Monday, April 20, 2009

Tujuh Pound untuk Menebus Dosa...?

Seven Pounds (2008)

Cast :
Will Smith as Tim / Ben Thomas
Rosario Dawson as Emily
Woody Harrelson as Ezra
Michael Ealy as Ben Thomas

Director :
Gabriele Muccino

Tim berupakan seorg manusia yg kecewa setelah insiden kemalangan keretanya yg membabitkan tujuh nyawa termasuklah tunangnya. Insiden tersebut berlaku kerana kecuaian Tim yg menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang memandu. Setelah insiden kemalangan tersebut, Tim berperangai pelik dan menyamar sebagai abangnya Ben, yg bekerja sebagai pemungut income tax. Tim, mencari tujuh inidvidu yg mempunyai personality baik tetapi bernasib malang, utk menolong mereka sebagai menebus dosanya yg mengakibatkan kematian tujuh nyawa. Di dlm proses tersebut, Tim berkenalan dgn Emily, penghidap penyakit jantung dan jatuh cinta dengannya.

Seven Pounds merupakan filem yg korang takkan faham apa yg berlaku sehinggalah korang tgk pada endingnya. Malahan sinopsisnya yg mengatakan yg dia telah menyelamatkan tujuh nyawa juga buat aku confuse kerana yg sempat aku tangkap adalah around 4 atau 5 nyawa saja. Seterusnya, ianya buat korang nak browse balik full plotnya dan barulah korang sedar ada tujuh nyawa yg diselamatkan, semuanya berlaku diawal2 selepas berlakunya insiden kemalangan kereta Tim.

Filem ni sedih, tetapi tak lah begitu sedih seperti aku menonton Changeling, yg merupakan filem sedih terakhir aku tonton sebelum Seven Pounds. Personally aku tak begitu teruja filem2 sedih ni, tapi yg membuatkan aku tertarik menonton filem ni adalah kerana ia mendapat garapan dari pengarah yg pernah mengarah The Pursuit of Happiness, Gabriel Muccino. Bezanya filem terdahulu lebih simple dan terharu menontonnya dgn kemunculan anak Will Smith yg comel iaitu Jaden Smith. Seven Pounds walaupun dgn kekuatan pelakon2 nya, sedikit hambar dengan elemen mellow hubungan antara Tim dan Emily. Aku fikir lebih baik adegan hubungan antara Emily tu dikurangkan utk diberi peluang pada adegan2 lain mengenai watak2 yg telah Tim tolong. Of course aku setuju lah adegan Emily lebih bnyk kerana itulah pengorbanan Tim yg paling besar sehingga dia terpaksa commit suicide, tetapi adegan nyawa2 lain seperti terabai dan seperti yg telah aku mention tadi…instead of tujuh nyawa kita roughly nampak around 4 or 5 nyawa only.


Will Smith dan Rossario Dawson merupakan pelakon kulit hitam yg strong diwaktu ini. Dawson yg last aku tgk dia dlm Eagle Eyes, sekali lagi memberikan performance yg baik sebagai wanita yg menghidap masalah lemah jantung dan rare blood-type. Emily memerlukan penderma jantung, dan Tim yg telah jatuh hati dengannya, telah berkorban tehadap perempuan malang ini. Sebenarnya Tim telah putus asa sejurus selepas insiden kemalangan yg membabitkan tunangnya yg tersayang beserta 6 lagi nyawa dlm vannya. So keputusannya utk membunuh diri di dlm bath tub bersama2 obor2 peliharaannya sebenarnya adalah kerana terlalu kecewa terhadap kematian tunangnya. Perhaps secara kasarnya, pengorbanan Tim adalah sangat mulia dan menyayat hati, tetapi secara reality, susah nak jumpa org seperti ini.

Watak Tim lakonan Will Smith adalah seorg yg pendiam dan introvert. Sebenarnya watak Tim ada persamaannya dgn wataknya dlm I Am Legend, seorg loner. So walaupun menarik performancenya, takde apa2 baru yg diberikan darinya. Namun ada babak2 yg mnarik seperti adegan telefonnya dgn Ezra dimana Tim sounds betul2 kurang ajar dan menghina org buta dgn tujuan utk melihat setakat mana tahap kesabaran Ezra dan layakkah dia menerima kornea mata Tim. Yes, Woody Harrelson is another noteworthy actor dlm filem ni walaupun adegannya sikit aje.


In case sapa2 yg nak tau apakah tujuh pengorbanan Tim utk menebus kematian tujuh nyawa adalah :

1) Menderma lobe paru2 pada abangnya Ben.
2) Menderma sebahagian drp hatinya pada seorg sukarelawan kanak2 Holly.
3) Menderma buah pinggang pada George, seorg jurulatih hoki kanak2
4) Menderma tulang sum-sum pada seorg kanak2 bernama Nicholas.
5) Menyelamatkan Connie Tepos bersama2 anak2nya drp penderaan teman lelaki Connie dgn memberi rumah banglo Tim kepada Connie.
6) Menderma kornea mata kepada Ezra Turner, seorg pemain piano. (selepas kematian Tim melalui wasiat).
7) Menderma jantung kepada kekasihnya Emily (melalui wasiat).

Tajuk filem ni juga agak misteri…tetapi according to Will Smith, ia adalah seberapa berat organ dlm badan yg perlu Tim korbankan untuk menebus dosa masa lampaunya. Nice title though !

Overall, filem ni memang sedih dan perempuan2 tentu akan menangis terharu. Tetapi patut di’improve’ lagi dari segi plotnya supaya kita tak terlalu bosan, tetapi filem ni masih pada standard yg baik.

4 comments:

Portdy said...

best review

akan di tonton nanti...

citer yang berparut di hati ni memang
senang diingatt.

last g tengok cter will smith yang betul2 ok - The Pursuit of Happines & Ali.

Nazim Masnawi said...

The Pursuit of Happiness is okay?!??

kekure said...

Aku siap tetido tengok cite ni..slowwwwwwwww tahap cipan..Will Smith kene cari watak lain..cam dah stereotype

Lord Vorphalack said...

Pursuit of Happyness is way okay than this one.

ye la...mula2 tgk watak dia ni as a 'loner' sama je mcm I am legend.