Friday, November 26, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)



Cast :

Awie as Hussin

Johan Raja Lawak as Abi Hurairah

Ummi Nazeera as Che Nin

Shy8 as Usop

Avaa Vanjaa as Ayu

Delimawati as Kak Limah

Director :

Mamat Khalid

Aku tersangatlah busy utk mem’blog’ lagi tapi aku gagahkan untuk mengulas jugak kerana tak sanggup mematikan blog yg aku publish since 2006 ni. Hari Selasa lepas aku sempat pergi menonton preview filem terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem ni dilihat sebagai sambungan filem Zombi Kampung Pisang kerana ada beberapa watak yg masih maintain seperti Hussin (Awie), Usop (Shy8), Pak Abu (Zami Ismail) dan beberapa lagi.

Masih mengekalkan genre komedi seram, tetapi aku rasa filem Kak Limah ni lebih suram suasananya, berbanding Zombi Kampung Pisang yg lebih meriah dgn zombie yg pelbagai. Tapi ianya masih melucukan sama seperti Zombi. Tontonlah filem ni dgn fikiran yg terbuka. Pasa mula dulu ketika Zombi Kampung Pisang ditayangkan, ramai yg tak faham apa yg cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dan melabel filem tersebut sebagai hantu lawak bodoh, tapi lama kelamaan persepsi sesetengah mereka mula berubah kerana disebaliknya ada diselitkan juga mesej dan kritikan sosial terhadap beberapa isu. Selain tu aku rasa, kanak2 juga mendapati filem ni menghiburkan. Filem sebegini memang intentionally ‘bodoh’ dan sesiapa yg menontonnya janganlah menganggap serius penyampaiannya. Jika nak tgk filem serius, berlambak2 lagi ada dipasaran utk ditonton. Samalah dgn filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni.

Instead me’review’ filem secara menyeluruh, aku decide utk bagi point form aje apa yg positif & negative tentang filem ni.

  • Fake trailer. Trailer filem zombi yg lain. Adakah fake trailer ini akan menemui penonton tak lama lagi…? They did mention a few director yg mengarah seperti Aziz M Osman & Ahmad Idham (if I’m not mistaken). Teringat aku pada filem GrindHouse : Planet Terror yg ada menampilkan beberapa fake trailer dan hasilnya salah satunya Machete akhirnya menemui penonton. Tak lupa juga dgn filem Papadom arahan Afdlin yg ada diselitkan trailer filem zombi. Jadi tak heranlah kalau ada lagi filem2 zombi tempatan yg akan menemui penonton.
  • Intro filem yg sangat old school seperti filem2 horror luar negara zaman 60 – 70an. Maksud aku title theme terus aje muncul secara terkejut takde apa2 intro.
  • Masih lawak seperti filem terdahulu. Watak Usop yg lumpuh kali ni seperti biasa memang menghiburkan dgn wheel chairnya, yg aku sendiri pun tak sure samada dia ni lumpuh atau tak sebenarnya. Aku tak fikir dgn adanya Johan Raja Lawak filem ni menjadi bertambah lucu. Ini kerana supporting cast yg lain sudah cukup utk memeriahkan filem ni. Aku terasa kehilangan AC Mizal yg ada muncul dlm Zombi Kg Pisang yg lawaknya lebih selamba. Mungkin jika diambil Zizan Raja Lawak sebagai ganti, ianya pilihan yang lebih tepat.
  • Scene2 yg menyeramkan. Seperti yg aku sebutkan tadi filem ni lebih suram dan seram berbanding Zombi. Ini mungkin kerana hantunya hanya Kak Limah, yg penduduk Kg Pisang tercari2. Ini berbeza dgn Zombi yg mencari dan menyerang penduduk Kg Pisang. So elemen misteri lebih menyerlah dlm filem ni. Adegan seperti Kak Limah di atas bumbung rumah walaupun nampak ada cacatnya tapi masih terasa seramnya. Babak Kak Limah dgn rambut panjangnya berdiri senget walaupun hanya sekilas je tapi terasa berdiri bulu roma.
  • Elemen twist no 1 : Seperti yg kita tau ini adalah komedi seram. Sudah tentulah ada penonton yg dah biasa dgn genre sebegini. Maksud aku status sebenar Kak Limah kekadang memang dah dijangka. Maklumlah jika betul2 Kak Limah adalah hantu, tentu filem ni dah jadi hantu seram dan bukan komedi seram.
  • Elemen twist no 2. Terikut2 dgn kejutan yg pernah disampaikan oleh Shyamalan dlm Sixth Sense. Filem ni juga tak ketinggalan menampilkan watak Che Nin lakonan Ummi Nazeera bekas tunang Husin yg penuh misteri. Namun partly aku rasa kejutan ni berjaya la jugak kerana aku tidak sehingga pertengahan filem ni barulah aku tau status watak Che Nin ni.
  • Tak faham apa motif kemunculan satu lagi watak iaitu Ayu lakonan Avaa Vanjaa. Adakah akan ada sambungan tentang beliau pula…? Hanya Mamat Khalid yg tau.
  • Seperti Zombi Kg Pisang, ada salah satu watak penduduk kampung yg bangga dgn bekerja gomen. Attandant hospital yg berdedikasi merangkap pemandu ambulans yg asyik2 membebel dgn keadaan kampung tapi riaknya masih ada.
  • Homage terhadap filem2 Indonesia seram dan alam kedukunan. Kemunculan watak Wak Joko lakonan Shoffi Jikan tak lah membuat kita ketawa terbahak2 tetapi tersenyum jugak especially sesiapa yg ada layan filem2 Indonesia sekitar 80an.
  • Oh ya….Awie’s rendition of Cinta Kristal yg pernah dinyanyikan oleh Rahim Maarof juga agak menarik.

Anak aku ketawa terbahak2 tgk filem ni sama seperti reaksinya pada filem Zombi Kg Pisang. Jom gamatkan panggung pada 9 Disember ni. Bawak budak ramai2, lagipun diaorg pun cuti sekolah kan