Bulan Disember dan Januari ni, channel 42 – Star Movies Astro akan menyiarkan “The Complete Saga” of Star Wars, episod by episod. Peminat2 Star Wars tentu tak akan melepaskan peluang untuk menontonnya every malam Ahad bermula dari 17 Disember lepas. Semua episod2 yg ditayangkan adalah sempena grand premier untuk Episod III – Revenge of the Sith, yg buat pertama kalinya ditayangkan di Star Movies pada 31 Disember ini. Sempena “The Complete Saga” ni, aku nak recap balik semua episod2 Star Wars yg aku tengok dan pendapat aku mengenai setiap episod berkenaan.
Episode I – The Phantom Menace (1999)
Pertama kali Anakin Skywalker (Darth Vader) di’introduce’kan dan hubungan antara Qui-Gon Jinn dan apperenticenya iaitu Obi Wan. Kedua2 sifu dan anak murid ni discover yg Anakin ni ada potential untuk menjadi Jedi Knight walaupun dibantah oleh Jedi Master’s Yoda. Ada la watak sampingan iaitu Jar Jar Binks sebagai kaum Gungan yg dibuang daerah. Mereka2 ni semua bersatu bersama dgn Queen Amidala untuk menumbangkan kuasa jahat, siapa lagi kalau bukan Darth Sidious/Senator Palpatine dan orang kuatnya Darth Maul. Episod pertama ni pada pendapat aku, adalah paling weak sekali. It’s more tentang pengenalan semua watak2 especially Anakin Skywalker. Terus terang aku katakan bahawa aku tak suka tgk lakonan Anakin yg kecik ni yg dilakonkan oleh Jake Lloyd. Tambahan pulak dgn watak Jar Jar Binks yg mungkin comel dan kelakar bagi setengah org, tapi tak bagi aku…he’s so annoying! Org2 tgh mengandung, jgn tgk makhluk nih…! Takde memorable scene dlm filem ni, cuma maybe scene waktu Anakin ambik bahagian dlm pod race, racing scene agak menarik dan ‘amusing’. Another thing is I find Darth Maul is a pretty cool character, tapi sayang wataknya cuma utk episod ni aje. In short, aku dapati filem ni takde story sgt dan tak menusuk ke jiwa aku mcm setengah2 episod Star Wars, or maybe there’s too much story (yg tak interesting) nak diceritakan sehinggakan plotnya agak kelam kabut sikit.
Darh Maul
Episode II – Attack Of The Clones (2002)
Anakin Skywalker dah remaja dan menjadi apperentice untuk Obi-Wan. Qui-Gon Jinn takde dlm filem ni sebab dah mati waktu bertarung dgn Darth Maul. Dlm episod ni menyaksikan yg dia seorang dgn sifatnya yg panas baran dan tak mengikut kata. Tension Obi-Wan dibuatnya. Obi Wan dan Anakin ditugaskan utk menjaga Amidala yg dah menjadi senator. The main story of this episode adalah kisah cinta antara Anakin dan Amidala. Ada yg kata episod 2 ni dah jadi mcm cerita cinta dah ! The main problem of this film is not the love story, tapi takde chemistry antara Anakin dan Amidala. Dialog2 cinta yg dilafazkan pun mcm filem2 cinta murahan aje. Obi Wan dah start risau tentang hubungan cinta mereka berdua kerana nanti melanggar kod etika Jedi. Plot tentang political dan “clones” things dlm filem ni tak menarik sangat. Villain kali ni adalah Count Dooku, yg nak try to assasinate Senator Amidala. Scene2 yg menarik adalah berkumpulnya semua Jedi2 utk menyelamatkan Obi Wan, Anakin dan Amidala drp cengkaman Count Dooku. Dlm scene ni lah kita nampak semua jenis manusia dan makhluk yg menjadi Jedi Knight. Aku pun tak sangka punya ramai mcm tu ! Lagi satu scene yg menarik adalah lawan pedang antara Yoda dan Dooku. Yoda siap buat summersault lagi, boleh terbang2 mcm filem kungfu Hong Kong. Aku rasa this one is better than Episode 1, tapi still antara franchise yg tak menarik compare to the others.
Episode III –Revenge of the Sith (2005)
“The Saga is Complete”. Aku sgt berpuas hati dgn episod kali ni. Setelah agak dissapointing dgn Episod I & II, episod kali ni lebih dramatik, tragis dan penuh aksi. Tak sia2 aku habiskan duit tiket wayang dgn Maddox utk tgk filem ni ! Anakin Skywalker makin lama makin terjerumus ke dark side atas hasutan Palpatine/Darth Sidious. Count Dooku masih ada tapi mati awal2 lagi. Seorang lagi villain diperkenalkan iaitu General Grievous, yg punyalah hodoh sbg seorang robot ! Grievous ni telah kidnap Palpatine dan it’s up to Anakin dan Obi Wan utk menyelamatkannya. Itu semua adalah set up, utk meracun Anakin utk join the dark side, semuanya di’plan’ oleh Sidious. Akibat dihasut, Anakin merumuskan bahawa Obi Wan and the rest of the Jedi is a threat dan memberontak menghapuskan Jedi2 yg ada. As I say, filem ni agak tragis. Lakonan Hayden Christensen ada menunjukkan peningkatan. Bnyk adegan2 yg aku suka speperti waktu force dark side membara dlm diri Anakin dan membunuh Mace Windu. Another one is the final battle between Obi Wan dan Anakin ber’background’kan lava gunung berapi. Habis Anakin kena dgn Obi Wan, separuh badan hancur dan diselamatkan oleh Sidious. Anakin di’transform’kan menjadi Darth Vader ! Last part filem ni menunjukkan kelahiran dua org anak hasil perkahwinan Anakin dan Amidala, iaitu Leia dan Luke. Aku rasa ending ni cukup sesuai untuk disambungkan dlm Episode IV – A New Hope yg direlease earlier pada tahun 1977. In short, filem ni membuat aku nak tengok balik filem2 Episode IV to VI balik !
Episode IV – A New Hope (1977)
Kalau ikut theaterical release, kita di rewind kembali 28 tahun yg lepas untuk episode IV ni, Kalau ikut jalan cerita, filem ni simply adalah sambungan episode III. Trilogy I – III is about Anakin Skywalker. Trilogy IV-VI is about Luke Skywalker, yg merupakan anak Anakin. Mula2 tgk filem ni rasa pelik jugak sebab start2 aje dah perang antara kuasa baik dan jahat. Tapi lepas tu more focus on kisah Luke yg dijaga oleh parents angkatnya di Tatooine. To put it short, Luke berjumpa dgn Obi Wan, 2 robot C3PO dan R2D2, Han Solo dan Chewbacca. Bersama2 mereka mempunyai misi utk menyelamatkan Princess Leia drp tahanan the dark side. Namun, Obi Wan kecundang dan mati di tgn Darth Vader dlm light-saber fighting scene. Darth Vader dlm filem ni sgt berkuasa tapi masih dibayangi oleh Darth Sidious sbg sifunya. Empayarnya sgt luas sehingga membina “Death Star” dan kemuncak filem ni adalah peperangan antara kuasa baik menantang jahat di luar “Death Star”. Time ni Luke masih tak tau yg Darth Vader adalah Anakin, bapak kandungnya. Plot filem ni simple tapi menarik. Taklah se’complicated’ mcm previous episode, tapi semuanya ada dlm filem ni, adventure, action, humor dan macam2 lagi.
Episode V – The Empire Strikes Back (1980)
Paling best antara semua “saga”. Plot yg sgt menarik sepanjang filem dan tragis pada endingnya. Luke mendapat vision from Obi Wan, dan terbang ke planet Dagobah untuk bertemu dgn Yoda. From episod III yg lepas, Yoda mmg membawa diri ke Dagobah untuk bertapa/rest. Luke diajar cara2 menjadi Jedi. Yoda dapati Luke berbeza dgn Anakin kerana sifatnya yg penyabar. Yoda yg semakin tua akhirnya mati setelah memperturunkan ilmunya kepada Luke. Dlm waktu yg sama, Han Solo dan crewnya ditipu oleh sahabat lamanya Lando Calrissian, dan dipenjarakan oleh Darth Vader. Luke meninggalkan Dagobah untuk menyelamatkan kawan2nya drp cengkaman Darth Vader. Scene yg menarik dlm filem ni adalah pertarungan antara Luke dan Darth Vader. Ada quote drp Vader “Luke…I am your father…!” dan mengajaknya untuk join the dark force sambil bertarung. Luke is very confused tapi masih boleh reject the offer. Akibatnya dia kehilangan tangannya dlm pertarungan light saber dgn Vader. Another tragic scene adalah pembekuan Han Solo setelah ditangkap, dijadikan arca dan dijual kepada Jabba The Hutt melalui Boba Fett. Selain tu adegan kejar mengejar kapal Han Solo Millenium Falcon dgn kapal2 pihak jahat juga sangat menarik.
Moh le join aku, aku ni kan bapak ngkau...!
Episode VI – Return of the Jedi (1983)
Untuk menjadikan saga yg baik, macam2 character diwujudkan dlm filem ni. Permulaan filem adalah tentang Jabba the Hutt dan geng2nya. Han ditahan oleh Jabba. Princess Leia menyamar utk menyelamatkan Han, manakala C3PO dan R2D2 dihantar oleh Luke utk menyelamatkan Han dan Chewbacca. Dlm segmen ni aku paling suka waktu Luke walks the planks untuk masuk kedalam pit maut Jabba, dan gunakan kuasa Jedinya utk melepaskan diri. Luke kali ni tak boleh diperlekehkan lagi coz dia dah jadi Jedi yg sempurna! Segman kedua is more on Ewoks, binatang mcm bear comel. Han, Leia dan 2 ekor robot tu, dan the rest of crew landed up in perkampungan mereka because of new satellite battle station di situ. This scene aku tak suka sgt sebab ewoks tu terlalu comel dan dah jadi filem budak2 pulak. Luke surrender dirinya pada dark side, untuk bertemu dgn bapanya Darth Vader. Pertarungan antara anak dan bapak ni sgt dramatic, gelap aje suasananya, cuma ditemani dgn cahaya light saber aje. Menambah kesakitan Luke, dia turut didera oleh sifu Vader iaitu Darth Sidious. Luke akhirnya merintih memanggil bapanya waktu didera, dan akhirnya Vader yg membunuh sendiri Sidious setelah kesian tgk anaknya. Kalau dlm episod V, Luke kehilangan tangannya, kali ni Darth kehilangan tangannya dan akhirnya hilang upaya dan mati selepas pertarungannya dgn anaknya sendiri Luke. Death Star dan seluruh empayar Dark Side berjaya dimusnahkan. All of them rejoice victory dan roh2 Obi Wan, Yoda dan Anakin bersatu. – The End -
9 comments:
yeah! yeah! yeah! tenkiu sooo much i.b.!! promote plsssss.. kasitao suma opismate, jiran2, ketua kg & org2 kg jugak tao!! btw, on 28/12 astro akan add another 3 channels + tv9.. i like! i like! i like!
The scenes that begin with the Luke/Vader lightsaber duel and end with the young hero's despairing decision to allow himself to plummet out of Vader's reach in Empire represent the most compelling sequence offered by any of the science fiction tales ever committed to the screen. From 2001, to The Matrix, up until Children of Men.
Whoever disagrees is just downright stupid.
NM, in scriptwriting that's called:
THE RESOLUTION SCENE!
> shows the end or aftermath of a conflict that's been building throughout a story (SW sagas)!
> the scene after the bad guy is captured or the mystery is solved or the bad feelings between two people are worked out.
> that shows a return to a normal, more peaceful state.
> the point of the story has been made, characters have grown & it's time to tie up loose ends.
> it's time for the audience to go home
*if takde scene tu, kat India depa akan bakar panggung coz X puas ati! p/s: ko nangis ke NM masa scene tuh? opsss!
ref: Advanced Screenwriting by Linda Seger (pg. 60)
ops! sori tertinggal 1 more point yg specific for the scene yg NM mention itu:
> A resolution scene may also show a reconciliation between two people. Rather than simply solving a story problem, it also solves a relational problem (Luke vs Vader)
Nasib baik aku tak tulis pasal font Star Wars masa starting tu, kalau tak mesti kau dah tulis, "NM, in scriptwriting that's called: OPENING CREDITS!"
en NM,
in scriptwriring, respon mcm ko ckp di atas tuh dipanggil a 'twist':
> an action (or dialogue) that suddenly shows us that things are not what they seem to be! NM sebenarnya berjiwa 'kelakar' juga w/pon ayat2 yg ko guna selalunya byk mencarut & sarcastic!
> it's the moment when everything adds up - we learn the truth, but the truth isn't what we thought!
> it's a surprise!
> it's an "ah-haa!"
> it's hits us in the gut!
> when a twist occurs, it's not unusual to hear a yelp or a sigh or an intake of breath from the audience! i nganga mulut jer baca ur komen!
...wahhhh!!! u r a colourful character dude! taknak audition utk 'raja lawak astro' ke?
"NM sebenarnya berjiwa 'kelakar' juga w/pon ayat2 yg ko guna selalunya byk mencarut & sarcastic!"
Tu pasal aku tau Yasmin Ahmad mesti sayang aku sangat-sangat.
tumpang lalu: promote 'dorm'
perrghh...dahsyat la borak2 filem korang. Taknak komen apa2, aku takde mood nak blog at the moment pasal baru lepas habis exam, dan belum apa2 lagi aku rasa bakal kantoi' ... shit...!!!!
Post a Comment