Cast :
Rowan Atkinson as Walter Goodfellow
Kristin Scott Thomas as Gloria
Maggie Smith as Grace Hawkins
Patrick Swayze as Lance
Director :
Niall Johnson
Kadang2 satu2nya cara nak merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yg semakin renggang adalah dgn kehadiran seorang perempuan tua gila…??? Inilah yg nak disampaikan dlm filem British “Keeping Mum”.
Reverend Walter Goodfellow (lakonan Rowan Atkinson) adalah seorg priest yg dihormati di kawasannya. Busy dgn kerja2nya, ditambah pulak yg dia ni terlalu sibuk nak prepare utk satu convention di Cornwall, Walter telah mengabaikan isteri dan keluarganya. Anak perempuan 17 thnnya, Holly (really hot babes!), bertukar2 pasangan dgn lelaki sehingga ada sekali ter’kantoi’ main dlm caravan boyfriendnya di depan rumah oleh ibunya!
Isteri Walter pulak, Gloria (lakonan Kristin Scott Thomas), sering diabaikan dan agak gersang jugak, akhirnya jatuh cinta dgn pelatih golf peribadinya, Lance (lakonan Patrick Swayze). Manakala anak bongsu lelakinya, Petey, sering dibuli oleh budak2 sekolahnya. Suddenly, Grace Hawkins muncul di dalam keluarga mereka sebagai housekeeper… kira org gajilah tu. Dia blend well with the family, tapi kesemua anggota keluarga Walter tak sedar yg dia sebenarnya adalah bekas pembunuh!
Kesemua anggota keluarga Walter menerima sentuhan dari Grace ni. First dia transformkan Walter drp seorg yg dingin kepada seorg yg pandai berjenaka. Even dia mengajar Walter phrase2 dlm bible yg menceritakan keindahan seks, semata2 utk merapatkan kembali hubungannya suami isteri. Utk anak perempuannya iaitu Holly pulak, diajarnya cara2 memasak dan how to become more feminine, dan akhirnya minah ni pun dapat la steady boyfriend yg kira baik budi pekertinya.
Tapi sifat2 psychonya masih ada lagi! (Dia ni baru keluar penjara). Utk mengajar Gloria yg ada affair tu, dia telah membunuh Lance, golf instructor tu!! Lgpun Lance tu mmg seorg pervert dan suka mengintai anak perempuan Gloria salin baju! Dan pada pembuli2 anak lelaki Walter pulak, dipotongnya tali brek basikal mereka, dan hasilnya ada diantara mereka yg mati. Pada mulanya semua anggota keluarga menganggap Grace sbg seorg ibu, sehinggalah Gloria dan anaknya perempuannya dpt tau yg dia adalah seorg psycho!
Well, this is a black comedy British style dr pengarah Niall Johnson. Tak bnyk yg aku tau mengenai pengarah ni. Ntah kenapa tiba2 aku teringat filem comedy British “Four Weddings and A Funeral”. Bg aku filem Four Weddings ni filem British comedy paling best pernah aku tonton. Oh ya, Four Weddings juga ada appearance of Rowan Atkinson sbg priest. Seperti filem Four Weddings, filem ni juga tak bertumpu pada comedy aje. Sebaliknya lebih bertumpu pada perhubungan kekeluargaan, more drama than comedy bg aku. So korang tak payahlah bayangkan dgn adanya Rowan (Mr Bean) ni, filem ni akan jadi mcm siri Mr Bean pulak! Tapi ada satu scene yg Rowan ni buat lawak Mr bean sikit iaitu masa football match. Rowan juga ada buat babak bercumbu dgn isterinya, tp trust me, he’s not good at it!
Lg satu yg membuatkan aku teringat filem Four Weddings ialah dgn penampilan Kristin Scott Thomas. Dia pun pernah muncul dlm filem tersebut sbg supporting actress. Kristin juga antara pelakon wanita British fave aku, so samada baik atau buruk lakonannya, aku bias katakan yg dia bagus. Aku terkejut jugak dgn penampilan Patrick Swayze sbg golf instructor Amerika. Dah nampak kerepot jugak dia, tapi masih steady. Antara semua watak, aku rasa dia ni yg paling kelakar dgn perangai gatalnya tu. Dia adalah penyeri filem ni.
Org2 baru mungkin tak kenal Maggie Smith ni, tp kalau korang nak tau, dialah Prof. Minerva dlm siri filem Harry Potter. Other than that, dia dah berlakon in tons of filem tak kira in the U.S or U.K. Kredibilitinya sbg pelakon tak perlu dipertikaikan.
Filem ni pada pendapat aku perlu tumpukan lebih sikit pada komedi. Aku rasa kurang kelakar. I mean that’s fine la, tp bila kita tgk Genre filem ni, it’s stated "comedy". Aku rasa its more into drama. Filem ni nampak dark and gloomy pada mulanya, dan memberi intro kepada penontonnya yg filem ni mesti bnyk twist and turnnya, tetapi sampai penghujung takde bnyk surprises berlaku. Hasilnya, aku tak nampak apa2 interesting about this movie. Anyway, bolehlah tengok sekadar hiburan ringan, tp tak sesuai utk tontonan budak2. Aku bagi :
** ½ / *****
No comments:
Post a Comment