Saturday, June 16, 2007

Blast From The Past : Action Figures Dulu2

Kalau pergi jaya Jusco sekeluarga, tak sah lah kalau tak singgah ke bahagian permainan. Tak duduk diamlah anak aku yg dua org tu kalau tak lalu situ. At least kalau tak beli pun, tgk pun jadilah. Yg terbaru kat pasaran adalah mainan Transformers version movie yg akan dtg ni. To tell u the truth, aku mmg action figures waktu 80an dulu dan selalu mintak arwah bapak aku belikan. Salah satu character yg aku minat adalah Transformers jugak. Bezanya version movie ni tentulah mengikut filem. Patung2 nya nampak lebih ganas dan tak ikut version cartoon langsung. Kalau korang tgk trailer utk upcoming Transformers ni korang tentu tau kan ? Entri kali ni bukan nak cakap pasal Transformers tapi cuma nak mengingat kembali toys yg aku gila beli waktu aku kanak2, dan dimulakan dgn Transformers itself :

Transformers

Mmg cantik dan canggih designnya walaupun waktu tu zaman 80an. Tapi aku tak boleh beli bnyk kerana harganya…mak datuk punyalah mahal. Waktu tu patung keluaran Hasbro ni, utk saiz yg lebih kurang tiga inci aje harganya dah dekat RM50. Tapi kalau nak bandingkan zaman sekarang, ianya bertambah mahal ! Ye lah….mana ada barang yg dah turun harganya kan. Semuanya makin bertambah. My greatest regret adalah tak sempat nak beli hero utama cartoon tersebut iaitu Optimus Prime, seperti gambar di bawah ni :


Mask

Lagi satu toys kegemaran aku. Cartoonnya taklah secanggih Transformers, tapi toys nya kira canggih jugak la. Mainly, ianya adalah kenderaan dan setiap kenderaan disertakan dgn satu patung owner kenderaan tersebut. Harganya lebih berpatutan berbanding dgn Transformers. Waktu tu cuma tiga syarikat aje yg mostly keluarkan toys…one is Hasbro dan dua lagi ialah Kenner dan Mattel. Mask adalah keluaran Kenner.


Star Wars

Inilah toys yg pertama sekali aku kumpulkan. Waktu tu ianya pasa pertengahan 80an. Masa tu harga sgt berpatutan. Saiz patung Star Wars taklah besar….kecik aje, tapi believe it or not, waktu tu harga satu patung hanya around RM4 lebih aje…!!! Tapi kalau beli transport diaorg ianya mahal sikitlah. Nak kata semua watak2 glamer dlm Star Wars semuanya aku beli, from Luke sampailah Darth Vader. My greatest regret utk patung Star Wars ni adalah tak dpt beli Millenium Falcon, kapal milik Han Solo tu…! Sekarang ni aku tgk patung Star Wars yg sama saiznya, harga punyalah mahal sampai yg paling murah pun RM29…! Star Wars juga keluaran Kenner, yg selalu keluarkan patung yg saiz kiut2…


He-Man

Aku mempunyai bnyk collection He-Man. Pendek kata takde apa2 greatest regret tak dpt beli patung He-Man. Paling best waktu birthday aku, arwah bapak hadiahkan castle Greyskull yg harganya around RM150…! Masa tu kira sgt mahallah tu ! Anyway, harga He-Man juga quite berpatutan bila dibandingkan dgn saiznya.

Castle Greyskull
Thundercats

Cantik2 jugak patung Thundercats, tapi harganya quite mahal. Patungnya semua ada punat kat belakang dan bila ditekan, tangannya akan swing. Cthnya Lion-o swing tgnnya dgn memegang pedang saktinya. Walaupun mahal, tapi ianya berkualiti dan tahan lasak. Aku bnyk beli patungnya saja. All the transport atau benda2 lain harganya mahal sgt !


Voltron

Satu2nya cartoon Jepun yg aku ada beli patungnya. Semua singa2 Voltron ada 5 dan berlainan harganya. Aku berjaya beli kelima2 singa berkenaan dan mencantumkannya menjadi sebuah robot besar. Seekor singa masa tu harga dlm RM20 lebih. Member2 aku masa tu semua jeles je aku ada toys ni. Tak kurang jugak yg selalu bertandang rumah aje nak join main sampai mak aku pun pening kepala !


Itu aje patung yg aku minat zaman 80an dulu. Semuanya takde dlm simpanan aku lagi, sebaliknya tersimpan dlm stor rumah nenek aku. Aku pun dah lama tak jenguk stor tu, tapi aku sure ianya dah hilang atau dirembat oleh anak2 sedara mara aku…tapi bila fikir2, menyesal aku tak simpan lagi action2 figure aku tu.

No comments: