Thursday, February 14, 2008

The Brave One (2007)



Director : Neil Jordan
Cast :
Jodie Foster as Erica Bain
Terrence Howard as Detective Mercer
Nicky Katt as Detective Vatale
Neveen Andrews as David Kirman
Perrghhh…gila babi punya lama aku tak review filem. Bukan apa…cuma malas je. Tapi filem The Brave One yg baru aku tgk minggu lepas aku rasa worth utk di’review’. Yg membuatkan aku teruja tentang filem ni ialah of course Jodie Foster, filem2nya tak menghampakan although aku feel that skrg ni filemnya lebih kepada popcorn movie tak macam masa mula2 aku teruja tgknya dlm Taxi Driver. 2nd point yg membuatkan aku nak tgk filem ni ialah posternya yg simple tapi nampak sexy.
Seperti posternya yg simple, plot filem ni juga simple. Mengisahkan Erica Bain lakonan Foster yg bekerja sebagai host sebuah program radio di bandar NY, sebuah bandar yg digelar ‘the safest city in the world’. Beliau telah diserang oleh sekumpulan penyangak sewaktu berdating dgn tunangnya David. David dipukul sampai mati dan Erica cedera parah, aksi2 insiden tersebut turut dirakam oleh penyangak2 tu menggunakan video handphone.
Erica trauma dan fikiran tak menentu selepas kejadian tersebut. Beliau membeli pistol secara haram. Walaupun takde pengalaman memegang pistol, dia nekad utk menuntut bela atas kematian tunangnya tu. Semakin lama semakin rasa bersalah memiliki pistol hilang, apabila Erica dah start menggunakan pistol tu. Insiden rompakan di kedai serbaguna adalah kali pertama dia start to pull the trigger to kill someone. Then followed by incident in the subway dimana dia hampir2 nak dirogol. Pendek kata Erica start rasa selesa dgn pistol yg dimilikinya.
Kemudian seluruh bandar NY kecoh dgn vigilante killer & org utama yg bertanggungjawab menyiasat kes ni ialah Detective Mercer, lakonan Terrence Howard. Dia ni jugalah yg menyiasat kes pembunuhan tunang Erica. Conversation after conversation dgn Erica, Mercer mula suspect yg Erica terlibat dgn pembunuhan2 yg berlaku di NY but somehow remain cool kerana taknak rush, tambahan pula Erica dah jadi kawan baiknya selepas kejadian malang yg menimpa perempuan tu. So, dpt ke Erica menemui penyangak2 yg membunuh tunagnya tu…? Cewah…kena beli DVD tgk la…
Mood filem ni dark aje…slow moving tapi tak memboringkan. Bolehlah dikatakan filem ni well-directed by Neil Jordan, yg sebelum ni popular dgn filem Crying Game nya. Plot nya simple aje…so kekuatan filem ni adalah pada lakonan yg hebat. Aku tak heran sgt dgn lakonan Jodie Foster kerana dah biasa sgt dgn lakonan hebat dia tu. Gayanya juga mirip kpd filem Flight Plan nya dimana Foster dlm kedua2 filem ni teraniaya dan dicabar kewarasannya oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. Another name that should deserve credit adalah Terrence Howard, detective kulit hitam yg menyiasat kes Erica. Aku respect lakonannya yg cool dan sometimes gayanya tu reminds me of Forest Whitaker… slow but cool. Cuma bezanya mamat ni lebih hensem la drp Whitaker.

Aku suka tagline filem ni. Bunyinya something like ‘how many wrongs to make it right’. Jika di’translate’ dlm bahasa Melayu maknanya lebih kurang ‘berapa bnyk kesalahan yg patut dibuat utk membetulkan keadaan atau menuntut keadilan. Memang purely bunyinya seperti balas dendam. Filem ni disamakan dgn filem Charles Bronson yg glamer iaitu Death Wish. Tapi oleh kerana kali ni heroinnya perempuan, filem ni adalah crossover filem Death Wish meets Kill Bill. Aku expect filem ni to be brutal tapi sebenarnya tak. Kalau ada pun cuma adegan sewaktu Erica dan tunangnya kena belasah je. Aku expect filem ni to be brutal mungkin kerana posternya yg lebih kurang konsepnya dgn Kill Bill iaitu wanita bersenjata berlatarbelakangkan warna kuning. I bet women tentu suka menonton filem ni, but overall it is a good film well-directed with respectable cast.

3 comments:

Ajami Hashim said...

bro, ko bukan temasuk pengikut cult Dunia Baru ker?... huhu!

Nazim Masnawi said...

Blog ni dah jalan ke?

Lord Vorphalack said...

blog ni akan aktif 2 bulan lagik... don't ask me why...!