Aku betul2 takde mood nak menulis blog nowadays. Aku dah transfer to another department June lepas tapi masih stick to the same company. Mungkin sebab tu aku rasa angin dan idea nak menulis lembab sikit. I started to learn new things and I’m damn slow at the moment. Sebelum ni pun most of the idea dan masa dtg dari ofis berbanding di rumah. Sekarang I’ve quite no. of outstanding issue di dept aku, so aku terpaksa tinggalkan blog aku utk seketika.
Nak ikutkan mcm2 perkara berlaku semasa aku stop buat update. Memandangkan semuanya dah lepas, aku malas nak cerita. Cuma aku nak cerita last week aje iaitu Ahad lepas. Pagi tu…(bukan pagi actually, tapi subuh !), aku join MII Big Walk anjuran Malaysian Insurance Institute dan juga di sponsor oleh TV3 dan beberapa insurance company yg lain. Actually inilah first time aku masuk pertandingan lumba jalan kaki. I feel that aku mmg dah takde aktiviti2 yg memanaskan badan lagi so inilah peluang aku nak kembali exercise. Aku rasa penyertaan yg paling bnyk adalah dari sykt insurans aku berbanding dgn insurans yg lain. So kira kitaorg ni sporting lah dlm bab2 nih…! Isk isk…
Lumba jalan kaki tu bermula dari Dataran Merdeka dan sepanjang 7 KM. Adalah lalu Bank Negara, Bukit Tunku, Jalan Duta, Padang Merbok dan berakhir kat Dataran Merdeka balik. Aiseh…pagi tu kurang awek2 yg masuk la…kenapa la aku tgk semuanya yg kertu2 aje join…? Malas sgt ke awek2 nak bangun pagi di pagi Ahad…?? Takpe la…yg penting aku dpt mood balik nak exercise. Selain larian, adalah aktiviti2 utk kanak2 lepas larian; colouring contest, lucky draw, badut sarkas dan lain2. Isteri dan anak2 aku tak ikut coz pagi sgt… dan aku pun belah awal…pukul 10.30 dah cabut. Oh ya… aku tak menang apa2….dpt sijil aje…tapi estimate aku antara 100 yg terawal (out of 2000 participants)…cewah… next round aku nak target 50 terawal…he, he…
Mcm ni pun boleh ke...???
3 Album yg aku layan sekarang :
Smashing Pumpkin : Zeitgeist
Rihanna : Good Girl Gone Bad
Maroon 5 : It Won't Be Soon Before Long
Lagu yg aku layan sekarang :
Amy Winehouse : Rehab
Lovestoned : Justin Timberlake
Fergie : Big Girls Don't Cry