Tuesday, October 13, 2009

Upcoming Movie : Independence Day 2 ...???

Belum di sahkan, tetapi memang masing2 berminat utk keluarkan filem ni daripada pengeluar filem ni Fox, hinggalah kepada directornya, Ronald Emmerich. Tetapi buat masa ni, Ronald sangat sibuk dgn beberapa projek besarnya antaranya ialah upcoming, “2012”.
According to Ronald, memang lah dia berminat dan mempunyai idea tentang sequel tersebut, tetapi idea mereka masih di pertimbangkan oleh Fox terutama mengenai casting utamanya iaitu Will Smith. Syarat2 yg dikenakan oleh Will Smith, mungkin menjadi punca projek ni masih di jalan buntu. However, Ronald menekankan bahawa jika tiada Will Smith, sequel ni tak mungkin keluar memandangkan Will adalah tunjang utama pada filem yg pertama.

Filem ni pada aku walaupun ‘cheesy’ tp mmg menghiburkan. Mula2 aku tgk filem ni di wayang, mmg gerund dgn space shipnya yg besar gedabak. Yg bestnya, alien2 dlm filem ni hanya dipaparkan sekali je sepanjang filem ni, itu pun seekor aje. Filem ni lebih bertumpu pada tindakbalas dan perasaan manusia terhadap serangan makhluk asing sambil diselitkan unsur2 patriotisme. Takde leak any plot utk filem yg kedua ni tapi bila difikirkan masih relevan utk sequel kerana makhluk asing boleh strikes back bila mereka nak dan mencari Will Smith balik…hehe. Anyway, kita tunggu ajelah jika sequel ni menjadi kenyataan.

Aku, Movie dan Muzik


Aku masih tak dpt clearkan kepala otak aku yg berserabut ni berikutan bonus ofis aku yg seciput pada akhir bulan lepas. So most of the time dlm minggu lepas dan minggu ni korang akan nampak aku mcm blur jer. It’s time to take action, tak boleh fikirkan comfort zone aje, have to move on ! Mengenai blog, mmg dah bersawang giler ! Aku ni pulak mmg cepat boring, dgn adanya Facebook, most of my internet time is there. Blog ditinggalkan. Tp I have to admit yg blog lebih personal to me. So this time aku nak cuba ubah concept dgn menulis apa yg terlintas aje. Sebelum ni kehabisan idea dan tertekan utk me’review’ filem2. Bukanlah nak kata kali ni takde review filem, tapi aku campurkan kembali mengenai personal life aku dan movies/music secara brief.

Hari raya tahun ni yg paling suram bg aku, kerana as I say, this bonus things. Lagipun kita semua dah adult la, really Raya is for kids ! I prefer Ramadhan yg penuh dgn kesederhanaan dan keinsafan. Ha, last week ada sorang tetamu yg dtg beraya rumah. Member la…we always welcome sapa2 yg dtg ke rumah. Tapi kalau dah sampai dekat pukul 12.00 tak balik2 kitaorg lemas jugak. Rupa2nya the reason dia tak balik coz jam dinding kat rumah kitaorg dah mati jam pukul 8.00 mlm ! All these while dia syok tgk TV rumah kitaorg dan assume baru pukul 8.00. Ini leka punya psl, citer TV pun best ! Masing2 still in the raya mood, so this weekend pun masih bnyk open hse. Aku pergi yg mana boleh aje, tak semua.

Last great movie I saw was District 9. Rata diaorg kata filem ni best, and yes, it is quite good in my opinion. Menggunakan pendekatan dokumentari, psl tu filem ni ada sikit special. Filem yg sama pendekatannya dgn District 9 adalah Cloverfield. However, Cloverfield tentang monster dan District tentang alien. Walaupun alien designnya nampak bodoh dan hodoh, tapi visually mmg real. Effectnya mmg cantik dan real. Kekuatan filem ni juga adalah pada pelakon utamanya. Memegang watak sebagai Wikus, ketua yg ditugaskan utk memindahkan alien2 yg dah mendarat di bumi ke satu kawasan/district yg lain. Wikus telah terkena badi alien dan perlahan2 dia bertukar menjadi alien bermula dgn tangannya. Emosi yg dipersembahkan oleh actor Sharlto Copley yg memegang watak Wikus, mmg membuatkan kita sendiri cemas dan simpati terhadap apa yg berlaku pada dirinya. Dgn pertolongan sorang lagi alien, Christopher, mereka mencari penawar utk jangkitan tersebut, sambil mereka juga menerima ancaman dr manusia yg ingin menangkap beliau. Alien2 yg digambarkan kat cerita ni bukanlah ganas dan jahat walaupun muka mereka hodoh. Rumusannya, perangainya sama mcm manusia aje. Ada yg jahat dan ada yg baik. Overall aku bagi filem ni *** ½ bintang.

Music – Blast from the Past
Minggu ni adalah musim aku carik lagu2 retro dance music…yeah… Bermula dgn mendownload lagu Dr Alban dgn No Coke nya ! Selain tu kumpulan Snap, masih ingat tak kumpulan ni dgn laungan “I Got the Power !” nya…? After this aku nak download C&C Music factory plak. Pelik2 je la selera muzik aku yg berubah2 ni ! Oh ya, hari tu Suara Kekasih lakonan Azmil & Ogy disiarkan di TV. Lagu retro jiwang Ogy dlm filem tu pun berhantu beb ! Mcm Bila Bunga2 Berguguran, Kisah Cinta dan Rela Menanti. Melilau carik dlm web utk lagu ni.

Tak tau lah blog ni akan di update weekly or monthly or langsung lepas ni berkubur lagik, anyway sapa2 yg masih mengikuti...terima kasih !

Monday, October 12, 2009

Seeing Double Again...?

Tak tau la benda ni purposely atau coincidence, tapi aku baru je discover poster ni. Accidental Husband actually filem tahun 2008, dan aku pun tak pernah tonton filem ni. Just come across waktu tgk DVD review di web aje. Besides similar to Bridget Jones, pelakon utama lelakinya utk kedua2 filem ni adalah Colin Firth. Huh...dah takde idea ke...?