Saturday, June 14, 2008

Sepi (2008)

Cast :
Afdlin Shauki as Adam
Vanidah Imran as Ilyana
Nasha Aziz as Suzie
Tony Eusoff as Sufi
Eja as Marya
Baizura Kahar as Imaan
Hussein as Ean
Pierre Andre as Khalif

Director :
Kabir Bhatia

Agak susah kita tak membandingkan filem Sepi dgn Cinta walaupun pengarah filem ni, Kabir Bhatia meminta begitu. Kita tak boleh menafikan filemnya yg previous kerana struktur filemnya sama; watak dan situasi berbeza yg mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kali ni insiden accident kereta menjadi pengikat cerita Sepi. Babak ini dipaparkan pada permulaan filem ni dan terus ia membawa kita ke tiga segmen yg berbeza; Adam, Sufi dan Imaan.

Kisah Adam lakonan Afdlin Shauki adalah berkisar mengenai sorang bujang terlajak dan masih mencari cinta. Hidup Adam yg ‘Sepi’ diuji especially bila kawan baiknya dan adiknya sendiri telah ‘melangkah bendul” kahwin berbanding dia. Walaupun single, Adam mempunyai seorg kenalan perempuan yg tergila2 kan dia but her problem is dia betul2 tiga suku…? Hidup Adam suddenly berubah bila dia bertemu Ilyana lakonan Vanida Imran, iaitu wedding planner utk kawannya. Terpukau dgn kecantikan dan kelembutan Ilyana, Adam merasakan yg gadis yg suddenly hadir dlm hidupnya itulah yg dia cari2 selama ini. Dapatkah Adam menghilangkan rasa ‘Sepi’nya selepas bertemu gadis ini…?



Kisah Sufi simply mengenai seorg duda anak satu yg depressed dgn kematian isterinya yg accident kereta disebabkan kecuaiannya sendiri. Namun sepinya terubat apabila dia bertemu seorg wanita yg muncul secara tiba2 waktu dia berjogging. Pertemuan demi pertemuan membangkitkan rasa cinta Sufi terhadap Marya, yg muncul secara misteri dlm hidupnya.



Dua kisah yg pertama involve org yg mature sikit, while kisah yg terakhir adalah tentang percintaan sepasang remaja kolej. Walaupun Imaan mempunyai pakwe, dia ni selalu sgt kena tackle dgn sorang mamat se’teater’ nya iaitu Ean. Walaupun puas si Imaan ni menerangkan yg dia sudah berpunya, Ean ni tak putus2 asa mengoratnya sehingga menimbulkan perasaan cemburu pakwenya Khalif. Perselisihan faham antara Imaan dan Khalif membawa kepada suatu insiden dan menyatukan ketiga2 watak Adam, Sufi dan Imaan.



Tentu korang semua tau yg filem Kabir Bhatia ni bnyk bermain dgn emosi penonton menerusi lagu latarnya yg sgt sentimental. Ianya berjaya mewujudkan perasaan sedih, gembira atau terharu dlm diri kita. Dr segi emosi, aku boleh kata yg filem ni berjaya mencuit perasaan aku. Background lagu utk trailernya aje dah bagi hints pada aku yg this is a good movie. In fact, in my opinion, filem ni lebih baik drp Cinta kerana struktur ceritanya lebih tersusun dan selari dgn tiga kisah yg dihidangkan. Mungkin juga tiga kisah utk filem ni lebih menyenangkan utk kita menghayati berbanding lima kisah seperti filem Kabir yg sebelum ni iaitu Cinta.

Aku rasa, bukan aku saja yg enjoy segmen Adam. Afdlin Shauki steals the show in every way. Wataknya bukannya pak lawak pun, tapi kita masih tergelak dgn telatahnya yg sekian lama sepi menjadi teruna tua. Aku pun heran mcm mana diaorg boleh cast Afdlin utk memegang watak Adam. Typically, tentu kita bayangkan yg Adam adalah sorang yg at least ada good looking sikit. Tapi segala gerak geri dan tutur katanya yg charming membuat kita lupa yg Afdlin ni cuma sorang mamat bujang terlajak biasa yg berperut buncit. Lakonannya dlm filem ni bagi aku patut dpt at least award or something. Bukan Afdlin sorang je yg best, malah awek senget yg minat dgn dia iaitu Suzie (lakonan Nasha Aziz) juga kelakar habis. Nampak natural je ke’gila’annya tu cthnya waktu majlis kahwin kawan Adam dimana si Suzie dgn kecohnya memanggil Adam sehingga riuh satu dewan. Hati Adam terpaut pada Ilyana. Menepati ciri2 perempuan Melayu yg bersopan. Terserlah sungguh ke’ayu’annnya. Walaupun dr segi physical Adam dan Ilyana berlawanan sgt; sorang kurus dan sorang gemuk, namun ada chemistry antara mereka. Tgk ajelah scene waktu mereka bergurau di dapur dan berlatarbelakangkan lagu romantis. Mmg natural dan nampak mesra sgt !. Kisah Adam ni adalah kisah yg paling panjang berbanding the rest. There’s one scene reminds me of Ben Stiller dlm Heartbreak Kid, waktu Afdlin pergi kenduri kahwin kawan dia dan dia ditempatkan kat meja org2 yg single. Aku masih teringat kata2 Adam waktu dia dpt tau yg Ilyana ni akan berkahwin dgn org lain…” Kenapa berjumpa utk berpisah…?” diiringi dgn score yg pilu….

Segmen kedua, dari segi plot dan lakonan agak sederhana. Lakonan yg fair aje oleh Tony Yusof dan Eja. Actually kalau takde score music yg romantis or sedih, aku rasa ianya lebih empty. Eja dan Tony mcm takde chemistry. Tony’s expression dan emosi tak begitu kuat sehinga aku tak expect dia menyuruh dan memaksa Eja lari meninggalkan suaminya. Tapi aku suka scene waktu Eja membuka ikatan rambutnya utk mengikat kasut Sufi yg tertanggal tapaknya. Fuh..nampak sungguh ayu dan cantik ! Rasa mcm iklan syampoo pun ada ! Kisah Sufi juga menggambarkan yg dia mempunyai ofis yg buruk aje kerana bisnesnya adalah into manufacturing. Tp kalau in typical Malay filem or drama, I’m sure Sufi yg seorg bisnesman ni mempunyai ofis yg sofistikated sungguh…! It’s a relieve ianya tak digambarkan sebegitu. Anyway, segmen Sufi ni penting jugak kerana dialah, insiden berlaku dan filem ni berkait.



Segmen ketiga adalah cinta budak kolej. Yes, ala2 Dunia Baru tu…tapi ianya lebih serious. Aku suka segmen ni kerana ianya ala2 The Sixth Sense. Walaupun aku dah quite familiar dgn kejutan ala2 Sixth Sense, tp aku tak jangkakan yg segmen ni akan follows seperti filem tu. At first korang nampak filem ni is a normal teenage story. Baizura dan Hussin Ruffedge memberikan lakonan yg sgt menarik, tp not Pierre Andre yg lakonannya mirip2 seperti dlm filem Cinta. Mcmmanapun aku tak salahkan dia coz faham keadaannya dlm filem ni. Kalau nak tau, korang mesti tonton filem Sepi. Sebuah filem romantis melayu terbaik utk thn ni. Oh ya, dlm kisah Imaan, Erma Fatima ada buat cameo sebagai lecturer kolej. Dah quite some time tak tgk dia dilayar perak.

Aku tak salah penonton kalau bandingkan filem ni dgn Cinta. Itu lumrah coz pengarah yg sama mengarah filem yg bertema sama. Tp for me filem ni lebih menarik berbanding yg Cinta. Tak tau kenapa aku senang utk menghayatinya dan begitu terikat dgn ceritanya. Filem ni juga mempunyai mood yg berbeza dgn Cinta, while Cinta is more colorful, Sepi lebih suram dan sedih. Lakonan yg mantap dan cinematografi dan score yg baik (kadang2 seolah2 menjadi sebuah video clip lagu cinta) menjadikan filem ni adalah yg terbaik so far utk thn ni. Tunggu filem ni pada 26hb nanti.

7 comments:

Ajami Hashim said...

errrkkk!!!! CINTA is better than LOVE & SEPI..

susunan aku utk filem2 kabir dr TERBAIK ke TERKURENG ialah:

1.CINTA
2.CINTA
3.CINTA
4.CINTA
5.CINTA
6.LOVE & SEPI (kongsi tempat) kekekkekekkk..

Lord Vorphalack said...

klu kau tak suka pun u have to admit that vanida is so gorgeous in that movie... tak mcm mak org...

Anonymous said...

aku dah tgk Sepi and I have to say, I agree dgn Ajami. Dari segi storyline, aku rasa aku puas hati dengan Sepi tapi banyak sgt kelemahan Sepi... lakonan Baizura nampak fake, lakonan Vanida tak strong sangat.... mcm aku ckp tadi Sepi nampak strong sebab isinya ada... walaupun sekeping kertas Mencari Teman tu yg menjadi pengikat kesemua cerita tu, tapi kesinambungan dia tak berapa clear.... aku paling suka kisah Imaan, yes, itu kisah remaja kolej, tapi itu jugak la kisah yang paling strong bagi aku...

Aku suka Afdlin & Eja dalam Sepi... Eja takde bulu mata lentik dan Afdlin is just subtly funny...

Lord Vorphalack said...

entahlah, tp CINTA juga ada beberapa segmen yg tak strong kisahnya especially kisah Fasha & Eizlan yg lebih popcorn, bubble gum love story. Segmen yg terpahat waktu menonton CINTA is just Rahim Razali and Que Haidar aje...anyway mmg sure semua org akan bandingkan filem ni dgn CINTA punya....

Nazim Masnawi said...

Omigod, and I thought Cinta was bad.

Anonymous said...

saya tgk cite ni dua kali tau dlm hari yg sama...tol2 sy ske tgk cite ni...touching lak rasa...cm de kaitan lak dgn jiwa sy yg mmg sepi:(

Lord Vorphalack said...

yes it is touching in both 3 segments... maybe will won something in upcoming FFM just like Cinta...