Tuesday, March 31, 2009

Kisah Hidup Seorang "Slumdog"


Slumdog Millioanire (2008)

Cast :
Dev Patel as Older Jamal
Anil Kapoor as Prem
Freida Pinto as Older Latika
Madhur Mittal as Older Salim

Director :
Danny Boyle
Loveleen Tandan

Nampak gayanya aku lebih selesa mengulas filem yg aku suka berbanding filem yg aku tak suka. I have seen several movies these past month tapi bnyk yg aku skip review coz most of it tak best. Anyway, ini blog aku so lebih baik bg aku utk share filem2 yg best2 aje. Dah lama aku nak tgk filem Slumdog Millionaire. However, tauke kedai DVD kata kat aku “bukan 100% clear lagi”, so aku simpan je lah hasrat aku nak beli. Filem yg berlatarbelakangkan “Who Wants to be a Millionaire” ni membuatkan aku teruja utk menontonnya, tambahan pulak filem ni arahan Danny Boyle tetapi pelakon2nya India2 belaka !

Filem ni sgt menyentuh hati dan menarik at the same time. Tentang keperihan hidup sepasang remaja lelaki, Jamal bersama abangnya Salim (or slumdogs as the Indian calls) yang merempat setelah ibu mereka mati dibunuh oleh puak Hindu anti-Islam. Bersama2 mereka adalah Latika, seorang kanak2 perempuan yg juga senasib dgn mereka. Pelbagai rintangan dan dugaan melanda mereka dari zaman kanak2 sehinggalah dewasa. Semasa remaja, Latika telah terpisah dgn mereka dan ini membuatkan Jamal yg jatuh hati dgnnya merana. Apa yg membuatkan filem ni special ialah Jamal, apabila dewasa dan bekerja sbg co-worker di sebuah syarikat call centre, telah menggunakan program Who Wants to be a Millionaire dgn harapan supaya kekasihnya, Latika, menonton rancangan tersebut dan tau di mana dia berada. Apabila mencapai tahap 10,000,000 rupee, kepandaian Jamal telah menimbulkan syak wasangka oleh pengelola rancangan sehingga dia telah ditahan dan diseksa utk mengetahui rahsianya. Filem ni diceritakan secara flashback bermula dizaman kanak2 sehingga ke present di mana dia menuju ke peringkat millionaire iaitu 20,000,000 rupee. Bnyk lagi peristiwa dan pengalaman dari ketiga2 watak Jamal, Latika dan Salim yg terpisah sewaktu remaja but to cut short; Salim being on the bad side and Latika menjadi isteri kpd seorg Mafia India !

Filem ni bertemakan ‘kebetulan’ dan ‘keajaiban’. Perjalanan hidup mereka yg berhijrah dari satu tempat ke tempat yg lain, dan membuat pelbagai jenis pekerjaan termasuklah sebagai pencuri, memberikan satu pengalaman yg menguntungkan diri Jamal. Jamal pernah mengambil jalan short-cut menerusi lubang taik jambannya semata2 utk berjumpa dgn Amitabh Bachan ! Selain tu dia juga menjadi tourist guide utk pelancong2 yg dtg ke Taj Mahal tetapi mereka2 dan menambah cerita tentang sejarah Taj Mahal. Ironinya, pelancong2 percaya terhadap beliau kerana sifat ramahnya. Pengalaman ini berserta dgn kebetulan dan keajaiban inilah yg menjadi asset utk dia menjawab segala soalan Prem pengacara dan pengelola utk rancangan Who Wants to be a Millionaire.

Filem ni adalah happy ending story, however, babak akhir di mana Jamal bertemu dgn Latika dan flashback kembali secara visual pengalaman2 nya dari zaman kanak2 ke dewasa membuat kita sgt tersentuh. Dan, aku tergelak kecil pada akhir filem ni yg diselitkan dgn tarian ala2 Bollywood. Sepanjang perjalanan filem ni korang takkan jumpa apa2 tarian atau nyanyian. So pengarah Danny Boyle ni menyimpan babak ni utk closing credit nya sebagai tribute atau homage utk filem2 Bollywood yg berlambak2 kat India ni. Sebenarnya kalau ikut jalan cerita, filem ni juga ada unsur2 common Bollywood dgn babak2 tragisnya cuma dipersembahkan tanpa lagu dan tarian. What makes this film apart from it is its stunningly cinematography.

Cinematography Slumdog Millionaire adalah superb dan tak heran boleh mendapat anugerah utk ini ! Aku sure korang akan terpegun dgn shot2 dan babak2 yg visually stunning ! Mmg sesekali korang akan teringat filem2 lain Danny Boyle cthnya 28 Days later, walaupun ianya berlainan genre, tapi masih selari dari segi teknikal shotnya. India dipaparkan secara reality bukan seperti bnyk filem Bollywood yg membanjiri pasaran dan menonjolkan kehidupan golongan atasan shj. Mmg secara realitinya perbezaan darjat masih ketara; either you are very rich or you are very poor! Itulah reality India. And as for Danny Boyle, dia telah berjaya membawa unsur2 suspense seperti yg biasa kita tgk dlm game Who Wants to be a Millionaire dicampur dgn kekuatan visual dan tenaga seperti filem City of Gods, sekadar mengambil contoh.

My advise is open minded bila tgk filem ni. Aku juga seorg yg susah sgt nak tonton filem India or Hindustan to be specific tapi bila fikir tentang 8 oskar yg dimenangi utk filem ni, buangkan ajelah sifat bias korang tu kerana filem ni sememangnya hebat ! Sesuai utk tontonan semua golongan dan anak aku sendiri pun suka dgn filem ni. Oh ya…taglinenya juga sgt menarik :

Jamal Malik is one question away from winning 20 million rupees. How did he do it ?
a) He cheated
b) He’s lucky
c) He’s a genius
d) It is written

P/S : Mesmerize dgn kecantikan Freida Pinto.

Wednesday, March 18, 2009

Album yg tersemat di hati sampai sekarang...!

In no particular order, berikut adalah all-time fave album aku dan mmg aku tak pernah jemu mendengarnya. Of course some of them dah takde dlm collection aku, especially kalau dlm bentuk cassette yg dah berkulat mahupun dah tersimpul talinya. But slowly, aku sedang compile balik album2 ni dan pun under one CD kalau boleh. Most of them... yea...rock/metal/alternative kerana itulah jiwa aku since dulu hingga sekarang. So sapa2 peminat pop or dangdut yg kecik ati dgn list aku tu maaf ajelah yea...

Out of Time – R.E.M (1991)
R.E.M mungkin tak sepopular band2 alternative yg lain di Malaysia ni tapi pada thn 1991, mereka telah menghasilkan sebuah album yg terbaik sehingga menggondol 3 anugerah pada Grammy Award 1992. Lagu Losing My Religion single pertama mereka utk album ni merupakan sebuah lagu fave aku sepanjang zaman…mmg syahdu gila ! R.E.M merupakan sebuah band otai gak dlm bidang alternative ni, namun makin hari malap prestasi mereka mungkin kerana factor umur yg semuanya dah agak senja. Selain lagu yg aku sebut tadi, lagu2 lain yg menarik ialah Radio Song, Shiny Happy People (collaboration with Kate Pierson of B-52), Texarkana dan bnyk lagi.


Mellon Collie and the Infinite Sadness – Smashing Pumpkin (1995)
Album ni suddenly buat aku minat Smashing Pumpkin. Sebelum album ni iaitu Gish dan Siamese Dream aku rasa sebagai album grunge yg biasa aje, tapi utk album ni mereka dah go one step further . Musik yg dihasilkan mmg lain dr yg lain, dreamy dan very creative. This is a double album dan merupakan album ketiga utk mereka, mengandungi 28 lagu namun korang takkan boring setiap lagu2nya. Album ni menerima 7 pencalonan dlm Grammy Award pada 1997 yg lepas. Lagu paling fave dan paling headbanging tentulah Bullet with Butterfly Wings. Selain tu lagu hits mereka seperti 1979, Zero, Tonight Tonight dan Thirty-Three juga best. Paliknya album seterusnya drp band ni iaitu Adore sgt2 berlainan arah dan more into techno gothic-like dan menerima bnyk kritikan drp fans.


Use Your Illusion I & II – Gun N’Roses (1991)
Seriously, tahun 1991 menghasilkan bnyk album2 rock yg best2 termasuklah album paling majestic utk Gun N’Roses. Sebenarnya album ni keluar as a separate tp jaraknya dekat2 dan aku consider adalah double album. Kedua2 album ni mendapat sambutan hangat dgn menerima 7 kali platinum dan dianggap antara album rock terhebat sepanjang zaman. Lagu2 yg best dan masih melekat di hati sampai skrg ialah; Don’t Cry, You Could Be Mine, November Rain, Live and Let Die (Beatles’s cover) dan Knockin’ on Heaven’s Door (Bob Dylan’s cover).


Nevermind – Nirvana (1991)
Keluarnya album ni mmg buat meletup scene2 alternative khasnya utk peminat2 Seattle grunge. Pearl Jam mungkin merupakan antara Seattle grunge yg paling lama dan masih bertahan sampai skrg, tapi Nirvana khasnya album ni membuat grunge terlalu mainstream dgn mix of punk elements nya! Lagu Smells Like Teen Spirit mmg lagu yg banging habis as well as lagu seperti Come As You Are. Album ni telah menerima 10 kali platinum dan mengambil tempat pertama dlm Billboard mengatasi album Dangerous by Michael Jackson. Selepas album ni Nirvana became terlalu success dan membawa insiden bunuh diri oleh frontmannya Kurt Cobain.


Metallica – Metallica (1991)
Juga dikenali sebagai “The Black Album” simply kerana cover albumnya yg hitam aje dan ada bayang2 ular. Ini adalah album Metallica yg paling success dgn 4 minggu berturut2 ditangga pertama Billboard dan terjual sekitar 22 juta copies worldwide. Lagu2nya semua buat korang headbanging especially Enter Sandman. Selain tu lagu2 yg best adalah The Unforgiven, Sad But True dan Nothing Else Matter. Enter Sandman juga pernah dinyanyikan oleh Rina pada konsert AF6 yg lepas. Biasa la…apabila sesebuah album tu meletup, album follow up adalah menghampakan seperti Load, Reload, St Anger dan Death Magnetic. Aku prefer this album atau yg sebelumnya.


Phoenix Bangkit – M.Nasir (2001)
List ni takkan complete kalau takde ‘mentor’ aku yg sorang ni. Album Phoenix Bangkit adalah album yg paling supreme antara semua album2 Melayu yg ada. Ya, album ni kurang mendpt sambutan compare to his Canggung Mendonan atau album artis2 M’sia lain yg lebih glamer. Ianya kerana susah nak menerima konsep album ni yg jauh lebih advance antara khayalak. Aku describe album ni berkonsepkan world music dan ada sedikit elemen nusantaranya. This album should go further dan aku rasa tak malu jika diperkenalkan dlm scene world music supaya overseas juga boleh membuka mata. Hasilnya Phoenix Bangkit memenangi AIM pada thn 2002 utk kategori; Album Terbaik, Album Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dlm album dan kulit album terbaik. Dlm Anugerah Planet Muzik 2002 pula album ni dan M.Nasir sendiri menggondol 3 anugerah. Selain lagu Raikan Cinta yg korang tentu dah tau, bnyk lagi lagu2 yg lebih experimental spt Masirah, Sahabat Gua, Bila Rumi Menari dan lain2.


Reign in Blood – Slayer (1986)
Berlambak2 album thrash yg aku dah dgr tetapi yg ni betul2 evergreen sampai skrg. Power adalah perkataan yg sesuai utk album ni. Dari mula sampai track terakhir, drum beat berketuk2 tanpa henti. Vocal yg power, gitar yg power, drum yg power, dan hasilnya album yg penuh aggressive tapi masih mengekalkan melody yg menarik dan catchy. Album ni memberi Slayer tiket utk muncul dipersada mainstream. Majalah Metal Kerrang! menamakan album ni sebagai “The Heaviest Album of all Time”! Lagu favourite sampai sekarang tentulah Angel Of Death. Selain tu album Slayer “Season in the Abyss” juga menarik yg dikeluarkan pada 1990.


Thriller – Michael Jackson (1982)
Satu2nya album pop yg aku suka. Perkataan saja tak cukup utk menggambarkan album ni yg menjadi fenomena sedunia dan meletakkan Michael Jackson sebagai Raja Pop Dunia! Pendek kata semua lagu dlm album ni adalah hit dan menjadi siulan ramai org; Beat It, Billie Jean, Thriller, The Girl is Mine dan bnyk lagi. Rekod juga dicipta pada Grammy Awards 1984 dgn memenangi 8 anugerah. Album ini dianggarkan telah terjual 109 juta copies worldwide. Ranked 20 dlm 500 Greatest Album All Time dimajalah Rolling Stones dan mcm2 lagilah pencapaiannya. Michael Jackson juga menjadi super popular selepas itu dan lifestyle nya tersangat lah berubah. All the fame telah membuatkannya menjadi super freak pulak skrg…! Tak payahlah aku explain korang semua tentu dah tau. Tp kalau nak tgk muka Michael Jackson yg normal…inilah albumnya.


Cintailah Cinta – Dewa (2002)
Ramai yg lebih suka album Dewa (with Once) yg pertama iaitu Bintang Lima. For me mmg album tu best tp kalau dibuat pilihan, aku akan pilih Cintailah Cinta simply because album ni lebih heavy especially lagu Arjuna nya. Lain2 lagu juga best termsuklah lagu yg pernah dinyanyikan oleh Mawi masa konsert AF3 yg lepas iaitu Pupus. Album ni telah memenangi 3 award di Indonesia shj iaitu Group Pop Terbaik, Lagu Terbaik (Arjuna) dan Kulit Album Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia.


Zainal Abidin – Zainal Abidin (1992)
Album ni berkonsepkan fresh, ada sesetengah sangka album ni tajuknya Hijau bila tgk album cover tp actually bukan. Aman dan tenang mendengarkannya. Di tgh2 kebanjiran lagu2 tangkap leleh masa tu, Zainal Abidin, Mukhlis Nor dan Roslan Aziz have come up with a very refreshing sound. Tema album ni mengenai alam sekitar. Lagu2 seperti Hijau or Dekat Tapi Jauh masih meniti di bibir kita sehingga hari ni. Album ni jugak bnyk kenangan bg aku kerana itu adalah tahun terakhir aku di sekolah menengah dan bnyk dinyanyikan beramai2 sewaktu outing kami yg terakhir. Aku tak sure about award but Zainal Abidin himself pernah menang best album thn 1995 dlm album Gamal not this album.


August and Everything After - Counting Crows (1993)
Album ni personal sikit bagi aku. Mungkin waktu tu aku more murung kot, so album ni bersesuaian dgn jiwa aku. Rasanya takde apa2 award mengenai album ni cuma lagu2 di dalamnya agak menusuk kalbu. Muzik Counting Crows is more slow alternative dan kadang2 berbunyi country sikit. Lagu Mr Jones antara lagu alternative favourite aku dan disebabkan minat sgt, aku hafal setiap bait2 lirik lagu ni yg mmg panjang berjela2. Aku suka sgt penceritaan utk lagu ni. Lagu2 lain seperti Omaha, Rain King dan bnyk lagi.


Mentari Merah di Ufuk Timur – Search (1988)
Antara album hard rock yg paling heavy di Malaysia. Starting lagu Pelesit Kota je dah meremang bulu roma kta mendengarnya. Selain tu lagu self title nya juga rocks…dgr mcm slow aje tp ending dan suara Amy paling rock habis! Lagu cintannya pula adalah Fantasia Bulan Madu yg sememangnya aku rasa labih best drp lagu Isabella dlm album Fenomena. Stacy AF pernah menyanyikan her own version of Pelesit Kota dan she rocks…!!! Selain tu album Langit dan Bumi drp Search juga best tp masih tak boleh menandingi album ni. Pencapaiannya aku tak sure, nnt kalau ada masa aku analyze coz dah lama sgt…


Guys...korang boleh tambah korang punya fave album sekali kalau nak...! Aku alu2kan...!!