungkin dah bungkus lingkup kot ! Lain2 nama yg aku rasa dah hilang adalah Siemen dan Alcatel.

Aku listkan semua handphone ni actually kerana aku miss those days where kita boleh tukar2 antenna, tukar housing colour2 dan mcm2 lagilah. Sayang h/phone lama2 tu semua aku trade-in utk beli handphone baru. Handphone lama ni tahan lama dan tahan lasak. Mungkin coz takde teknologi2 yg canggih2 dlmnya kot. Dulu x pernah ada 3G, x pernah ada memory card….cuma handphone dan sim card aje. Tapi aku tau satu telefon yg korang tak payah risau ke’lasak’annya dan tak perlu risau akan hilang….jeng…jeng…jeng… :

ATUR!!!



Mobile phone yg pertama sekali. Makes you wonder…kenapa tak bawa public phone aje sekali…??? Zaman skrg kalau pakai org akan ingat kau bawa bom jangka !!!

Thursday, February 19, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula (2009)



Cast :
Izwan as Badrul
Yong Pin as Lim
Balqis as Rose

Director :
Nizam Razak

“Betul..betul…betul…”. Mmg comel watak Upin dan Ipin yg disiarkan di TV9 pada bulan Ramadhan yg lepas. Aku rasa inilah satu2nya watak animasi Malaysia yg bnyk mempengaruhi penonton2 Malaysia terutamanya kanak2. Sebelum kita kita takde strong character atau character yg ada ‘aura’ utk memikat hati. Kenapa Upin & Ipin popular…? Simply “comel”…tak kiralah dari segi fizikal, muka maupun suara. Formula yg sama lah digunakan oleh Les Copaque, untuk menghasilkan “Geng – Pengembaraan Bermula”. Filem ni bukanlah filem mengenai Upin & Ipin, tetapi watak mereka berdua ni ada sbg supporting for winning formula utk filem ni.

Filem ni menggunakan plot yg simple aje, otherwise kanak2 tentulah pening kepala nak menerimanya ! Mengisahkan Badrul yg berhasrat melawat datuknya, Tok Dalang, di Kampung Durian Runtuh. Bertemankan kawannya Lim mereka menaiki bas ke sana. Kebetulan di Kampun Durian Runtuh tgh heboh mengenai “hantu durian” yg selalu memakan durian2 yg jatuh drp pokoknya. Bertambah misteri lagi apabila terdapat penemuan tapak kaki yg ganjil di dusun durian Tok Dalang. Apabila Badrul dan Lim tersesat di dalam hutan bersama rakan2 baru mereka; Rajoo, Ros serta adik-beradik kembarnya yg nakal Upin & Ipin, terbongkarlah rahsia dan misteri disebalik kewujudan “Hantu Durian” di kampong tersebut.

Filem ni penuh adventure dan mencemaskan. Komedi yg diselitkan bukan saja memikat golongan kanak2 malah dewasa sure turut ketawa. Lawak2 nya semuanya menjadi dan membuatkan korang ketawa terbahak2, tambahan pulak dgn characternya yg cute2 seperti Rajoo, Upin, Ipin dan sorang makhluk Oopet. Filem ni juga penuh dgn identity Malaysia difokuskan pada masyarakat kampong. Permulaan filem ni je sewaktu perjalanan Badrul dan Lim ke kampong menaiki bas, dah menampakkan ciri2 tersebut; mandi di sungai, lembu, monyet menaiki motor bersama tuannya (yg ni paling lawak korang patut sgt tgk!!), itik melintas jalan dan bnyk lagi sure akan mendorong korang utk balik kampong! Selain tu Lim yg sepanjang filem ni memakai cap “Cintailah Malaysia” mem’patriot’kan lagi filem ni.

Dari segi grafik dan animasi, aku rasa standing dgn filem2 animasi luar jugak. Malah usaha Les Copaque dan pengarahnya patut diberi pujian kerana menghasilkan filem animasi yg berbudget berpatutan berbanding filem2 animasi luar yg berjuta2 ringgit. Grafiknya yg berwarna warni juga menyerikan filem ni, bukan saja pada pemandangan kampong yg penuh menghijau dgn bukit bukau dan rumput2 disekeliling, malah dihutannya juga menarik dgn serangga2, binatang dan tumbuh2an yg ganjilnya. Sesekali adegan serangga mengingatkan aku pada filem Indiana Jones & the Temple of Doom. Pada pertengahan cerita, ada diselitkan video klip lagu Blues Gang dinyanyikan oleh org2 Kampung Durian Runtuh menunjukkan betapa harmoninya penduduk kampong di Malaysia ni.

Watak2 yg ada semuanya mengelikan hati. Upin & Ipin seperti biasa funny dan comel. Selain tu watak2 dlm siri Upin Ipin juga ada… Rajoo yg memiliki ability berkomunikasi dgn binatang (dan sentiasa malang dlm filem ni!), Tok Dalang, Opah dan Kak Ros (yg garang dan attractive walau hanya berbaju kurung!) ada memegang watak yg sama. Kiranya filem Geng adalah continuity utk siri Upin & Ipin la ni.

Watak Rajoo antara yg paling menyerlah dan kelakar

Bad point tak bnyk la tetapi aku agak pelik jugak mcmana si Badrul dan Lim apabila sampai je kat kampong terus naik motor main rempit. Aku tak begitu senang dgn scene tu sedangkan kita di sini cuba utk benteras kejadian rempit ni. Tambahan pulak kenapa rempit di kampong yg kita dah tau jalannya sempit ? Nasib baik Lim hampir melanggar lembu, kalau nasib tak baik ntah2 terlanggar Upin & Ipin…tak de chance kita nak tgk dia lagi kat TV…he he…! Selain tu ada diselitkan video klip lagu Blues Gang yg aku sebutkan tadi. Pada sesetengah mungkin menghiburkan tapi aku tidak kerana ianya quite panjang jugak. Mungkin director nak memasukkan unsur2 hindustan pada filem ni kot. Kemunculan monster juga bnyk dlm filem ni, kejap monster… kejap itu bukan monster, tambahan pulak terlalu bnyk adegan sebegini kadang2 menakut dan meletihkan kanak2 kecil melihatnya.

Well I guess moral utk filem ni adalah mengenai penjagaan alam sekitar kita. Filem ni mengangkat tema tentang haiwan2 yg hampir pupus menjadi mangsa sikap sesetengah manusia yang tamak haloba dan berselindung disebalik sikap ramah mesra mereka sebagai penduduk kampong. Les Copaque bukan saja membuka ruang untuk filem animasi 3D tempatan malah mempromosi dan menaikkan budaya Malaysia di mata penonton. Aku harap produk seperti ini dpt menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya membuka mata penonton2 luar negara pula.

Aku rekomen pergilah tgk filem animasi ni kerana ianya menghiburkan dan penuh gelak ketawa. Sesiapa yg telah menontonnya aku pasti tak merasa rugi dgn harga tiket yg korang beli. Sesuai utk semua peringkat umur, so bawaklah mak bapak, datuk nenek dan sedara mara, korang yg tua atau muda utk menonton filem ni ! Tajuk filem ni iaitu “Pengembaraan Bermula” diharap ini adalah permulaan sahaja utk Les Copaque dan aku menunggu utk filem2 animasi mereka seterusnya. Tahniah !

Official Website :
http://www.gengthemovie.com

Official Blog :
http://gengmovie.blogspot.com


Monday, February 16, 2009

The Story of Jason Voorhees



Theatrical release filem remake Friday the 13th arahan Marcus Nispel telah menemui penonton pada (guess when?), 13 February bersamaan hari (guess again?) Jumaat lepas. Sebelum ni Nispel ada mengarah remake utk Texas Chainsaw Massacre. Nampaknya beliau masih menggunakan sentuhan remakenya utk filem2 horrornya. Watak utama utk filem ni tentulah Jason Voorhees yg paling last appearancenya adalah dlm filem Freddy Vs Jason. However dlm filem berkenaan, Jason lebih lembut berbanding Freddy yg lebih evil. So, adakah dlm remake kali ni dia kembali ganas atau sebaliknya ? Sebelum tu kita imbas kembali kemunculan Jason dlm filem2 especially franchise Friday the 13th nya…. :

Friday the 13th (1980)


Filem yg pertama adalah pada tahun 1980. Gonjeng dan simple je ceritanya, mengisahkan sekumpulan remaja yg meneroka kembali lokasi perkhemahan yg dah setahun ditutup, selepas seorang budak lelaki mati lemas disitu. Seorang demi seorang kumpulan remaja ni mati dibunuh oleh pembunuh misteri. sewaktu perkhemahan ini. Filem ni berinspirasikan John Carpenter’s Halloween, however ianya mendpt bnyk bad review berbanding Halloween. Ia juga agak terkenal dgn scene nude nya, sentiasa focus kepada remaja2 yg liar dan party type. Pendek kata setiap kali sepasang remaja bercumbu atau mandi bogel di Camp Crystal Lake, sure mereka kena bunuh. Part 1 sebenarnya lebih bertumpu pada Mrs Voorhees iaitu mak kpd Jason yg menuntut bela atas kematian anaknya di Crystal Lake. Anaknya mati disebabkan kelalaian dua org kaunselor yg gagal menjaga anaknya sehingga menyebabkannya mati lemas. Dari segi sambutan , ianya agak menggalakkan drp peminat2 filem2 slasher dan seterusnya keluarlah seterusnya beberapa sequel termasuklah crossover filem ni. Filem pertama diarahkan oleh Sean Cunningham. Filem ini juga merupakan filem awal Kevin Bacon di zaman mudanya.

Friday the 13th Part 2 (1981)
Franchise kedua ni taklah sehebat sambutan terhadap filem pertama tapi masih mendapat tempat pertama waktu ia mula2 release pada 1981 dahulu. Ianya masih menggunakan counselor dan anak murid theme, yg bersama2 camping di Crystal Lake. Kali ni Jason membalas dendam terhadap pembunuh ibunya. Filem ni diarahkan oleh Steve Miner.


Kepala mak Jason, Pamela Voorhees

Friday the 13th Part 3 (1982)
Pertama kali Jason menggunakan hockey mask yg telah menjadi sinonim dgn character Jason dan ditayangkan di pawagam dlm 3-D. Filem ni masih mengekalkan pengarah yg sama dan sambutan terhadap filem ni lebih baik berbanding yg kedua. Seperti filemnya yg kedua, Jason supoosed to be dead pada akhir filem, tetapi akan reincarnate juga pada episode seterusnya.

Friday the 13th : The Final Chapter (1984)
Nama aje The Final Chapter, tapi berlambak2 lagi sequel seterusnya selepas ni. Jason who apparently mati pada episode sebelumnya, tiba2 bangkit dan bunuh coroner yg bedah siasat dia dan kembali pada Crystal Lake untuk mangsa seterusnya. Filem yg ke 4 ni diarahkan oleh Jospeh Zito.

Unmasked Jason

Friday the 13th : A New Beginning (1985)
Tak lama selepas what suppose to be the final chapter, muncul pulak A New Beginning. Filem ni ada sedikit twist yg mana the real killer adalah Roy, watak yg muncul dlm previous filem. Dia meniru character Jason, untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya. Ianya menghampakan peminat2 Friday the 13th franchise, kerana mereka rasa ditipu pada pengakhir cerita. Filem ni adalah filem yg kedua menunjukkan yg Jason bukanlah pembunuh sebenar. Yg pertama adalah Part1 yg mana ibu Jason adalah pembunuhnya. Filem ni diarahkan oleh Danny Steinmann.

Friday the 13th Part VI: Jason Lives (1986)
Dlm filem ni Camp Crystal Lake bertukar nama pada Camp Forest Green. Seperti titlenya, Jason kembali utk membunuh mangsa2nya. Filem ni mempunyai kutipan yg paling rendah berbanding filem2 sebelumnya. Ianya juga bersih drp nude scene mahupun penggunaan dadah. Jason akhirnya mati tenggelam dlm Camp Crystal Lake. Filem ni diarahkan oleh Tom McLoughlin.

Friday the 13th Part VII : The New Blood (1988)
Filem ketujuh ni di consider chapter yg paling ‘dark’. Mengisahkan Tina yg dianugerahkan dgn kuasa telekinetic, dgn tiba2nya telah menghidupkan kembali Jason yg tenggelam di Camp Crystal Lake. Dia terpaksa menggunakan telekinesisnya utk membunuh Jason kembali. Filem ni diarahkan oleh John Carl Buechler.

Friday the 13th Part VIII : Jason Takes Manhattan (1989)
Ye…kali ni Jason bukan lagi kat Camp Crystal Lake, sebaliknya mengikut student2 senior ke lawatan ke Manhattan. Jason dihidupkan kembali dlm filem ni melalui elektrik kabel bawahair. Filem ni juga antara paling buruk dgn kutipan yg kedua terendah dlm franchisenya dan list dalam IMDB 100 filem terburuk. Filem ni diarahkan oleh Rob Hedden.

Jason Goes to Hell : The Final Friday (1993)
Dah sampai ke part ke 9 ni aku rasa franchise Friday the 13th ni dah melampau2 sgt. Jason dlm episode ni hidup secara tiba2 tanpa explanation. FBI menjejaki beliau dan dia telah berjaya melepaskan diri dgn memindahkan jantungnya dari badan ke badan org yg lain. Apabila dia kembali ke badan asalnya, dia telah dibunuh oleh saudaranya sendiri dan membawanya ke neraka. Satu2nya filem yg mendedahkan tarikh dan tempat lahir Voorhees. Diarahkan oleh Adam Marcus.

Jason X (2002)
Sequel yg paling mengarut berbanding yg lepas2. Berlatarbelakangkan masa hadapan dan bercampur dgn elemen sci-fic. Jason lagi sekali dihidupkan kembali. Kemunculan Jason kali ni lebih techno sikit dgn cybernetic form nya. Kutipan utk filem ni merupakan kutipan yg terendah sekali sepanjang franchisenya. Filem ni diarahkan oleh James Isaac.

Freddy Vs Jason (2003)
Sequel yg seterusnya adalah crossover dengan franchise Nightmare on Elm Street. Ikon horror “Nightmare…” iaitu Freddy bertarung dgn Jason dlm alam reality dan mimpi. Filem ni mendapat kritikan yg boleh tahan (memandangkan ini adalah Part yg ke 11 utk “Friday…”!) dan sambutan yg baik oleh peminat2. Mendapat tempat yg pertama pada minggu pertama pembukaannya. Ianya diarahkan oleh Ronny Yu.


Friday the 13th (2009)
Franchise yg paling latest adalah remake arahan Marcus Nispel. Nispel dan mengambil elemen2 dari 3 siri “Friday…” yang terawal. Aku masih belum tgk filem ni dan tak mungkin ianya akan keluar di pawagam Malaysia. So, terpaksa la tunggu DVD release.

Other interesting facts yg aku dengar, terdapat jugak rumours tentang more crossover selepas Freddy Vs Jason ni. Antara character2 yg disebut adalah Pinhead drp Hellraiser, Michael Myers drp Halloween dan Ash drp Evil Dead series. Tak tau samada benar atau tak, tapi tak mustahil suatu hari menjadi kenyataan.

Thursday, February 12, 2009

City of Ember (2008)

Cast :
Bill Murray as Mayor Cole
Toby Jones as Barton Snode
Saoirse Ronan as Lina Mayfleet
Tim Robbins as Loris Harrow

Director :
Gil Kenan
City of Ember mungkin tak se gah lain2 filem dari Hollywood, tambahan pulak ianya mendapat sentuhan director yg masih baru, yg hanya direct satu animation film Monster’s House pada 2006 lepas. Ianya merupakan science fiction – fantasy film dengan watak kanak2 sebagai pendukung cerita. Ia juga berdasarkan sebuah novel dgn tajuk yg sama ditulis oleh Jeanne Duprau.

Ember merupakan sebuah bandar yg secara fizikalnya aman, dipenuhi dgn penduduk2 yg baik2 belaka dan setia kepada bandar mereka. Kanak2 diterapkan dgn nilai2 murni utk setia kepada bandar Ember. Pada usia muda selepas tamat pengajian, mereka akan dicalonkan utk pekerjaan2 buruh kasar dlm bidang masing2. Walaupun ianya akan membahayakan nyawa anak2 di Ember, namun penerapan nilai2 setia pada Bandar Ember membuatkan ibubapa hanya berdiam diri. Dua drp kanak2 di Ember, however, Doon dan Lina bukanlah kanak2 biasa. Apabila Bandar Ember dilanda masalah power generator, Doon dan Lina starts questioning tentang rahsia disebalik bandar tersebut especially di tangan pemerintahan Mayor Cole. Kewujudan kotak misteri yg dijumpai oleh Lina, juga memberi seribu jawapan yg mungkin dapat menyelamatkan Bandar Ember.

Secara general mungkin korang ingat ini adalah salah satu drp film fantasy kanak2 yg biasa, terutamanya setelah keluarnya filem2 seperti The Spiderwick Chronicles, Bridge to Terabithia atau Chronicles of Narnia. Perbezaan filem ni adalah dari segi special effectnya yg minimum. Korang takkan jumpa bnyk creature2 yg pelik2 memenuhi filem ni. Sebaliknya, plot filem ni mengenai pemerintah yg corrupt dan memanipulasi pemikiran rakyat2 terutama kanak2 menjadi kekuatan filem ni. Ya, kita pernah dgr filem2 seumpama ni. Salah satu filem dlm fikiran aku ialah Dark City, walaupun filem ni lebih dark dan more adults, temanya juga selari dimana fikiran rakyat dan sistem sebuah bandar telah dimanipulasi oleh ketua yg tak bertanggungjawab. Konsep yg diketengahkan utk filem ni juga membuatkan aku berkali2 teringat tentang situasi politik yg melanda negara kita sendiri. Walaupun mungkin ianya tak terang2 berlaku seperti filem ni, tapi mungkinkah ianya akan berlaku satu hari. Satu persoalan yg bermain difikiran, adalah apakah yg kita boleh buat sebagai rakyat utk berhadapan dgn masalah sebegini ?

Director Kenan telah berjaya membawa pengalamannya sebagai animator untuk menghasilkan sebuah filem yg padat, emotional. Ditambah pula dgn skripnya yg kuat oleh Caroline Thompson, yg pernah berkolaborasi dgn Tim Burton dlm Corpse Bride dan Nightmare Before Christmas. Pasal tulah sekali sekala korang akan rasa mood filem ni seperti filem2 Tim Burton cuma bezanya filem ni taklah segelap filem2 Burton.

Pelakon2 yg terlibat juga memberikan persembahan yg hebat. Disamping nama2 lama seperti Tim Robbins dan Bill Murray, dua pelakon kanak2 yg menjadi watak utama filem ni juga mempunyai bakat besar. City of Ember pada aku merupakan sebuah filem keluarga yg sangat baik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

P/S : Watak Mayor Cole lakonan Bill Murray mengingatkan aku pada Pak Lah.

Monday, February 02, 2009

Midnight Meat Train (2008)


Cast :
Bradley Cooper as Leon
Vinnie Jones as Mahogany
Leslie Bibb as Maya

Director :
Ryuhei Kitamura

Pada sesetengah, nama Midnight Meat Train mungkin sounds funny. Tp utk peminat2 filem gore dan slasher, sebut aje term “Meat”, korang mesti tau filem2 ni akan seangkatan dgn franchise Saw ataupun Hostel dan sebagainya. MMT (Midnight Meat Train) diilhamkan drp cerita pendek Clive Barker, yg pernah mengarah filem favourite aku Hellraiser. Tp kali ni ianya difilemkan arahan pengarah Jepun, Ryuhei Kitamura.

Ia mengisahkan tentang seorang photographer bernama Leon, yg mmg gila dgn camera. Setelah tercabar oleh seorang client, utk menghasilkan shot2 yg lain drp yg lain, Leon start la mencari lokasi2 yg best2…yg lebih kepada keadaan suram cthnya di stesen keretapi bawah tanah. Satu hari dia menjadi witness utk satu pembunuhan seorang perempuan muda yg menaiki train tersebut. Pembunuhnya berpakaian smart aje, rambut disisir rapi dan berbadan besar, Mahogany namanya. Selepas drp insiden tersebut, dan mengetahui muka serial killer tersebut, Leon start gelabah dan merepotkan hal ni kepada polis. Bila reportnya tak diendahkan, dia start to be a hero dan cuba utk menjejaki pembunuh tersebut dan membongkar apa sebenarnya berlaku pada train tersebut di waktu tgh malam. Perangainya berubah sehingga menimbulkan rasa curiga terhadap kekasihnya Maya, yg tinggal bersamanya disebuah apartment.

Tahun 2008 merupakan tahun dimana aku kurang sangat menonton filem seram, dan aku rasa juga tahun 2008 kurangnya filem2 seram yg best dikeluarkan. Apa yg bnyk aku tonton adalah remake of Asian horror yg tersangat2 boring. Thus bila menonton filem ni, although bnyk adegan tak logic dan timbul tanda tanya, aku merasakan ianya “not bad”. Peminat filem2 gore/slasher especially Clive Barker fan, tentu akan berpuas hati dengan filem ni kerana adanya bnyk adegan darah, ketuk mengetuk dan sembelih menyembelih. Beberapa adegan yg agak bodoh antaranya bila kekasih Leon ni dgn beraninya pergi ke rumah pembunuh gila tersebut bersama rakannya utk mengesahkan kebenaran kata2 boyfriendnya. Of course babak ni berakhir dgn pembunuhan. Selain tu, keretapi yg menjadi objek utama filem ni kelihatan tak logic bila dibhgn belakang gerabak disimpan dan digantung mayat2 yg telah disembelih oleh Mahogany. Ianya seakan2 bilik peti ais frozen meat pulak! Ada twist pada babak akhir filem ni, kerana tentunya korang terfikir takkanlah si Mahogany ni membunuh sorang2 je. Takkan driver train tak pernah perasan tentang pembunuhan2 tiap2 tgh malam dlm train yg dipandunya ?

Watak notable dlm filem ni ialah pembunuh Mahogany yg dilakonkan oleh Vinnie Jones. Mahogany seorang yg berusia separuh umur, berbadan besar dan berpakaian segak. Namun mukanya yg serius dan monster-like tu membuatkan sapa2 je yg betul2 terjumpa dia tgh mlm dlm train mesti cabut lari punya! Dia bekerja sebagai (guess what!), penyembelih daging. Apabila tiba di tempat kerja, dia menukar baju khas seperti penyembelih2 lain namun waktu tgh mlm lain pula halnya dibuat dlm train. Trademark villain ni adalah memegang tukul penyembelih (ala2 tukul besi superhero Thor!). Kira original jugaklah tu memandangkan sebelum ni bnyk pembunuh2 either pakai parang, pisau ataupun chainsaw utk membunuh. Dua watak utama iaitu Leon dan Maya memberikan performance standard grade B movie je. Selain tu ada cameo drp Brooke Shield sbg client Leon, yg dah lama aku tak tgk dia on screen.

Director Ryuhei Kitamura, pernah menghidangkan kita dgn filem “Versus”, sebuah filem action/adventure/fantasy Jepun yg terkenal. Luckily, dia tak teringin utk ‘remake’kan filem horror negeranya sendiri…coz I think aku dah terlalu full dgn Asian2 horror! Personally, MMT mmg not bad considering tahun 2008 adalah tahun suram filem2 genre horror.

Thursday, January 29, 2009

Mystery Death & Coincidence - E! True Hollywood Story

Mlm semalam aku menonton sebuah rencana yg menarik di saluran E Entertainment Astro. Mengenai kematian / tragedy misteri atau kebetulan yg melanda sesetengah artis2 barat. Kesemuanya ada 13 insiden dan aku nak sharekan 12 (kerana itu je yg aku ingat!) secara ringkas dgn korang.

Kematian pada usia 27 tahun
Aku pun tak perasan yg kebanyakan rockstar mati pada usia 27 tahun, tapi inilah yg di report oleh rancangan E! ni. Antara nama2 yg sempat aku tangkap ialah Jimi Hendrix, Curt Cobain dan Jim Morrisson (The Doors). Malah rancangan tu sempat lagi menamakan nama2 rockstar yg masih hidup dan bakal menempun umur 27 tahun tak lama lagi. Tak ke seram rockstar2 tu bila tgk nama mereka disebut ??

Misteri no 9 untuk The Beatles
Ini aku pening betul. Tak tau la sapa yg memulakan tentang kebetulan no 9 ni utk kumpulan The Beatles. Mungkin peminat fanatiknya la tu. Album Beatles bertajuk ‘Revolution 9’. Pada intro album ni, ada phrase ‘number 9’ yg disebut beberapa kali dan apabila ia diterbalikkan ianya seakan2 berbunyi ‘Turn me on, dead man’. Phrase ni dikaitkan dgn khabar angin yg mengatakan Paul McCartney sebenarnya dah mati pada 1966 dan Paul yg sekarang adalah penipu. Selain tu Charles Manson, the infamous serial killer juga bnyk berinfluencekan album Revolution 9, membayangkan lirik2 utk album ni bnyk bercerita tentang hari kiamat. Selain tu bnyk analisa tentang no 9 yg aku pun dah lupa, especially bnyk berkait pada John Lennon.

Skrip Berhantu filem komedi "Atuk"
Filem ni tak pernah ke layar perak pun. Malah takde org pun akan tertunggu2 filem ni kalau tak pasal insiden kematian yg berlaku. It seems that siapa2 yg pegang atau bertanggungjawab terhadap skrip filem Atuk ni akan mati. Sebenarnya tak bnyk yg aku dpt info pasal misteri ni kerana takde apa2 info yg aku dpt thru internet. Filem ni akhirnya takde org nak siapkan dan disimpan dlm arkib

Poltergeist
Aku tau yg Heather O Rourke mati selepas episode ke 3 filem ni. Tapi rupa2nya ada lagi tiga kematian dalam masa 6 tahun selepas Poltergeist yg pertama di release; Dominique Dunne, Julian Beck dan Will Sampson. Director utk filem Poltergeist II iaitu Brian Gibson juga mati disebabkan kanser tulang. Sepanjang penggambaran filem ni dari episode pertama hingga ketiga, mcm2 kejadian aneh dialami oleh krew2. Tengkorak2 yg muncul pada ending episode satu pun adalah tengkorak yg betul, dan menunjukkan bahawa lokasi rumah utk filem ni mungkin merupakan tapak perkuburan!

The Exorcist
Tgk filemnya aje kita dah tau seram. Rupa2nya ada juga cerita benar disebalik filem Exorcist ni. Berdasarkan beberapa pendapat, filem ni terkena sumpahan. Beberapa perkara aneh berlaku antaranya set rumah untuk penggambaran filem ni terbakar, kecuali bilik Regan (budak yg kena rasuk) dan terpaksa dibina semula. Director filem ni iaitu William Friedkin, juga mengaku ia terpaksa meminta bantuan paderi utk memulihkan penggambaran mereka. Beberapa kecederaan juga berlaku membabitkan pelakon utama Linda Blair dan Burstyn untuk sesetengah scene.

Curse of the Playboy Centerfold
Ini tentang kematian beberapa model2 playboy yg muncul di poster tengah majalah Playboy; Marilyn Monroe, Jayne Mansfield, Dorothy Stratten dan yang paling terbaru Anna Nicole Smith. Bukan aje nama2 yg aku sebutkan di atas, tapi bnyk lagi model2 yg mati antara sebabnya ialah cancer (paling common), lemah jantung dan accident.

Anna Nicole Smith

Rosemary Baby

Rosemary’s Baby merupakan antara filem horror/thriller yg terbaik pernah dihasilkan sebelum wujudnya The Exorcist ataupun The Omen. Plot tentang kematian Rosemary lakonan Mia Farrow dlm filem ni hampir sama dgn peristiwa benar tentang kematian isteri Polanski yg dibunuh juga sewaktu dia mengandung. Insiden pembunuhan ni ada kena mengena dgn Charles Manson, serial killer yg glamer pada masa itu. Bramford apartment building, iaitu salah satu lokasi set penggambaran filem ni juga, ada tempat John Lennon (The Beatles) dibunuh oleh Mark Chapman. Selain tu filem ni juga mendapat bnyk tentangan drp gereja2 especially pada paparan Satanism dan Anti-Christnya.

Charles Manson

Kereta berhantu James Dean
Kereta ni bolehlah dikatakan berhantu kerana ianya telah meragut beberapa nyawa. Kereta Porsche Spyder 550 dibeli oleh James Dean dan meragut nyawanya pada 30 Sept 1955 sewaktu memandu. Sumpahan bukan setakat itu aje, waktu insiden tu, bukan saja James Dean berada dlm kereta. Mekaniknya, Weutherich juga turut kemalangan tetapi masih bernyawa. Namun selepas insiden tu, Weutherich tak nak komen apa2 pasal kemalangan tu dan pada tahun 1981, dia juga terlibat dengan kemalangan kereta sehingga meragut nyawanya. Tambah misteri lagi, difahamkan pembeli kereta James Dean juga mengalami insiden yg aku kurang pasti. Akhirnya kereta Spyder milik James Dean ni telah hilang dicuri pada owner yg terakhir. Yg tinggal hanyalah replica kereta Dean yg direka sempena mengingati kematiannya.

The Dark Knight
It is a big loss kerana kita takkan jumpa Joker yg sehebat dia lagi. Selepas kematian Heath Ledger, berbagai2 perkara buruk dikaitkan dgn filem ni. Krew special effect untuk filem ni mati selepas kemalangan kereta untuk satu aksi stunt. Kemudiannya, Christian Bale dituduh menyerang mak dan kakak kandungnya dan yg terbaru August lepas, Morgan Freeman yg memegang watak Lucious Fox dlm The Dark Knight terlibat dlm kemalangan kereta dan cedera parah. However dia sudah pulih sepenuhnya drp kemalangan itu skrg.

Lagu puja Syaitan Led Zeppelin.
Pemain gitar kumpulan Led Zeppelin, Jimmy Page sentiasa dikaitkan dgn Satanisme. Beliau mmg minat mempelajari sesuatu yg mistik dan dari situ dia dituduh memuja syaitan. Lagu yg paling berkaitan adalah Stairway To Heaven. I guess semua rockers2 kapak setuju yg lagu tu adalah lagu slow rock yg terbaik pernah dihasilkan. Adalah org2 barat yg takde kerja menyelidik lagu tu dan mengatakan jika lagu itu diterbalikkan, ia seakan2 quote memuja syaitan. Kematian John Bonham, drummer Led Zeppelin juga ada dikaitkan dgn pemujaan syaitan.

Kematian artis yg berlakon bersama Billy Bob Thornton
Aku pun tak aware pasal kisah misteri ni. Aku tau la beberapa nama pelakon seperti Bernie Mac, John Ritter, dan Heath ledger yg mati. Tapi rupa2nya mereka tu semua pernah berlakon dgn Billy Bob. Selain tu pelakon J.T. Walsh juga mati setelah berlakon dgnnya.

Bruce Lee’s Death
Kematian Bruce Lee sudah lama tapi masih misteri. Tapi apabila anaknya, Brandon Lee, juga mati selepas shooting babak terakhir dlm filem The Crow, org mula memperkatakan tentang sumpahan Bruce Lee.

P/S : Semua ni berdasarkan tontonan aku di TV dan beberapa pick here and there dari internet. Kalau ada silap tu sudi2kan beri inform dan beri komen !

Tuesday, January 27, 2009

Makan Besar : Sabak Steamboat & Berbeque

Huh…kerja balik. Cuti 4 hari yg lepas kira relaks jugaklah dan bila start balik hari ni rasa bosan betul. Hari terakhir cuti panjang semalam aku sempatlah try makan di satu restoran baru kat Taman Melati. Restoran ni dan lama aku dgr tapi cuma semlm sempat pergi. Ianya berkonsepkan steamboat dan bbq grill. Adik ipar aku la yg merekomenkan. Kami pergi 2 keluarga. Okay gak harga dia coz dia charge ikut kepala dan makan buffet. So, sapa2 yg cadang nak pergi ke Restoran Sabak kat Tmn Melati ni, kosong2kanlah perut korang. Sebenarnya, steamboat aku tak heran sgt kerana bukan favourite aku. Tapi bila dia siap dgn BBQ grill…hmmm ‘tala’ non-stop la aku. Perut aku yg sememangnya kempis ni pun tiba2 jadi kembung. Harga sekepala utk adult adalah RM25 ++, manakala kanak2 umur 6-12 thn harganya RM15. Oh ya…bukan steamboat dan bbq aje yg ada, ada jugak hidangan sampingan seperti nasi goreng, kuay teow, rojak buah dan ais krim.Tapi honestly, hidangan sampingan ni tak sedap sangat. Baik korang concentrate mkn steamboat dan bbq. Takde buffet utk air minuman, that one korang kena order separately.

Sayang, adik ipar aku yg ikut bersama, tak dpt enjoy mkn sgt coz anak lelakinya mmg tersangatlah aktifnya. Mujur anak2 aku dah besar2 belaka. Actually, kat Taman Melati berhampiran PV6 condo ni bnyk shoplot2 yg di’occupied’ utk restoran2 so kalau korang teringin nak makan special sikit, bolehlah jenguk2 kat area ni. Ianya kat jalan highway MRR2 antara Gombak dan Wangsa Maju.

SABAK Steamboat & Berbeque
No 49-1G, 49G & LG
JALAN MELATI UTAMA 4
MELATI UTAMA
53100 KUALA LUMPUR.

Tuesday, January 13, 2009

New Babes on the Block - Natalie Martinez

Awek American Latin ni mmg tak pernah kita nampak dlm filem2 unless korang adalah peminat siri TV telenovela. Satu2nya appearancenya dlm filem adalah Death Race. Natalie Martinez sebagai co-pilot Jason Statham. Secara realitinya tak taulah mcmmana si Jason tu boleh bawak kereta laju2 dgn adanya Natalie yg seksi giler disebelahnya..?!

Natalie dilahirkan pada 12 Julai 1984 di Miami, Florida. Memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan pelakon siri2 Telenovela antaranya Saints and Sinners bersama2 Bo Derek dan Morgan Fairchild. Kejayaan di dalam bidang modelnya adalah apabila dia dipilih oleh Jennifer Lopez utk memperagakan barangan/pakaian jenamanya JLo. Dgn asset yg dia ada dan paras rupa yg cantik, tak heranlah jika Natalie ni boleh lawan taukenya sendiri iaitu Jennifer Lopez yg dah quite season sekarang ni ! Hopefully kita akan tgk bnyk lagi appearancenya dlm filem2 utk tahun2 akan datang ni.




Thursday, January 01, 2009

Gotham : Sekuel The Dark Knight ???

Sapa2 yg percaya pada rumours bahawa sequel kepada The dark Knight bertajuk Gotham, well itu cuma rumours je dan Nolan dan tenaga produksi sendiri menafikannya! Lebih teruk lagi…Eddie Murphy sebagai Riddler…??? What the fuck…? Mmg tak dpt diterima langsung. Selain tu Rachel Weisz sebagai Catwoman dan Shia LeBeouf sebagai Robin. Tolong la…Batman & Robin dah prove yg filem yg ada Batman sidekick mmg tak sesuai langsung…! Rachel Wiesz pulak muka terlalu lembut utk watak Catwoman. Nasib baiklah ini semua hanya mimpi ngeri dan bukan jadi kenyataan. Aku pun tak percaya yg Nolan akan cast mereka bertiga ni. Anyway, ini semua berita drp tabloid UK, tapi pada sapa2 yg tak tau, suratkhabar ini jugaklah yg memberi kita rumours bahawa Daniel Craig akan jadi James Bond yg ke 6…! Pada mulanya semua tak percaya dan mengutuk tetapi apa dah jadi sekarang…? Nak percaya ke tak…???
P/S : Ingat Jim Carrey dah cukup menyakitkan hati sebagai The Riddler. Ini lg teruk !

Wednesday, December 24, 2008

Worst Filem 2008 ?

Kita dah hampir menuju akhir 2008 dan honestly, aku tak bnyk menonton filem tahun ni. Best filem mmg banyak as well as worst film, tapi bila browse thru internet, aku relief juga bila dpt tau kebanyakan worst filem mmg aku tak tonton movienya ataupun menonton separuh aje drp ceritanya.

Here is my list of worst movies utk 2008 in no particular order. Here goes :

Meet The Spartans

Lawak yg paling bodoh dan meloyakan. Bukanlah bermakna aku tak suka /parody spoof film. Cuma kebelakangan ni bnyk sgt filem parody yg terlalu mengarut. Last parody film yg best aku tonton adalah Scary Movie 4 (actually semua Scary Movie franchise aku enjoy) but this Spartans sgt2 annoying especially ketuanya Leonidas lakonan Sean Maguire. Babak paling bosan & wasted bila all these Spartans starts menari hip hop as a parody to Stomp The Yard. And, believe me, aku stop tonton filem ni utk 20 minit terakhir dan tak peduli bagaimana endingnya. Babak yg sikit best mungkin bila keluarnya Carmen Electra sebagai isteri Leonidas.

The Eye
Demi kerana minat horror movie, aku gagahkan tgk filem ni walaupun my instinct cakap yg this is going to be crap remake. First of all, original The Eye pun tak menarik minat aku, tapi ini lagi teruk. Buktinya aku beberapa kali play…stop…play…stop DVD player aku bila aku mengantuk. Malah tonton filem ni mengambil masa 3 hari kerana every 30 minutes aku starts to sleep. Bosan tahap cipan! Performance Jessica Alba yg paling buruk pernah aku tgk.

Over Her Dead Body

Lagi satu filem yg aku tak habis tonton. Sampai 1 jam filem ni aku tak tau apa yg kelakar tentang filem ni tapi yg pasti Eva Longoria tak kelakar. Perangainya sama dgn wataknya dlm Desperate Housewives, kecik2 cili api dan funny, tapi not for this movie. Bad acting, bad jokes membuatkan filem ni aku tak sambung lagi selepas aku tertidur di pertengahan filem. Utk orang yg betul2 “Desperate” dgn Eva aje boleh menonton filem ni.

Fool’s Gold

Aku tak pernah suka Matthew McConaughey. Bila diaorg pernah umumkan nama dia utk lelaki terseksi, aku like….what…???!!! I don’t know about seksi tapi biasanya lakonannya on screen selalu menyakitkan hati aku. Bnyk mulut dan tunjuk hebat sangat. Matthew and heroinnya Kate Hudson pernah berganding sebelum ni dlm How to Lose a Guy in 10 Days, which is fairly good movie. Tapi dlm filem ni kedua2 pasangan hilang touchnya, kecoh lebih tapi tak kelakar. Romantic adventure comedy yg tak menjadi.

10,000 B.C


Nama Ronald Emmerich mmg kira dahsyat la dgn filem2 big budget dan special effectnya, tapi tak concern much on the plot. Aku tak boleh teirma filem yg berlatarbelakangkan 12,000 tahun yg lepas mempunyai dialogue seperti yg kita pakai hari2. Yes, this is just a film, but I cannot take it. It seems that apa2 yg keluar drp mulut setiap pelakon dlm filem ni semuanya blew it. Kemunculan awek aku Camille Belle pun tak menolong sgt.

P/S : Kalau korang perasan trailer yg pertama utk filem ni dibuat tanpa dialogue. Nak menipu penonton la tu…..

Prom Night

Filem ni adalah filem slasher tapi tanpa slasher. Pelik…? Filem ni kisahnya tentang seorg wanita yg keluarganya dibunuh oleh cikgu yg obsess giler terhadap pompuan ni. Kemudian dia dihantar ke hospital sakit jiwa for quite some time dan terlepas ‘dan..dan’ waktu senior prom gathering. Takde thrill langsung tonton filem ni apatah lagi nak bagi seram bulu roma aku ni. Di zaman horror/slasher director gila berlumba2 nak menakutkan penonton dgn adegan potong memotong, darah membuak2, filem ni goes opposite.

Babylon A.D.

Filem ni actually, directornya sendiri mengaku tak suka. Ha ha…tak pernah la aku dgr terjadinya kes mcm ni. Ini kerana according to director dia menerima mcm studio interference tapi tak kiralah alasan apa pun, filem yg aku ingat is more like Pitch Black / Chronicles of Riddick ni mmg tak best dan bosan. Part endingnya paling teruk dan bnyk tergantung dan persoalan tak terjawab.

X-Files – I Want To Believe

First of all, filem ni timingnya pun dah salah. Kenapa nak keluarkan sequel sedangkan filem TV nya dah lama berkubur dan pelakon2nya pun dah agak senja. Mereka masih tak serik2 padahal filem X-Files yg pertama juga ada yg anggap antara worst film tahun tu. Menonton filem ni samalah mcm menonton siri TVnya cuma masanya di extend panjang sikit utk menjadi filem. Lebih teruk lagi, filem ni tiada alien or whatsoever…tersangat muram dan boring.

The Love Guru

Mujur aku tak tonton filem ni. Most of the list in the web nominated this film sebagai yg terburuk and guess what, Jessica Alba once again is in this movie. Ia menunjukkan yg wanita jelita ni actually tak boleh berlakon. Lebih tak logic mcm mana Jessica Alba boleh jatuh cinta dgn si bangang Mike Myers tu !

Hottie & the Nottie

Ini lagi satu filem yg aku taknak tonton. It’s top in the list of worst film in the net. Actually dengar nama Paris Hilton in it, bukan ke org dah expect yg filem ni akan jadi bodoh…?? BTW aku tak teruja pun kalau Paris Hilton berbogel dlm filem ni!

Sunday, December 21, 2008

Hellboy II : The Golden Army (2008)

Cast :
Ron Perlman as Hellboy
Selma Blair as Liz
Doug Jones as Abe Sapien
Luke Goss as Prince Nuada
Anna Walton as Princess Nuala

Director :
Guillermo Del Toro

Walaupun nama Guillermo Del Toro bagitu gah dgn filem Pan’s Labyrinth nya, namun aku tak begitu teruja dgn Hellboy. Tak kiralah Hellboy pertama yg dikeluarkan pada 2004, maupun follow up nya iaitu The Golden Army.

Pada sesiapa yg tak pernah menonton Hellboy dan tak tau wujudnya komik Hellboy, ianya mengisahkan tentang makhluk merah yg bekerja di jabatan rahsia kerajaan menyelidik benda2 paranormal yg ada di atas muka bumi ni. Bersama2 dia adalah seorang perempuan jelita iaitu Liz Sherman (lakonan Selma Blair) yg hampir2 mirip ‘Human Torch’ cuma tak boleh terbang dan Abe Sapien (lakonan Doug Jones) menyerupai makhluk amfibia. Dlm The Golden Army, hubungan Hellboy dan Liz Sherman bertambah rapat sehingga Liz mengandung anak Hellboy. Dlm waktu yg sama, Prince Nuada (lakonan Luke Goss) seorang putera elf telah belot dan menentang Raja yg juga ayahnya. Beliau ingin memulakan perang antara makhluk dgn manusia. Prince Nuada mempunyai kembar perempuannya iaitu Princess Nuala, yg lebih lembut dan menentang tindak tanduk kembarnya. Berang dgn tindakan kembarnya, Princess Nuala melarikan diri dan it’s up to Hellboy dan kawan2nya utk menyelamatkan Nuala dan mematahkan niat jahat Prince Nuada berserta Golden Army nya.


Dari segi plot, ianya amat lemah berbanding Hellboy yg pertama. First of all, aku rasa Hellboy takde match sgt dgn villainnya kali ni. Prince Nuada physically nampak gerun dgn mukanya yg ala2 black metaller, skillnya yg ala2 kungfu dan cekap bermain pedang. Tapi connection Prince Nuada dgn kembarnya Princess Nuala ada sikit2 membuatkan yg villainnya kali ni agak mellow, berbahagi antara niat jahatnya dan kasih saying pada kembarnya. So it makes Prince Nuada bukanlah lawan sebenar utk Hellboy. Even pergelutan Hellboy dgn kuncu2 Nuada juga taklah dahsyat sgt termasuklah angkatan Golden Army yg appear pada babak akhir filem ni. Dan utk memeriahkan lagi filem ni diselitkan sub plot Liz mengandung dan kawan Hellboy iaitu Abe Sapien yg jatuh hati pada Princess Nuala. Selain drp tu takde apa nak diperkatakan utk filem ni.


Of course visual effectnya tentulah stunning, tapi kita telah dihidangkan dgn previous Hellboy dan diikuti oleh Pans Labyrinth, so apalah sgt filem ni dgn plotnya yg ala kadar nak dibandingkan dgn kehebatan filem Pan yg lebih dari segala segi berbanding Hellboy kedua ni. Project seterusnya oleh Del Toro adalah The Hobbit adaptation from J.R.R Tolkien yg tak asing lagi dgn Lord of the Ring nya. At least upcoming projectnya mempunyai plot yg kuat so secara amnya nampak akan jadi big hit tak lama lagi.

Overall, filem ni taklah 'dark' seperti Hellboy yg pertama. Director memasukkan eleman cinta dlm filem ni membabitkan semua watak2 utama dlm filem; Hellboy, Prince Nuada, Liz, Abe Sapien dan Nuala. Mungkin director mahukan filem ni lebih berjiwa, tapi as for me Hellboy is Hellboy dan susah aku nak terima makhluk ni menyerupai sangat physically atau mentally seperti manusia.

P/S : Teringat nama bodoh wayang Hellboy versi Malaysia pada 2006 lepas iaitu “Super Sapien”.

Sunday, December 14, 2008

Perkembangan Terkini DVD Pirates !

Sapa2 yg kaki beli DVD pirate mungkin perasan yg bnyk disc yg dijual menggunakan cover yg tertulis Blu Ray. Then kita akan terfikir…? Ada ke Blu Ray pirate…? Ada kah disc tersebut perlu dimainkan pada Blu Ray player saja…? Tauke kedai DVD pun terangkan lah kat kau….ini disc boleh play kat player DVD jugak, cuma dia copy aje drp Blu Ray yg original. Dan bila kita pasang di rumah….well…it is actually DVD 9 aje. Cuma the package comes nicely membuat korang percaya ianya copy bulat2 drp Blu Ray. Aku pernah beli satu title iaitu Gladiator, kualiti gambar, audio etc semuanya takde beza dgn DVD2 lain yg aku beli. Akhirnya aku tolak kat member aku yg mmg suka collect DVD9.

Beberapa bulan kemudiannya, bersamaan 2 minggu lepas sekali lagi Blu Ray pirate tapi kali ni packingnya betul2 menyerupai Blu Ray yg asal. Again according to tauke tu, mmg boleh dimainkan pada DVD player biasa. Aku suruh tauke tu test, dan ianya mmg berbeza sikit. Gambar lebih terang dan subtitle dan audio option yg bnyk (ada la dlm 10 subtitles dan 5, 6 audio option). So ini buat aku sedikit confident yg mungkin jga ianya betul2 copy drp Blu Ray. Oh ya…extra features dia juga mcm2 ada…! Harganya RM15 sekeping. Kalau korang rasa harga tu berbaloi, korang boleh la try test beli. Hari tu tak bnyk title yg ada….semuanya bnyk filem2 lama. Aku try test beli Kungfu Panda kerana anak aku ikut aku, dan nangis2 nak cerita kartun. Cantik gak picturenya kalau korang pasang pada HD TV (kalau ada la…). Aku tunggu The Dark Knight pulak dlm 1 atau 2 minggu lagi ni. For me it is worth it la, memandangkan kita ni tak mampu nak memiliki Blu Ray player dan juga Blu Ray disc yg tak logic sungguh harganya.

Front cover

Interior

Tuesday, December 09, 2008

Bad Karma

Karma Chameleon…lagu kumpulan pop Culture Club yg tersangatlah glam ni masih terngiang2 kat kepala aku. Tambahan plak dgn frontman pondan band ni iaitu Boy George.

Guess what… tak cukup dgn masalahnya dgn penggunaan dadah previously, kali ni dia telah didapati bersalah atas kesalahan menyeksa dan menggari seorang lelaki berbangsa Norway. Aku tak baca details sgt pasal berita 7 Dec ni, tapi it has to do with lelaki yg diseksa ni taknak tidur sekatil bersamanya. Auwww…!!! Gersang sungguh si’gay’ sorang ni.

Anyway, tgklah betapa bezanya dia skrg….tua dan gemuk, berbanding zaman dulunya yg sungguh bapok!!! Nuff Said !
Dulu....
Sekarang....