Tuesday, July 18, 2006

Pirates of the Caribbean : Dead Man's Chest (2006)


Cast :
Johnny Depp as Jack Sparrow
Orlando Bloom as Will Turner
Keira Knightley as Elizabeth Swann
Jack Davenport as Norrington
Bill Nighy as Davy Jones
Tom Hollander as Cutler Beckett
Director :
Gore Verbinski
Jack Sparrow dan geng2 (or namesis) nya kembali lagi dlm Dead Man's Chest. Filem ni pasti ditunggu2 oleh peminat2 Pirates... atau peminat Johnny Depp, Keira atau Orlando sendiri. Aku sebenarnya kurang minat filem2 adventure and pirates ni. Berapa bnyk sgtlah filem2 pirates yg best pun! Tp aku betul2 terhibur menonton The Curse of the Black Pearl dulu. Kalau filem yg pertama adalah mengenai villain Capt. Barbossa dan The Black Pearl, kali ni aku rasa musuhnya lebih dahsyat iaitu Davy Jones dan kotak misterinya.
Terlalu panjang dan mcm2 happen dlm filem yg ke2 ni. Semua watak2 mempunyai misinya yg tersendiri :
Will Turner :
Perkahwinan dia dan Elizabeth tergendala sbb mereka ditangkap oleh Lord Cutler Beckett. Mereka dituduh bersubahat menyebabkan Jack Sparrow lepas dlm filem yg pertama. Will diberi tawaran iaitu dia dan tunangnya boleh dilepaskan dgn satu syarat, Will mesti cari kompas ajaib milik Jack dan pulangkan pada Beckett.
Jack Sparrow :
Jack diberitahu oleh bapak Will (yes, bapak Will ada dlm filem ni), yg Davy Jones seek out revenge terhadap Jack atas hutang Jack yg lepas. Jack & crew lari diri ke sebuah pulau yg didiami oleh puak cannibal. Lots of adventure di dalam pulau ni and it is very exciting dan lucu! Setelah Will jumpa Jack, mereka trade-in ; Jack boleh bg kompas ajaibnya pada Will dgn syarat Will kena ambik kunci &kotak misteri (chest) milik Davy Jones.
Elizabeth Swann :
Bapak dia (Governer) lepaskan dia kat lokap dan dia pun larikan diri utk mencari tunangnya, Will, dan Jack Sparrow. Mula2 menyamar jadi pirates dan sertai crew sebuah kapal dlm journey utk mencari tunangnya.
Davy Jones :
It seems dia ni & crew2 dia lagi hodoh dan ngeri drp musuh yg pertama iaitu Capt. Barbossa. Kalau Barbossa dulu is a hantu, dia ni is more like an octopus monster. Kapalnya...perrrggghh...mmg besar, ngeri, brutal dan sebagainya lah! Dia juga ada control seekor raksasa air, iaitu Kraken. Dia boleh summon Kraken bila2 dia suka kalau nak musnahkan sesebuah kapal di perairan. His weakness, tak bolah landing kat daratan.Tujuan utama mengganas adalah sebab hutang Jack terhadapnya.
Dead Man's Chest (Kotak Rahsia Davy) :
Kotak ni mengandungi jantung Davy. Jantung ni lah merupakan kelemahan Davy dan sesiapa yg memilikinya, boleh meng'kontrol' Davy sepenuhnya. Utk bukak kotak ni perlukan kunci. Jack mmg carik kunci ni dan menggunakan Will utk curi kunci drp Davy. Kotak ni actually jadi rebutan bnyk pihak ; Jack Sparrow, Norrington dan Lord Cutler Beckett. Si Will dan Elizabeth pun secara tak langsung terlibat dgn kotak ni.
Norrington :
Pakwe lama Elizabeth yg diupah oleh Lord Cutler Beckett utk cari kotak Davy Jones.
Bootstrap Bill :
Bapak Will Turner. Menjadi tahanan dan hamba kat kapal Davy Jones. Will Turner sempat bertemudgn bapaknya waktu dia kena tahan sementara oleh Davy. Dia berjanji akan melepaskan bapaknya dr cengkaman Davy satu hari nanti.
Tia Dalma :
Bomoh Voodoo yg very 'cool'. Member lama Jack, dan jadi tukang tilik utk nya. She really steals the show in this movie.
Captain Barbossa :
Pun ada dlm filem ni tp ending aje.
Lord Cutler Beckett :
Bapak segala penjahat. Actually dia lah yg paling berkuasa kat negeri tu ; mengarahkan penengkapan Will dan Elizabeth, upah Norrington cari kompas & kotak misteri dan ingin menghapuskan Jack jugak.
Puak2 Cannibal :
Masa Jack dan anak2 kapal mendarat kat pulau diaorg, suddenly mereka sangka Jack adalah tuhan mereka. Lepas dpt tau yg Jack tipu mereka, terus ambik seekor anjing jadi tuhan mereka pulak ! Bodoh betul!!

Enough of the character dan sikit2 mengenai sinopsis filem ni. Kali ni Pirates lebih kelakar drp filem yg pertama. Aku cukup terhibur dgn aksi2 comic Jack dan lain2 pelakon. Aku suka babak kat pulau cannibal tu, yg mana Jack, Will dan crew2 Jack melarikan diri dr dikejar puak Cannibal. Babak pergelutan antara Jack, Will dan Norrington waktu berebut kotak juga hebat dan lucu. Effect pun dahsyat jugak especially scene kapal (entah apa nama, aku lupa pulak!) Davy dan monster laut Kraken tu! Bila tgk Kraken tu, teringat aku filem lama yg pasal octopus giant iaitu 20,000 Leagues Under The Sea. In short, everybody akan terhibur dgn filem ni !!
Dari segi pelakon, semuanya memberikan lakonan yg baik sama mcm filem yg pertama. Cuma aku rasa watak Elizabeth kurang sikit pada permulaan cerita ni. Maklumlah, dia ditangkap agak lama jugak dlm lokap dan tunangnya Will terlebih dahulu dilepaskan. So tak bnyk action drpnya kecuali sejam yg terakhir filem ni. Aku rasa antara semua, watak Will Turner yg paling menyerlah dlm filem ni berbanding Jack Sparrow.
Dr segi jalan cerita, it is more complicated than yg pertama. So, mungkin ada pihak2 yg tak berapa suka dgn jalan cerita yg berbelit2, kerana Pt 1 is simple yet entertaining. Jln cerita yg berbelit2 nilah yg buatkan filem ni non-stop adventure dr mula sampai akhir. Masuk ni, dah 2 filem utk 2006 ni yg endingnya nampak sgt akan ada sequel, yg 1st aku tgk ialah Superman Returns. Tergantung...! Bnyk persoalan yg tak terjawab. Ada la rasa sikit tak puas hati aku pada ending filem ni. Tp aku tau yg Part 3 akan menyusul tak lama lagi.
Aku bagi : *** 1/2 / *****



Ulasan Lain :

Vovin

4 comments:

maddox said...

pegi tengok tak ajak aku, you ass hole!!! fucking deep shit!

maddox said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lord Vorphalack said...

woi motherf***er, kau bknnya suka tgk kat panggung ampcorp mall tu...!

so happen class aku cancel, so last minute aku decide la !

Dr. Bentara said...

ok la cerita ni not bad at least sama level dengan yang 1st. Check out my new blog, baru mula2 nak ulas filem...