Thursday, January 29, 2009

Mystery Death & Coincidence - E! True Hollywood Story

Mlm semalam aku menonton sebuah rencana yg menarik di saluran E Entertainment Astro. Mengenai kematian / tragedy misteri atau kebetulan yg melanda sesetengah artis2 barat. Kesemuanya ada 13 insiden dan aku nak sharekan 12 (kerana itu je yg aku ingat!) secara ringkas dgn korang.

Kematian pada usia 27 tahun
Aku pun tak perasan yg kebanyakan rockstar mati pada usia 27 tahun, tapi inilah yg di report oleh rancangan E! ni. Antara nama2 yg sempat aku tangkap ialah Jimi Hendrix, Curt Cobain dan Jim Morrisson (The Doors). Malah rancangan tu sempat lagi menamakan nama2 rockstar yg masih hidup dan bakal menempun umur 27 tahun tak lama lagi. Tak ke seram rockstar2 tu bila tgk nama mereka disebut ??

Misteri no 9 untuk The Beatles
Ini aku pening betul. Tak tau la sapa yg memulakan tentang kebetulan no 9 ni utk kumpulan The Beatles. Mungkin peminat fanatiknya la tu. Album Beatles bertajuk ‘Revolution 9’. Pada intro album ni, ada phrase ‘number 9’ yg disebut beberapa kali dan apabila ia diterbalikkan ianya seakan2 berbunyi ‘Turn me on, dead man’. Phrase ni dikaitkan dgn khabar angin yg mengatakan Paul McCartney sebenarnya dah mati pada 1966 dan Paul yg sekarang adalah penipu. Selain tu Charles Manson, the infamous serial killer juga bnyk berinfluencekan album Revolution 9, membayangkan lirik2 utk album ni bnyk bercerita tentang hari kiamat. Selain tu bnyk analisa tentang no 9 yg aku pun dah lupa, especially bnyk berkait pada John Lennon.

Skrip Berhantu filem komedi "Atuk"
Filem ni tak pernah ke layar perak pun. Malah takde org pun akan tertunggu2 filem ni kalau tak pasal insiden kematian yg berlaku. It seems that siapa2 yg pegang atau bertanggungjawab terhadap skrip filem Atuk ni akan mati. Sebenarnya tak bnyk yg aku dpt info pasal misteri ni kerana takde apa2 info yg aku dpt thru internet. Filem ni akhirnya takde org nak siapkan dan disimpan dlm arkib

Poltergeist
Aku tau yg Heather O Rourke mati selepas episode ke 3 filem ni. Tapi rupa2nya ada lagi tiga kematian dalam masa 6 tahun selepas Poltergeist yg pertama di release; Dominique Dunne, Julian Beck dan Will Sampson. Director utk filem Poltergeist II iaitu Brian Gibson juga mati disebabkan kanser tulang. Sepanjang penggambaran filem ni dari episode pertama hingga ketiga, mcm2 kejadian aneh dialami oleh krew2. Tengkorak2 yg muncul pada ending episode satu pun adalah tengkorak yg betul, dan menunjukkan bahawa lokasi rumah utk filem ni mungkin merupakan tapak perkuburan!

The Exorcist
Tgk filemnya aje kita dah tau seram. Rupa2nya ada juga cerita benar disebalik filem Exorcist ni. Berdasarkan beberapa pendapat, filem ni terkena sumpahan. Beberapa perkara aneh berlaku antaranya set rumah untuk penggambaran filem ni terbakar, kecuali bilik Regan (budak yg kena rasuk) dan terpaksa dibina semula. Director filem ni iaitu William Friedkin, juga mengaku ia terpaksa meminta bantuan paderi utk memulihkan penggambaran mereka. Beberapa kecederaan juga berlaku membabitkan pelakon utama Linda Blair dan Burstyn untuk sesetengah scene.

Curse of the Playboy Centerfold
Ini tentang kematian beberapa model2 playboy yg muncul di poster tengah majalah Playboy; Marilyn Monroe, Jayne Mansfield, Dorothy Stratten dan yang paling terbaru Anna Nicole Smith. Bukan aje nama2 yg aku sebutkan di atas, tapi bnyk lagi model2 yg mati antara sebabnya ialah cancer (paling common), lemah jantung dan accident.

Anna Nicole Smith

Rosemary Baby

Rosemary’s Baby merupakan antara filem horror/thriller yg terbaik pernah dihasilkan sebelum wujudnya The Exorcist ataupun The Omen. Plot tentang kematian Rosemary lakonan Mia Farrow dlm filem ni hampir sama dgn peristiwa benar tentang kematian isteri Polanski yg dibunuh juga sewaktu dia mengandung. Insiden pembunuhan ni ada kena mengena dgn Charles Manson, serial killer yg glamer pada masa itu. Bramford apartment building, iaitu salah satu lokasi set penggambaran filem ni juga, ada tempat John Lennon (The Beatles) dibunuh oleh Mark Chapman. Selain tu filem ni juga mendapat bnyk tentangan drp gereja2 especially pada paparan Satanism dan Anti-Christnya.

Charles Manson

Kereta berhantu James Dean
Kereta ni bolehlah dikatakan berhantu kerana ianya telah meragut beberapa nyawa. Kereta Porsche Spyder 550 dibeli oleh James Dean dan meragut nyawanya pada 30 Sept 1955 sewaktu memandu. Sumpahan bukan setakat itu aje, waktu insiden tu, bukan saja James Dean berada dlm kereta. Mekaniknya, Weutherich juga turut kemalangan tetapi masih bernyawa. Namun selepas insiden tu, Weutherich tak nak komen apa2 pasal kemalangan tu dan pada tahun 1981, dia juga terlibat dengan kemalangan kereta sehingga meragut nyawanya. Tambah misteri lagi, difahamkan pembeli kereta James Dean juga mengalami insiden yg aku kurang pasti. Akhirnya kereta Spyder milik James Dean ni telah hilang dicuri pada owner yg terakhir. Yg tinggal hanyalah replica kereta Dean yg direka sempena mengingati kematiannya.

The Dark Knight
It is a big loss kerana kita takkan jumpa Joker yg sehebat dia lagi. Selepas kematian Heath Ledger, berbagai2 perkara buruk dikaitkan dgn filem ni. Krew special effect untuk filem ni mati selepas kemalangan kereta untuk satu aksi stunt. Kemudiannya, Christian Bale dituduh menyerang mak dan kakak kandungnya dan yg terbaru August lepas, Morgan Freeman yg memegang watak Lucious Fox dlm The Dark Knight terlibat dlm kemalangan kereta dan cedera parah. However dia sudah pulih sepenuhnya drp kemalangan itu skrg.

Lagu puja Syaitan Led Zeppelin.
Pemain gitar kumpulan Led Zeppelin, Jimmy Page sentiasa dikaitkan dgn Satanisme. Beliau mmg minat mempelajari sesuatu yg mistik dan dari situ dia dituduh memuja syaitan. Lagu yg paling berkaitan adalah Stairway To Heaven. I guess semua rockers2 kapak setuju yg lagu tu adalah lagu slow rock yg terbaik pernah dihasilkan. Adalah org2 barat yg takde kerja menyelidik lagu tu dan mengatakan jika lagu itu diterbalikkan, ia seakan2 quote memuja syaitan. Kematian John Bonham, drummer Led Zeppelin juga ada dikaitkan dgn pemujaan syaitan.

Kematian artis yg berlakon bersama Billy Bob Thornton
Aku pun tak aware pasal kisah misteri ni. Aku tau la beberapa nama pelakon seperti Bernie Mac, John Ritter, dan Heath ledger yg mati. Tapi rupa2nya mereka tu semua pernah berlakon dgn Billy Bob. Selain tu pelakon J.T. Walsh juga mati setelah berlakon dgnnya.

Bruce Lee’s Death
Kematian Bruce Lee sudah lama tapi masih misteri. Tapi apabila anaknya, Brandon Lee, juga mati selepas shooting babak terakhir dlm filem The Crow, org mula memperkatakan tentang sumpahan Bruce Lee.

P/S : Semua ni berdasarkan tontonan aku di TV dan beberapa pick here and there dari internet. Kalau ada silap tu sudi2kan beri inform dan beri komen !

Tuesday, January 27, 2009

Makan Besar : Sabak Steamboat & Berbeque

Huh…kerja balik. Cuti 4 hari yg lepas kira relaks jugaklah dan bila start balik hari ni rasa bosan betul. Hari terakhir cuti panjang semalam aku sempatlah try makan di satu restoran baru kat Taman Melati. Restoran ni dan lama aku dgr tapi cuma semlm sempat pergi. Ianya berkonsepkan steamboat dan bbq grill. Adik ipar aku la yg merekomenkan. Kami pergi 2 keluarga. Okay gak harga dia coz dia charge ikut kepala dan makan buffet. So, sapa2 yg cadang nak pergi ke Restoran Sabak kat Tmn Melati ni, kosong2kanlah perut korang. Sebenarnya, steamboat aku tak heran sgt kerana bukan favourite aku. Tapi bila dia siap dgn BBQ grill…hmmm ‘tala’ non-stop la aku. Perut aku yg sememangnya kempis ni pun tiba2 jadi kembung. Harga sekepala utk adult adalah RM25 ++, manakala kanak2 umur 6-12 thn harganya RM15. Oh ya…bukan steamboat dan bbq aje yg ada, ada jugak hidangan sampingan seperti nasi goreng, kuay teow, rojak buah dan ais krim.Tapi honestly, hidangan sampingan ni tak sedap sangat. Baik korang concentrate mkn steamboat dan bbq. Takde buffet utk air minuman, that one korang kena order separately.

Sayang, adik ipar aku yg ikut bersama, tak dpt enjoy mkn sgt coz anak lelakinya mmg tersangatlah aktifnya. Mujur anak2 aku dah besar2 belaka. Actually, kat Taman Melati berhampiran PV6 condo ni bnyk shoplot2 yg di’occupied’ utk restoran2 so kalau korang teringin nak makan special sikit, bolehlah jenguk2 kat area ni. Ianya kat jalan highway MRR2 antara Gombak dan Wangsa Maju.

SABAK Steamboat & Berbeque
No 49-1G, 49G & LG
JALAN MELATI UTAMA 4
MELATI UTAMA
53100 KUALA LUMPUR.

Tuesday, January 13, 2009

New Babes on the Block - Natalie Martinez

Awek American Latin ni mmg tak pernah kita nampak dlm filem2 unless korang adalah peminat siri TV telenovela. Satu2nya appearancenya dlm filem adalah Death Race. Natalie Martinez sebagai co-pilot Jason Statham. Secara realitinya tak taulah mcmmana si Jason tu boleh bawak kereta laju2 dgn adanya Natalie yg seksi giler disebelahnya..?!

Natalie dilahirkan pada 12 Julai 1984 di Miami, Florida. Memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan pelakon siri2 Telenovela antaranya Saints and Sinners bersama2 Bo Derek dan Morgan Fairchild. Kejayaan di dalam bidang modelnya adalah apabila dia dipilih oleh Jennifer Lopez utk memperagakan barangan/pakaian jenamanya JLo. Dgn asset yg dia ada dan paras rupa yg cantik, tak heranlah jika Natalie ni boleh lawan taukenya sendiri iaitu Jennifer Lopez yg dah quite season sekarang ni ! Hopefully kita akan tgk bnyk lagi appearancenya dlm filem2 utk tahun2 akan datang ni.




Thursday, January 01, 2009

Gotham : Sekuel The Dark Knight ???

Sapa2 yg percaya pada rumours bahawa sequel kepada The dark Knight bertajuk Gotham, well itu cuma rumours je dan Nolan dan tenaga produksi sendiri menafikannya! Lebih teruk lagi…Eddie Murphy sebagai Riddler…??? What the fuck…? Mmg tak dpt diterima langsung. Selain tu Rachel Weisz sebagai Catwoman dan Shia LeBeouf sebagai Robin. Tolong la…Batman & Robin dah prove yg filem yg ada Batman sidekick mmg tak sesuai langsung…! Rachel Wiesz pulak muka terlalu lembut utk watak Catwoman. Nasib baiklah ini semua hanya mimpi ngeri dan bukan jadi kenyataan. Aku pun tak percaya yg Nolan akan cast mereka bertiga ni. Anyway, ini semua berita drp tabloid UK, tapi pada sapa2 yg tak tau, suratkhabar ini jugaklah yg memberi kita rumours bahawa Daniel Craig akan jadi James Bond yg ke 6…! Pada mulanya semua tak percaya dan mengutuk tetapi apa dah jadi sekarang…? Nak percaya ke tak…???
P/S : Ingat Jim Carrey dah cukup menyakitkan hati sebagai The Riddler. Ini lg teruk !