Tuesday, December 05, 2006

Stay Alive (2006)

Cast :
Jon Foster as Hutch
Samaire Armstrong as Abigail
Frankie Muniz as Swink
Sophia Bush as October
Adam Goldberg as Miller Banks
Director :
William Brent Bell

Countess Erszebet atau Elizabeth Bathory bolehlah disamakan dgn Count Dracula version wanita. Lagenda mengenai countess ni adalah disekitar abad ke 17 di Hungary. Beliau membunuh seramai 650 wanita muda, ambik darah mereka dan berkubang dgn darah tersebut. Semua ni dibuat semata2 utk kekal muda dan cantik. Lepas tu watak countess ni ada dibuat filem cthnya “Les Levres Rouges” (Daughter of Darkness), a French film horror film, “Eternal”, a lesbian-vampire movie dan yg paling latest adalah sebagai watak video-game, dlm filem horror “Stay Alive”. Kisah Elizabeth Bathory, ada potensi utk dikembangkan dan seterusnya difilemkan, tapi sayangnya kisah lagenda ni tak difilemkan dgn serius sampai sekarang. I bet kalau Francis Ford Copolla yg direct kisah Bathory ni, tentu akan jadi sebuah horror epic yg baik, sebagaimana dia mengarah filem Bram Stoker’s Dracula.

Berbalik pada DVD yg aku tgk semlm iaitu “Stay Alive”, ianya mengisahkan spirit Elizabeth Bathory yg muncul melalui video game dan membunuh mangsa2 who play this game. Adalah sekumpulan budak2 gila main game yg terperangkap dgn kegilaan mereka sendiri. Filem ni start bila member Hutch mati bila try main game titled “Stay Alive”. Memandangkan game ni bermain dgn sendirinya dan tak boleh buat apa2 utk menghentikannya, Hutch dan kawan2 nya terpaksa menghabiskan permainan tersebut. Apa yg berlaku dlm video game tersebut berubah menjadi realiti, it means sorang2 member2nya mati bermain video game tersebut sehinggalah tinggal dua orang, dan it’s up to these two to finish the game and beat the spirit of Elizabeth Bathory.

Sebuah filem yg terlampau bosan tahap cipan. Actually DVD ni pun bknnya aku teringin nak beli, cuma sorang member aku menyampah sgt filem ni dan tolak kat aku RM2 aje. Disebalik posternya yg nampak agak promising (ala2 Saw dan Hostel), different can be said about the film. Filem ni bolehlah disamakan dgn Final Destination tapi cuma takde apa2 death scene yg mencabar. All the death and gory aspect of this film so ordinary sampaikan aku rasa filem ni mcm film made for TV aje. Barisan pelakon2 semuanya baru2 aje, kecuali Frankie Muniz (Agent Cody Banks) dan Sophia Bush (John Tucker Must Die), sebagai awek goth yg menarik jugak. Perhaps moral of this story adalah jgn main video game secara berlebih2an, so sapa2 yg gila Playstation tu jaga2 sikit…he, he… Satu lagi kesimpulan filem ni ialah untuk memperkenalkan sebuah lagenda yg hampir dilupakan for younger generation.

P/S : Countess Bathory is heavily influenced by the underground black metal scene worldwide. There’s one band named “Bathory” itself yg di regard as one of the pioneer in the black metal scene. However I don’t think band ni exist anymore.

No comments: