Sunday, October 19, 2008

Avengers Assemble...!!!

Pada ending filem Iron-Man dan Incredible Hulk ada teaser utk formation of Avengers. Pada sapa2 yg kurang tau pasal komik ni, aku akan ceritakan apa itu Avengers. Avengers adalah sebuah komik yg mula dikeluarkan pada thn 1963 oleh Marvel. Stan Lee (writer/editor) Marvel yg dah memperkenalkan berpuluh2 hero, juga bertanggungjawab menghasilkan Avengers ni. Ahli2 Avengers semuanya adalah dari formation hero2 yg mempunyai komiknya sendiri. Ahli2 Avengers adalah Captain America, Iron-Man, Hulks, Thor, Ant-Man. Wasp, Black Panther dan bermacam2 lagilah sampai aku pun tak ikut sgt, tapi cukuplah nama2 yg aku sebutkan di atas kerana itu ajelah yg glamer. Unlike X-Men, ahli2nya semua started as a team, while seperti yg aku katakan tadi, ahli2 Avengers semuanya dari komik single mereka. Pasal tu mereka tak ada costume yg seragam mcm X-Men. Kalau tgk gambar mereka bila berkumpulan, mak aih... berwarna warni dan meriah betul, tak caya cuba tgk gambar bawah ni…

One hell of an angry big happy family...!

Now kita pergi perihal progress movie mereka. Dalam Iron-Man (kepada sesiapa yg sanggup tunggu hingga habis kredit) ada teaser, Nick Fury berjumpa dgn Tony Stark mengenai penubuhan Avengers. Nick Fury ni actually bukanlah superhero tapi dia ni lebih kurang seorg spy yg ada teamnya sendiri iaitu S.H.I.E.L.D. Team ni ada kena mengena dgn beberapa character dlm Marvel Universe dan salah satunya ialah Avengers. Dgn kemunculan Fury (lakonan Samuel L Jackson) ni dlm filem Iron Man, kita telah di’hint’ kan utk upcoming Avengers movie. Lepas tu dlm filem Incredible Hulks, Tony Stark pula muncul seblm closing credit filem ni. Beliau telah bertemu General Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross di sebuah bar dan also mention about formation of Avengers.

Nah, skrg dah dua filem ada menunjukkan teaser tentang Avengers ni. Aku dgr pada 2010 akan muncul filem Thor dan pada 2011 Captain America. Finally menyusullah filem Avengers pada tahun 2011 juga. Aku juga excited nak menunggu filem2 ni especially Thor. Hero Nordic yg berbadan besar gila dgn tukul besi keramatnya tu aku rasa susah nak di’potray’ dlm filem. Aku selalu terbayang kalau Thor ni wujud dlm filem, ianya akan dilakonkan oleh Brad Pitt dan ada gak ura2 nak ambik dia sbg hero Avengers ni. Tgk wataknya dlm filem Troy mmg tersangat2 mengingatkan aku pada Thor.


So kita tunggu ajelah dulu kemunculan Thor dan Captain America dan seterusnya Avengers. Dan jgn lupa pada setiap closing creditnya pasti ada teaser utk Avengers !

No comments: