Tuesday, March 31, 2009

Kisah Hidup Seorang "Slumdog"


Slumdog Millioanire (2008)

Cast :
Dev Patel as Older Jamal
Anil Kapoor as Prem
Freida Pinto as Older Latika
Madhur Mittal as Older Salim

Director :
Danny Boyle
Loveleen Tandan

Nampak gayanya aku lebih selesa mengulas filem yg aku suka berbanding filem yg aku tak suka. I have seen several movies these past month tapi bnyk yg aku skip review coz most of it tak best. Anyway, ini blog aku so lebih baik bg aku utk share filem2 yg best2 aje. Dah lama aku nak tgk filem Slumdog Millionaire. However, tauke kedai DVD kata kat aku “bukan 100% clear lagi”, so aku simpan je lah hasrat aku nak beli. Filem yg berlatarbelakangkan “Who Wants to be a Millionaire” ni membuatkan aku teruja utk menontonnya, tambahan pulak filem ni arahan Danny Boyle tetapi pelakon2nya India2 belaka !

Filem ni sgt menyentuh hati dan menarik at the same time. Tentang keperihan hidup sepasang remaja lelaki, Jamal bersama abangnya Salim (or slumdogs as the Indian calls) yang merempat setelah ibu mereka mati dibunuh oleh puak Hindu anti-Islam. Bersama2 mereka adalah Latika, seorang kanak2 perempuan yg juga senasib dgn mereka. Pelbagai rintangan dan dugaan melanda mereka dari zaman kanak2 sehinggalah dewasa. Semasa remaja, Latika telah terpisah dgn mereka dan ini membuatkan Jamal yg jatuh hati dgnnya merana. Apa yg membuatkan filem ni special ialah Jamal, apabila dewasa dan bekerja sbg co-worker di sebuah syarikat call centre, telah menggunakan program Who Wants to be a Millionaire dgn harapan supaya kekasihnya, Latika, menonton rancangan tersebut dan tau di mana dia berada. Apabila mencapai tahap 10,000,000 rupee, kepandaian Jamal telah menimbulkan syak wasangka oleh pengelola rancangan sehingga dia telah ditahan dan diseksa utk mengetahui rahsianya. Filem ni diceritakan secara flashback bermula dizaman kanak2 sehingga ke present di mana dia menuju ke peringkat millionaire iaitu 20,000,000 rupee. Bnyk lagi peristiwa dan pengalaman dari ketiga2 watak Jamal, Latika dan Salim yg terpisah sewaktu remaja but to cut short; Salim being on the bad side and Latika menjadi isteri kpd seorg Mafia India !

Filem ni bertemakan ‘kebetulan’ dan ‘keajaiban’. Perjalanan hidup mereka yg berhijrah dari satu tempat ke tempat yg lain, dan membuat pelbagai jenis pekerjaan termasuklah sebagai pencuri, memberikan satu pengalaman yg menguntungkan diri Jamal. Jamal pernah mengambil jalan short-cut menerusi lubang taik jambannya semata2 utk berjumpa dgn Amitabh Bachan ! Selain tu dia juga menjadi tourist guide utk pelancong2 yg dtg ke Taj Mahal tetapi mereka2 dan menambah cerita tentang sejarah Taj Mahal. Ironinya, pelancong2 percaya terhadap beliau kerana sifat ramahnya. Pengalaman ini berserta dgn kebetulan dan keajaiban inilah yg menjadi asset utk dia menjawab segala soalan Prem pengacara dan pengelola utk rancangan Who Wants to be a Millionaire.

Filem ni adalah happy ending story, however, babak akhir di mana Jamal bertemu dgn Latika dan flashback kembali secara visual pengalaman2 nya dari zaman kanak2 ke dewasa membuat kita sgt tersentuh. Dan, aku tergelak kecil pada akhir filem ni yg diselitkan dgn tarian ala2 Bollywood. Sepanjang perjalanan filem ni korang takkan jumpa apa2 tarian atau nyanyian. So pengarah Danny Boyle ni menyimpan babak ni utk closing credit nya sebagai tribute atau homage utk filem2 Bollywood yg berlambak2 kat India ni. Sebenarnya kalau ikut jalan cerita, filem ni juga ada unsur2 common Bollywood dgn babak2 tragisnya cuma dipersembahkan tanpa lagu dan tarian. What makes this film apart from it is its stunningly cinematography.

Cinematography Slumdog Millionaire adalah superb dan tak heran boleh mendapat anugerah utk ini ! Aku sure korang akan terpegun dgn shot2 dan babak2 yg visually stunning ! Mmg sesekali korang akan teringat filem2 lain Danny Boyle cthnya 28 Days later, walaupun ianya berlainan genre, tapi masih selari dari segi teknikal shotnya. India dipaparkan secara reality bukan seperti bnyk filem Bollywood yg membanjiri pasaran dan menonjolkan kehidupan golongan atasan shj. Mmg secara realitinya perbezaan darjat masih ketara; either you are very rich or you are very poor! Itulah reality India. And as for Danny Boyle, dia telah berjaya membawa unsur2 suspense seperti yg biasa kita tgk dlm game Who Wants to be a Millionaire dicampur dgn kekuatan visual dan tenaga seperti filem City of Gods, sekadar mengambil contoh.

My advise is open minded bila tgk filem ni. Aku juga seorg yg susah sgt nak tonton filem India or Hindustan to be specific tapi bila fikir tentang 8 oskar yg dimenangi utk filem ni, buangkan ajelah sifat bias korang tu kerana filem ni sememangnya hebat ! Sesuai utk tontonan semua golongan dan anak aku sendiri pun suka dgn filem ni. Oh ya…taglinenya juga sgt menarik :

Jamal Malik is one question away from winning 20 million rupees. How did he do it ?
a) He cheated
b) He’s lucky
c) He’s a genius
d) It is written

P/S : Mesmerize dgn kecantikan Freida Pinto.

1 comment:

Nazim Masnawi said...

That's weird. Aku taste perempuan India, tapi aku masih tak faham the appeal of Frieda Printo. Gimme Sneha or Simran any friggin' day.