Tuesday, July 22, 2008

More Remakes...!

Forget about Asian horror remake, now let’s talk about US horror remake. Selepas remake Halloween, Texas Chainsaw Massacre dan beberapa cult movie lagi, ada dua cult horror movie yg akan di remake utk tahun 2009 nanti. It is not a sequel, tapi ia juga tak mengikuti bulat2 acuan original series according to sources la. Berikut adalah brief details about these 2 movies :

Friday The 13th

Director :
Marcus Nispel (yg pernah mengarah 2003’s remake Texas Chainsaw Massacre).

Producer :
Michael Bay
Andrew Form
Brad Fuller

Writer :
Damian Shannon (Freddy Vs Jason)
Mark Swift (Freddy Vs Jason)

Kemunculan Jason kali terakhir adalah dlm filem crossover Freddy Vs Jason iaitu gabungan villain dlm filem Nightmare On Elm Street & Friday the 13th. Menurut sumber, filem ni akan mengambil elemen2 dari filem yg pertama, kedua dan ketiga di samping menerangkan beberapa perkara seperti bagaimana asal usul topeng hoki yg dipakai oleh Jason, di mana Jason berasal dan apa hubung kait Jaosn dgn Crystal Lake. Watak Jason akan dilakonkan oleh Derek Mears (The Hills Have Eyes 2 dan beberapa siri TV) yg mmg teringin utk membawa watak tersebut di zaman kanak2nya. Filem ni dijadualkan akan menemui penonton pada 13 February 2009 dan diterbitkan oleh New Line Cinema.




Hellraiser

Berbeza dgn Friday the 13th, remake Hellraiser nampak mcm masih tak stabil. Ianya bermula bila Dimension Studio dipertanggungjawabkan utk membangunkan remake utk filem Hellraiser. Barker dah confirm yg dia akan menulis utk filem ni yg penuh dgn horror dan drama. Manakala Julien Maury dan Alexandre Bustillo, director utk filem seram France “Inside” dikatakan akan mengarah filem ni. Filem ni akan akan menampilkan ‘Pinhead’ dan cerita yg baru. Malangnya, skrip Barker telah di’reject’ oleh Dimension Film dan telah digantikan oleh penulis filem “Feast” dan “Saw IV”. Pengarah asal pula telah tarik diri. Selepas tu takde perkembangan apa2 dan Barker sendiri telah menyepikan diri. Mcm mana pun kita tunggu 9 Januari 2009, entah jadi atau tak.

Sunday, July 20, 2008

One Missed Call (2008)


Cast :
Edward Burns as Jack Andrews
Shannyn Sossamon as Beth Raymond
Rhoda Griffis as Marie Layton

Director :
Eric Valette

Japanese version of One Missed Call bagi aku tak menarik dan aku tak tau kenapa la tergerak jugak hati aku nak menonton US version punya. Perhaps the real reason adalah kerana kurangnya filem2 horror yg ada di kedai2 DVD kebelakangan ni. Jadi nak taknak terpaksalah layan filem ni. Mengisahkan seorang teenager bernama Beth Raymond yg trauma selepas sorang demi sorang kawannya mati dlm keadaan yg pelik. Setelah menyiasat, dia mendapat tau yg mereka semua mendapat panggilan cellphone sebelum mati dan didalam panggilan tu adalah rakaman saat2 terakhir sebelum mereka mati. Beth ditolong oleh seorang detective Jack Andrews yg mempercayainya, kerana adiknya sendiri telah mati dlm kemalangan kereta setelah menerima panggilan misteri di cellphonenya. Siasat punya siasat akhirnya Beth juga menerima panggilan misteri melalui cellphonenya sendiri dan it’s up to mereka berdua ni lah utk membongkar dimana dan siapakah original caller of the call dan seterusnya utk mengelakkan Beth drp mati.

Well, to me aku describe filem ni mcm Final Destination “handphone” version. Cuma object kali ni menggunakan handphone sebagai medium semata2 nak create kelainan sikit. Selain drp tu semuanya adalah typical horror movie Japanese or Asian style. There’s one scene di mana kawan Beth iaitu Brian nak melintas jalan dgn kereta on the road yg laju2… we expect di akan mati kena langgar kereta but suddenly accident lain yg berlaku kepadanya. Scene tersebut mengingatkan aku sebijik mcm dlm filem Final Destination dimana kematian selalunya berlaku bukan pada insiden yg kita sangkakan.

Imej samar2 hantu dah selalu sgt dlm filem2 horror Asian dan aku rasa originally bermula drp filem The Ring. Filem ni juga tak ketinggalan menggunakan formula yg sama, however ada jugaklah sesetengah scene yg menakutkan dan bagi kita terkejut. I guess imej2 samar ni masih relevan dlm filem seram. Hantu2 dlm filem Asian juga selalu digambarkan sebagai baik dan mangsa teraniaya. Samalah jugak dgn filem ni. Marie Layton adalah hantu utama yg selalu muncul dlm hidup Beth dan in the end dialah yg menyelamatkan Beth drp terbunuh oleh hantu anaknya sendiri yg evil. Scene ni nampaklah sikit ke’hindustani’nya.

Performance drp pelakon2 tak memberangsangkan especially watak utama Beth yg dilakonkan Shannyn Sossamon. Kemunculan pelakon dan director yg terkemuka jugak iaitu Edward Burns sebagai polis juga tak membantu. Ini kerana wataknya terlalu cliché dan filem ni sendiri terlalu cliché utk ditonton. Bukanlah filem ni terlalu teruk…ada yg lebih teruk drp filem ni kerana at least filem ni ada juga moment seramnya. Tapi overall, filem ni is just simply too mediocre.

Aku bagi : ** 1/2 / *****


Thursday, July 10, 2008

Blog Gampang

I don't know if you're aware of this blog :

http://daniazz6383.blogspot.com/

I mean c'mon guys...get a real life la...!!!
Mcm2 bahasa kesat aku nak komen kat blog ni; "gampang", "sial", "cilaka", "sundal", "jantan kaberet" etc...etc....

Enjoy...ha, ha...!!!

* Update : Unfortunately, this "gay" blog dan gambar2/aksi2 melampau mereka has been deleted by the author

Sunday, July 06, 2008

Blast from the Past : Wok With Yan

Last weekend diwaktu free time, aku sempat menonton Chef Wan punya rancangan memasak di TV3. Suddenly aku teringat satu rancangan satu waktu dulu dan rancangan inilah yg membuat aku berkobar2 nak memasak sendiri. Rancangan TV tu tak lain tak bukan ialah “Wok With Yan”!. Ia mmg popular sekitar thn 80an. Kalau nak ikutkan tentulah masakan oleh chef Cina ni tak sesuai dan tak halal, tp yg membuatnya menarik adalah skill chef tu dan lawak jenakanya yg kadang2 mmg kelakar dan kadang2 mcm bodoh. Tp mmg terhibur tgk dia gabungkan dua skill tu dlm cara memasaknya.

Selain tu ‘apron’nya juga ada pelbagai quote atau joke yg berlainan setiap minggu. Rancangan ni dikendalikan dlm bahasa Inggeris, so mmg lawak la kalau si Yan ni ‘speaking’ dgn slang Kantonis yg pelatnya tu. Di akhir rancangannya dia akan menjemput salah sorang drp audience utk makan dan cuba masakannya sambil berborak2. Oh ya…tak lupa juga ‘fortune cookie’ atau simpulan/peribahasa chinesenya sebelum mereka makan bersama.

Rancangan TV ni sgt popular bukan di M’sia aje malah di America, Phillipines, Indonesia dan Singapore. Ianya bertahan I think sampai early 90’s tapi dah kurang popular. Siri TV ni juga ada version yg lain yg lebih latest, aku tak sure whether org yg sama atau tak tapi titlenya kalau tak silap aku is “Yan Can Cook”.