Monday, September 15, 2008

Vantage Point (2008)



Director :
Pete Travis

Cast :
Dennis Quaid as Thomas Barnes
William Hurt as President Ashton
Matthew Fox as Kent Taylor
Forest Whitaker as Howard Lewis

Vantage Point adalah filem assassination of President of USA. Bukan ke berlambak2 filem bertemakan sebegini ? Namun bila tgk trailer aku rasakan ada sesuatu yg berlainan tentang filem ni. Thank God, bila menontonnya, mmg ia bukan filem assassination yg biasa. Walaupun ianya a bit cheesy tapi konsep filem ni membuatkan kita tak bosan menontonnya. Mengambil idea konsep filem Rashomon arahan Akira Kuroshiwa, atau filem2 yg lebih baru seperti The Usual Suspect, filem ni padat dgn action, explosive dan tembak menembak akan memuaskan hati peminat filem2 action. Ia mengisahkan tentang pembunuhan presiden Amerika dlm conference Anti-Terrorist di Salamca, Spain pada tepat pukul 12.00 tgh hari. Permulaannya yang kacau bilau mengingatkan aku pada filem2 Jerry Bruckheimer penuh dgn tension.

Lapan character connected to the incident dan diceritakan dari sudut setiap character satu persatu. Pasal tulah setiap kali filem ni masuk 15 minit, ia di ‘rewind’ balik pada pukul 12.00 tgh hari waktu presiden dibunuh tapi dari sudut watak yg lain. Antara watak2 itu ialah secret service agent/bodyguard presiden lakonan Dennis Quaid, polis Spanish yg dlm undercover, president US sendiri lakonan William Hurt dan seorg pelancong Amerika yg sempat merakam peristiwa tersebut menerusi camcodernya lakonan Forest Whitaker. Penceritaan filem dari satu watak ke satu watak akhirnya dihuraikan pada penghujung filem.

Sayangnya filem ni tak mengambil kesempatan menggunakan kekuatan pelakon2 power yg ada. Nama2 seperti Dennis Quaid, Forest Whitaker, William Hurt dan Sigourney Weaver mmg tak asing lagi dlm filem tetapi takde apa2 performance mereka yg notable. Barangkali ini lah style filem arahan Pete Travis yg langsung aku tak tau background dia dlm bidang perfileman. Dia bolehlah dikatakan baru dlm bidang mengarah filem ni. Filem ni lebih mementingkan fast paced action pack cthnya adegan2 seperti car chase, letupan bom di bangunan dan tembak menembak. Scene car chase antara agent Thomas Barnes dgn terrorist Spain antara adegan yg menarik dan tension. Ada juga beberapa scene2 yg tak logic mengingatkan aku pada filem2 action 80an di mana character2 utama especially agent Thomas Barnes yg susah betul nak cedera walaupun berada dekat dgn insiden letupan di Salamanca ataupun adegan tembak menembaknya. Ini salah satu kelemahan filem ni yg ketara. Filam ni juga mempunyai twistnya, iaitu sorang lagi agent iaitu Kent Taylor lakonan Matthew Fox yg sebenarnya traitor dlm pasukan secret service. This traitor thing begitu cliché dlm filem2 sebegini thus aku rasakan taklah begitu teruja dgn twistnya.

Overall aku rasa filem ni cheesy tapi enjoyable. Mmg samalah feelingnya bila kita tgk filem2 Jerry Bruckheimer. Tak perlu perah otak sgt dan boleh ditonton seisi keluarga kerana tiada adegan ganas keterlaluan.

Aku bagi : *** / *****

No comments: