Tuesday, May 27, 2008

Alamak...Terlebih Sudah...!!!

Berikut adalah brief komen aku pasal konsert akhir AF6 yg lepas, walaupun dah agak terlewat dah :

Toi
Bagi aku mamat ni lah yg paling lemah antara peserta2 akhir ni. Persembahannya menyanyikan lagu “Kau yg Bernama Seri” aje yg memikat aku. So, aku rasa dia ni boleh la venture into lagu2 jiwang aje & aku sure dia ni mmg peminat setia lagu2 jiwang 80an or 90an dulu. Gilirannya yg pertama menampakkan yg Astro ni saja je bagi pelajar yg lemah pada awal persembahan dan yg favourite pada akhir konsert. Tapi walaupun bg aku dia ni pelajar paling weak tp nasib dia baik coz dpt tempat ke 4. Attitude wise, he’s a very decent & humble guy, that’s why dia ni bnyk penyokongnya. Lagu terbarunya bg aku terlalu simple ditambah pulak dg vocalnya yg mcm nyanyi karaoke. Very catchy dan rasa cepat jemu.

Ramalan aku : tempat ke lima
Pencapaian sebenar : tempat ke empat.

Nubhan
Yes, I admit suaranya mmg unik. Actually taklah unik sgt kalau dia ni berada di Indonesia. Ada iras2 suara Once yg kurang power sikit. Dia ni kena belajar control suara coz ada sesekali bunyi sumbang. Dia bertuah dpt lagu baru yg sesuai sgt dgn suaranya dan response dr pengundi mmg puas hati dgn lagu baru tu. Anyway, persembahan pertama dia dgn lagu Sofaz, mmg hambar. Yg buat aku pilih dia ditempat kedua adalah kerana waktu nak konsert akhir suddenly dia ramai peminat dan peratusnya jugak tinggi.

Ramalan aku : tempat ke dua
Pencapaian Sebenar : tempat ke tiga

Reez
Aku sebenarnya tak suka dgn dia ni. Bukannya dia ni takde bakat tapi dia ni bg aku takde originality. Nampak mcm copycat Anuar Zain tp lebih gemuk sikit. Dia ni pun ramai peminat, tapi entah kenapa mlm tu dia dpt lagu yg slow aje. Lagu barunya berentak jazzy dan buat org mengantuk. Tapi bila chorus, barulah bunyinya sedap. Namun dia ni berjaya gak bawak lagu 11 Januari, so aku rasa dari sinilah org ramai undi dan dia dpt tempat ke dua.

Ramalan aku : tempat ke tiga
Pencapaian sebenar : tempat ke dua

Nadia
Aku tak setuju betul Astro simpan persembahan pelajar2 perempuan pada penghujung utk pusingan pertama ni. Nampak sgt mcm peserta2 perempuan je yg power2 mlm tu. Sebenarnya Nadia mmg bagus, suaranya power sgt kalau nak compare dgn badannya tu. Masalah dia ni tak tau nak control suara. Cthnya kereta…mula2 mesti masuk gear satu dulu, dan kau tak boleh pakai gear lima aje memanjang bila memandu. So ada sesetengah lagu yg dia nyanyi nampak over…cthnya lagu Umbrella dan yg paling teruk lagu kumpulan Coklat. Lagi satu dia ni over dan confident sgt, sampaikan org naik nyampah dgn perangai gedik2 dia tu. Tapi lagu dia mlm tu pun best gak…sesuai dgn suara dia. Aku sangka dia ni dpt tempat ke empat atau ke tiga…tapi2 rupa2nya ramai betul yg tak suka dia. Cubalah tgk sms2 kat channel 15 tu…!

Ramalan Aku : tempat ke empat atau tiga
Pencapaian Sebenar : tempat ke lima

Stacy
She definitely should win. No doubt about it ! Dia ni lah yg menyebabkan aku tgk AF6 ni. Persembahannya setiap minggu buat kita tertunggu2 kemunculannya. Lagu barunya walaupun aku rasa biasa aje tp persembahannya ranggi betul. Lagu Rossa nya juga tak manghampakan. Aku start minat dia ni waktu dia nyanyi lagu Pelesit Kota iaitu antara lagu rock 80an melayu yg paling aku suka. I mean, who the fuck can sing this song other than Amy…??? So her own rendition of this song really buat aku terkejut. Then persembahan seterusnya setiap minggu semuanya best2. Tahniah Stacy…!!!

Ramalan Aku : Juara
Pencapaian sebenar : of course Juara…!!!

P/S : My wife sokong Nadia…sorry darling…he, he…

Tuesday, May 13, 2008

Apa Kata Hati Trailer

Dah lama gak aku tak nonton filem Melayu komedi romantik, jadi sebelum aku review filem yg akan aku tonton petang ni, korang boleh jenguk2 pada trailer "Apa Kata Hati" ni. Filem ni diarahkan oleh Saw Teong Hin.

Saturday, May 10, 2008

Scarlett O Hara in Flesh

Hari tu baru lepas cerita pasal Rachel Nichols yg seksi tu & aku ada mention yg dia akan appear dlm filem akan datang iaitu G.I. Joe. So ini lah gambar dia yg memegang watak Scarlett...

For your info, filem ni diarahkan oleh Stephen Sommers yg popular dgn filem 'Mummy' nya dan akan menemui penonton August ni.

Wednesday, May 07, 2008

Iron Man (2008) - Filem Wajib Tonton Thn Ni...!



Cast :
Robert Downey Jr as Tony Stark / Iron Man
Jeff Bridges as Obadiah Stane / Iron Monger
Terrence Howard as Jim Rhodes
Gwyneth Paltrow as Virginia ‘Pepper’ Potts

Director :
Jon Favreau

Mungkin korang dah sedia maklum yg filem Iron Man ni benar2 kick-ass. Pada mulanya mmg aku malas nak jejakkan kaki ke pawagam menonton filem ni, tapi setelah direkemen oleh dua tiga kawan aku dan oleh sedara mara, aku ambik cuti 1 hari utk ke Cineleisure semlm. Segala aspek filem ni menarik; pelakon, storyline, special effect dan bermacam2 lagilah.

Perkara pertama yg nak aku cerita adalah pasal storyline atau plot. Setelah bosan sgt dgn filem2 superhero kebelakangan ni, seperti Fantastic Four atau Ghost Rider, kita dihidangkan dgn plot yg menarik utk semua golongan tua atau muda. Aku kurang pengetahuan pasal komik asal filem dan original asal usul iron-man tapi permulaan utk filem ni lembab sikit, kerana nak terangkan bagaimana Iron Man terjadi. Bermula dgn Tony Stark, billionaire, businessman dan pakar senjata & alat2 besi yg sgt berjaya dgn business senjatanya, mengadakan lawatan ke Afghanistan utk demonstrasi senjata ciptaan terbarunya kpd askar2 US kat sana. Suddenly mereka di’ambush’ oleh terrorist2 Afghanistan dan Stark ditawan oleh mereka. Sewaktu dlm thnan, Stark bertemu dgn YinSen, sorang lagi tahanan terrorist Afghanistan. Tubuh badan Stark telah dimodified yg mana jantungnya telah dikawal oleh sebuah alat yg bercahaya (ntah hapa ke namanya!). Tanpa alat tersebut Stark perlahan2 akan mati. Mereka berdua dipaksa mencipta sebuah roket/senjata yg paling canggih sebagai pertukaran utk kebebasan Stark.
Semasa dlm tahanan, bukannya mereka berdua buat senjata, tetapi sebuah armor suit yg canggih utk Stark melepaskan diri.


Setelah siap pakaian ‘iron’ tersebut, Stark bergelut dgn terrorist dan berjaya melepaskan diri. Namun bagitu kawannya terbunuh utk mempertahankan Stark. Selepas kembali ke US, Stark insaf kerana senjata yg digunakan oleh terrorist tersebut adalah ciptaannya sendiri. Walau bukan niatnya utk menjual kepada terorrist, namun somehow senjatanya mesti ada yg jatuh ketangan org yg tak diingini dan boleh membawa kepada kehancuran dunia. Dipendekkan cerita, senjata2 yg dikeluarkan oleh Stark Industries secara senyap2 telah dijual kepada terrorist oleh rakan kongsi Stark iaitu Obadiah Stane. Obadiah ni merupakan anak didik kepada bapak Stark, org yg mula2 menjadi perintis business ni. Obadiah selisih faham dgn Stark apabila Stark ingin menukar bidang business mereka kpd more environment related. Dgn perselisihan faham nilah yg menyebabkan pertarungan antara Iron Man dan Iron Monger / Obadiah Stane.

Org yg berada dibelakang Stark/Iron Man ni ialah sekreterinya yg setia, iaitu Pepper Potts dan member tenteranya Jim Rhodes yg sentiasa menyokong dan menjaga keselamatan Stark. So, dptkah Iron Man mengalahkan Iron Monger yg jauh lebih besar drpnya…?

The first hour of this filem tentu akan menarik golongan2 yg dewasa kerana ia menceritakan tentang politik dan isu2 keganasan global. Yes, propaganda ada diselitkan tp tonton ajelah sekadar hiburan. Namun filem ni ada gak tak logiknya tapi bukan ke semua filem superhero tak logic ? Aku heran bagaimana semasa Stark dlm tahanan, dan diawasi oleh CCTV, takkanlah terrorist2 yg tawannya tu tak perasan yg dia mencipta baju besi dan bukan senjata …? Babak2 yg best…? For sure adalah adegan kejar mengejar antara jet2 US dgn Iron Man. Dahsyat dan full of tension. For you info baju Iron Man ni boleh terbang dan ada kalanya gayanya bila nak mula flight tu mcm pompuan sikit…he, he… Tapi aku suka waktu Stark mula2 pakai baju besinya yg dimodified utk sentuhan terakhirnya….sungguh rocks. Sepanjang filem ni pun, lagu2 latar semuanya bertemakan rocks. Dan lagu yg pertama comes to my mind tentulah Iron Man nyanyian Black Sabbath !

Mula2 keluar berita tentang casting Robert Downey Jr as Tony Stark… aku dah dpt bayangkan, memang sesuai sgt. Korang boleh refer previous entri aku pasal Iron Man di sini. Bezanya mungkin Tony Stark in comic lebih tinggi while Downey ni taklah tinggi sgt. Tapi at least dia tinggi dr Gwyneth Paltrow, sekreterinya tu. Character wise, Downey mmg sgt bersesuaian coz in real life, Downey is a bad ass actor coming from US. Pernah ditangkap disebabkan perangainya, been on drugs and etc. Stark character adalah seorg yg dominan, playboy, kaki mabuk, bersosial, kelakar, selamba dan cool sgt. Pelik mcm mana perangai mcm ni boleh jadi seorg yg sgt berjaya. Tapi lupakanlah soal logic lagi sekali sebab Downey benar2 fits to play this role and he done it excellently…! Jeff Bridges seorg lagi actor yg tak payah dipertikaikan lagi lakonannya. Dia betul2 menjiwai watak villainnya, dan aku rasa antara villain yg patut digeruni. Aku pernah dgn nama Iron Monger di comic tapi mcm tak glamer je watak ni. Jeff Bridges membuatkan Iron Monger digeruni. Aku suka expression muka Bridges yg sgt kesal bila Stark membuat keputusan menukar business, mmg nampak muka kesalnya tapi terselit muka evilnya utk revenge atas segala penat lelahnya mencari business yg haram tu !

Paltrow is sensual as usualnya seperti dlm filem2 yg lain. Wataknya begitu elegant ditambah dgn a bit sense of humor dan gaya selambanya yg kadang2 nampak seksi. Begitu juga dgn Terrence Howard sebagai rakan Stark. Dia ni jugaklah yg berlakon sbg polis dlm filem The Brave One yg pernah aku puji.


Jon Favreau sbg pangarah filem ni ada muncul sebagai bodyguard Stark. Dan seperti filem2 Marvel yg lain, Stan Lee creator of Iron Man comic ada muncul sbg cameo.

Jeng..jeng…jeng….(spoilers !), jgn keluar panggung awal sgt coz korang dikejutkan dgn kemunculan Nick Fury (lakonan Samuel L Jackson). Dlm comic Marvel, Nick Fury adalah hero (not superhero) yg ala2 James Bond type utk agency bernama S.H.I.E.L.D dan beberapa kali muncul dlm comic Marvel. Ending filem ni menunjukkan yg kemungkinan filem Avengers akan keluar coz Nick Fury ada bertemu face to face dgn Tony Stark in private. Kepada sapa2 yg tak tau Avengers pulak; ia adalah sekumpulan hero mcm X-Men gabungan drp hero2 single yg ada termasuklah Iron Man. So this means mungkinkah Iron Man akan muncul as a team pulak satu hari nanti…? Tunggu…!!!

Apa lagi…pegi panggung watch Iron Man now…!!!