Friday, September 26, 2008

E-Kad Hari Raya Pengganti Diri


Aku tgk tahun ni bnyk company2 yg tak mengeluarkan Kad Raya company lagi sebaliknya menyediakan e-Kad utk staff2 nya hantar kad kepada kenalan2 or business associate mereka. Cthnya aku ada dpt 2 e-Kad yg cantik dari staff CIMB dan juga beberapa from insurance company. Malangnya insurance co. tempat aku bekerja masih menggunakan kad manual yg mmg aku takde masa nak hantar. So, dlm blog ni lah aku ambik kesempatan utk mengucapkan..."SELAMAT HARI RAYA" kepada sesiapa yg mengenali aku especially kepada blogger2 dan siapa2 yg membaca blog aku, yg aku tak pernah bersua muka tetapi masih aku anggap sahabat. Lastly, dgn turunnya minyak lagi seciput 10 sen ni, diharap korang2 takdelah nak bawa kereta laju di Hari Raya ni. Ingat org tersayang OK.... Salam Aidilfitri !

Monday, September 22, 2008

Blast From The Past : Kalkitos

Aku tak taulah kalau korang pernah dgr Kalkitos. For those yg hidup zaman kanak2 awal 80an tentu tau pasal benda ni. Hmmm…how to explain it ? Well, ia adalah a foldable sheet of cardboard dgn bermcm2 background. Disertakan sekali one piece of transparent paper yg mengandungi beberapa watak, benda2 atau apa2 lagilah yg boleh digores pada background yg diberi. Cara gores biasanya kita guna pensil je dan melekatlah character or benda tu pada backgroundnya. Siapa2 yg mempunyai imagination yg tinggi akan menghasilkan karya yg cantik. Susah betul nak explain pada yg tak tau ni, tapi ini adalah beberapa contoh Kalkitos ni.


Idea Kalkitos ni dicipta oleh Gillette Co’s (aku ingatkan mereka ni buat pisau cukur je..!). Bnyk tema Kalkitos ni antaranya; tema superhero (Superman, Spider-Man), kartun (yg paling aku ingat adalah Asterix, Flinstones, Scooby-Doo or Yogi Bear) atau pemandangan2, scenery2 dan binatang2…pendek kata semuanya ada. Dia ada dua saiz kalau tak silap aku; regular size adalah sekitar 70 or 80 sen dan yg besar around RM1.50. Masa tu kira mahal jugaklah coz kita ni harapkan duit mak bapak je.

Walaupun aku ni dah besar panjang, tapi teringin gak main kalau terjumpa Kalkitos ni. Anak2 aku tentu suka gak dgn benda ni. Selain menghiburkan ianya juga merangsang minda anak2 korang dan menjadikan anak korang lebih kreatif. Tapi sayang dah takde dan aku heran gak kenapa sekejap je keluar benda ni. Aku rasakan ianya masih relevan jika di keluarkan sekarang ni. Dgr khabar Kalkitos boleh didapati di E-Bay tapi harga tentulah mahal ya amat. Mungkin sekarang ni ada juga permainan seumpama ni, tapi taklah dikomersilkan seluas2nya dan mudah dicari mcm Kalkitos dulu. Ish…! Wish aku boleh turn back time for a while.

Sunday, September 21, 2008

Lagu Tema Quantum of Solace

Bagi peminat2 filem2 James Bond, tentu tertunggu2 kemunculan Quantum of Solace yg akan memasuki pawagam 14 November ni. Sebelum tu korang boleh dgr/download lagu tema utk filem Bond akan dtg ni nyanyian Alicia Keys featuring Jack Black (from The White Stripes). Sebelum ni desas desus mengatakan lagu tema akan dinyanyikan oleh Amy Winehouse. Anyway, lagu tema ni mmg ala2 The White Stripes influence… I mean groovy, bluesy rock and roll….! Enjoy…!
Another Way To Die MP3

Monday, September 15, 2008

Vantage Point (2008)



Director :
Pete Travis

Cast :
Dennis Quaid as Thomas Barnes
William Hurt as President Ashton
Matthew Fox as Kent Taylor
Forest Whitaker as Howard Lewis

Vantage Point adalah filem assassination of President of USA. Bukan ke berlambak2 filem bertemakan sebegini ? Namun bila tgk trailer aku rasakan ada sesuatu yg berlainan tentang filem ni. Thank God, bila menontonnya, mmg ia bukan filem assassination yg biasa. Walaupun ianya a bit cheesy tapi konsep filem ni membuatkan kita tak bosan menontonnya. Mengambil idea konsep filem Rashomon arahan Akira Kuroshiwa, atau filem2 yg lebih baru seperti The Usual Suspect, filem ni padat dgn action, explosive dan tembak menembak akan memuaskan hati peminat filem2 action. Ia mengisahkan tentang pembunuhan presiden Amerika dlm conference Anti-Terrorist di Salamca, Spain pada tepat pukul 12.00 tgh hari. Permulaannya yang kacau bilau mengingatkan aku pada filem2 Jerry Bruckheimer penuh dgn tension.

Lapan character connected to the incident dan diceritakan dari sudut setiap character satu persatu. Pasal tulah setiap kali filem ni masuk 15 minit, ia di ‘rewind’ balik pada pukul 12.00 tgh hari waktu presiden dibunuh tapi dari sudut watak yg lain. Antara watak2 itu ialah secret service agent/bodyguard presiden lakonan Dennis Quaid, polis Spanish yg dlm undercover, president US sendiri lakonan William Hurt dan seorg pelancong Amerika yg sempat merakam peristiwa tersebut menerusi camcodernya lakonan Forest Whitaker. Penceritaan filem dari satu watak ke satu watak akhirnya dihuraikan pada penghujung filem.

Sayangnya filem ni tak mengambil kesempatan menggunakan kekuatan pelakon2 power yg ada. Nama2 seperti Dennis Quaid, Forest Whitaker, William Hurt dan Sigourney Weaver mmg tak asing lagi dlm filem tetapi takde apa2 performance mereka yg notable. Barangkali ini lah style filem arahan Pete Travis yg langsung aku tak tau background dia dlm bidang perfileman. Dia bolehlah dikatakan baru dlm bidang mengarah filem ni. Filem ni lebih mementingkan fast paced action pack cthnya adegan2 seperti car chase, letupan bom di bangunan dan tembak menembak. Scene car chase antara agent Thomas Barnes dgn terrorist Spain antara adegan yg menarik dan tension. Ada juga beberapa scene2 yg tak logic mengingatkan aku pada filem2 action 80an di mana character2 utama especially agent Thomas Barnes yg susah betul nak cedera walaupun berada dekat dgn insiden letupan di Salamanca ataupun adegan tembak menembaknya. Ini salah satu kelemahan filem ni yg ketara. Filam ni juga mempunyai twistnya, iaitu sorang lagi agent iaitu Kent Taylor lakonan Matthew Fox yg sebenarnya traitor dlm pasukan secret service. This traitor thing begitu cliché dlm filem2 sebegini thus aku rasakan taklah begitu teruja dgn twistnya.

Overall aku rasa filem ni cheesy tapi enjoyable. Mmg samalah feelingnya bila kita tgk filem2 Jerry Bruckheimer. Tak perlu perah otak sgt dan boleh ditonton seisi keluarga kerana tiada adegan ganas keterlaluan.

Aku bagi : *** / *****

Wednesday, September 10, 2008

Upcoming Horror : Saw V

Saw IV merupakan filem yg paling complicated dan berbelit antara semua part2 yg sebelumnya. Seperti biasa, franchise Saw akan menemui penonton pada bulan October, dan utk Part ke 5 ni adalah pada 24 October 2008, menjelang Halloween. Hoffman, detective yg membuat kejutan pada episod ke 4 akan meneruskan legasi dan gaya pembunuhan Jigsaw. So permainan Hoffman bermula dlm episod ke lima ni. Tak mau ulas panjang mengenai filem yg akan datang ni, tp cuma nak paparkan dua poster yg aku rasa kurang creative berbanding artwork2 sebelumnya.

Tuesday, September 02, 2008

What to Expect after The Dark Knight ?

Belum pun reda demam The Dark Knight, dah tersebar khabar angin (atau mungkin betul ?) yg filem Batman yg ketiga (dlm franchise Christopher Nolan) akan menampilkan 3 villain; Penguin, The Riddler dan Catwoman. Ish…ish… pada pendapat aku, malah ramai lagi peminat2 filem superhero, tak perlulah terlalu rushing utk memasukkan bnyk sgt watak villain dlm satu filem. Kita pernah tgk apa yg terjadi pada Spider-Man 3 yg terlalu sarat dgn sub plot villainnya; Venom, Sandman dan Goblin. Skrg mungkin ke ini terjadi dgn Batman ? Cuma Christopher Nolan yg tau. Walaubagaimanapun nama Nolan taklah terikat utk sekuel seterusnya tp Gary Oldman confident yg Nolan akan kembali. Christian Bale pula setuju utk kembali utk sekuel seterusnya jika masih di arah oleh Nolan. Tentunya Nolan tgh tension nak cari casting utk villain seterusnya setelah outstanding performance oleh Heath Ledger sbg Joker. So ini dia nama2 aktor/actress yg disebut2 memegang watak ketiga2 villain yg aku sebutkan tadi :

The Riddler
Johnny Depp – Dia ni pelakon versatile dan sesiapa peminat filem pun tentu setuju yg dia boleh melakonkan watak ini dgn jayanya. Filem2 previousnya pun bnyk watak2 yg comical seperti Sweeney Todd, Pirates of the Carribbean atau Edward Scissorhand. Dia boleh menjadi wacky utk membawa watak Riddler seperti watak Jack Sparrownya. Gary Oldman pernah bgtau yg The Riddler is most likely akan muncul utk sekuel The Dark Knight berbanding 2 lagi villain yg aku listkan seterusnya ni.

Penguin
Aku pernah mention pada previous post aku yg nama Philips Seymour Hoffman disebut2 utk memegang watak Penguin. Sampai sekarang namanya disebut2, sesuai mmglah sesuai tapi Nolan pernah bgtau yg Penguin ni adalah satu character yg complicated dan susah nak potrays in film. So, mungkin nama Philips Seymour ni takkan menjadi kenyataan.

Catwoman
Angelina Jolie. Sexy, cun dan menggoda. Siapa lagi kita nak carik utk watak Catwoman selain dr Jolie ? Well, aku pernah bayangkan Jessica Alba, tp aku rasa dia terlalu soft utk watak tu (actually aku sentiasa terbayang Jessica Alba dlm apa situation pun…! He he…). Tapi bila fakir balik…bukan ke sebelum transformation menjadi Catwoman, the girl suppose to be some kind of ‘nerd’…? Then mcm mana kita nak bayangkan Jolie melakonkan watak ‘nerd’…? Jika ia menjadi kenyataan, kita boleh bayangkan Jolie’s Catwoman seperti Jolie dlm Girl Interrupted. Selain tu, Kate Beckinsale juga menunjukkan minat utk melakonkan Catwoman. Beckinsale sebelum ni pun mmg dah terkenal dgn latex suit hitamnya yg ketat gila dlm filem Underworld.
So, kita tunggu aje lah berita lanjut pasal upcoming Batman yg takde title lagi ni… Aku akan sentiasa keep u all update on it.

Monday, September 01, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Aku sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak utk semua blogger2 yg budiman, member2 yg mengenali aku dan semua individu yg singgah membaca blog aku. Semoga bulan yg mulia ini menjadi pengukur keimanan kita sebagai seorang umat Islam yg sejati, Insya-Allah.