DVD for Dummies

Thursday, July 16, 2009

Blast From the Past : Horror cult yg akhirnya aku tonton baru2 nih !

Rosemary’s Baby
Mmg susah aku nak jumpa DVD utk filem ni. Lagu tema dia yg berhantu nyanyian pelakon utamanya sendiri iaitu Mia Farrow dah lama aku dgr. Akhirnya aku suruh member aku download filem ni, kerana aku sendiri xde computer dan connection di rumah aku. Mood filem slow and steady aje, tp kekuatan filem ni adalah performance drp Mia Farrow yg memegang watak sebagai Rosemary, yg mengandungkan anak syaitan ! See her transformation dr perempuan yg cantik sehingga seorg yg sgt tertekan, pucat dan kurus disbbkan oleh surroundingnya yg evil termasuklah suaminya sendiri!. Actually rumah baru yg idiami olehnya suami isteri adalah kawasan dimana penghuninya semua adalah pemuja syaitan. Mmg nampak diaorg ni normal jet p sebenarnya tak. Scene paling glamer adalah wakti Rosemary diberi minuman yg mengkhayalkan dan terus dirogol oleh syaitan tp dlm bentuk seperti mimpi. Babak ni kontroversi jugak diwaktu tu. Ending filem ni juga walau simple tp menggerunkan, walau baby yg keluar tak ditunjukkan muka, tp director Roman Polanski berjaya membuat audience menggambarkan anak Rosemary adalah menyeramkan. Antara horror/thriller terbaik sepanjang zaman.



Suspiria

Thanks again to Syam member aku sbb download filem ni jugak. First filem yg aku tgk arahan Dario Argento adalah Demons. Kita tak boleh bandingkan kedua2nya sgt kerana jarak tahun yg berbeza. Suspiria is way back compare to Demons. Actually ianya sebuah cerita yg gonjeng aje. Bnyk plot hole sana dan sini. Tetapi Dario Argento lebih terkenal dgn mood filemnya yg menyeramkan dan babak2 kematian yg mengerikan ! Suspiria antara filem yg paling seram of all time. Starting filem aje dah seram dgn berbackgroundkan lagu dan bunyi2an yg meremangkan bulu roma kita. Scene dimana seorang perempuan mati dibunuh melalui tingkap antara scene yg paling seram dan brutal zaman tu. Perhaps ini juga menjadi influence filem2 horror seterusnya yg menjadikan objek tingkap sebagai kawasan yg paling seram dlm filem horror. Moralnya jgn dok kat tingkap kalau rasa seram mlm2. Selain tu ada juga beberapa babak seram dan ngeri utk the rest of this film. Pernah dgr ura2 tentang remake filem ni however aku rasa tak relevan utk zaman skrg ni kalau ditiru bulat2.

Labels:

Monday, July 13, 2009

Iron Man 2 Villain - Whiplash (Not to be confused with Metallica's song)

Previously aku update korang tentang remake siri TV, skrg aku update kana pa yg berlaku untuk sequel Iron Man. Utk bahagian kedua ni, penjahatnya adalah Whiplash, salah sorang villain dlm Marvel Comic Universe dan pernah muncul dlm beberapa comic termasuklah Iron Man.


Pelakon yg memegang watak ni ialah Mickey Rourke, antara pelakon yg aku baru discover kehebatannya selepas menonton Sin Ciy. Antara filem terbarunya ialah The Wrestker dan Killshot pada thn yg sama 2008 lepas. Ini adalah sneak peek salah satu adegan Iron Man 2. Tapi ia adalah rough version, dan jika di edit dgn teknik CGI sure akan nampak lebih menarik. Notice ada lampu pada badannya yg menyerupai Iron Man dan ber’background’ kan race track Nascar…??? Well, kita tunggu filem ni yg akan menemui penonton May 2010 !

Labels: ,

Friday, July 03, 2009

The A Team Cast - Blog Bersawang Kembali !

Berikut adalah pelakon2 yg dah confirm utk memegang watak dlm upcoming filem The A Team arahan mungkin menemui penonton on June 2010. Filem akan datang ni akan diarahkan oleh Joe Carnahan, pengarah filem independant yg terkenal dgn filem lepasnya Blood, Guts, Bullets and Octane, Narc dan Smokin' Aces. Filem ni di'produce' oleh Ridley dan Tony Scott.

* Confirmed *
Liam Neeson as John "Hannibal" Smith
Baru je announce. Hmm...bukan ke mendiang George Peppard yg memegang watak siri TV dulu lebih nampak muka nakal dan 'cool'. Aku tak nampak semua ciri2 ni dlm Liam Neeson. Somemore dia ni from U.K, bukan ke nanti pelat2 dan slang2 dia mencacatkan mood A Team ni...?


Bradley Cooper as Templeton "Face" Peck
Sebelum ni Dirk Benedict memegang watak ala2 romeo dan pandai menyamar ni. Aku rasa Bradley Cooper suits watak ni just fine. Dia ada charisma menggoda dan smart.


* Rumours *
Casting2 di bawah masih dlm consideration dan masih belum2 confirm lagi.
Woody Harrelson as Murdock (previously Dwight Schultz)
* an OK choice although aku rasa Woody dah agak tua skrg.


Ice Cube atau 50 Cents as B.A. Baracus (previously Mr T)


This is one of my fave TV series ever, and u just don't blow it Joe Carnahan !


Labels:

Thursday, May 14, 2009

Seeing Double Again...?

Aku baru je beli Fanboys DVD dan lihat pada covernya buat aku terfikir, is this coincidence atau purposely...?? Coz aku pun belum tonton filem Fanboys ni, adakah somewhere dlm filem ni reference terhadap filem 40 YSeeing Double again.ears Old Virgin...? Ada sapa2 boleh jawab...?



Labels:

Thursday, May 07, 2009

What happen...?

Apa kena dgn Anne Hathaway kebelakangan ni ? Her skinny appearance dlm Bride Wars mmg mengejutkan aku. Anorexia…? Well kita pernah tau yg sewaktu zaman remajanya, dia mmg kurus dan setelah couple of movies especially Princess Diaries, dia nampak quite chubby. Dan skrg it seems that dia kembali ke figure asalnya zaman remaja, dan ini antara gambarnya yg terlatest. So korang banding2kanlah gambar ni dgn sebelumnya.

Masa sebelum Oscar 2009 baru2 ni.


Anne...3 thn yg lepas



Labels:

Monday, May 04, 2009

Akan Menghantui Pawagam atau DVD2 cetak rompak !

Drag Me to Hell merupakan sebuah title yg sangat menarik utk horror filem. Tambahan pulak bila dpt tau yg mengarahnya adalah Sam Raimi yg terkenal dgn filem horror Evil Dead atau filem superhero Spider-Man. Utk pengetahuan korang dah 15 tahun Raimi tak mengarah apa2 filem horror ! Mengisahkan tentang Christine, yg telah disumpah oleh one of her client, semata2 kerana dia enggan melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan clientnya. Pelakon2 yg terlibat adalah Alison Lohman (Big Fish, Matchstick Men) as Christine, Justin Long as teman lelaki Christine dan Lorna Raver sebagai client hantu yg menyumpah Christine. Ellen Page (Hard Candy & X-Men : The Last Stand, Juno) pada mulanya disebut sebagai pendukung watak utama Christine tp ditolak kerana beberapa perbezaan pendapat. Tarikh release 29 Mei 2009.

Official Website : http://www.dragmetohell.net/


Final Destination : Death Trip 3D adalah sequel ke empat dlm Final Destination franchise. Filem ni diarahkan oleh David R Ellis yg pernah mengarah utk aequel kedua yg lepas. Ini merupakan sequel yg pertama diedarkan oleh Warner Bros. dan merupakan yg pertama menggunakan teknik 3D utk lebih kepuasan dalam adegan2 kematian dlm filem ni. Budgetnya juga besar around 43 juta semata2 kerana menggunakan teknik 3D nya. Idea utk memasukkan elemen 3D adalah sewaktu sequel ketiga filem ni tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab budget. Sinopsis filem ni sama je dgn yg lepas2 cuma permulaan filem ni bertumpu pada acara lumba kereta yg mengakibatkan beberapa kereta yg kemalangan. Nick hero utama filem ni (lakonan Bobby Campo), mempunyai ilusinasi terhadap kematian tersebut dan mcm biasa dia dgn kawannya try to cheat death. Anyway, filem ni akan menemui penonton pada 28 August 2009.


Yg buat aku tertarik about The Box ni adalah the casting of Cameron Diaz. Walaupun, not one of my fave actress, tapi jarang2 kita tgk dia berlakon dlm filem horror / thriller. The Box mengisahkan sepasang suami isteri yg bermasalah menerima sebungkah kotak daripada seorang lelaki yg tak dikenali. Jika menekan butang pada kotak itu, mereka akan menerima sejumlah wang yg besar. Tetapi mereka tak tau yg apabila menekan butang itu juga, satu nyawa akan mati. Di samping Cameron Diaz, James Marsden (Cyclops dlm X-Men) juga berlakon sebagai suami Norma (Cameron Diaz). Filem horror ni berdasarkan sebuah cereka pendek bertajuk “Button Button”. Filem yg diarahkan oleh Richard Kelly ni akan menemui penonton pada 30 October 2009.

Official Site : http://www.theboxthemovie.com/


The Wolfman ada remake drp filem tahun 1941 dgn title yg sama. Remake ni diarahkan oleh pengarah Joe Johnston (Hidalgo, Jumanji, Jurassic Park III etc) dan dibintangi oleh actor yg tak asing lagi Benicio Del Toro.

Masih mengekalkan plot yg sama tentang Talbot yg menjejaki pebunuh abangnya dan tak mengetahui bahawa pembunuh tersebut adalah werewolf, yg telah menyebabkan kematian penduduk2 di kampung. Nasib Talbot berubah sama sekali apabila dia telah terkena sumpahan werewolf. Selain tu pelakon jelita Emily Blunt juga akan membintangi filem ni sebagai love interest of Talbot. Filem ni akan menemui penonton pada 6 November 2009.


Labels: ,

Monday, April 20, 2009

Tujuh Pound untuk Menebus Dosa...?

Seven Pounds (2008)

Cast :
Will Smith as Tim / Ben Thomas
Rosario Dawson as Emily
Woody Harrelson as Ezra
Michael Ealy as Ben Thomas

Director :
Gabriele Muccino

Tim berupakan seorg manusia yg kecewa setelah insiden kemalangan keretanya yg membabitkan tujuh nyawa termasuklah tunangnya. Insiden tersebut berlaku kerana kecuaian Tim yg menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang memandu. Setelah insiden kemalangan tersebut, Tim berperangai pelik dan menyamar sebagai abangnya Ben, yg bekerja sebagai pemungut income tax. Tim, mencari tujuh inidvidu yg mempunyai personality baik tetapi bernasib malang, utk menolong mereka sebagai menebus dosanya yg mengakibatkan kematian tujuh nyawa. Di dlm proses tersebut, Tim berkenalan dgn Emily, penghidap penyakit jantung dan jatuh cinta dengannya.

Seven Pounds merupakan filem yg korang takkan faham apa yg berlaku sehinggalah korang tgk pada endingnya. Malahan sinopsisnya yg mengatakan yg dia telah menyelamatkan tujuh nyawa juga buat aku confuse kerana yg sempat aku tangkap adalah around 4 atau 5 nyawa saja. Seterusnya, ianya buat korang nak browse balik full plotnya dan barulah korang sedar ada tujuh nyawa yg diselamatkan, semuanya berlaku diawal2 selepas berlakunya insiden kemalangan kereta Tim.

Filem ni sedih, tetapi tak lah begitu sedih seperti aku menonton Changeling, yg merupakan filem sedih terakhir aku tonton sebelum Seven Pounds. Personally aku tak begitu teruja filem2 sedih ni, tapi yg membuatkan aku tertarik menonton filem ni adalah kerana ia mendapat garapan dari pengarah yg pernah mengarah The Pursuit of Happiness, Gabriel Muccino. Bezanya filem terdahulu lebih simple dan terharu menontonnya dgn kemunculan anak Will Smith yg comel iaitu Jaden Smith. Seven Pounds walaupun dgn kekuatan pelakon2 nya, sedikit hambar dengan elemen mellow hubungan antara Tim dan Emily. Aku fikir lebih baik adegan hubungan antara Emily tu dikurangkan utk diberi peluang pada adegan2 lain mengenai watak2 yg telah Tim tolong. Of course aku setuju lah adegan Emily lebih bnyk kerana itulah pengorbanan Tim yg paling besar sehingga dia terpaksa commit suicide, tetapi adegan nyawa2 lain seperti terabai dan seperti yg telah aku mention tadi…instead of tujuh nyawa kita roughly nampak around 4 or 5 nyawa only.


Will Smith dan Rossario Dawson merupakan pelakon kulit hitam yg strong diwaktu ini. Dawson yg last aku tgk dia dlm Eagle Eyes, sekali lagi memberikan performance yg baik sebagai wanita yg menghidap masalah lemah jantung dan rare blood-type. Emily memerlukan penderma jantung, dan Tim yg telah jatuh hati dengannya, telah berkorban tehadap perempuan malang ini. Sebenarnya Tim telah putus asa sejurus selepas insiden kemalangan yg membabitkan tunangnya yg tersayang beserta 6 lagi nyawa dlm vannya. So keputusannya utk membunuh diri di dlm bath tub bersama2 obor2 peliharaannya sebenarnya adalah kerana terlalu kecewa terhadap kematian tunangnya. Perhaps secara kasarnya, pengorbanan Tim adalah sangat mulia dan menyayat hati, tetapi secara reality, susah nak jumpa org seperti ini.

Watak Tim lakonan Will Smith adalah seorg yg pendiam dan introvert. Sebenarnya watak Tim ada persamaannya dgn wataknya dlm I Am Legend, seorg loner. So walaupun menarik performancenya, takde apa2 baru yg diberikan darinya. Namun ada babak2 yg mnarik seperti adegan telefonnya dgn Ezra dimana Tim sounds betul2 kurang ajar dan menghina org buta dgn tujuan utk melihat setakat mana tahap kesabaran Ezra dan layakkah dia menerima kornea mata Tim. Yes, Woody Harrelson is another noteworthy actor dlm filem ni walaupun adegannya sikit aje.


In case sapa2 yg nak tau apakah tujuh pengorbanan Tim utk menebus kematian tujuh nyawa adalah :

1) Menderma lobe paru2 pada abangnya Ben.
2) Menderma sebahagian drp hatinya pada seorg sukarelawan kanak2 Holly.
3) Menderma buah pinggang pada George, seorg jurulatih hoki kanak2
4) Menderma tulang sum-sum pada seorg kanak2 bernama Nicholas.
5) Menyelamatkan Connie Tepos bersama2 anak2nya drp penderaan teman lelaki Connie dgn memberi rumah banglo Tim kepada Connie.
6) Menderma kornea mata kepada Ezra Turner, seorg pemain piano. (selepas kematian Tim melalui wasiat).
7) Menderma jantung kepada kekasihnya Emily (melalui wasiat).

Tajuk filem ni juga agak misteri…tetapi according to Will Smith, ia adalah seberapa berat organ dlm badan yg perlu Tim korbankan untuk menebus dosa masa lampaunya. Nice title though !

Overall, filem ni memang sedih dan perempuan2 tentu akan menangis terharu. Tetapi patut di’improve’ lagi dari segi plotnya supaya kita tak terlalu bosan, tetapi filem ni masih pada standard yg baik.