Thursday, June 21, 2007

The Hitcher (2007)

Cast :
Sean Bean as John Ryder
Sophia Bush as Grace Andrews
Zachary Knighton as Jim Halsey

Director :
Dave Meyers

Filem ni adalah remake filem tahun 1986 lakonan Rutger Hauer dan C. Thomas Howell. Kedua2 filem adalah standard B-movie aje tapi entah kenapa aku teruja sgt nak tgk filem ni despite bad review dari most of the critics. Mungkin sebab nama Michael Bay sebagai salah sorang producernya kot. Starting aje dah tunjuk statistik mengatakan yg 48,000 orang mati setiap tahun di jalan raya. Dah rasa mcm dokumentari pulak. Macam tak relevan statement tu kerana terlampau umum…org boleh mati sbb sccident… sebab mabuk dan lain2…

Ceritanya mengisahkan satu couple iaitu Jim (lakonan Zachary Knighton) dan Grace (lakonan Sophia Bush) yg bersama2 on a road trip entah kemana menaiki kereta Oldsmobile 442 tahun 1970 milik Jim. Perjalanan mereka menjadi kelam kabut bila mereka bertembung dgn seorang hitcher (lakonan Sean Bean) dan kereta rosaknya ditengah2 hujan lebat. Jim hampir melanggar lelaki berkenaan disebabkan hujan lebat sgt dan serba salah samada nak mengambilnya tumpang atau tak. Atas desakan girlfriendnya, dia tak jadi ambik hitcher tu.

Couple berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak after a long ride dan aku pun heran mcm mana tiba2 mamat psycho yg hitch tadi, John Ryder, boleh ada kat situ jugak. Kesilapan besar Jim bila menegur John ni dan introduce himself as merekalah yg hampir terlanggar John di highway tadi ! John dgn muka kesian meminta tumpang jugak, dan atas rasa simpati, Jim memberi tumpang. Dari sinilah bermulanya mimpi ngeri Jim dan Grace bila John start buat hal nak bunuh pasangan tersebut.


Walau apa jua couple tu buat, termasuklah berjaya menendang John keluar kereta…dan even dah ditangkap dan masuk dlm van polis, tapi John tak serik2 mengejar pasangan tersebut ! Mmg liat nak mati… a typical horror cliché la.

Filem ni bagi aku is more thriller than horror dan ada similariti dgn filem I Know What You Did Last Summer dan Jeepers Creepers. Bezanya filem ni dan Jeeper Creepers adalah villainnya, yg mana filem ni adalah seorang psycho while Jeepers adalah hantu ! Babak2 memandu dlm hujan dan hampir terlanggar John pula mengingatkan aku pada filem I Know What You Did Last Summer.

Despite holes in the plot, adegan2 tak logik dan bnyk benda yg buat kita tertanya2, aku masih menganggap filem ni menghiburkan kerana bestnya lakonan Sean Bean as John Ryder. Lakonannya sbg seorang psycho yg membunuh tanpa motif, sgt berkesan dan menyeramkan. Kita sure akan terpaku sehingga ke akhir menyaksikan lakonan beliau. Another thing ialah Sophia Bush. Kita pernah tgk dia dlm John Tucker dan beberapa filem lain, tapi kali ni dia diberi watak yg lebih sikit. Lakonannya pada pendapat aku biasa aje, tapi inilah wataknya yg paling seksi pernah aku tgk. Lagipun I got this ‘things’ bila tgk perempuan memegang senapang ni. Penghujung filem ni bila Grace one on one dgn John, adalah antara babak menarik filem ni.


Aku lega sebab filem ni tak bnyk adegan gore dan violence. Bukanlah totally takde, tapi ianya tak melampau2 bnyknya. Adegan mcm badan Jim terputus dua, pegawai polis yg dikelar dan satu keluarga christian mati dibunuh dlm kereta, masih mengikut acuan filem gore yg lain tapi that’s about it. Selebihnya kita leka tgk gelagat si psycho John ni.

Not bad lah…filem ni sesuai tgk berdua dgn couple korang dan sebagai pengajaran jgn bagi org tumpang kereta di tengah2 hujan. Ada yg kata filem ni tak sehebat yg original, tapi aku sendiri tak pernah tgk yg original punya. Anyway, bukan ke “tak sehebat yg original” selalu aje dilaung2kan bila nak review sesebuah filem ‘remake’ ?? I don’t give a damn sgt la sbb dah bosan dgn slogan tu ! DVD filem ni ada 20 minit deleted dan alternate scene/ending dan “the making of”. Aku bagi :

*** / *****

Poster 1986 version !

No comments: