Wednesday, November 19, 2008

Histeria (2008)

Cast :
Scha as Alissa
Liyana Jasmay as Murni
Reanna as Zeta
Vanida Imran as Ustazah
Adiputra as Helmi
Kazar as Tukang Kebun

Director :
James Lee

Mmg aku ternanti2 invitation Ajami utk mlm gala Histeria pada 18 Nov yg lepas. Sbg peminat filem2 horror, tentulah aku taknak melepaskan peluang utk menonton filem ni. Histeria dah lama aku dgr bila tgk pada website Tayangan Unggul, tambahan pulak trailer nya yg agak seram membuat aku teruja sgt sampaikan aku ambik cuti utk hari previewnya kelmarin.

Ceritanya simple je. Berkisar tentang enam org pelajar perempuan yg nakal di Sekolah Tinggi Tun Teja, yg buat lawak bodoh terhadap guru mereka. Salah seorg drp mereka berpura2 terkena histeria sehingga memaksa guru mereka memanggil bomoh utk memulihkannya. Apabila mengetahui guru2 dan bomoh itu sendiri ditipu, mereka berenam dikenakan tindakan disiplin dgn membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester dan dijaga oleh Cikgu Helmi dan sorang lg pelajar baru iaitu Zeta. Kejadian ngeri bermula apabila salah sorang ahli kump. tu iaitu Junita mengambil ‘sesuatu’ yg telah ditanam oleh tukang kebun sekolah mereka. Selepas drp tu bermula dgn Junita, sorang demi sorang drp mereka telah dibunuh dgn kejam oleh satu lembaga, termasuklah guru yg menjaga mereka. Apakah yang sebenarnya berlaku, korang sendiri kena tgk filem ni yg akan ditayangkan bermula 18 Dec ni.

Org kata alang2 menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 nak buat filem horror, biarlah betul2 horror dan seram ! And this is a good start for James Lee utk memasuki pasaran mainstream. Filem ni secara amnya mmg seram. Jadi aku nasihatkan siapa2 especially perempuan yg lemah semangat tu tak payah menonton filem ni (tapi utk yg gila horror mcm aku tak payah ceritalah!). Sebagai pengarah filem2 ‘indie’, James Lee menggunakan segala pengalamannya utk menghasilkan sebuah filem seram, yg bagi aku masih ada pendekatan ‘indie’nya. Bila tgk poster ataupun trailer, mungkin kita akan terfikir yg ‘this is another asian horror movie’, but honestly this is not. Filem ni mengikuti filem2 Hollywood 80an yg terkenal dgn filem simple dan kematian satu persatu. Cth yg paling aku ingat adalah Evil Dead. Hantunya juga tak lah pemalu seperti hantu filem2 Asian yg lebih pada adegan ‘cak cak’ atau menyorok tepi tingkap, bawah katil dan lain2 tempat yg boleh menyorok. Sebaliknya, segala elemen kematian, darah dan kemunculan hantu adalah secara direct betul2 didepan screen! Utk memasukkan asian flavour, James Lee mengambil entiti hantu raya sebagai object cerita. Kematian demi kematian mangsa dgn darah yg berlumuran menerapkan juga unsur2 slasher dlm filem ni. Most of this filem menggunakan pencahayaan yg kurang utk mewujudkan mood yg sesuai. Ada sesekali diwujudkan flashback yg berkelip2 oleh salah sorang pelajar dan ianya sgt menarik seolah2 clip video black/deah metal pulak !

Utk watak2 ahli kumpulan “The Pink Ladies”, pelakon2 baru di ambil memandangkan watak ini adalah pelajar2 sekolah. Ada antara muka2 mereka yg akan kita nampak dlm filem Kami (Liyana Jasmay) dan drama TV Awan Dania (Scha). Scha memegang watak sbg Alissa, ketua kumpulan “Pink Ladies”. Pemilihannya sesuai sgtlah kerana mukanya nakal dgn gaya kasarnya. Pelakon2 yg berpengalaman juga ada dan mostly memegang watak sebagai cikgu seperti Vanida Imran, Adiputra, dan Adlin Aman Ramli. Melihat pada kumpulan budak perempuan ni, mengingatkan aku pada filem The Descent yg mana dgn keberanian yg mereka tunjukkan, akhirnya semuanya membawa padah. Ada sesekali scene nampak expression muka mereka terlalu relaks pada sesetengah insiden dan makes me wonder wujudkah awek2 yg terlalu berani mcm ni ?

Aku juga nampak elemen2 Evil Dead dlm filem ni pada babak yg difokuskan pada jam dinding yg berdetik kuat gila. Adegan cliché adalah waktu kereta member lelaki mereka rosak. Waktu tu, Zeta bersama2 member lelaki Alissa dah hampir menyelamatkan diri dgn kereta dan suddenly…jeng..jeng…kereta mereka tak boleh start! Duh..! Tetapi babak yg paling2 aku suka dan terkejut adalah pada waktu Junita, mangsa pertama filem ni, yg berjumpa Cikgu Helmi dlm biliknya. Junita dlm filem ni mmg dah menjalin hubungan rahsia dgn Cikgu Helmi, dan sewaktu baru nak bercumbu, muka Ju yg cun tu berubah menjadi hodoh (I mean really2 hodoh) secara tiba2. Memandangkan itulah babak terkejut paling awal dlm filem tu, kita start to know what to expect utk the rest of this filem… purely terror ! Terdapat sedikit twist pada penghujung filem ni dan terpulang pada masing2 utk membuat conclusion utk filem ni. Aku taknaklah cerita lebih details kerana filem ni pun belum menemui penonton lagi.

Hantu raya dlm filem ni, walaupun seram, aku lebih suka jika ia digambarkan berbentuk manusia yg bermuka seram cthnya sperti watak waktu Junita dirasuk, instead of monster-like demon. Walau bagaimanapun, filem ni berjaya meremangkan bulu roma anda, kepada peminat filem2 seram, you have to check this out kerana ini bukanlah filem horror Malaysia yg biasa kita tgk ! Good effort !

P/S : Doktor yg appear pada permulaan dan penghujung cerita reminds me of Ajami pulak. Mana tau Ajami bila dah tua akan jadi doctor pulak….he he…

Tuesday, November 18, 2008

Quantum of Solace (2008)

Cast :
Daniel Craig as James Bond
Judi Dench as M
Mathieu Amalric as Dominic Greene
Olga Kurylenko as Camille

Director :
Marc Foster

Selama ni kita dihidangkan dgn filem ejen 007 sebagai seorang yg sexy dan charming, aku rasa inilah satu2nya filem yg sedikit opposite drp character Bond yg biasa kita lihat. Quantum of Solace adalah filem membalas dendam. Bond balas dendam terhadap kematian kekasihnya Vesper. Filem ni terus start dgn adegan car chase Bond dan villain, sejam selepas berakhirnya adegan terakhir Casino Royale, dimana Bond face to face with Mr White.

Utk menceritakan secara details plot Quantum ni aku rasa agak susah kerana plotnya sgt laju dengan adegan menjejak dan kejar mengejar setiap orang atau suspect yg terlibat dgn organisasi Quantum. Quantum adalah sebuah organisasi yg berlatarbelakangkan alam sekitar tetapi mempunyai hidden agenda. Chairman Quantum, Dominic Greene, walaupun nampak baik diluarnya tetapi mempunyai rancangannya yg tersendiri. Beliau merancang utk mengambil alih sumber air negara Bolivia dgn bantuan General Medrano dan seterusnya mengembangkan lagi businessnya. Quantum ini jugalah yg bertanggungjawab terhadap kematian kekasihnya Vesper. Walaupun ketiadaan Vesper, seorang lagi perempuan ada disisi Bond iaitu Camille. Camille pada mulanya nampak seperti awek Greene, tp sebenarnya mempunyai niat utk menuntut bela terhadap Greene atas kematian keluarganya.

M kali ni mendapat bnyk part berbanding Casino Royale, namun dia masih sakit hati dgn Bond yg asyik2 bunuh setiap org yg boleh dijadikan bahan bukti. Bond ditarik balik passport dan credit cardnya dan diarah balik oleh M setelah dia di suspect accidentally membunuh seorang agent British, tapi tidak dihiraukan oleh Bond. Dgn bantuan kawan lamanya Mathis dan Camille, Bond is set to destroy sebuah organisasi gergasi yg popular dgn kerja2 kebajikan alam sekitar dan menuntut bela atas kematian kekasihnya.

Filem ni tak sama mcm Casino Royale. Walaupun Casino juga fast paced, tapi pada pertengahannya ada mellow sikit dgn kisah cinta Bond & Vesper. Tambahan pula Casino ada klimaksnya iaitu permainan poker di Casino Royale. Waktu tu Bond nampak balance sifatnya seorang yg berhati batu, degil dan tahan lasak, tetapi masih romantic dah charming at the same time. Aku tak nampak apa2 yg charming tentang Bond kali ni. Tapi itulah yg di mention oleh director Marc Foster (yg pernah mengarah Finding Neverland dan Monster’s Ball) bahawa ini bukan filem romantic tetapi purely balas dendam. Kalau itu yg director nak, then lakonan Craig mmg tak menghampakan. Satu scene tu sampaikan Camille siap sound Bond apabila dia buang je kawannya, Mathis yg dah mati ke dalam tong sampah !

Ada juga babak2 tragik menunjukkan masyarakat Bolivia yg struggle kerana kehabisan air… sesekali aku lihat babak ni seperti gaya filem Michael Bay pulak dgn scene slow motionnya. Babak Bond jatuh kapal terbang dgn Camille merupakan babak yg tension dan juga nampak real. Aku remember salah satu filem Bond lama lakonan Pierce Brosnan yg ada gak babak jatuh kapal terbang ni tp nampak sgt tipunya.

Villain kali ni adalah ordinary guy. Pemilihan watak ni aku rasa bersesuaian kerana Quantum secara am nya bukanlah organisasi yg jahat. Sebaliknya berorientasikan alam sekitar. Pasal tu lah Mathieu Amalric ni physically nampak sibijik seorang ‘nerd’ dgn giginya yg semacam tu. Unlike Le Chiffre, Greene takde apa2 yg istimewa seperti air mata darah Le Chiffre. Cuma saiz sederhana dan berperwatakan ‘cool’ like normal average guy. Menonton villainnya yg kali ni membuatkan aku rindu pada2 villain2 Bond yg lebih freak pada filem2nya yg terdahulu terutama pada era Roger Moore.

Walaupun nama Olga baru bagi aku, namun aku rasa lakonannya boleh tahan sebagai Russin-Bolivian agent Camille Montes, dia tahan lasak dan berhati keras gak seperti Bond. Olga ni tak bolehlah dibandingkan dgn Eva Green kerana watak Camille ni bukanlah kekasih Bond. However, perempuan Bond kali ni seperti kebanyakan average Bond girl yg lain dlm filem. So, my point is Bond girl kali ni not bad but not outstanding also. Just average. Agent Field yg muncul pada pertengahan filem bertemu Bond, tak nampak apa2 yg best pasal lakonannya kerana sekejap je muncul; adegan sex dgn Bond dan adegan dia mati kena lumur dgn minyak (ala2 Goldfinger!).

Everything about Quantum of Solace tak dpt menandingi Casino Royale termasuklah lagu temanya. Namun begitu rentaknya boleh tahan juga. Ramai yg tak suka gandingan Alicia Keys dan Jack White tapi bagi aku gabungan rock dan soul nya menjadi. Selama ni rock mmg connected to soul…tgk aje la James Brown. Tp aku admit la lagu Chris Cornell dlm Casino Royale lebih bertenaga. Sesuai dgn lagu tema Bond yg nampak classic retro rock/soul, clipnya pada permulaan filem ini juga lebih retro berbanding Casino.

Overall, terus terang aku katakan bahawa filem ni ada sikit let down utk aku. Mainly sebab plotnya yg terlalu mendatar dan takde apa2 yg special. Dr segi character, gadis Bond, villainnya semuanya agak ‘kureng’ walaupun aku enjoy lakonan Mathieu Almaric. Yg menyelamatkan keadaan ialah lakonan Daniel Craig yg mantap, dan sekali lagi sifat degilnya mencuit hati. This is the first time isteri aku menonton Bond lakonan Craig dan dia sendiri mengakui personality Craig as Bond kali ni menarik. Walaupun Bond kali ni masih degil dan keras kepala…penghujung filem ni nampak yg dia dpt mengawal dirinya drp membunuh dan menyerahkan kepada pihak berkuasa utk menangkap suspect yg dia cari. Mungkinkah filem Bond berikutnya akan memaparkan Bond yg lebih terkawal jiwa dan emosinya ? I hope so, kerana jika filem Bond terus dihidangkan seperti skrg (dgn plot yg lemah !), I bet penonton akan jemu. So better do something for the next Bond movie.

Wednesday, November 12, 2008

Blast From the Past - One Hit Wonders

One Hit Wonders adalah terms yg digunakan utk artis2 yg ada satu lagu hits je dan lepas tu menghilang entah ke mana. Well, ada juga artis yg muncul dgn album baru lepas hit tu tapi lagu2 lainnya tak dpt sambutan. Artis2 ni ada gak muncul dlm Channel (V) atau MTV, kalau tak silap ada rancangan One Hit Wonder aku pernah tgk, tapi tak sure whether MTV or Channel (V). I come across website http://www.onehitwondercentral.com/ dan dlm website ni ada listkan artis2 yg dah dilupakan ni according to era mereka whether 70’s, 80’s or 90’s. Aku interested to select artis2 dlm era 90’an. Antara list2 tu aku pick my favourite 6 artis dan satu2nya lagu mereka yg top tu mengikut lagu yg paling aku suka dan menurun :

Pilihan Pertama - Faith No More – Epic (1990)
Since aku minat hanya rock pada zaman 1990, then Faith No More mmg antara fave band aku waktu tu. Aku ada gak beli album mereka, tapi tak sangka gak Epic je lagu mereka yg actually betul2 masuk carta. Epic ni adalah gabungan rock dan rap. Muziknya betul2 powerful. Vokalisnya Mike Patton mmg gila terlompat2 seolah mcm rappers tapi aku rasa gaya dia ni mcm mengutuk rappers agaknya. Korang bolehla tgk video clipnya kat bawah ni.

Pilihan Kedua - Chumbawamba – Tubthumping (1997)
Ha…siapa yg boleh lupa lagu ni ! “I get no knocked down…but I get up again, you’ll never keep me down…!” Tersangat la catchy dan rancak…buat kita nak melompat2 dengar. However, beberapa kali dgr lagu ni kita start to rasa bosan. Maybe itulah yg menyebabkan diaorg ni menurun…I mean aku pernah dgr satu album mereka dan semuanya cepat boring setelah 3, 4 kali pasang.

Pilihan Ketiga – 4 Non Blondes – What’s Up (1993)
Lagu ni mmg popular sgt kat Malaysia. Aku masih remember ntah berapa kali sehari aku boleh dgr lagu ni kedengaran kat radio. Linda Perry adalah frontman (or frontwoman!) utk band ni. Mukanya mmg la tak cun tapi suara sgt powerful dan serak2 basah dia. Selepas tu dia ada keluarkan album solo, tetapi tak dpt sambutan simply because album solonya sgt berat seakan2 lagu2 puisi dan blues yg pure. Mungkin public tak dpt menerima caranya.
Pilihan Keempat – Edwyn Collins – A Girl Like You (1995)
Tak bnyk yg aku tau pasal penyanyi lelaki ni tapi lagunya yg satu ni mmg best. Ada influence lagu dulu2 sikit. Rentaknya sgt cool, sometimes dgr lagu ni teringat aku kat lagu2 Nick Cave yg memang berhantu.

Pilihan Kelima - Right Said Fred – I’m Too Sexy (1992)
Ini lagi satu lagu yg membuat aku tergelak. Tersangatlah ‘gay’nya. Tapi I have to admit yg lagu ni best dan catchy. Right Said Fred adalah duo adik beradik dan kalau tak silap alu mereka ni mmg gay. Lagu I’m Too Sexy ni pun bunyinya sangat gatal dan tak tau lah kalau ada yg betul2 gatal bila mendengar lagu ni pada thn 1992 yg lalu. Dengar khabar mereka ni masih ada tapi tak dapat sambutan dah. Oooh...I'm feeling gay...!
Pilihan Keenam – Sinead O Connors – Nothing Compares to You (1990)
Sinead ni lawa tapi saying betul kepalanya botak. Dia ni pengikut ‘punk’ gak, tapi aku heran gak kenapa albumnya sendiri tersangat sentimental. Nothing Compares to You adalah lagu yg sgt sentimental dan penuh dgn soul. Aku bknlah peminat lagu2 sentimental waktu 90an dulu, tapi lagu ni adlaah exception. Best !


Aku alu2kan sapa2 komen list aku dan korang boleh listkan favourite korang. Bila ada masa aku akan listkan 80an punya pulak…aku tak listkan skrg kerana zaman tu labih berlambak2 ‘One Hit Wonders’ !

Tuesday, November 11, 2008

New Babes on the Block - Haley Bennett


The Haunting of Molly Hartley ada sebuah filem horror baru di release pada helloween yg lepas (31 Oct). Aku masih tak sempat tgk filem ni dan ianya pun bukannya keluar di wayang M’sia ni. Tapi yg memegang watak utama filem ni adalah Haley Bennett. Wajahnya yg sweet ni buat aku teruja lah utk me’introduce’kan dia pada korang utk ruangan ‘babes’ aku kali ni.

Yg aku tau dia ni mula2 start berlakon adalah dlm filem Music and Lyrics tahun 2007 lepas sebagai penyanyi pop, Cora Corman. Haley ni dilahirkan pada thn 1988 di Florida, baru je masuk 20 thn tapi mukanya nampak mature sikit drp umur 20 thn tu. Dia bukan aje cenderung pada bidang lakonan, malah bidang muzik. Ini ketara bila kita tgk filem Music & Lyrics ada beberapa lagu yg dinyanyikan oleh dia. Pada awalnya dia memasuki Barron Collier High School utk mendalami lagi bidang nyanyian dan lakonan. Pada 2004 dia mendapat peluang berjumpa producer syarikat rakaman dan selepas habis high school dia dan ibunya berpindah ke L.A. utk menerus dan mendalami karier sbg penyanyi dan pelakon.

Haley dah sign contract utk 3 filem di bawah Warner Bros; Music & Lyrics bersama2 dgn Hugh Grant salah satunya Kemudiannya, College dan The Haunting of Molly Hartley yg baru je release (bukan under Warner Bros). Filemnya yg akan menyusul adalah Marley & Me di samping actor utama Owen Wilson. Walau kariernya belum nampak apa2 yg memberangsangkan, mukanya yg cute tu pasti akan mendapat lebih bnyk tawaran utk berlakon filem. Dan, tunggu juga album pertamanya yg akan keluar probably tahun depan. I’m not sure dlm genre apa tapi according to her, lagunya takkan sama dgn watak Cora Corman dan filem Music & Lyrics. Dia pernah mengadakan konsert mininya di The Mint, Los Angeles pada June lepas. Dia skrg tgh berdating dgn Rick Malambri model under New York Model Management.

Monday, November 03, 2008

Wish Me Luck...!

Esok aku akan ambik MC dan akan menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat insurans takaful di K.L.

Wish me luck...!

The Happening (2008)

Cast :
Mark Wahlberg as Elliot Moore
Zooey Deschanel as Alma Moore
John Leguizamo as Julian
Spencer Breslin as Josh
Director :
M. Night Shyamalan

Yes, filem ni menerima kritikan antara yg paling teruk pernah diterima utk filem2 Night. However, aku rasakan yg ada filem2 Night yg lebih buruk drp ni. Tak perlu lah aku mention yg mana tapi ianya lebih drp satu. Mmg la filem ni nampak terlalu plain bored, tambahan pulak takde apa2 twist yg mengejutkan kita. Tapi pada aku, kekuatan filem ni adalah pada paparan Night tentang alam sekitar. Persepsi kita terhadap alam sekitar atau persepsi alam sekitar terhadap kita...?? Filem ni adalah tentang virus, yg merebak dgn cepat melalui udara/angin. Tapi dari mana dtgnya virus tersebut ? Aku teringat filem2 zombie yg bnyk disebabkan angkara virus oleh chemical…tapi dlm filem ni siapa sangka yg virusnya adalah alam persekitaran kita sendiri. Kadang2 mmg tak masuk akal, tapi ianya membuat kita terfikir juga segala aktiviti2 kita terhadap alam sekitar. Nah, skrg mereka membalas dendam terhadap kita pulak ! Perhaps di alam reality, apa yg Night maksudkan ialah global warming, tapi dlm filem ianya boleh dipersembahkan dlm pelbagai cara.

Selain tu filem ni juga sedikit menggerunkan dgn adegan bunuh diri oleh org2 yg terkena virus angin ini. Cth adegan yg paling di ingat adalah pekerja2 kontrak yg membunuh diri dgn terjun dr bangunan construction mereka. Ia seperti pesta bungee-jumping cuma bezanya tiada tali yg mengikat mereka ! Aku juga terkejut dgn adegan lelaki yg dgn rela hatinya menyerahkan tgnnya utk digigit oleh singa buas….ataupun sorang lelaki yg dgn relanya baring lentang dpn jentera pemotong rumput. Scene wanita tua yg menghentak kepala sampai berdarah ditingkap rumahnya juga agak menyeramkan.

Aku prefer filem ni berbanding filem2nya semenjak dua menjak ni, kerana ianya takdelah terlalu desperately nak memberi twist pada ending filem. Kerana bagi aku yg lebih teruk adalah memberi twist pada filem tapi penonton tak faham atau tak terkejut dgn twist tu…! There’s nothing to shout about dari segi lakonan, mmg la pelakon2 ramai tapi kebanyakannya extra saja. Mark Wahlberg sentiasa memberi persembahan yg baik sebagai cikgu high school, Elliot Moore. Pendekatan lecturenya berlainan dgn cikgu2 lain di sekolah nya. Tapi adegan lecturenya pada permulaan filem sometimes seolah2 gaya ‘rap’, atau mungkin aku ni tiba2 teringat zaman ‘rap’nya dulu sbg Marky Mark. Selain tu John Leguizamo sebagai kawan Moore, Julian, juga memberi persembahan terbaiknya sebagai bapa yg melarikan diri dgn anaknya, tapi meninggalkan bininya yg akan menyusul kemudian. Setelah gagal menghubungi isterinya, dia berada dlm dilemma dan terpaksa meninggalkan anaknya dgn Moore dan isterinya Alma utk mencari isterinya yg hilang.

Selepas disappointed dgn beberapa filem Night, aku tak expect terlalu tinggi pada filem ni (ada ke yg put a high hope for this film…?) especially bila tgk posternya yg tak memberangsangkan. Pasti ramai yg tertidur bila tgk filem ni dgn storyline yg simple dan mendatar je, isteri aku pun tak terkecuali sindrom tidur ni ! Tapi seperti yg aku katakan, ada lagi filem Night yg lebih buruk. Kekuatan filem ni adalah pada visualnya dan harap2 selepas ni filem2 Night akan perlahan2 menyengat kembali.