Tuesday, June 26, 2007

Shocked !



Terkejut jugak aku bila dgr radio masa aku on the way balik from office hari ni. Chris Benoit, ahli gusti WWE dijumpai mati bersama isteri dan anak lelakinya yg berumur 7 tahun.

Siapa2 yg tak kenal Chris Benoit, 40, beliau adalah ahli gusti WWE dari Canada yg berbadan kecik tapi sasa. Kelebihan dia dlm WWE ialah dia susah nak kalah. Kau bantailah dia mcm mana pun, dia still boleh survive. Dari segi taktik, aku rasa dia ni biasa aje. Dia pernah memenangi beberapa title sepanjang penglibatannya di WWE; heavyweight champion, Intercontinental champion dan tag team champion.

Pihak berkuasa masih menyiasat kes kematian ni, dan at the moment membuat andaian bahawa ia adalah kes pembunuhan-bunuh diri. Mereka percaya Benoit membunuh isteri dan anaknya pada Ahad lepas dan kemudiannya membunuh diri sendiri pada keesokan harinya. Kesemua mayat dijumpai ditiga bilik yg berasingan di rumah Benoit di Green Meadow Lane. Macam mana pun, polis masih belum habis siasat dan tak nak mengeluarkan lain2 kenyataan.

Thursday, June 21, 2007

The Hitcher (2007)

Cast :
Sean Bean as John Ryder
Sophia Bush as Grace Andrews
Zachary Knighton as Jim Halsey

Director :
Dave Meyers

Filem ni adalah remake filem tahun 1986 lakonan Rutger Hauer dan C. Thomas Howell. Kedua2 filem adalah standard B-movie aje tapi entah kenapa aku teruja sgt nak tgk filem ni despite bad review dari most of the critics. Mungkin sebab nama Michael Bay sebagai salah sorang producernya kot. Starting aje dah tunjuk statistik mengatakan yg 48,000 orang mati setiap tahun di jalan raya. Dah rasa mcm dokumentari pulak. Macam tak relevan statement tu kerana terlampau umum…org boleh mati sbb sccident… sebab mabuk dan lain2…

Ceritanya mengisahkan satu couple iaitu Jim (lakonan Zachary Knighton) dan Grace (lakonan Sophia Bush) yg bersama2 on a road trip entah kemana menaiki kereta Oldsmobile 442 tahun 1970 milik Jim. Perjalanan mereka menjadi kelam kabut bila mereka bertembung dgn seorang hitcher (lakonan Sean Bean) dan kereta rosaknya ditengah2 hujan lebat. Jim hampir melanggar lelaki berkenaan disebabkan hujan lebat sgt dan serba salah samada nak mengambilnya tumpang atau tak. Atas desakan girlfriendnya, dia tak jadi ambik hitcher tu.

Couple berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak after a long ride dan aku pun heran mcm mana tiba2 mamat psycho yg hitch tadi, John Ryder, boleh ada kat situ jugak. Kesilapan besar Jim bila menegur John ni dan introduce himself as merekalah yg hampir terlanggar John di highway tadi ! John dgn muka kesian meminta tumpang jugak, dan atas rasa simpati, Jim memberi tumpang. Dari sinilah bermulanya mimpi ngeri Jim dan Grace bila John start buat hal nak bunuh pasangan tersebut.


Walau apa jua couple tu buat, termasuklah berjaya menendang John keluar kereta…dan even dah ditangkap dan masuk dlm van polis, tapi John tak serik2 mengejar pasangan tersebut ! Mmg liat nak mati… a typical horror cliché la.

Filem ni bagi aku is more thriller than horror dan ada similariti dgn filem I Know What You Did Last Summer dan Jeepers Creepers. Bezanya filem ni dan Jeeper Creepers adalah villainnya, yg mana filem ni adalah seorang psycho while Jeepers adalah hantu ! Babak2 memandu dlm hujan dan hampir terlanggar John pula mengingatkan aku pada filem I Know What You Did Last Summer.

Despite holes in the plot, adegan2 tak logik dan bnyk benda yg buat kita tertanya2, aku masih menganggap filem ni menghiburkan kerana bestnya lakonan Sean Bean as John Ryder. Lakonannya sbg seorang psycho yg membunuh tanpa motif, sgt berkesan dan menyeramkan. Kita sure akan terpaku sehingga ke akhir menyaksikan lakonan beliau. Another thing ialah Sophia Bush. Kita pernah tgk dia dlm John Tucker dan beberapa filem lain, tapi kali ni dia diberi watak yg lebih sikit. Lakonannya pada pendapat aku biasa aje, tapi inilah wataknya yg paling seksi pernah aku tgk. Lagipun I got this ‘things’ bila tgk perempuan memegang senapang ni. Penghujung filem ni bila Grace one on one dgn John, adalah antara babak menarik filem ni.


Aku lega sebab filem ni tak bnyk adegan gore dan violence. Bukanlah totally takde, tapi ianya tak melampau2 bnyknya. Adegan mcm badan Jim terputus dua, pegawai polis yg dikelar dan satu keluarga christian mati dibunuh dlm kereta, masih mengikut acuan filem gore yg lain tapi that’s about it. Selebihnya kita leka tgk gelagat si psycho John ni.

Not bad lah…filem ni sesuai tgk berdua dgn couple korang dan sebagai pengajaran jgn bagi org tumpang kereta di tengah2 hujan. Ada yg kata filem ni tak sehebat yg original, tapi aku sendiri tak pernah tgk yg original punya. Anyway, bukan ke “tak sehebat yg original” selalu aje dilaung2kan bila nak review sesebuah filem ‘remake’ ?? I don’t give a damn sgt la sbb dah bosan dgn slogan tu ! DVD filem ni ada 20 minit deleted dan alternate scene/ending dan “the making of”. Aku bagi :

*** / *****

Poster 1986 version !

Wednesday, June 20, 2007

Seeing Triple...

Entri ni aku buat lepas belek majalah First bulan June 2007.

Again it's different movies, but same poster's concept !


Saturday, June 16, 2007

Blast From The Past : Action Figures Dulu2

Kalau pergi jaya Jusco sekeluarga, tak sah lah kalau tak singgah ke bahagian permainan. Tak duduk diamlah anak aku yg dua org tu kalau tak lalu situ. At least kalau tak beli pun, tgk pun jadilah. Yg terbaru kat pasaran adalah mainan Transformers version movie yg akan dtg ni. To tell u the truth, aku mmg action figures waktu 80an dulu dan selalu mintak arwah bapak aku belikan. Salah satu character yg aku minat adalah Transformers jugak. Bezanya version movie ni tentulah mengikut filem. Patung2 nya nampak lebih ganas dan tak ikut version cartoon langsung. Kalau korang tgk trailer utk upcoming Transformers ni korang tentu tau kan ? Entri kali ni bukan nak cakap pasal Transformers tapi cuma nak mengingat kembali toys yg aku gila beli waktu aku kanak2, dan dimulakan dgn Transformers itself :

Transformers

Mmg cantik dan canggih designnya walaupun waktu tu zaman 80an. Tapi aku tak boleh beli bnyk kerana harganya…mak datuk punyalah mahal. Waktu tu patung keluaran Hasbro ni, utk saiz yg lebih kurang tiga inci aje harganya dah dekat RM50. Tapi kalau nak bandingkan zaman sekarang, ianya bertambah mahal ! Ye lah….mana ada barang yg dah turun harganya kan. Semuanya makin bertambah. My greatest regret adalah tak sempat nak beli hero utama cartoon tersebut iaitu Optimus Prime, seperti gambar di bawah ni :


Mask

Lagi satu toys kegemaran aku. Cartoonnya taklah secanggih Transformers, tapi toys nya kira canggih jugak la. Mainly, ianya adalah kenderaan dan setiap kenderaan disertakan dgn satu patung owner kenderaan tersebut. Harganya lebih berpatutan berbanding dgn Transformers. Waktu tu cuma tiga syarikat aje yg mostly keluarkan toys…one is Hasbro dan dua lagi ialah Kenner dan Mattel. Mask adalah keluaran Kenner.


Star Wars

Inilah toys yg pertama sekali aku kumpulkan. Waktu tu ianya pasa pertengahan 80an. Masa tu harga sgt berpatutan. Saiz patung Star Wars taklah besar….kecik aje, tapi believe it or not, waktu tu harga satu patung hanya around RM4 lebih aje…!!! Tapi kalau beli transport diaorg ianya mahal sikitlah. Nak kata semua watak2 glamer dlm Star Wars semuanya aku beli, from Luke sampailah Darth Vader. My greatest regret utk patung Star Wars ni adalah tak dpt beli Millenium Falcon, kapal milik Han Solo tu…! Sekarang ni aku tgk patung Star Wars yg sama saiznya, harga punyalah mahal sampai yg paling murah pun RM29…! Star Wars juga keluaran Kenner, yg selalu keluarkan patung yg saiz kiut2…


He-Man

Aku mempunyai bnyk collection He-Man. Pendek kata takde apa2 greatest regret tak dpt beli patung He-Man. Paling best waktu birthday aku, arwah bapak hadiahkan castle Greyskull yg harganya around RM150…! Masa tu kira sgt mahallah tu ! Anyway, harga He-Man juga quite berpatutan bila dibandingkan dgn saiznya.

Castle Greyskull
Thundercats

Cantik2 jugak patung Thundercats, tapi harganya quite mahal. Patungnya semua ada punat kat belakang dan bila ditekan, tangannya akan swing. Cthnya Lion-o swing tgnnya dgn memegang pedang saktinya. Walaupun mahal, tapi ianya berkualiti dan tahan lasak. Aku bnyk beli patungnya saja. All the transport atau benda2 lain harganya mahal sgt !


Voltron

Satu2nya cartoon Jepun yg aku ada beli patungnya. Semua singa2 Voltron ada 5 dan berlainan harganya. Aku berjaya beli kelima2 singa berkenaan dan mencantumkannya menjadi sebuah robot besar. Seekor singa masa tu harga dlm RM20 lebih. Member2 aku masa tu semua jeles je aku ada toys ni. Tak kurang jugak yg selalu bertandang rumah aje nak join main sampai mak aku pun pening kepala !


Itu aje patung yg aku minat zaman 80an dulu. Semuanya takde dlm simpanan aku lagi, sebaliknya tersimpan dlm stor rumah nenek aku. Aku pun dah lama tak jenguk stor tu, tapi aku sure ianya dah hilang atau dirembat oleh anak2 sedara mara aku…tapi bila fikir2, menyesal aku tak simpan lagi action2 figure aku tu.

Friday, June 08, 2007

New Babes on the Block : Megan Fox

Since Transformers The Movie bakal menemui penonton Julai 2007 ni, jom kita berkenalan dgn salah sorang actress untuk filem ni yg juga merupakan one of the hottest babes celebrity sekarang. Megan Fox dilahirkan pada 16 Mei 1986 dan berjinak2 dgn dunia lakonan dan tarian sejak berumur 5 tahun lagi. Bila berumur 13 tahun, bidang tariannya telah memberinya peluang menceburi bidang modeling pulak. Dia lebih menterlah dlm bidang modeling dgn memenangi beberapa awards di American Modelling and Talent Convention pada tahun 1999.

Dia mula menceburi bidang lakonan dan pada 2001 dia make her first appearance dlm straight-to-video filem iaitu “Holiday in the Sun” bersama2 Mary-Kate dan Ashley Olsen (dua twins yg popular dgn sitcom Full House). 2004 menyaksikan dia tergolong antara pelakon2 wanita remaja yg popular di Hollywood. Dia ada berlakon bersama Lindsay Lohan dlm “Confessions of a Teenage Drama Queen”.

Hollywood dah mula mengenali Fox dgn lebih dekat dan dia tersenarai dlm photo shoot FHM untuk tahun 2005. Tahun berikutnya dia termasuk dlm senarai 100 Sexiest Women of 2006 dgn menduduki tempat yg ke 68. Based on her looks dan figure, aku tak heran langsung Fox ni tersenarai malah aku rasa dia patut dpt tempat yg lebih tinggi lagi. Peluang yg paling cerah dia dpt adalah menjadi pelakon wanita utama dlm filem Transformers yg bakal menemui penonton tak lama lagi dan diarahkan oleh Michael Bay.

Links :

Tuesday, June 05, 2007

Shrek The Third (2007)



Voice :
Mike Myers as Shrek
Cameron Diaz as Princess Fiona
Justin Timberlake as Artie
Antonio Banderas as Puss In Boots
Rupert Everett as Prince Charming
Eddie Murphy as Donkey
Director :
Chris Miller
Raman Hui
Shrek kembali lagi dgn Shrek The Third. Sememangnya animation yg satu ni merupakan favourite aku dan aku pasti ramai lagi yg menyukai filem ni, tak kiralah Shrek yg pertama ke atau yg kedua. Keistimewaan filem ni ialah watak2 fairy tale yg di twist kan dlm bentuk cynical dan mostly adalah watak2 cartoon Disney. Shrek The Third juga masih mengekalkan identiti ni dan masih menghiburkan. So sempena hujung minggu cuti sekolah ni sempatlah aku bawak anak aku menonton wayang filem ni. Ini jugak review filem animation aku yg pertama sejak aku mula memblog nih ! isk…isk…

Kali ni Raja Far Far Away dah nazak sangat. So, nampak gayanya Shreklah yg akan menduduki takhta. Shrek dah mula risau sebab bukan impiannya nak menjadi raja. Lagipun dia merindukan kampung halamannya dan mengidamkan akan kembali ke sana bersama isterinya. Sewaktu semua ahli keluarga berkumpul disaat2 terakhir raja yg berbentuk katak tu (sila refer Shrek 2), dia sempat bertanya tentang pengganti lain yg boleh memerintah negara tersebut. Looks like ada sorang lagi yg mempunyai pertalian dgn raja iaitu Arthur atau penggilan manjanya Artie. Apabila mendengar ini, Shrek dan kawan2 setianya, si Keldai dan Puss In Boots, berkemas2lah nak belayar mencari Artie ni. So bermulalah penggambaran mereka. Sebelum belayar, Princess Fiona sempat memberitahu Shrek bahawa dia sedang pregnant. Shrek terkejut dgn berita tersebut dan dah mula menggelabah coz Shrek mmg merasakan mempunyai anak adalah beban kepadanya.


Di tempat yg lain, Prince Charming yg perasan hensem tu, mendengar khabar yg Raja Far Far Away telah mangkat. Dia yg telah direject dan menjadi pelakon pentas, telah berjaya menyakinkan org2 di bar tempat dia berlakon, yg semuanya terdiri drp watak2 jahat fairy tale yg jahat, cthnya Captain Hook dan Evil Queen. Mereka ni semua telah di’reject’ oleh public dan skrg mereka melepak di bar aje. Setelah membangkitkan semangat dan motivasi pada mereka2 ni, Prince Charming dan geng2 barunya ni pun menyeranglah negara Far Far Away. So, it’s up to Princess Fiona dan geng2 fairy talenya seperti Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White plus Queen dan Rapunzel (yg belot!) utk mempertahankan negara Far Far Away. Meanwhile, Shrek yg sentiasa dlm dilemma tentang anaknya yg bakal lahir, juga menempuh berbagai dugaan dlm pengembaraannya. Dia bertemu Merlin dan meminta bantuan magician yg dah pencen tu utk kembalikan mereka ke negara Far Far Away, supaya boleh menyelamatkan Princess Fiona, menghapuskan Prince Charming dan seterusnya Artie boleh menjadi raja baru.

Pada mulanya aku tak confident sikit tentang Part 3 filem ni. Tahun ni aku rasa part 3 apa2 filem pun mcm tak memberangsangkan. Spider-Man 3 tak boleh beat Part 1 dan 2. Pirates : At World’s End juga kurang menjadi mcm Curse of the Black Pearl dan Dead Man’s Chest. Kesilapan semua filem2 tersebut adalah dari segi sub-plot yg terlalu banyak dan berkecamuk. So, sikit2 sebelum tgk filem Shrek The Third ni, aku rasa filem ni juga sealiran dgn filem2 yg aku sebutkan tadi. Tapi sangkaan aku meleset kerana Shrek tetap menghiburkan dan penuh dgn lawak jenaka from start to finish. Tak berserabut dgn sub-plot. Kanak2 dan dewasa juga akan menyukai filem ni. Bnyk adegan2 yg lawak, cthnya pada permulaan filem bila Raja Katak tu dah nazak dan nak mati. Susah nak describe mcm mana dia mati but kids sure will love it ! Atau sewaktu Pinochio disoal oleh Prince Charming about Shrek whereabouts. Si Pinochio ni tak boleh menipu coz hidungnya akan panjang…so he create a really2 confusing words gila babi dan berhati2 supaya hidungnya tu tak jadi lebih panjang ! Another short scene yg best waktu kawan Shrek si Keldai ni cuba nak try buat muka comel mcm Puss In Boots pernah buat dlm Shrek 2…hodoh dan tak comel langsung ! he, he…

Director filem ni Chris Miller dan Raman Hui walaupun tak pernah buat feature filem, mereka ni bnyk pengalaman dlm bidang2 animation ni. Grafik seperti Part 1 dan 2, memang tak menghampakan. Inilah first time aku tgk Shrek dipanggung wayang. Shrek 1 dan 2 tak sempat aku tgk, so mungkin itulah sebab aku rasakan yg kali ni grafiknya lebih hebat berbanding yg sebelumnya. Credit goes to semua tenaga2 kreatif Dreamworks cthnya seperti Guillaume Aretos dibahagian production design dan Tim Cheung dan krew utk bahagian character designer. Pelbagai character baru yg menyerlah pada kali ni. Aku suka group girl power yg dianggotai olah Princess Fiona, Snow White, Sleeping Beauty, Cinderella, Queen dan pondan hodoh tu. Pada aku mereka lah the real hero (or heroin) dlm filem ni yg mempertahankan Far Far Away. Aku suka waktu Snow White start naik syeh nak start berlawan, siap diiringi dgn lagu otai Led Zepellin’s Immigrant Song. Mmg there’s quite a number of classic rock in this movie. Selain tu ada lagu Live and Let Die by Wings waktu pengebumian raja dan lagu Heart’s Barracuda. Oh ya…pada pertengahan cerita barulah aku tau yg suara utk watak Artie tu adalah Justin Timberlake. No wonderlah suara familiar aje.


Overall, memandangkan this is the third installment, ianya tak menghampakan, malah menghiburkan walaupun ada kalanya plotnya seperti dah dijangka. Yg penting ianya berjaya menghiburkan budak2 yg dtg kepanggung sempena cuti sekolah ni. Anak aku pun terhibur menyaksikannya. Aku bagi :
*** ½ / *****