Wednesday, November 19, 2008

Histeria (2008)

Cast :
Scha as Alissa
Liyana Jasmay as Murni
Reanna as Zeta
Vanida Imran as Ustazah
Adiputra as Helmi
Kazar as Tukang Kebun

Director :
James Lee

Mmg aku ternanti2 invitation Ajami utk mlm gala Histeria pada 18 Nov yg lepas. Sbg peminat filem2 horror, tentulah aku taknak melepaskan peluang utk menonton filem ni. Histeria dah lama aku dgr bila tgk pada website Tayangan Unggul, tambahan pulak trailer nya yg agak seram membuat aku teruja sgt sampaikan aku ambik cuti utk hari previewnya kelmarin.

Ceritanya simple je. Berkisar tentang enam org pelajar perempuan yg nakal di Sekolah Tinggi Tun Teja, yg buat lawak bodoh terhadap guru mereka. Salah seorg drp mereka berpura2 terkena histeria sehingga memaksa guru mereka memanggil bomoh utk memulihkannya. Apabila mengetahui guru2 dan bomoh itu sendiri ditipu, mereka berenam dikenakan tindakan disiplin dgn membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester dan dijaga oleh Cikgu Helmi dan sorang lg pelajar baru iaitu Zeta. Kejadian ngeri bermula apabila salah sorang ahli kump. tu iaitu Junita mengambil ‘sesuatu’ yg telah ditanam oleh tukang kebun sekolah mereka. Selepas drp tu bermula dgn Junita, sorang demi sorang drp mereka telah dibunuh dgn kejam oleh satu lembaga, termasuklah guru yg menjaga mereka. Apakah yang sebenarnya berlaku, korang sendiri kena tgk filem ni yg akan ditayangkan bermula 18 Dec ni.

Org kata alang2 menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 nak buat filem horror, biarlah betul2 horror dan seram ! And this is a good start for James Lee utk memasuki pasaran mainstream. Filem ni secara amnya mmg seram. Jadi aku nasihatkan siapa2 especially perempuan yg lemah semangat tu tak payah menonton filem ni (tapi utk yg gila horror mcm aku tak payah ceritalah!). Sebagai pengarah filem2 ‘indie’, James Lee menggunakan segala pengalamannya utk menghasilkan sebuah filem seram, yg bagi aku masih ada pendekatan ‘indie’nya. Bila tgk poster ataupun trailer, mungkin kita akan terfikir yg ‘this is another asian horror movie’, but honestly this is not. Filem ni mengikuti filem2 Hollywood 80an yg terkenal dgn filem simple dan kematian satu persatu. Cth yg paling aku ingat adalah Evil Dead. Hantunya juga tak lah pemalu seperti hantu filem2 Asian yg lebih pada adegan ‘cak cak’ atau menyorok tepi tingkap, bawah katil dan lain2 tempat yg boleh menyorok. Sebaliknya, segala elemen kematian, darah dan kemunculan hantu adalah secara direct betul2 didepan screen! Utk memasukkan asian flavour, James Lee mengambil entiti hantu raya sebagai object cerita. Kematian demi kematian mangsa dgn darah yg berlumuran menerapkan juga unsur2 slasher dlm filem ni. Most of this filem menggunakan pencahayaan yg kurang utk mewujudkan mood yg sesuai. Ada sesekali diwujudkan flashback yg berkelip2 oleh salah sorang pelajar dan ianya sgt menarik seolah2 clip video black/deah metal pulak !

Utk watak2 ahli kumpulan “The Pink Ladies”, pelakon2 baru di ambil memandangkan watak ini adalah pelajar2 sekolah. Ada antara muka2 mereka yg akan kita nampak dlm filem Kami (Liyana Jasmay) dan drama TV Awan Dania (Scha). Scha memegang watak sbg Alissa, ketua kumpulan “Pink Ladies”. Pemilihannya sesuai sgtlah kerana mukanya nakal dgn gaya kasarnya. Pelakon2 yg berpengalaman juga ada dan mostly memegang watak sebagai cikgu seperti Vanida Imran, Adiputra, dan Adlin Aman Ramli. Melihat pada kumpulan budak perempuan ni, mengingatkan aku pada filem The Descent yg mana dgn keberanian yg mereka tunjukkan, akhirnya semuanya membawa padah. Ada sesekali scene nampak expression muka mereka terlalu relaks pada sesetengah insiden dan makes me wonder wujudkah awek2 yg terlalu berani mcm ni ?

Aku juga nampak elemen2 Evil Dead dlm filem ni pada babak yg difokuskan pada jam dinding yg berdetik kuat gila. Adegan cliché adalah waktu kereta member lelaki mereka rosak. Waktu tu, Zeta bersama2 member lelaki Alissa dah hampir menyelamatkan diri dgn kereta dan suddenly…jeng..jeng…kereta mereka tak boleh start! Duh..! Tetapi babak yg paling2 aku suka dan terkejut adalah pada waktu Junita, mangsa pertama filem ni, yg berjumpa Cikgu Helmi dlm biliknya. Junita dlm filem ni mmg dah menjalin hubungan rahsia dgn Cikgu Helmi, dan sewaktu baru nak bercumbu, muka Ju yg cun tu berubah menjadi hodoh (I mean really2 hodoh) secara tiba2. Memandangkan itulah babak terkejut paling awal dlm filem tu, kita start to know what to expect utk the rest of this filem… purely terror ! Terdapat sedikit twist pada penghujung filem ni dan terpulang pada masing2 utk membuat conclusion utk filem ni. Aku taknaklah cerita lebih details kerana filem ni pun belum menemui penonton lagi.

Hantu raya dlm filem ni, walaupun seram, aku lebih suka jika ia digambarkan berbentuk manusia yg bermuka seram cthnya sperti watak waktu Junita dirasuk, instead of monster-like demon. Walau bagaimanapun, filem ni berjaya meremangkan bulu roma anda, kepada peminat filem2 seram, you have to check this out kerana ini bukanlah filem horror Malaysia yg biasa kita tgk ! Good effort !

P/S : Doktor yg appear pada permulaan dan penghujung cerita reminds me of Ajami pulak. Mana tau Ajami bila dah tua akan jadi doctor pulak….he he…

4 comments:

RY said...

salam...

sayalah jejaka tampan yang ada kat sebelah encik sepanjang citer ni berlangsung malam tu..

huhu...

bole tahan la kan..

Lord Vorphalack said...

ha ha...tau...

dah check kat blog ajami...
lagi sorang tu marimerepek

Ajami Hashim said...

P/S : Doktor yg appear pada permulaan dan penghujung cerita reminds me of Ajami pulak. Mana tau Ajami bila dah tua akan jadi doctor pulak….he he…

wakakakaaaa! patut aku snap pic dgn Ramli ‘Red Kebaya’ Hassan trus org igt twin!

wénkt said...

saya juga
jgn lupa