Monday, July 24, 2006

Jalan2 ke Port Dickson


Weekend lepas aku sekeluarga decide to go to Port Dickson ambik angin Bkn cuti2 Malaysia la, coz takde apa2 cost sgt. Apartment dibelanja oleh bapak mertua aku (KWSP Apartment), so cuma keluar duit utk minyak & tol aje. Makan pun tak bnyk cost coz kat sana ada a little family gathering, so makan mlm dan breakfast pagi semuanya di'support'. Apartment tu located at Blue Lagoon, tp to be specific, pantai yg kitaorg duduk tu namanya Pantai Cermin. Tak ramai org kat area tu, mostly mereka bertumpu kat Tanjung Tuan. So, bolehlah mandi manda kat pantai tanpa gangguan, dan bolehlah buat aksi2 melampau kat situ...he, he...

A bit cloudy in evening


Aku sampai kat sana Sabtu around 4.00 pm. Bawak anak2 aku main kat playground apartment tu dulu. Pukul 5.00 aje terus ke laut. Tak sabor2! Ombak besar jugak la, air pasang, aku rasa ada kena mengena dgn tsunami yg berlaku baru2 ni. Tapi aku redah jugak la coz rasanya masih quite ok. Aku get ready jugak in case aku nampak ada ikan2 naik ke darat, terus cabut lari la...sure dgn aku2 kena sapu tsunami! Alhamdulillah, takde apa2 berlaku.
Mlm tu ada dinner kat dewan & award presentation utk employee2 KWSP (branch aje), then ada nyanyi karaoke. Mlm sempat jugak layan DVD sampai 2 pagi kat apartment. Aku tgk "16 Blocks", tgklah kalau ada masa aku review it.
Ahad pagi, breakfast provided. Lepas tu sekali lg round mandi laut. Oh ya, aku lupa pulak nak bgtau yg pantai mmg kotor. Kali ni lebih kotor drp semlm dgn berlumut2 kalau pergi ke tgh laut sikit. Akhirnya aku stop mandi coz badan dah rasa berminyak2. Lepak tepi pantai aje dgn family aku. Apartment yg aku duduk ni sebelah dgn pusat training askar. So tgh lepak2 tiba2 ada bunyi bom, mmg maha kuat sampai bergegar2 bumi. Mula2 ingat terrorist mana la yg lepaskan bom, akhirnya nampak askar2 tu tgh traning kat sebelah. Lega...
Check out lebih kurang pukul 2.00 ptg. Seblm gerak, 'soru' dulu kat Teluk Kemang sambil cuci2 mata. (Tak sedar tu bini dan anak2 ada kat sebelah !). Sayang betul aku tak ambik cuti hari Isnin ni, coz aku rasa badan aku dah mula rasa gatal2 dan pedih2 sikit. Nak ambik MC malas pulak. Aku ni liat sikit nak jumpa doktor!
P/S Aku tension betul kat pasaraya2 di PD. Ada 2 pasaraya aku pegi, beli barang, then mintaklah extra plastic bag satu. Bukan bnyk pun, satu aje. Cashier dgn muka masam tahap cipan, tak bagi extra plastic bag. Kalau korang taknak bg pun, buatlah muka manis sikit! Ini muka sombong ! Besar sgt ke gaji cashier2 kat PD ni!! Nak kata lawa muka pun, lawa lagi muka awek2 menjual kat pasar mlm rumah aku! Mesra lagik...! Piiirahh...!!!
P/S lagik : Bnyk gambar2 aku tak boleh upload sbb besar sgt, tambah plak PC ofis aku ni lembab nak mampos!

No comments: