Wednesday, December 26, 2007

Captivity (2006)

Cast :
Elisha Cuthbert as Jennifer Tree
Daniel Gillies as Gary Dexter
Pruitt Taylor Vince as Ben Dexter
Michael Harney as Det. Bettinger

Director : Roland Joffe

Remember Elisha Cuthbert yg pernah berlakon dlm filem comedy Girl Next Door ? Filem ni sedikit sebanyak melonjakkan namanya dgn adegan2 beraninya. Well, kali ni dia kembali, tapi dlm genre filem yg berlainan. Filem Captivity ni adalah arahan Roland Joffe, yg pernah mengarah beberapa filem yg di’consider’ classic seperti The Killing Field. Aku agak heran gak mcm mana pengarah yg pernah mengarah filem2 mcm The Killing Field, The Mission dan City Of Joy mengarah filem seram/thriller yg ringan ni. As far as I know dia tak pernah mengarah apa2 horror film, so inilah percubaannya yg pertama kot…

Besides Elisa Cuthbert, aku tak nampak apa yg special mengenai movie ni. Pengarah gagal memberikan unsur2 suspense dlm filem thriller ni. Kalau dilihat pada poster dan sinopsis, korang mungkin agak ini adalah slasher movie mcm Saw, tapi ianya bukan. Permulaan yg menunjukkan Jennifer (Elisha), seorg supermodel yg terperangkap di dalam sebuah bilik hampir2 menyamai filem Saw yg pertama, cuma bezanya bilik dlm filem Saw lebih buruk berbanding filem ni. Kemudian ia bertumpu pada bagaimana Jennifer nak melepaskan diri bersama2 sorang lagi victim iaitu Gary. Ini adalah part yg paling boring…psycho yg kidnap Jennifer tak creative enough sampaikan aku pun concentrate pada apa yg victim2 ni buat dlm bilik tu ! Of course Jennifer ada didera physically dan psychology tapi semua adegan2 itu tak terpahat dlm fikiran lepas aje habis filem ni !
However filem ni ada twist dan mungkin itulah satu2nya part yg menyelamatkan filem ni. Even there is a twist, ada sikit2 dlm hati aku dah menjangka ianya akan berlaku, sebab dah berlambak2 sgt filem2 thriller/slasher with twist. Aku teringat balik filem Scream, di mana itulah antara filem yg aku terkejut dan tak terfikir endingnya akan ada dua serial killer. Filem ni juga actually cuba utk meniru gaya Scream, I mean 2 killers instead of one pada permulaan cerita (spoiler!). Selain tu yg menjadi penyelamat filem ni ialah Elisa herself, yg aku tak habis2 fokus pada cleavage nya berbanding pada keupayaannya berlakon… Actually, kurang penghayatan dr segi lakonan oleh Elisa. Expression cemasnya tak hidup dan nampak relaks je. While sorang lagi victim yg terperangkap bersama Jennifer, awal2 lagi dah nampak mukanya jahat (spoiler – which turns out dia mmg jahat pun!).

Baik korang lupakan aje hasrat nak beli DVD filem ni. Kalau betul nak beli pun, make sure dah takde apa2 title lagi yg nak dibeli.

Monday, December 17, 2007

Anak Halal (2007)


Director : Osman Ali

Cast : Farid Kamil as Inderaputera, Maya Karin as Johanna, Fasha Sandha as Atikah, Ady Putra as Erzan, Zul Huzaimy as Tajul, Bront as Danny, Remy Ishak as Shah, Rosyam Nor as Hisham


First of all, aku nak bgtau yg aku tak kurang tonton filem Melayu dan kurang ambik port tentangnya. Aku juga kurang kenal siapa Osman Ali, yg aku tau cuma dia pernah mengarah filem Puaka Tebing Biru sebelum ni (belum sempat tgk filem ni). So, jika ada nampak kelemahan aku dlm review filem Melayu ni, aku mintak maaf aje la… lagipun ini cuma blog jer…

Filem ni start macam sebuah filem total action yg menunjukkan Hisham lakonan Rosyam Nor & bayinya didlm ketakutan dikejar polis kerana dadah. Dlm keadaan terdesak tu, beliau telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, pompuan yg hidup melarat di kawasan Hisham tinggal. Dari sini kita nampak yg filem ni bkn filem action semata2, ianya drama bagaimana susah payahnya Mariam membesarkan anak angkatnya Putra dgn penuh kesabaran. Putra baik dgn Johanna, lakonan Maya Karin yg merupakan jirannya. Apabila Mariam ditangkap oleh polis kerana menyangkakannya gila, tingallah Putra meneruskan hidupnya bersama dgn Bu Leha, iaitu mak kepada Jo sehingga dewasa. Jo ni walaupun bersifat ‘tomboy’ masih ada menaruh perasaan pada Putra ni.

Mereka seterusnya membawa diri ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. After all, bukan ke KL merupakan sebuah kota yg menjanjikan kemewahan, tak kiralah halal atau haram kemewahan itu. Putra dan Johanna membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta. Manakala, Johanna dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. After work, Putra dan Jo sure akan lepak bersama kawan2nya menikmati suasana malam di KL.

Kehidupan Putra berubah dan hubungannya dgn Jo berubah sikit bila dia berkenalan dgn seorg anak org kaya, Atikah. Atikah seorg gadis yg bermasalah dan kurang mendapat kasih syg drp parentnya. Beliau tinggal dgn bapanya seorg duda yg berpangkat tinggi yg sibuk dgn kerjaya dan statusnya. Utk melepaskan diri Atikah berkawan dgn Putra, Jo dan geng2 lain utk mengisi masa bosannya di rumah. Atikah jatuh cinta dgn Putra pandang pertama, dan timbul rasa cemburu Jo terhadap hubungan Putra dan Atikah. Dipendekkan cerita Erzan (Adi Putra), kawan Putra yg berniaga burger dan Atikah terjebak dalam penggunaan najis dadah. Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Putera naik berang pada ketua pengedar dan kuncu-kuncu yang telah merosakkan kehidupan orang-orang yang disayanginya sehingga menemui ajal mereka. Now it’s up to Putra dan geng2 lepaknya untuk menuntut bela atas kematian kawan2nya. Berjayakah Putera membalas dendam terhadap si pengedar dan kuncu-kuncunya ? Bertemukah Putera dengan Mariam, wanita yang telah membesarkannya atau dgn bapa kandungnya sendiri ?



Susah nak percaya yg aku sendiri enjoy tgk filem ni. Jarang2 aku berpuas hati tgk filem Melayu! Kalau ikut jln ceritanya semua sound biasa dan common. Mmg bnyk jugak filem yg mengupas masalah2 remaja ni. Malah, rasa cemburu Jo terhadap hubungan Putra dgn Atikah ni dah jadi seakan2 filem My Heart. Tapi itu semua bukanlah babak utama utk filem ni. Sebaliknya filem ni is more on dendam, believe me, it’s not filem2 dendam yg biasa dlm filem2 Melayu yg lain. Dialog2 dan pergaduhan2 mereka nampak natural dan real. Korang akan nampak darah membuak2, bnyk tumbuk2 menumbuk, sepak, terajang, baling kerusi, meja dan mcm2 baling lagilah. Bukan itu aje, dialognya juga kurang ajar, tapi sedar atau tak, ianya dialog2 biasa org2 urban Malaysia ni. Cth perkataan yg bnyk digunakan dlm filem ni; sial, gampang etc. Action scene dlm filem ni aku rasa adalah yg paling ganas (jgn bandingkan dgn filem barat) dlm filem Melayu yg pernah aku tonton. Adegan balas dendamnya especially pada penghujung filem ni membuatkan kita rasa nak join sekali gaduh dgn samseng2 dadah tu ! Yg paling cemerlang dlm filem ni tentulah Farid Kamil yg memegang peranan sebagai Putra. Nampak natural gila tak kiralah waktu dia adegan lasak atau adegan cintannya dgn Jo ataupun Atikah. Jeles jugak tgk Farid Kamil ni dikepit peluk oleh kadang2 Maya Karin dan kadang Fasha Sandha ! He, he… Sambil tu watak Danny lakonan Bront yg merupakan salah sorang kawan Putra tak kurang jugak hebatnya, membuat penonton semua tak kering gusi. Mamat muka bangla ni lawak2 dia mmg selamba giler especially masa babak satu geng ramai2 keluar lokap lepas dijamin. Aku kurang suka dgn lakonan dua2 aktres utama filem ni. Lakonan Fasha Sandha mcm biasalah, tak lari gayanya dgn lain2 lakonannya dlm telefilem, dgn suara manja2 yg ada kalanya tak kena tempat. As for Maya pulak, aku kurang senang tgk dia asyik2 tersenyum walau dlm situasi yg tertekan pun. Mungkin nak tunjukkan yg dia seorg penyabar tapi kadang2 nampak mcm nak control ‘cun’. Anyway, lakonan mmg menjadi tunjang utama filem ni dgn adanya pelakon2 seperti Farid Kamil, Bront, Ady Putra, Zul Huzaimy, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi. Fauzi mmg sesuai sgt watak jahat, mukanya yg bengis tu walaupun jadi sidekick utk bosnya, tp dia lebih menyerlah berbanding bosnya.

Anak Halal juga bnyk menonjolkan the dark side of KL. Kadang2 ada babak2 di tepi2 rumah flat atau di lorong2 kecil yg membuatkan kita tertanya2… wujud lagi ke tempat mcm ni di KL…??? Mungkin aku silap, tp aku rasa most of the scene here diambik di sekitar Chow Kit dan Flat San Peng…am I right…? Di tgh2 pembangunan pesat KL, dgn berlambak2 bangunan pencakar langit ada jugak those yg hidup di tempat2 sebegitu. Mereka ni mungkin kita nampak susah dr segi harta, tapi senang dari segi jiwa mereka. Hidup simple, cari rezeki halal dan yg penting jgn tersilap langkah. Harta jugak tak menjanjikan kebahagiaan seperti yg berlaku pada Atikah dlm filem ni. Ada simbolik scene yg menunjukkan bendera Malaysia jatuh dr tingkat atas flat… menimbulkan persoalan tentang masa depan remaja Malaysia kita utk masa hadapan.

There’s quite a number of sub-plot dlm filem ni. Ada nampak juga kadang2 kita lose concentration pada filem ni, tapi ianya tak lari jauh la. Watak Hisyam lakonan Rosyam Nor juga buat aku confuse sikit. Filem ni tak tunjuk sgt apa yg berlaku pada dia selepas dia meninggalkan anaknya pada Mariam. Kemunculannya pada pertengahan cerita bertemu dgn Putra aku menyangkakan yg dia telah insaf, tapi yg berlaku diakhir cerita adalah sebaliknya…? Mungkin yg belum tgk tak faham tapi eloklah korang sendiri menontonnya. Pergaulan yg agak mesra antara Putra dan Jo, juga menimbulkan persoalan. Waktu mereka lepak mesra atas bumbung flat, tidakkah ada jiran2 flat yg mempersoalkannya. Mmg la Putra dan Jo dah mcm adik beradik, tapi hakikatnya mereka bukan ? Mungkin juga nak tunjukkan yg penduduk bandar dah totally tak ambik tau antara satu sama lain dah ?


Garapan Osman Ali kali ni patut diberi pujian. Walaupun filem Puaka Tebing Biru mendapat sedikit kritikan, dia kembali lagi kepada genre masalah sosial sama seperti filem Bukak Api nya. Walau aku tak pernah tgk filem2 cereka pendeknya, tapi berdasarkan pencapaiannya di Cannes, Rotterdam dan di M’sian Video Award sendiri, aku pasti kapabiliti beliau tak perlu dipertikaikan lagi. Aku rekemen korang tgklah filem ni kerana ianya menjanjikan kelainan. Mcm2 ada; drama, action, revenge, sedih, tragis semuanya combine dlm satu filem. Aku rasa tak sesuai sgt ditonton oleh kanak2 sebab segalanya ada 18SG, 18SX, tapi terpulanglah mcm mana korang menerimanya.

Terima kasih bebanyak utk Ajami yg sudi jemput para2 blogger menonton filem ni. You rulezzzz…..!!!!

Wednesday, December 12, 2007

Annual Dinner Menjelang Kembali

Sabtu mlm ni (15hb Dec) adalah malam annual dinner utk insurance company aku. Seperti thn2 yg lepas, ianya masih dibuat di hotel area PJ / Subang Holiday Villa. Reasonnya mungkin sbb head office kami pun di PJ. Tapi sekali sekala aku teringin gak ia dibuat di KL. Maklumlah aku pun dok kat KL. Lgpun aku feel that kalau dibuat di KL lebih grand & happening. Anyway, terima ajelah, lagipun makan free.

Tema utk annual dinner thn ni ialah Bollywood / Hollywood Night. Bosan… aku mmg benci tema2 ni. Inilah masanya utk staff2 yg gila glamer perasan nak menjadi artis mlm tu. Kalau muka yg lawa tu takpe la… ini ada yg seksa mata kita melihatnya ! Itu yg tak tahan tu.

Kalau tema Bollywood, pakaian utk lelaki tentu baju ‘kurta’ yg selalu hero2 dlm filem hindustan pakai time menari tu. Atau kalau korang ada tgk Sehati Berdansa minggu lepas mesti perasan baju2 oleh peserta2 lelaki. Cthnya :

Kalau korang pilih tema Hollywood…ha….ini mcm2 korang boleh pakai atau sewa baju. Ianya depend jugak pada ketebalan muka korang. Paling aku suka utk pakai pada mlm tu ialah as a …jeng jeng jeng….



Captain Jack Sparrow !!

Ataupun,



Utk costume Darth Vader ni, aku rasa dlm sejam aje aku dlm costume tu, aku dah pengsan pitam dah. Unless kat dlm tu ada systematic breathing system, so takdelah aku tercungap2 mcm real Darth Vader dlm filem tu !

Lepas dinner esoknya aku tgk wayang Anak Halal. Tak taulah jadi ke tak….hopefully jadilah dan tunggulah review nya.

Sunday, December 09, 2007

Poster of the Month : Rambo

Filem terbaru Stallone is simply called Rambo. Jgn confuse dgn title2 sebelum ni sebab filem Rambo yg pertama bertajuk First Blood, manakala filem keduanya Rambo 2 dan seterusnya Rambo 3. Tgk pada posternya nampak lebih stylish berbanding poster2 sebelumnya. Tapi masih mengikut comcept hero membelakangkan camera. Sila refer cth2 poster yg aku senaraikan pada previous posting aku.

Thursday, December 06, 2007

Turistas (2006)

Cast :
Josh Duhamel as Alex
Melissa George as Pru
Beau Garrett as Amy
Olivia Wilde as Bea

Director :
John Stockwell

Selari dgn nama filemnya, “Turistas”, ianya berkisar tentang ‘tourist’ atau pelancong yg bercuti ke Brazil. Pelancong Amerika, Alex, adiknya Bea dan kawannya Amy bertemu dengan Pru, Finn dan Liam waktu bas mereka rosak di Brazil. Nasib malang mereka terubat bila sekumpulan kawan ni terjumpa tempat bermalam sebuah resort di tepi pantai. Mlm tu diaorg berpesta, mabuk bak kata omputih, drink, sex, girls, party etc…
Awal pagi esoknya, apabila bgn tidur, mereka mendapati rupanya mereka telah diberi dadah dan segala harta benda mereka termasuklah passport telah dicuri.


Dari sini insiden berlaku apabila mereka terkandas di pulau tersebut, tak boleh balik sbb passport hilang. Seorg mamat penduduk tempatan di situ, Kiko, dgn baik hatinya offer utk bermalam di rumah unclenya yg jauh ke dalam hutan dan terpaksa menyelam di sungai/air terjun yg dalam. Nyawa mereka tak selamat kerana rupa2nya uncle Kiko, iaitu Zamora adalah seorg doctor gila yg mencari makan dgn mengambil organ2 manusia cthnya buah pinggang, hati dsb drp pelancong2 yg dtg ke Brazil, utk diberikan kpd penduduk2 tempatan yg memerlukannya. Walaupun niat Kiko baik utk menolong kawan2nya, namun semua rancangan utk membunuh mereka ni telah dirancang awal2 oleh Zamora dan kuncu2nya.

Tanyalah sapa2 peminat filem2 horror, mesti kata filem ni mmg sebijik mcm Hostel. Well, konsepnya sama, pasal tourist yg kena tipu, tapi filem ni langsung tak ganas mcm Hostel ! The 1st one hour filem ni kita dihidangkan dgn awek2 yg cun, seksi, half nude yg bercanda di tepi pantai atau di club2 pantai tersebut. So, 1st hour ni guys2 boleh cuci mata. Pada permulaan mimpi ngeri sekumpulan kawan tu nampak best apabila salah sorang drp mereka menjadi mangsa experimen doctor gila tu ! Adegan operation utk mengeluarkan buah pinggang perempuan tersebut nampak real mcm standard operation yg kadang2 kita lihat di TV, well mungkin lebih ngeri sikit kot. Tapi lepas adegan tersebut, ianya hilang taring dan nampak mcm filem action aje sebab2 the rest of the member fikir jalan mcm mana nak lepas drp perangkap doctor gila tu.

Paling sakit hati bila adegan bergelut dgn kuncu2 doctor tu dibuat di hutan, waktu malam dan hujan pulak tu. Segala aksi2 atau bunuh membunuh tak nampak sgt even it is a DVD quality ! Ending filem ni pun tak puas hati kerana doctor tu mati macam tu aje masa bergelut dgn salah sorang pelancong tu dan plot holes di sana sini. Watak doctor ni sebagai villain memang langsung tak menarik dan membosankan. Sepatutnya ianya perlu dikembangkan lagi kerana filem ni adalah genre horror. Aku sure sapa2 yg tgk filem ni mesti lupa pasal villain ni selepas habis tonton DVD nya !

Keseluruhannya, filem ni bosan dan mendatar…takde plot twist, dan nampak mcm horror/thriller biasa aje. Filem ni juga kurang seram dan suspense nya. Utk pengetahuan korang, filem ni diarah oleh John Stockwell yg pernah mengarah filem Into The Blue (lakonan Jessica Alba) dan Blue Crush. Kedua2 filem ni berlatarbelakangkan pantai, laut dan babes2 in bikini, samalah dgn filem Turistas ni. Ada satu adegan yg panjang waktu mereka menyelam di sungai yg dalam dan dikejar oleh kuncu2 doctor tersebut. Adegan ni ada sikit2 menarik la kerana cinematographynya, walaupun aku dah start teringat filem Into The Blue balik. Watak2 sekumpulan kawan tu pun taklah memberangsangkan sgt, mereka nampak terlalu bodoh dan naif. Cthnya apabila mereka terlalu percaya pada si Kiko ni utk mengikutnya ke rumah unclenya yg jauh sgt ke ceruk rantau ! Mcm mana terlalu senang sgt mereka mempercayai dan mengikut org yg tak dikenali di negara yg mereka 1st time dtg ! However pelakon2 nya memberikan satu persembahan yg fairly good la.

Filem ni aku describe sebagai Hostel yg ringan, dan seakan2 filem made-for TV aje. Aku bagi :

** / *****