Tuesday, July 22, 2008

More Remakes...!

Forget about Asian horror remake, now let’s talk about US horror remake. Selepas remake Halloween, Texas Chainsaw Massacre dan beberapa cult movie lagi, ada dua cult horror movie yg akan di remake utk tahun 2009 nanti. It is not a sequel, tapi ia juga tak mengikuti bulat2 acuan original series according to sources la. Berikut adalah brief details about these 2 movies :

Friday The 13th

Director :
Marcus Nispel (yg pernah mengarah 2003’s remake Texas Chainsaw Massacre).

Producer :
Michael Bay
Andrew Form
Brad Fuller

Writer :
Damian Shannon (Freddy Vs Jason)
Mark Swift (Freddy Vs Jason)

Kemunculan Jason kali terakhir adalah dlm filem crossover Freddy Vs Jason iaitu gabungan villain dlm filem Nightmare On Elm Street & Friday the 13th. Menurut sumber, filem ni akan mengambil elemen2 dari filem yg pertama, kedua dan ketiga di samping menerangkan beberapa perkara seperti bagaimana asal usul topeng hoki yg dipakai oleh Jason, di mana Jason berasal dan apa hubung kait Jaosn dgn Crystal Lake. Watak Jason akan dilakonkan oleh Derek Mears (The Hills Have Eyes 2 dan beberapa siri TV) yg mmg teringin utk membawa watak tersebut di zaman kanak2nya. Filem ni dijadualkan akan menemui penonton pada 13 February 2009 dan diterbitkan oleh New Line Cinema.




Hellraiser

Berbeza dgn Friday the 13th, remake Hellraiser nampak mcm masih tak stabil. Ianya bermula bila Dimension Studio dipertanggungjawabkan utk membangunkan remake utk filem Hellraiser. Barker dah confirm yg dia akan menulis utk filem ni yg penuh dgn horror dan drama. Manakala Julien Maury dan Alexandre Bustillo, director utk filem seram France “Inside” dikatakan akan mengarah filem ni. Filem ni akan akan menampilkan ‘Pinhead’ dan cerita yg baru. Malangnya, skrip Barker telah di’reject’ oleh Dimension Film dan telah digantikan oleh penulis filem “Feast” dan “Saw IV”. Pengarah asal pula telah tarik diri. Selepas tu takde perkembangan apa2 dan Barker sendiri telah menyepikan diri. Mcm mana pun kita tunggu 9 Januari 2009, entah jadi atau tak.

1 comment:

Ajami Hashim said...

batman! batman! batman!.. mana rev batman TDK???