Thursday, July 27, 2006

Aku pun nak citer pasal Siti gak...!

Mula2 aku malas jugak nak cerita pasal perkahwinan Siti & Dato K ni. I don't care much about it. Aku sendiri pun tak minat Siti dr segi muzik, aku admit orgnya mmg cute, tp kalau setakat cute aje, buat apa lah aku nak minat dia.
I don't know about u guys, but skrg ni hari2 aku terima e-mail about Siti & Dato K, at least sekali sehari. E-mail mostly yg buruk2 aje. Nampaknya ramai mmg tak setuju Siti kahwin dgn Dato K. Paling sensasi aku rasa ialah gambar anak Dato K (yg ke 2 bongsu kalau tak silap) dgn member2nya kat night club dan di pantai. Bkn anak Dato K aje yg anak org VIP, ada jugak anak2 VIP yg lain dlm gambar tu. Biasa la, VIP kena berkawan dgn VIP la... Gambar di night club tu aku rasa semua org dah tau, sampai Dato K pun ada beri komen yg anaknya tak minum waktu tu. (Betul ke...?). Tapi gambar kat pantai tu mmg aku terkejut la. Aku tak sure pantai mana, but mungkin bkn di M'sia kot. Awek2 anak Dato K ni mmg cun. Mmg terpikat la kalau tgk physically, kacukan lagi. Ada 3 org minah kat gambar pantai tu. Tp ada sorang tu perasan lawa, badan mcm tong dram tp blend dgn awek2 yg cun tu. Apa2 hal pun anak org kaya lah tu! Semua org yg ada email, tentu dah dpt gambar sensasi ni kan. Kalau blm dpt bolehlah bgtau aku, boleh aku forward.
Satu lg yg aku musykil ialah gambar Siti dan bakal anak tiri perempuan dia. Kalau tak silap aku anak Dato K semunya lelaki ? Mungkin bekas bini Dato K yg lain kot. Budak perempuan ni pun takde iras2 muka Dato K. Ikut muka mak dia lah tu.
Selain dr tu, email buruk2kan Dato K berlambak2 aku dpt. Cthnya, Siti terhutang budi dgn Dato K waktu persembahannya di Royal Albert Hall yg lepas. Aku dgr tiket kat Royal tu mmg mahal, so pelajar2 semua tak cukup duit nak tgk. Utk nak mengelakkan tiket tak laku, Dato K sponsor semua student2 kat London tu tgk konsert Siti. Kira Dato K ni selamatkan keadaan la. Tp aku musykil jugak, Siti pun tak dinafikan mmg millionaire jugak. Kenapa dia tak come up with apa2 plan utk selesaikan masalah ni sendiri. After all,duit mmg tak menjadi hal pada dia. Atau mungkin betul la spt kata Siti, Dato K dah miliki hati dia. And Siti pun dah terpikat dgn Dato K, terpikat tang mana tu aku tak tau la.
Aku rasa tak payah la nak tentukan calon mana yg sesuai utk Siti, especially Fazley tu. I mean, tak semestinya sama muda, sama lawa/hensem, sama taraf, dan lain2 semua tu akan bahagia. Tgk la Yusry dan Erra tu. Cuma aku kelakar sikit dgn statement Siti yg kata dia akan menjaga anak2 Dato K dgn penuh kasih sayang. Pergh...mencabar jugak tugas tu, nak jaga anak dia yg kaki 'clubbing' tu. Silap2 kasih sayang lain pulak yg anak2 dia bg kat Siti tu...!
Apa lagi email yg aku terima...?? Hmm... komik Dato K & Siti pun ada... biodata Dato K yg panjang lebarpun ada, bak kata pakcik MMA...mcm2 ada...!
Mintak maafla, kalau aku ada singgung perasaan org lain. Time ni aku rasa blog aku ni mcm blog gossip pulak. Apa2 hal, aku ucap tahniah la pada Siti kerana dah bertemu jodoh. Tak semua artis yg kahwin dgnVIP, runtuh rumahtangganya. So aku ucapkan selamat berbahagia ke anak cucu...! Aku takde belah mana2 pihak. Neutral aje. Oh ya, bawah ni ada gambar yg aku dpt dr email, mcm mana rupa bakal anak Siti & DatoK. Jgn get offended, ini bkn aku buat. Just for fun only.
p/s Editor menulis posting ni berlatar belakangkan lagu "Pupus" nyanyian Dewa. Uhuk...uhuk...sedih Siti kahwin...


No comments: