Monday, July 31, 2006

Upcoming Movie : Grind House


Sesiapa yg masih tak tau filem ni, boleh check posting aku yg lepas about upcoming horror movies. Kedua2 director iaitu Tarantino dan Rodriguez will have 75 minit segmen seorg utk present horror masterpiece mereka.

Tarantino’s Death Proof adalah ‘slasher’ movies ala 70an horror movie. Casting yg confirm adalah Kurt Russell, Zoe Bell, Rosario Dawson (also appear in Sin City), Rose McGowan, Vanessa Ferlito, Jordan Ladd, Sydney Tamiia Poitier, Marley Shelton, Tracie Thoms dan Mary Elizabeth. Kurt Russell diambil berlakon kerana segmen ni ada resemblance with “Escape From new York” and “The Thing”.


Manakala Rodriguez’s Planet Terror adalah zombie movie, pun ala2 70an horror movies. Rodriguez ada mention yg this is not an ordinary zombie movie, apa2 hal tunggu kemunculannya di cinema or DVD. Pelakon2 yg terlibat ialah Rose McGowan, Freddy Rodriguez, Josh Brolin, Stacy ‘Fergie’ Ferguson (Black Eyed Peas), Naveen Andrews, Marley Shelton, Michael Biehn, Jeff Fahey, and Michael Parks.


Diaorg dah announce yg tarikh release adalah on 6 April 2007. So Tarantino’s freak dan horror movies as well, jgn lupa tarikh ni…
!
Rose McGowan muncul 2 kali for both segmen

Saturday, July 29, 2006

Keeping Mum (2006)



Cast :
Rowan Atkinson as Walter Goodfellow
Kristin Scott Thomas as Gloria
Maggie Smith as Grace Hawkins
Patrick Swayze as Lance

Director :
Niall Johnson

Kadang2 satu2nya cara nak merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yg semakin renggang adalah dgn kehadiran seorang perempuan tua gila…??? Inilah yg nak disampaikan dlm filem British “Keeping Mum”.

Reverend Walter Goodfellow (lakonan Rowan Atkinson) adalah seorg priest yg dihormati di kawasannya. Busy dgn kerja2nya, ditambah pulak yg dia ni terlalu sibuk nak prepare utk satu convention di Cornwall, Walter telah mengabaikan isteri dan keluarganya. Anak perempuan 17 thnnya, Holly (really hot babes!), bertukar2 pasangan dgn lelaki sehingga ada sekali ter’kantoi’ main dlm caravan boyfriendnya di depan rumah oleh ibunya!

Isteri Walter pulak, Gloria (lakonan Kristin Scott Thomas), sering diabaikan dan agak gersang jugak, akhirnya jatuh cinta dgn pelatih golf peribadinya, Lance (lakonan Patrick Swayze). Manakala anak bongsu lelakinya, Petey, sering dibuli oleh budak2 sekolahnya. Suddenly, Grace Hawkins muncul di dalam keluarga mereka sebagai housekeeper… kira org gajilah tu. Dia blend well with the family, tapi kesemua anggota keluarga Walter tak sedar yg dia sebenarnya adalah bekas pembunuh!

Kesemua anggota keluarga Walter menerima sentuhan dari Grace ni. First dia transformkan Walter drp seorg yg dingin kepada seorg yg pandai berjenaka. Even dia mengajar Walter phrase2 dlm bible yg menceritakan keindahan seks, semata2 utk merapatkan kembali hubungannya suami isteri. Utk anak perempuannya iaitu Holly pulak, diajarnya cara2 memasak dan how to become more feminine, dan akhirnya minah ni pun dapat la steady boyfriend yg kira baik budi pekertinya.

Tapi sifat2 psychonya masih ada lagi! (Dia ni baru keluar penjara). Utk mengajar Gloria yg ada affair tu, dia telah membunuh Lance, golf instructor tu!! Lgpun Lance tu mmg seorg pervert dan suka mengintai anak perempuan Gloria salin baju! Dan pada pembuli2 anak lelaki Walter pulak, dipotongnya tali brek basikal mereka, dan hasilnya ada diantara mereka yg mati. Pada mulanya semua anggota keluarga menganggap Grace sbg seorg ibu, sehinggalah Gloria dan anaknya perempuannya dpt tau yg dia adalah seorg psycho!

Well, this is a black comedy British style dr pengarah Niall Johnson. Tak bnyk yg aku tau mengenai pengarah ni. Ntah kenapa tiba2 aku teringat filem comedy British “Four Weddings and A Funeral”. Bg aku filem Four Weddings ni filem British comedy paling best pernah aku tonton. Oh ya, Four Weddings juga ada appearance of Rowan Atkinson sbg priest. Seperti filem Four Weddings, filem ni juga tak bertumpu pada comedy aje. Sebaliknya lebih bertumpu pada perhubungan kekeluargaan, more drama than comedy bg aku. So korang tak payahlah bayangkan dgn adanya Rowan (Mr Bean) ni, filem ni akan jadi mcm siri Mr Bean pulak! Tapi ada satu scene yg Rowan ni buat lawak Mr bean sikit iaitu masa football match. Rowan juga ada buat babak bercumbu dgn isterinya, tp trust me, he’s not good at it!

Lg satu yg membuatkan aku teringat filem Four Weddings ialah dgn penampilan Kristin Scott Thomas. Dia pun pernah muncul dlm filem tersebut sbg supporting actress. Kristin juga antara pelakon wanita British fave aku, so samada baik atau buruk lakonannya, aku bias katakan yg dia bagus. Aku terkejut jugak dgn penampilan Patrick Swayze sbg golf instructor Amerika. Dah nampak kerepot jugak dia, tapi masih steady. Antara semua watak, aku rasa dia ni yg paling kelakar dgn perangai gatalnya tu. Dia adalah penyeri filem ni.

Org2 baru mungkin tak kenal Maggie Smith ni, tp kalau korang nak tau, dialah Prof. Minerva dlm siri filem Harry Potter. Other than that, dia dah berlakon in tons of filem tak kira in the U.S or U.K. Kredibilitinya sbg pelakon tak perlu dipertikaikan.

Filem ni pada pendapat aku perlu tumpukan lebih sikit pada komedi. Aku rasa kurang kelakar. I mean that’s fine la, tp bila kita tgk Genre filem ni, it’s stated "comedy". Aku rasa its more into drama. Filem ni nampak dark and gloomy pada mulanya, dan memberi intro kepada penontonnya yg filem ni mesti bnyk twist and turnnya, tetapi sampai penghujung takde bnyk surprises berlaku. Hasilnya, aku tak nampak apa2 interesting about this movie. Anyway, bolehlah tengok sekadar hiburan ringan, tp tak sesuai utk tontonan budak2. Aku bagi :

** ½ / *****



Thursday, July 27, 2006

Aku pun nak citer pasal Siti gak...!

Mula2 aku malas jugak nak cerita pasal perkahwinan Siti & Dato K ni. I don't care much about it. Aku sendiri pun tak minat Siti dr segi muzik, aku admit orgnya mmg cute, tp kalau setakat cute aje, buat apa lah aku nak minat dia.
I don't know about u guys, but skrg ni hari2 aku terima e-mail about Siti & Dato K, at least sekali sehari. E-mail mostly yg buruk2 aje. Nampaknya ramai mmg tak setuju Siti kahwin dgn Dato K. Paling sensasi aku rasa ialah gambar anak Dato K (yg ke 2 bongsu kalau tak silap) dgn member2nya kat night club dan di pantai. Bkn anak Dato K aje yg anak org VIP, ada jugak anak2 VIP yg lain dlm gambar tu. Biasa la, VIP kena berkawan dgn VIP la... Gambar di night club tu aku rasa semua org dah tau, sampai Dato K pun ada beri komen yg anaknya tak minum waktu tu. (Betul ke...?). Tapi gambar kat pantai tu mmg aku terkejut la. Aku tak sure pantai mana, but mungkin bkn di M'sia kot. Awek2 anak Dato K ni mmg cun. Mmg terpikat la kalau tgk physically, kacukan lagi. Ada 3 org minah kat gambar pantai tu. Tp ada sorang tu perasan lawa, badan mcm tong dram tp blend dgn awek2 yg cun tu. Apa2 hal pun anak org kaya lah tu! Semua org yg ada email, tentu dah dpt gambar sensasi ni kan. Kalau blm dpt bolehlah bgtau aku, boleh aku forward.
Satu lg yg aku musykil ialah gambar Siti dan bakal anak tiri perempuan dia. Kalau tak silap aku anak Dato K semunya lelaki ? Mungkin bekas bini Dato K yg lain kot. Budak perempuan ni pun takde iras2 muka Dato K. Ikut muka mak dia lah tu.
Selain dr tu, email buruk2kan Dato K berlambak2 aku dpt. Cthnya, Siti terhutang budi dgn Dato K waktu persembahannya di Royal Albert Hall yg lepas. Aku dgr tiket kat Royal tu mmg mahal, so pelajar2 semua tak cukup duit nak tgk. Utk nak mengelakkan tiket tak laku, Dato K sponsor semua student2 kat London tu tgk konsert Siti. Kira Dato K ni selamatkan keadaan la. Tp aku musykil jugak, Siti pun tak dinafikan mmg millionaire jugak. Kenapa dia tak come up with apa2 plan utk selesaikan masalah ni sendiri. After all,duit mmg tak menjadi hal pada dia. Atau mungkin betul la spt kata Siti, Dato K dah miliki hati dia. And Siti pun dah terpikat dgn Dato K, terpikat tang mana tu aku tak tau la.
Aku rasa tak payah la nak tentukan calon mana yg sesuai utk Siti, especially Fazley tu. I mean, tak semestinya sama muda, sama lawa/hensem, sama taraf, dan lain2 semua tu akan bahagia. Tgk la Yusry dan Erra tu. Cuma aku kelakar sikit dgn statement Siti yg kata dia akan menjaga anak2 Dato K dgn penuh kasih sayang. Pergh...mencabar jugak tugas tu, nak jaga anak dia yg kaki 'clubbing' tu. Silap2 kasih sayang lain pulak yg anak2 dia bg kat Siti tu...!
Apa lagi email yg aku terima...?? Hmm... komik Dato K & Siti pun ada... biodata Dato K yg panjang lebarpun ada, bak kata pakcik MMA...mcm2 ada...!
Mintak maafla, kalau aku ada singgung perasaan org lain. Time ni aku rasa blog aku ni mcm blog gossip pulak. Apa2 hal, aku ucap tahniah la pada Siti kerana dah bertemu jodoh. Tak semua artis yg kahwin dgnVIP, runtuh rumahtangganya. So aku ucapkan selamat berbahagia ke anak cucu...! Aku takde belah mana2 pihak. Neutral aje. Oh ya, bawah ni ada gambar yg aku dpt dr email, mcm mana rupa bakal anak Siti & DatoK. Jgn get offended, ini bkn aku buat. Just for fun only.
p/s Editor menulis posting ni berlatar belakangkan lagu "Pupus" nyanyian Dewa. Uhuk...uhuk...sedih Siti kahwin...


Wednesday, July 26, 2006

16 Blocks (2006)

Cast :
Bruce Willis as Jack Mosley
Dante ‘Mos Def’ Smith as Eddie Bunker
David Morse as Frank Nugent
Director :
Richard Donner
16 Blocks adalah action cop film yg very corny. Tapi kira oklah coz walaupun plot dan dialog very simple and typical, tapi very entertaining, dgn babak tembak menembak dan suspense nya. Basically it is about corrupted cops yg ada dlm dunia modern ni. Detective Jack Mosley (lakonan Bruce Willis) mempunyai tugas yg simple iaitu membawa witness Eddie (lakonan Mos Def) dari station polis ke Centre Street. Apa kena mengena dgn tajuk film ni…?? Well, jaraknya cuma 16 blok aje. Dlm perjalanan, it seems that ada geng yg tak senang hati, dan nak memastikan yg Eddie tu mati. Siapa mereka ni…?? Gangster kumpulan Eddie…? Or a group of corrupted police ?
Spoiler !!! : Actually Eddie ni akan testify I court terhadap Detective Frank (lakonan David Morse) dan kuncu2nya. Mereka ni semua is a corrupted police dan Frank ni nak memastikan yg Eddie ni mati. Detective Jack yg pada mulanya nampak mcm a very decent cops is actually involve dlm case yg Eddie going to testify ni. Means dia ni pun dlm kumpulan Frank jugak. But dia ni kira mcm corrupted cops yg dah insaf la. That’s why dia ni beria2 nak selamatkan Eddie ni. Corrupted polis yg insaf…? Ada ke…?? Well, tak payah la nak kira logic filem ni.
Richard Donner is a veteran director yg bnyk menghasilkan filem2 hebat spt The Omen, Superman, The Goonies dan Lethal Weapon 1 to 4. Ini bukanlah karyanya yg terbaik, tp dia pun dah melalui zaman senjanya.
A cliche watak from Bruce Willis. Walaupun Bruce Willis ada try genre lain cthnya komedi mcm dlm filem The Whole Nine/Ten Yards. aku lebih selesa dia lakon watak action jugak. Cuma skrg dah tua ni dia dah kurang lakonkan action scene and lebih sbg emotional cops aje. Jgn bandingkan dgn watak Die Hard dia dulu, itu masa muda dan bertenaga. Last filem dia mcm Hostage pun kira ok jugak. Watak Jack ni nampak mcm terlalu letih dan mcm polis pencen. Muka pucat je memanjang mcm berpenyakit sgt.. Saja makeup mcm tu ke atau makeup yg tak menjadi ? Apa2 pun, aku respect dgn dia jugak sbb masih aktif sampai skrg.
Mos Def pun OK jugak lakon sbg Eddie, tahanan yg akan jadi witness in court. Mmg dia bnyk mulut dlm filem ni, tapi aku rasa taklah se'irritating' negro2 lain mcm Chris Tucker, Chris Rock dan Martin Lawrence. Aku kurang kenal Mos Def ni, tp yg aku tau dia ni mmg a hip hop singer. Setakat mana ke'popular'annya, aku tak pasti sbb aku tak minat hip hop. Gandingan Bruce Willis dan Mos Def ni ada keserasian, walaupun ada masa suara dan cakap Mos Def ni ada ter'over' sikit.
Davis Morse lakon sbg Det. Frank Nugent, corrupted cops. Dia dan geng2 nya mmg nak pastikan yg si Eddie ni mati. David Morse ni seorg pelakon yg mmg aktif lakon filem2 action. Goods guys ada...bad guys pun ada. Antara filem2nya ialah The Green Mile, Proof of Life, The Negotiator dan The Rock. Tp namanya tak begitu menyerlah coz semua filemnya adalah sbg supporting actor aje. Tp filem2 lakonannya mmg selalu tak menghampakan for those yg suka good old action movie. Wataknya dlm filem ni jugak sgt cliche, so there's nothing new much to say about him.
One more thing, takde awek2 yg cun or muda yg menyerlah dlm filem ni. Mungkin sebab heronya pun dah quite old. Tonton filem ni just for the sake of entertainment. In my opinion aku bagi :
*** / ***** (sure entertain but nothing news)

Bruce Willis and David Morse

Tuesday, July 25, 2006

Al-Fatihah

Al-Fatihah utk Allahyarham Hani Mohsin, 41, yg menghembuskan nafas terakhirnya di kaunter Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam. Turut bersama arwah ialah anak perempuannya, Hani Karmila, 10. Mereka difahamkan mahu bercuti di Langkawi, sebelum arwah 'collapse' akibat serangan jantung.

Ada a few picture of arwah yg aku dpt menerusi email as below :

Di lapangan terbang

Serina. But, seriously...Chef Wan patut dtg...!

Datin Tiara Jacquelina

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama org yg beriman. Insya-Allah.

Monday, July 24, 2006

Babes of the Week : Stacy "Fergie" Ferguson


Stacy Ferguson, atau lebih dikenali sbg "Fergie" di dlm kumpulan hip hop, "Black Eyed Peas" skrg ni merupakan artis yg 'hot' dlm music industry.
Dilahirkan pada 27 Mac 1975 (sama umur dgn aku!) kat Hacienda Heights, California. Dari kecik lg Fergie digalakkan oleh ibubapanya utk involve dlm industri hiburan ni. Masa kecik Fergie bnyk involve dlm Saturday morning cartoon di US dan musical television bersama2 dgn Jeniffer Love Hewitt. Dia juga ada berlakon dlm horror comedy movie.
Tp minatnya lebih menjurus kpd music. Dia ada menubuhkan kumpulan teenage Wild Orchids. Actually, aku pun baru tau yg dia ni bekas kumpulan Wild Orchids. And I remember mmg ada sorang anggota kumpulan tu muka mcm Fergie. Kumpulan tu lebih kurang mcm style En Vogue la... tp kulit putih. Mereka manage sampai 2 album aje. Album ke 3 mereka telah direject oleh label mereka.
Then Fergie bnyk join sbg back-up singer aje dan di sinilah dia bertemu Will.I.Am, ketua kumpulan Black Eyed Peas. Dia dijemput utk menjadi anggota kumpulan permanently. Satu decision yg sgt baik coz Black Eyed Peas seblm ni pun tak begitu menyerlah sbb semua gang2 dia jantan2 belaka! Fergie masuk utk album ke 3 Black Eyed Peas iaitu "Elephunk". It is a massive hits album dgn lagu2 spt 'Where is the Love', 'Shut Up', 'Hey Mama' & 'Let's Get Retarted'. In 2005, album 'Monkey Business' pulak menyusul dan juga mendpt sambutan yg menggalakkkan.
Skrg Fergie nampaknya dah start berjinak2 kembali dgn movie. Korang pernah nampak dia dlm 'Be Cool', dan korang jugak pernah nampak dia bracing herself to drown dlm 'Poseidon'. Ha, skrg dia dah menarik minat Quentin Tarantino & Robert Rodriguez, utk menonjolkan lg her sexy apperance dlm filem horror, 'Grind House'. Skrg dah 2 babes dlm Grind House iaitu Rose Macgowan dan Fergie ni.

In Poseidon

Fakta menarik :
Ada satu kes yg Fergie betul2 bengang dgn Paris Hilton coz dia pernah bagi no. phonenya pada Paris. Unfortunately, Paris Hilton's phone telah dicuri dan semua nombor2 dlm phone book nya disiarkan through internet! Selain Fergie, artis2 lain yg nombornya disiarkan ialah Eminem, Lindsay Lohan, Christina Aguilera etc. Mcm panggilan pervert Fergie dpt dan dia plan nak tukar nombor telefonnya lepas incident tu! Paris kenalah berhati2 lain kali coz si Fergie ni mmg rasa nak tumbuk muka bitch ni !
Paris Hilton

Jalan2 ke Port Dickson


Weekend lepas aku sekeluarga decide to go to Port Dickson ambik angin Bkn cuti2 Malaysia la, coz takde apa2 cost sgt. Apartment dibelanja oleh bapak mertua aku (KWSP Apartment), so cuma keluar duit utk minyak & tol aje. Makan pun tak bnyk cost coz kat sana ada a little family gathering, so makan mlm dan breakfast pagi semuanya di'support'. Apartment tu located at Blue Lagoon, tp to be specific, pantai yg kitaorg duduk tu namanya Pantai Cermin. Tak ramai org kat area tu, mostly mereka bertumpu kat Tanjung Tuan. So, bolehlah mandi manda kat pantai tanpa gangguan, dan bolehlah buat aksi2 melampau kat situ...he, he...

A bit cloudy in evening


Aku sampai kat sana Sabtu around 4.00 pm. Bawak anak2 aku main kat playground apartment tu dulu. Pukul 5.00 aje terus ke laut. Tak sabor2! Ombak besar jugak la, air pasang, aku rasa ada kena mengena dgn tsunami yg berlaku baru2 ni. Tapi aku redah jugak la coz rasanya masih quite ok. Aku get ready jugak in case aku nampak ada ikan2 naik ke darat, terus cabut lari la...sure dgn aku2 kena sapu tsunami! Alhamdulillah, takde apa2 berlaku.
Mlm tu ada dinner kat dewan & award presentation utk employee2 KWSP (branch aje), then ada nyanyi karaoke. Mlm sempat jugak layan DVD sampai 2 pagi kat apartment. Aku tgk "16 Blocks", tgklah kalau ada masa aku review it.
Ahad pagi, breakfast provided. Lepas tu sekali lg round mandi laut. Oh ya, aku lupa pulak nak bgtau yg pantai mmg kotor. Kali ni lebih kotor drp semlm dgn berlumut2 kalau pergi ke tgh laut sikit. Akhirnya aku stop mandi coz badan dah rasa berminyak2. Lepak tepi pantai aje dgn family aku. Apartment yg aku duduk ni sebelah dgn pusat training askar. So tgh lepak2 tiba2 ada bunyi bom, mmg maha kuat sampai bergegar2 bumi. Mula2 ingat terrorist mana la yg lepaskan bom, akhirnya nampak askar2 tu tgh traning kat sebelah. Lega...
Check out lebih kurang pukul 2.00 ptg. Seblm gerak, 'soru' dulu kat Teluk Kemang sambil cuci2 mata. (Tak sedar tu bini dan anak2 ada kat sebelah !). Sayang betul aku tak ambik cuti hari Isnin ni, coz aku rasa badan aku dah mula rasa gatal2 dan pedih2 sikit. Nak ambik MC malas pulak. Aku ni liat sikit nak jumpa doktor!
P/S Aku tension betul kat pasaraya2 di PD. Ada 2 pasaraya aku pegi, beli barang, then mintaklah extra plastic bag satu. Bukan bnyk pun, satu aje. Cashier dgn muka masam tahap cipan, tak bagi extra plastic bag. Kalau korang taknak bg pun, buatlah muka manis sikit! Ini muka sombong ! Besar sgt ke gaji cashier2 kat PD ni!! Nak kata lawa muka pun, lawa lagi muka awek2 menjual kat pasar mlm rumah aku! Mesra lagik...! Piiirahh...!!!
P/S lagik : Bnyk gambar2 aku tak boleh upload sbb besar sgt, tambah plak PC ofis aku ni lembab nak mampos!

Friday, July 21, 2006

Filem2 yg Bakal Meng"Horror"kan Panggung !

Berikut adalah filem2 horror films yg bakal menggegarkan panggung (Panggung worldwide, kalau panggung M'sia mungkin ada yg terkantoi!)
Texas Chainsaw Massacre : The Beginning
Walaupun filem ni dah ada nama, aku tak teruja sgt nak tgk filem ni. Ini kerana aku betul2 dissapointed dgn remake Texas Chainsaw Massacre pada thn 2003 yg lepas. However, kali ni bukanlah remake filem yg originally dibuat pada thn 1974 tu. It is more like a prequel ala2 The Exorcist tu. Perlukah prequel utk filem ni...? Kalau tgk filem2 spt Silence of the Lamb or The Exorcist, nyata sequelnya lebih hebat drp prequel. Anyway, memandangkan ini filem horror, aku still akan beli DVD nya bila keluar nanti. Watak gila Leatherface tu still mengekalkan actor yg sama dgn 2003 punya iaitu Andrew Bryniarski. Dari pengarah yg sama dgn Darkness Falls & will open on 4 October 2006.
Grind House
Ha...filem ni mmg ditunggu2...! One word yg buatkan filem ni akan 'killer'... Quentin Tarantino ! Aku difahamkan filem ni akan ada 2 part yg berlainan, samalah mcm filem2 spt Twilight Zone the Movie, Creepshow or Tales from the Crypt. 1st part akan diarahkan oleh Tarantino dan utk yg 2nd, diarahkan oleh Robert Rodriguez. Tajuk segment Rodriguez is Planet Terror dan Death Proof utk Tarantino. Actress yg terlibat so far aku tau ialah Rose Macgowan, yg lakon siri TV Charmed tu. Setahu aku Tarantino tak pernah mengarah sendiri filem horror (Hostel bukan arahannya, cuma producer), so kita tunggulah mcm mana hasilnya nanti. Schedule to release April 2007.
The Grudge 2
The Grudge la...Ju-On la... Asyik2 remake filem horror Asian. Masih mengekalkan pengarah yg sama iaitu Takashi Shimizu. According to info. Sarah Michelle Gellar masih ada dlm filem ni, tp aku tak sure utk babak bila. Setahu aku Karen lakonan Sarah ni dah mati dlm episod pertama. Anyway, in my opinion, aku prefer American remake of The Ring compare to The Grudge ni. At least 1st part of The Ring lakonan Naomi Watts ni lebih baik berbanding 1st part of The Grudge. Release date : October 2006.
Hostel 2
Following the success of Hostel (even ceritanya mengarut!), Eli Roth berkobar2 utk keluarkan Hostel 2 dan aku dpt rasakan kali ni lebih gila drp yg pertama. Actor Jay Hernandez masih leading actor. Tak bnyk yg aku tau pasal filem ni cuma aku rasa, kali ni Paxton mungkin nak balas dendam member2nya yg mati kena slaughter kat hostel tu kot! Filem ni actually popular pun sbb ada nama Tarantino dlmnya. Ingat tak filem Cabin Fever arahan Eli Roth & brutal jugak, tp tak sepopular mcm Hostel. Release Date : January 2007.
Saw III
Sila refer posting aku yg lepas : Saw III
Rise
Actress Lucy Liu sebagai seorg vampire, tp yg menariknya, dia seek revenge terhadap vampire2 yg telah menghisap darah dia dan bertanggungjawab menjadikannya vampire. Dengar mcm menarik aje filem ni. Apa2 hal tunggu September ni!
The Wicker Man
Also a remake of 1973 horror classic. Nicholas Cage berlakon sebagai seorg lelaki yg menyiasat kehilangan seorg budak perempuan di sebuah pulau, dan mengetahui bahawa penduduk pulau tu semuanya adalah part of kumpulan ilmu hitam. Release Date : September 2006.
Pulse
Filem ni bolehlah diklasifikasikan as a sci-fic horror movie. It is a remake of Kiyoshi Kurosawa classic horror mengisahkan sekumpulan pelajar kolej yg mencari jalan utk menentang kuasa jahat yg mengambil nyawa manusia menggunakan technology yg ada di dunia ini. Sound like aB-movie la, tp apa2 hal tgk aje la. Mmg nak keluar next month ni.
Fragile
Sebuah hospital yg nak ditutup kerana ada defect ke atas structure bangunannya. During pemindahan pesakit2 ke hospital lain di London, mcm2 perkara aneh berlaku. It seems that ada entiti yg tak membenarkan pesakit2 kat hospital tu berpindah. Actress utama filem ni ialah Callista Flockhart yg berlakon sbg lawyer dlm siri TV Ally MacBeal. Scheduled to release on Aug 2006 ni.
The Reaping
Actress hebat Hillary Swank ada dlm filem ni. Seorg budak lelaki dituduh mempunyai supernatural power oleh org2 kampungnya, dan seorg myth debunker cuba utk membuktikan yg budak tu tak bersalah. Director Stephen Hopkins ada mengarah beberapa filem spt Predator 2, Lost in Space & Nightmare on Elm Street 5. Apa2 pun actress Hillary Swank merupakan tarikan utk filem ni. Not exactly filem horror but not worth the wait. Release date : November 2006.

Thursday, July 20, 2006

Posting Makan Lagi...


I don't know about u guys but sekarang ni, Swedish Meatballs yg dihidangkan kat Swedish Cafe di IKEA Mutiara D'sara selalu sgt terngiang2 kat kepala aku. Memang sedap...! Especially kuah dia yg very the menyelerakan.
Actually bukanlah tujuan aku nak makan meatballs tu, tp bila aku lalu kat cafe tu, aku tgk semua org order dishes tu aje. Bukan Cina aje yg order, Melayu pun sama. So, aku try la! Skrg ni aku rasa nak pegi balik ke cafe IKEA tu. Tp masalahnya, u have to tawaf all over IKEA dulu seblm nak ke cafe tu! Tau la, store IKEA tu mmg di design like that, it's part of the marketing plan la tu. Nak suruh org tgk barang2 dia habis2an. So, takkan la aku nak ulang balik tawaf aku tu semata2 nak makan meatballs tu! Pergi ke IKEA also is not a weekly or even monthly visits la coz its very expensive!
Anyway, that swedish cafe patut masuk kat posting my top ten list fave restaurant yg lepas. Harga meatballs tu boleh tahan jugak RM8.90. Maybe next trip aku akan cuba lain2 menu dlm tu. (Tp meatballs tu mesti "ta pao" jugak!). Sudi2 lah visit cafe nih...!

Tuesday, July 18, 2006

Pirates of the Caribbean : Dead Man's Chest (2006)


Cast :
Johnny Depp as Jack Sparrow
Orlando Bloom as Will Turner
Keira Knightley as Elizabeth Swann
Jack Davenport as Norrington
Bill Nighy as Davy Jones
Tom Hollander as Cutler Beckett
Director :
Gore Verbinski
Jack Sparrow dan geng2 (or namesis) nya kembali lagi dlm Dead Man's Chest. Filem ni pasti ditunggu2 oleh peminat2 Pirates... atau peminat Johnny Depp, Keira atau Orlando sendiri. Aku sebenarnya kurang minat filem2 adventure and pirates ni. Berapa bnyk sgtlah filem2 pirates yg best pun! Tp aku betul2 terhibur menonton The Curse of the Black Pearl dulu. Kalau filem yg pertama adalah mengenai villain Capt. Barbossa dan The Black Pearl, kali ni aku rasa musuhnya lebih dahsyat iaitu Davy Jones dan kotak misterinya.
Terlalu panjang dan mcm2 happen dlm filem yg ke2 ni. Semua watak2 mempunyai misinya yg tersendiri :
Will Turner :
Perkahwinan dia dan Elizabeth tergendala sbb mereka ditangkap oleh Lord Cutler Beckett. Mereka dituduh bersubahat menyebabkan Jack Sparrow lepas dlm filem yg pertama. Will diberi tawaran iaitu dia dan tunangnya boleh dilepaskan dgn satu syarat, Will mesti cari kompas ajaib milik Jack dan pulangkan pada Beckett.
Jack Sparrow :
Jack diberitahu oleh bapak Will (yes, bapak Will ada dlm filem ni), yg Davy Jones seek out revenge terhadap Jack atas hutang Jack yg lepas. Jack & crew lari diri ke sebuah pulau yg didiami oleh puak cannibal. Lots of adventure di dalam pulau ni and it is very exciting dan lucu! Setelah Will jumpa Jack, mereka trade-in ; Jack boleh bg kompas ajaibnya pada Will dgn syarat Will kena ambik kunci &kotak misteri (chest) milik Davy Jones.
Elizabeth Swann :
Bapak dia (Governer) lepaskan dia kat lokap dan dia pun larikan diri utk mencari tunangnya, Will, dan Jack Sparrow. Mula2 menyamar jadi pirates dan sertai crew sebuah kapal dlm journey utk mencari tunangnya.
Davy Jones :
It seems dia ni & crew2 dia lagi hodoh dan ngeri drp musuh yg pertama iaitu Capt. Barbossa. Kalau Barbossa dulu is a hantu, dia ni is more like an octopus monster. Kapalnya...perrrggghh...mmg besar, ngeri, brutal dan sebagainya lah! Dia juga ada control seekor raksasa air, iaitu Kraken. Dia boleh summon Kraken bila2 dia suka kalau nak musnahkan sesebuah kapal di perairan. His weakness, tak bolah landing kat daratan.Tujuan utama mengganas adalah sebab hutang Jack terhadapnya.
Dead Man's Chest (Kotak Rahsia Davy) :
Kotak ni mengandungi jantung Davy. Jantung ni lah merupakan kelemahan Davy dan sesiapa yg memilikinya, boleh meng'kontrol' Davy sepenuhnya. Utk bukak kotak ni perlukan kunci. Jack mmg carik kunci ni dan menggunakan Will utk curi kunci drp Davy. Kotak ni actually jadi rebutan bnyk pihak ; Jack Sparrow, Norrington dan Lord Cutler Beckett. Si Will dan Elizabeth pun secara tak langsung terlibat dgn kotak ni.
Norrington :
Pakwe lama Elizabeth yg diupah oleh Lord Cutler Beckett utk cari kotak Davy Jones.
Bootstrap Bill :
Bapak Will Turner. Menjadi tahanan dan hamba kat kapal Davy Jones. Will Turner sempat bertemudgn bapaknya waktu dia kena tahan sementara oleh Davy. Dia berjanji akan melepaskan bapaknya dr cengkaman Davy satu hari nanti.
Tia Dalma :
Bomoh Voodoo yg very 'cool'. Member lama Jack, dan jadi tukang tilik utk nya. She really steals the show in this movie.
Captain Barbossa :
Pun ada dlm filem ni tp ending aje.
Lord Cutler Beckett :
Bapak segala penjahat. Actually dia lah yg paling berkuasa kat negeri tu ; mengarahkan penengkapan Will dan Elizabeth, upah Norrington cari kompas & kotak misteri dan ingin menghapuskan Jack jugak.
Puak2 Cannibal :
Masa Jack dan anak2 kapal mendarat kat pulau diaorg, suddenly mereka sangka Jack adalah tuhan mereka. Lepas dpt tau yg Jack tipu mereka, terus ambik seekor anjing jadi tuhan mereka pulak ! Bodoh betul!!

Enough of the character dan sikit2 mengenai sinopsis filem ni. Kali ni Pirates lebih kelakar drp filem yg pertama. Aku cukup terhibur dgn aksi2 comic Jack dan lain2 pelakon. Aku suka babak kat pulau cannibal tu, yg mana Jack, Will dan crew2 Jack melarikan diri dr dikejar puak Cannibal. Babak pergelutan antara Jack, Will dan Norrington waktu berebut kotak juga hebat dan lucu. Effect pun dahsyat jugak especially scene kapal (entah apa nama, aku lupa pulak!) Davy dan monster laut Kraken tu! Bila tgk Kraken tu, teringat aku filem lama yg pasal octopus giant iaitu 20,000 Leagues Under The Sea. In short, everybody akan terhibur dgn filem ni !!
Dari segi pelakon, semuanya memberikan lakonan yg baik sama mcm filem yg pertama. Cuma aku rasa watak Elizabeth kurang sikit pada permulaan cerita ni. Maklumlah, dia ditangkap agak lama jugak dlm lokap dan tunangnya Will terlebih dahulu dilepaskan. So tak bnyk action drpnya kecuali sejam yg terakhir filem ni. Aku rasa antara semua, watak Will Turner yg paling menyerlah dlm filem ni berbanding Jack Sparrow.
Dr segi jalan cerita, it is more complicated than yg pertama. So, mungkin ada pihak2 yg tak berapa suka dgn jalan cerita yg berbelit2, kerana Pt 1 is simple yet entertaining. Jln cerita yg berbelit2 nilah yg buatkan filem ni non-stop adventure dr mula sampai akhir. Masuk ni, dah 2 filem utk 2006 ni yg endingnya nampak sgt akan ada sequel, yg 1st aku tgk ialah Superman Returns. Tergantung...! Bnyk persoalan yg tak terjawab. Ada la rasa sikit tak puas hati aku pada ending filem ni. Tp aku tau yg Part 3 akan menyusul tak lama lagi.
Aku bagi : *** 1/2 / *****



Ulasan Lain :

Vovin

Monday, July 17, 2006

Babes of the Week....?


Editor : Britney...? Not her lah....the one inside her...!

Berita Kilat

Berita kilat...! Berita kilat...!

Siti Nurhaliza akhirnya mengaku nak kahwin dgn Datuk "K" 21hb Ogos ni...!!!
Sekian, terima kasih!

P/S - Posting yg paling pendek sepanjang aku mem'blog' !

Sunday, July 16, 2006

The New World (2005)


Cast :

Colin Farrell, Christopher Plummer, Christian Bale, Q'Orianka Kilcher

Director :

Terrence Malick

The New World arahan director hebat Terrence Malick adalah sebuah filem yg agak low profile dan bukan yg terbaik drp nya. Tapi ini tak bermakna karyanya kali ni tak hebat, cuma aku lebih prefer filemnya yg terdahulu seperti The Thin Red Line.

Set in tahun 1607, filem ni adalah mengenai Pocahontas. Yes, seperti filem cartoon Disney tu, yg mengisahkan percintaan antara seorg gadis native North American dgn Captain Smith (lakonan Colin Farrell), seorg yg mengetuai sekumpulan English explorer, utk menakluk North America yg selama ni didiami oleh puak native. Tujuan English ni dtg adalah utk meneroka dan membina empayar baru, yg bg mereka is "The New World".

Pada mulanya, Captain Smith ni di jadikan tawanan oleh English dan dilepaskan oleh Captain Newport kerana percaya tenaga dan pemikiran Captain Smith penting utk misi menakluk North America. Dlm menjalankan misinya, Smith bertemu dgn Pocahontas, anak ketua native Powhatan. Pocahontas is so in love dgn Capt. Smith, bak kata org, "cinta pandang pertama". Dialah yg menyelamatkan Smith drp dibunuh oleh org2 asli yg berjaya menangkapnya. Terjadilah episod cinta antara mereka berdua di perkampungan native namun Smith berbelah bagi antara tugasnya dan cintanya.

Akhirnya Smith dibebaskan oleh puak native tu, dan kembali pada kumpulannya. Cinta Pocahontas begitu hebat sehingga dia senyap2 berjumpa dgn Smith, menyebabkan dia dibuang oleh bapanya dan dijaga oleh org2 English. Berita kematian Smith, melukakan lagi hati Pocahontas, kedua2 keluarganya hilang, dan org yg disayangi juga hilang.

Filem ni bknlah totally sama dgn yg kita baca sejarahnya or yg kita lihat dlm cartoon. Kerana selepas drp ini, kita lihat Pocahontas meneruskan hidupnya sendiri, bertemu dgn jejaka hensem, John (lakonan Christian Bale), berkahwin dan mempunyai anak. Berita kematian Smith seperti yg aku jangka, adalah tak benar. Smith sebenarnya kembali ke England kerana tugas. Dia cuba melupakan Pocahontas kerana dia lebih setia kpd negaranya. Pada mulanya, rumahtangga Pocahontas agak goyang kerana berbelah bagi antara suami dan org yg dicintainya.

Dlm filem ni nampak yg Pocahontas adalah anak kesayangan Powhatan, seorg periang dan ke anak2 kan dan terlalu mudah jatuh cinta. Lakonan Q'Orianka biasa saja pada pendapat aku. Susah aku nak ratekan lakonan2 yg ada dlm filem ni kerana tak bnyk dialog antara mereka.Tapi pemilihan pelakon Pocahontas ni sgt bersesuaian, kerana Q'Orianka ni ada muka kacukan org asli sikit. Nasib baik dia tak ambik american blonde babes utk watak heroin filem ni.

Aku ada masalah sikit dgn lakonan Colin Farrell. Watak Smith pun tak bnyk dialog, tp expression muka drp Colin tak begitu memuaskan. Hasilnya takde chemistry antara mereka berdua. Lakonan Cristian Bale sbg suami Pocahontas dan Christopher Plummer sbg Captain Newport menyelamatkan filem ni sikit. Secara rumusnya, kekuatan filem ni adalah its visual presentation. Cinematography is excellent! Dlm filem ni aku dpt tgk perkampungan org asli dan kawasan sekitarnya dgn visual yg sgt details. Bukan itu aje, segala pemandangan North America digambarkan dgn begitu cantik sekali. I guess itulah agaknya style sentuhan Terrence Malick ni, kerana seblm ni pun aku tgk The Thin Red Line, bknlah sebuah filem mengenai perang mainly, but more into relationship dan perasaan antara askar2 America.

Bukan utk tontonan majoriti org ramai. Only recommended for those who like art movie. Aku bagi :

*** 1/2 / *****



Friday, July 14, 2006

Upcoming Comic Adaptation Movie

Lepas tgk Superman Returns yg lepas asyik2 nak cerita pasal superhero aje. This is because aku pun masa kecik2 dulu adalah pengumpul komik2 dari X-Men hinggalah ke Spawn. For me, komik keluaran Marvel lah yg paling cool. DC ni bnyk watak yg old-fashioned sikit. Komik baru spt Image (skrg dah tukar brand kot) juga mempunyai watak2 yg cool especially perempuan2nya yg dilukis seksi!

Anyway, here's some news about filem2 superhero/komik yg akan direlease atau yg sedang ura2 nak dibikin (entah keluar entah tak) :

Ghost Rider (Marvel Comic)

Filem ni bukan rumours lagi. Mmg confirm akan keluar tak lama lagi. Entahlah, tengkorak kepala berapi naik motor...??? Kita tgk ajelah nanti. Nicholas Cage will be Ghost Rider alongside Eva Mendes (super hot babes!). Director dia pun aku tak confident sgt sebab dia jugak yg direct film Daredevil.

Spider-Man 3 (Marvel)

Tak payah cerita bnyk la. Semua org tertunggu2 filem ni. Villain kali ni khabarnya adalah Venom, Sandman dan Green Goblin. Venom adalah yg menyerupai Spider-Man tp dgn custome hitam. Schedule to release in 2007.

Transformers

Director : Michael Bay, director yg hot dgn film2 action-packed yg action je memanjang dr mula ke habis. Ini lg satu project yg dah confirm dan akan release on July 2007. Dulu pernah keluar Tranformers the Movie somewhere in the 80's. Version tersebut pun aku dah kira hebat dan menarik. So for this 2007 version, I expect something yg lebih dahsyat!

Alien Vs Predator 2

Walaupun filem AVP yg pertama kira biasa dan average aje, kutipan yg diaorg dpt mmg menguntungkan. Inilah yg membuatkan mereka come up with the 2nd installment. Scheduled to release on Aug 2007 and still in production.

Wonder Woman (DC)

DC selalu melahirkan watak2 comic yg patriotik sikit. Superman bajunya warna bendera America. Samalah dgn Wonder Woman, warna tema pun merah dan biru. Dah lama jugak kita tak tgk "female" superhero comic adaptation. Last yg aku tau adalah the 'crap' Catwoman lakonan Halle Berry. Previous Wonder Woman adalah lakonan Lynda Carter. Rumours said that Kate Beckinsale adalah actress yg sesuai utk watak ni. In my personal honest opinion... Kate is the best choice...! It is still in production, so takde apa2 berita sgt kecuali Joss Whedon (Serenity) is currently writing the script.

Iron-Man (Marvel)

Release Date : 2008Director : Jon Favreau (Zathura)The film is about the story of billionaire weapons industrialist ‘Tony Stark’ who is transformed by a super-powered suit to become a crime-fighter. Rumours said that Tom Cruise is interested to play the role. In my opinion, Tom Cruise tak sesuai...! Pertama sbb dia pendek, ke dua, muka dia tak sesuai berjambang (Tony Stark in comic berjambang!). Tp...Hollywood can do anything la... Subject to change because it is still under production.

Incredible Hulk (Marvel)

Lagi satu ke...? Apa motif dia buat filem ni. Adakah kerana Ang Lee's version tak begitu berjaya...? Writer Zak Penn (of X2 and X-Men 3) is currently doing the writing.

Thor (Marvel)

Writer : Mark Protosevich (Poseidon). Tak tau bnyk tentang project ni, dan pun lambat keluar. Tapi Thor merupakan superhero comic favourite aku. Watak Thor ni adalah based on Nordic myth. Sekali dia hentak weapon tukul dia tu...bergegar2 bumi! Scheduled to release on 2009.

Fantastic Four & The Silver Surfer/Fantastic Four 2 (Marvel)

Director : Tim Story, the man who brings the 1st installment of Fantastic Four. Silver Surfer dlm comic adalah villain. Ada rupa mcm Ice-Man (X-Men) sikit but with surf board. So aku tak tau la mcm mana dia blend with Dr Doom yg juga akan appear utk 2nd part ni. Release somewhere in 2007.

Teenage Mutant Ninja Turtles

Ha, ha...utk kanak2 ribena. Nantikanlah kemunculan filem ni. Dulu pun pernah keluar filem ni in the 80's. Walaupun target utk kanak2,tp i have to admit mmg menghiburkan! March 2007 kemungkinan keluar.

Wolverine (Prequel) (Marvel)

Aku difahamkan filem ni lebih bertumpu pada mcm mana Logan menjadi Wolverine. Dlm X-Men pun watak ni ajelah yg paling glamour menenggelamkan watak2 lain. So tak heranlah Wolverine akan keluar film solo nya. Even dlm comic book pun there's a seperate comic for him. Actor yg terlibat, tak lain dan tak bukan adalah Hugh Jackman. Writer : David Benioff, yg ada involve dlm filem Troy.

Batman Begin Sequel (DC)

Cast masih sama iaitu Christian Bale & Michael Caine, Director also sama iaitu Christopher Nolan (why change, Nolan is a great director!). We will see comeback of the Joker in this sequel.

Sin City 2 (Dark Horse)

Directed again by Frank Miller & Robert Rodriguez. Tak bnyk yg aku tau pasal yg ke 2 ni.

Captain America (Marvel)

Lambat lagi keluar, maybe around 2009. itu pun kalau jadi.Writer yg involve at the moment adalah David Self (of Road to Perdition, Thirteen Days and the Haunting).

Wednesday, July 12, 2006

Forgotten Hero - Chuck Norris


Timbul idea nak tulis pasal hero fave aku zaman 80 an dulu iaitu Chuck Norris, waktu aku tgk Nazim Masnawi ada post gambar ni kat profile dia. Siapa tak kenal dia ni, yg berbadan sasa, tapi a bit pendek, dgn badannya yg berbulu2 lebat tu. Dia ni terrer betul kung fu. Mana ramai mat saleh yg pandai kung fu? Mostly chinese aje majoriti. Dah tua ni, yg latest aku tau mengenai dia ialah, dia berlakon siri Walker Texas Ranger aje...kita tgk filem2 dia yg lepas2 dan yg menjadi favourite aku waktu dulu2... :
The Way of the Dragon a.k.a Return of the Dragon (1973)
The first appearance of Chuck Norris yg aku tengok. Ini actually adalah filem Bruce Lee. Norris ni adalah sbg hitman pada seorg ketua mafia. He is very stylo dlm filem ni dgn fesyen 70's dia tu, muka muda dan hensem lagi. Babak terakhir pertarungan antara Norris dan Bruce Lee, mmg tak dpt dilupakan. Classic...best gile...!
Delta Force Series
It is something like a disaster movie la, whereby satu jet kena hijacked, dan penumpang2 semua jadi tebusan.There's a secret commando team called The Delta Force dipanggil utk menyelamatkan keadaan dan Chuck Norris adalah salah sorang ahlinya. Ada keluar part 2 in 1990, tp aku tak tgk.
Missing in Action Series
Aku tak suka Norris lakon dlm filem perang. Missing in Action ni is some sort of Rambo la. Zaman2 80s ni, pop-corn-film pasal perang di Vietnam memang popular. Commander Braddock dan pasukannya mempunyai mission utk menyelamatkan kawan2nya yg dijadikan tebusan di Vietnam. Series Missing in Action ni ada sampai part yg ke 3. A very the "american" movie!
An Eye for An Eye (1981)
Filem2 polis sebeginilah yg aku suka Chuck Norris berlakon. Filem ni kisahnya tentang Chuck Norris yg menuntut bela atas kematian cop partnernya. Kepala villain dlm filem ni ialah Christopher Lee. Mcm biasa,action scene kung fu style nya mmg excellent.
Forced Vengeance (1982)
Filem ni adalah 2nd top list of favourite Norris film. Chuck Norris adalah hitman/spy yg bekerja utk sorang casino owner dan mebenteras gangster2 yg ada di casino tu. Filem ni mostly shot at Hong Kong. So feel dia lebih kepada filem kung fu Hong Kong style. Babak best : Masa kawan rumahnya mati kena bunuh gangster dan Chuck Norris terlampau geram dan tuntut bela.
Lone Wolf McQuade (1983)
Ha...inilah filem yg paling top favourite aku! Siri TV Walker Texas Ranger juga diilhamkan dari filem ni. Norris adalah sbg McQuade, a Texas Ranger, yg menjaga keamanan kawasan daerahnya. Lekeh betul dia dlm filem ni! Yg buat aku suka filem ni juga ialah because of David Carradine as the villain. Remember him ? He's Bill in the Quentin Tarantino's Kill Bill ! Very cool villain. Last fight scene pun is a masterpiece, pertemuan antara 2 'otai' Kung Fu Mat Saleh!

Invasion U.S.A (1985)
Masa ni dah nampak filem2 actionnya hilang bisa sikit. Tp Invasion U.S.A ni masih jugak fave aku, kerana bnyk unsur2 ganas. Chuck Norris lakon as a retired CIA agent yg tinggal di Florida Everglades. Suddenly puak2 extremist melancarkan perang besar2an ke atas Miami, dan its up to Chuck Norris ni lah utk saves the day!
Code of Silence (1985)
Huaaarrrggghhh...aku dah start boring dgn filem aksi polis karate dia tu. Filem ni involve drug, tembak, kung fu dan gangster.
Firewalker (1986)
Aku rasa dia pun dah start tau org dah boring dgn karate dia tu. Dia try to be Indiana Jones here! Tapi dia ada partner negro bersama dia lakonan Louis Gossett Jr. Zaman ni pun menyaksikan filem2 advanture ni glamer sikit, dari Indiana Jones, Romancing The Stone, Jewel of the Nile etc... Tp aku rasa filem ni 'weak' sgt nak bandingkan dgn Indiana Jones!
Sidekicks (1993)
Dia dah start berlakon dgn kanak2. Walaupun dia dah tak se brutal mcm dulu, tapi rasa sesuailah dgn usia dia. Takkan nak ber karate sampai tua. Filem ni dpt sambutan jugak despite usia Norris yg dah tua. Kisah nya something about seorg budak yg lembik dan selalu dibuli. Tension dgn keadaannya, budak ni ambik kelas karate dan akhirnya take revenge kat semua yg membulinya.
Skrg ni hero yg ada 'karate' style cannot sell la. Cerita skrg dah lebih complicated dan takde straightforward mcm dulu. Actor2 action mcm Steven Seagal, Jean Claude Van Damme or yg tua sikit iaitu Sylvester Stallone dan Arnold semuanya menuju zaman senja diaorg. Anyway, 80's action film akan sentiasa terpahat dlm memori kita.

Sunday, July 09, 2006

Blast From The Past : 80's Glam & Hair Rock Band

Ha, ha... mmg zaman2 era 80 an dulu, band2 glam ni mmg bnyk membanjiri scene rock ni. Tp kalau fikir2 balik, kelakar betul tgk mamat2 rock ni, dgn gincu la...eye shadow pun adajugak...! Rambut tak payah cerita la...'set' rambu ramba baik punya! Try la tgk filem "Rock" arahan Mamat Khalid tu kalau nak get a better picture. Tp aku rasa band2 Malay ni, kira tak melampau sgt berbanding band2 luar.
Aku grew up dgn band2 glam jugak, di samping band2 yg lebih heavy mcm Iron Maiden, atau yg lebih 'otai' mcm Led Zepellin or Deep Purple. Poster2 band2 mcm Bon Jovi, Motley Crue, Kiss, Twisted Sister, Loudness or Whitesnake pernah jugaklah memenuhi dinding2 bilik aku satu masa dulu.
Bila dah masuk 90's, kita lihat masih ada band2 glam ni cth mcm Gun N Roses or Skid Row. Tapi dlm 90an inilah yg nampak kejatuhan era glam rock ni. Ada setengah band2 ni yg masih survive, cthnya ialah Bon Jovi, tp dah tukar imej kpd lebih adult, rambut pendek, sesuai dgn umur diaorg. Ada a few gambar yg aku upload, so korang bolehlah banding2kan make-up and hairstyle mana yg lebih 'ayu' dan 'meletup'...
Motley Crue

Aku minat band ni. Pakaian sekor2 mcm pondan tapi pada mula2nya diaorg ni nyanyi lagu yg berlirikkan setan jugak. Tp makin lama makin 'mellow' dan start nyanyi pasal babes2 dan lagu cintan. Tommy Lee, bekas laki Pam Anderson punya band. Dia sbg bassist utk kumpulan ni.

Whitesnake

Some of u might still remember lagu "Here I Go Again" nyanyian Whitesnake ni. Suara David Coverdale yg macho tu, memang meremang bulu roma bila mendengarnya. Aku ingat si David ni dpt bini model yg 'cun' ada ada appear a few times dlm video clip kumpulan ni.

W.A.S.P.

Band ni kurang glamer barbanding band2 yg ada aku mention kat post ni. Tp aku mmg suka giler kat band ni. Dah lupa nama vokalis kumpulan ni, tp mereka dari dulu lagi nyanyi lagu yg bertemakan kematian. Imej mereka walaupun ber make-up, lebih cenderung kpd leather hitam, chain dan spike tajam. Kira lebih brutal dr lain2 band glam. Satu aku tak gemar, vokalis dia tu selalu pakai outfit buruk mcm dlm gambar atas tu. (2 dari kiri)

Poison

Band berimej paling pondan sekali. Sebab apa...muka vokalis dia tu punyalah 'jambu' mcm pompuan. Antara semua band, aku rasa band ni lah yg paling bnyk penggunaan lipstik digunakan. Lagu2 mereka pun semua citer pasal awek & cinta. Bkn band fave aku sgt.

Twisted Sister

He, he...aku suka band ni. Sapa2 yg grew up dgn rock 80an ni pasti tau lagu "We're Not Gonna Take It". It is so catchy and rocking. Tak sesuai betul dgn penampilan mereka, especially vokalis mereka yg hodoh dan ganas tu (2 dari kiri). Aku describe vokalis Dee yg hodoh ni, mcm Marilyn Manson zaman sekarang la.

Kiss

Band yg paling glam antara semua. U know why ? Mereka ni lah yg paling bnyk guna make-up dan dressing yg paling gila babi. Tak cukup dgn tu, dgn leather outfit, spike, chain, agaknya mangga kunci rumah pun masuk sekali! Tp bila dgr lagu diaorg....alamak...cintannya. Konsert diaorg pun dahsyat gak, siap ada blow api in the air lagi! Paling kiri tu Gene Simmons, org yg mempunyai lidah antara yg terpanjang di dunia!!

Other worth mentioning :

Ratt, Warrant, Cinderella, White Lion, Loudness, Quiet Riot etc...etc....