Monday, April 06, 2009

Saw V (2008)

Cast :
Tobin Bell as Jigsaw (John Kramer)
Costas Mandylor as Mark Hoffman
Scott Patterson as Agent Peter Strahm

Director :
David Hackl

Aku dah penat jugak menonton Saw franchise ni. Semuanya torture2 belaka dan makin lama makin stereotaip segala perangkapnya. Saw V merupakan franchise yg kelima. Tak seperti filem2 Saw yg lepas, kali ni ia diarahkan oleh pengarah baru David Hackl yg pernah menjadi 2nd unit director utk Saw III dan Saw IV.

Filem ni start dgn adegan torture terhadap Seth. Pada previous Saw, Seth ni bertanggungjawab membunuh adik Detective Hoffman. Seperti yg kita tau, Jigsaw (lakonan Tobin Bell) pun dah lama mampus, so yg memerangkap mangsa dan meneruskan kerjaya Jigsaw adalah sebenarnya Hoffman. Adegan flashback menunjukkan yg Jigsaw telah mengambil kesempatan kematian adiknya, utk blackmail Hoffman meneruskan kerjaya nya. So kematian Seth adalah actually balas dendam Hoffman terhadap kematian adiknya. Perbezaan antara cara Jigsaw dan Hoffman adalah, Hoffman langsung tak beri peluang utk mangsanya hidup walaupun Seth pada ketika itu telah berjaya lepas drp perangkap Hoffman !

Agent Strahm sekali lagi curious about Hoffman activities. Last scene pada Saw IV menyaksikan dia diserang oleh lembaga berkepala babi, dan sedar2 pada Saw V kepala nya diperangkap dgn aquarium-like bekas yg lama2 berisi air sehingga penuh. Untuk survive, Strahm menyucuk tekaknya utk mendapat udara menerusi tenggoroknya dan seterusnya berjaya membuka bekas kubah air tersebut. Tak senang dgn campurtangan Strahm, Hoffman berjaya mencuri mobile phone Strahm dan menganiaya nya dgn membuat boss Strahm percaya yg Jigsaw adalah Strahm himself.

Selain dari synopsis ni, ianya takde lain hanyalah hack, slash, adegan darah dan potong memotong.

Saw V mendapat kutipan lowest antara Saw franchise dan tak heran jugak kerana ceritanya agak mendatar dan simple je. However, kutipannya masih memuaskan berbanding budget filem ni. Kali ni plotnya lebih senang difahami berbanding previous sequelnya. Selain tu ia juga menjawab beberapa persoalan utk franchise yg sebelum ni dan membuatkan kita tak pening kepala sangat. Death scene mcm biasa, semuanya best2, yg aku ingat of course adegan mati Seth oleh ‘pendulum’ (what do u call it in Malay…?) yg perlahan2 jatuh kebadannya! Selain tu, adegan memotong tangan oleh 2 org survivor utk mengisi darah memenuhi sebuah bekas juga mengerikan aku.

Franchise Saw sebenarnya bagi aku telah hilang taringnya apabila Jigsaw mati. Selepas tu kita dihidangkan oleh twist and turn mengenai Jigsaw apprentice dan start to flashback here and there membuatkan kita pening kepala. Watak Jigsaw sebagai twisted psycho yg dilakonkan oleh Tobin Bell adalah merupakan antara ikon baru dlm dunia horror, dan tak lupa juga dgn topeng yg dipakainya apabila muncul dlm video playback utk memberi clue kpd mangsa. So apabila wataknya diganti dgn apprentice, ianya seperti hilang nyawa. Menonton filem ni adalah seperti menonton filem2 gore yg biasa dgn ceritanya yg simple dan tak twisted seperti dulu. Anyway, Saw yg pertama adalah the best antara semua franchise kerana elemen terkejut yg gila babi pada endingnya! This one may disappoint peminat2 Saw but may appeal kpd sapa2 yg tak mengikuti sgt franchise ni dan concentrate on ‘darah’ aje !


P/S : Is it me or anyone notice that watak Strahm dan Hoffman muka dan fizikalnya lebih kurang sama???! Especially masa Part IV dulu dimana kita baru kenal kedua2 watak ni !

3 comments:

Nazim Masnawi said...

Kau masih larat layan francais Saw, eh?

Aku dah gave up masa halfway Saw I.

Lord Vorphalack said...

ko tak rasa ke Saw I tu best...??!
anyway, for me Saw I je yg aku minat sgt, lepas tu semuanya dissapoint, tp entah kenapa aku kena pukau dgn franchise Saw ni...masih nak tgk walaupun Part 10 sekalipun!

Nazim Masnawi said...

I always thought Saw is a bad, bad overexposed franchise. Aku boleh faham impaknya (in terms of bringing back bloodbath violence into mainstream movies), but I don't get the overall appeal.

Guess people just devour the twist-n-turn aspects, I dunno.