Wednesday, January 16, 2008

Statue of Liberty once again....

Poster untuk filem baru Cloverfield arahan J.J Abrams ni mengingatkan aku pada filem The Day After Tomorrow. Kedua2nya menggunakan Statue of Liberty sbg objek poster. Walau bagaimanapun filem ni takde kena mengena; Cloverfield adalah monster movie, while The Day After Tomorrow adalah disaster movie.



Tuesday, January 08, 2008

Upcoming Movie : Machete

Aku baru aje lepas tgk DVD filem Planet Terror, iaitu 2nd part of Grind House finally. Permulaan filem ni kita dihidangkan dgn trailer tipu, atau fake trailer filem Machete. Walaupun it’s a fake trailer ianya nampak menarik dan macam filem action old school. Lepas browse through internet, aku tak heranlah bila dengar filem ni akan ditayang di pawagam tak lama lagi. Seperti filem Planet Terror, Machete juga akan diarahkan oleh Robert Rodriguez. Heronya samalah dgn fake trailernya iaitu Danny Trejo yg memegang watak sbg Machete. Nama Danny Trejo mungkin tak glamer, tapi mukanya actually dah bnyk sgt keluar dlm filem sbg supporting actor. Antara filem2 lakonannya ialah; Desperado, Anaconda, Con Air, From Dusk ‘Til Dawn, Devil’s Reject dan bnyk lagi. Mukanya yg bengis tu, sesuai sgt la pegang watak2 action dan villain.

Robert Rodriguez mention mula2 Machete nak dimuatkan dlm extra feature utk DVD Planet Terror, tapi dgn respons yg menggalakkan drp peminat2 filem, akhirnya Rodriguez decide filem ni utk theatrical release. Sinopsis filem ni tak payahlah aku ceritakan kerana tagline utk filem ni pun dah cukup panjang dan detail bebenor… “Yesterday He Was a Decent Man Living A Decent Life. Now He Is a Brutal Savage Who Must Slaughter To Stay Alive”. So tunggu ajelah filem ni keluar dlm thn ni jugak !

P/S : Happy Belated New Year ye kawan2...!