Thursday, December 06, 2007

Turistas (2006)

Cast :
Josh Duhamel as Alex
Melissa George as Pru
Beau Garrett as Amy
Olivia Wilde as Bea

Director :
John Stockwell

Selari dgn nama filemnya, “Turistas”, ianya berkisar tentang ‘tourist’ atau pelancong yg bercuti ke Brazil. Pelancong Amerika, Alex, adiknya Bea dan kawannya Amy bertemu dengan Pru, Finn dan Liam waktu bas mereka rosak di Brazil. Nasib malang mereka terubat bila sekumpulan kawan ni terjumpa tempat bermalam sebuah resort di tepi pantai. Mlm tu diaorg berpesta, mabuk bak kata omputih, drink, sex, girls, party etc…
Awal pagi esoknya, apabila bgn tidur, mereka mendapati rupanya mereka telah diberi dadah dan segala harta benda mereka termasuklah passport telah dicuri.


Dari sini insiden berlaku apabila mereka terkandas di pulau tersebut, tak boleh balik sbb passport hilang. Seorg mamat penduduk tempatan di situ, Kiko, dgn baik hatinya offer utk bermalam di rumah unclenya yg jauh ke dalam hutan dan terpaksa menyelam di sungai/air terjun yg dalam. Nyawa mereka tak selamat kerana rupa2nya uncle Kiko, iaitu Zamora adalah seorg doctor gila yg mencari makan dgn mengambil organ2 manusia cthnya buah pinggang, hati dsb drp pelancong2 yg dtg ke Brazil, utk diberikan kpd penduduk2 tempatan yg memerlukannya. Walaupun niat Kiko baik utk menolong kawan2nya, namun semua rancangan utk membunuh mereka ni telah dirancang awal2 oleh Zamora dan kuncu2nya.

Tanyalah sapa2 peminat filem2 horror, mesti kata filem ni mmg sebijik mcm Hostel. Well, konsepnya sama, pasal tourist yg kena tipu, tapi filem ni langsung tak ganas mcm Hostel ! The 1st one hour filem ni kita dihidangkan dgn awek2 yg cun, seksi, half nude yg bercanda di tepi pantai atau di club2 pantai tersebut. So, 1st hour ni guys2 boleh cuci mata. Pada permulaan mimpi ngeri sekumpulan kawan tu nampak best apabila salah sorang drp mereka menjadi mangsa experimen doctor gila tu ! Adegan operation utk mengeluarkan buah pinggang perempuan tersebut nampak real mcm standard operation yg kadang2 kita lihat di TV, well mungkin lebih ngeri sikit kot. Tapi lepas adegan tersebut, ianya hilang taring dan nampak mcm filem action aje sebab2 the rest of the member fikir jalan mcm mana nak lepas drp perangkap doctor gila tu.

Paling sakit hati bila adegan bergelut dgn kuncu2 doctor tu dibuat di hutan, waktu malam dan hujan pulak tu. Segala aksi2 atau bunuh membunuh tak nampak sgt even it is a DVD quality ! Ending filem ni pun tak puas hati kerana doctor tu mati macam tu aje masa bergelut dgn salah sorang pelancong tu dan plot holes di sana sini. Watak doctor ni sebagai villain memang langsung tak menarik dan membosankan. Sepatutnya ianya perlu dikembangkan lagi kerana filem ni adalah genre horror. Aku sure sapa2 yg tgk filem ni mesti lupa pasal villain ni selepas habis tonton DVD nya !

Keseluruhannya, filem ni bosan dan mendatar…takde plot twist, dan nampak mcm horror/thriller biasa aje. Filem ni juga kurang seram dan suspense nya. Utk pengetahuan korang, filem ni diarah oleh John Stockwell yg pernah mengarah filem Into The Blue (lakonan Jessica Alba) dan Blue Crush. Kedua2 filem ni berlatarbelakangkan pantai, laut dan babes2 in bikini, samalah dgn filem Turistas ni. Ada satu adegan yg panjang waktu mereka menyelam di sungai yg dalam dan dikejar oleh kuncu2 doctor tersebut. Adegan ni ada sikit2 menarik la kerana cinematographynya, walaupun aku dah start teringat filem Into The Blue balik. Watak2 sekumpulan kawan tu pun taklah memberangsangkan sgt, mereka nampak terlalu bodoh dan naif. Cthnya apabila mereka terlalu percaya pada si Kiko ni utk mengikutnya ke rumah unclenya yg jauh sgt ke ceruk rantau ! Mcm mana terlalu senang sgt mereka mempercayai dan mengikut org yg tak dikenali di negara yg mereka 1st time dtg ! However pelakon2 nya memberikan satu persembahan yg fairly good la.

Filem ni aku describe sebagai Hostel yg ringan, dan seakan2 filem made-for TV aje. Aku bagi :

** / *****

No comments: